Kecantikan

Bersihkan Muka Secara Alami dengan 10 Toner Terbaik Tanpa Alkohol

Penggunaan toner yang mengandungi alkohol boleh mengakibatkan pembesaran liang pori & penghasilan sebum berlebihan. Ini senarai toner tanpa alkohol terbaik.


Editor · 19 Mar 2020, 11:57am

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Bersihkan Muka Secara Alami dengan 10 Toner Terbaik Tanpa Alkohol

Dengan hanya menggunakan produk pencuci muka sahaja tidak mencukupi. Toner dapat memberi pembersihan yang sempurna dan ekstra pada kulit. Sesetengah toner, berfungsi untuk melembap, membersih dan merawat kulit yang mempunyai masalah kekeringan dan lain-lain. Yang penting, pilihlah bersesuaian dengan jenis kulit anda.

Kandungan

Adakah toner yang mengandungi alkohol tidak bagus untuk kulit?

Jawapannya ialah, ya. Menggunakan toner yang mengandungi alkohol dalam jangka masa panjang boleh mengakibatkan pembesaran liang pori dan menyebabkan penghasilan sebum berlebihan. Jadi elakkan produk yang mengandungi sebarang jenis alkohol jika anda mempunyai jenis kulit berminyak atau kulit jerawat. Ia juga boleh mengakibatkan iritasi dan kemerahan pada kulit yang mempunyai kondisi sensitif.

10 Toner Non Alkohol Terbaik di  Malaysia

Toner tanpa alkohol yang murah untuk kulit kusam 1 daripada 10
Wardah Lightening Face Toner (150ml)
Partnership with Wardah
Dari RM10.50
Lihat harga di Shopee Malaysia

Ini adalah salah satu toner yang tidak mengandungi sebarang alkohol dengan hanya menggunakan bahan-bahan atau kandungan semulajadi untuk memberi kesan pencerahan. Toner ini sangat lembut dan mampu membersih serta melembapkan wajah yang penat dan kusam.

Kulit kusam akan menjadi segar dan cerah dengan pemakaian toner ini jika anda menggunakannya secara konsisten. Walaupun berharga mampu milik tetapi toner ini tetap mengekalkan kualiti setanding yang mahal.

Aiken Refining Pore Toner (100ml)
Toner tanpa alkohol untuk merawat kulit berjerawat 2 daripada 10
Aiken Refining Pore Toner (100ml)
Partnership with Aiken
Dari RM8.99
Lihat harga di Lazada Malaysia
Estrak tumbuh-tumbuhan
Mengandungi NMF untuk kelembapan
Hanya berfungsi untuk melawan jerawat
1 lagi
Bebas paraben, triclosan

Produk ini merupakan toner yang membantu meningkatkan keseimbangan lembapan pada kulit. Dengan mengandungi minyak pokok teh (Melaleuca Alternifolia) untuk membantu melindungi kulit dari jerawat secara semulajadi. 

Dirumus khas untuk mensasar kepada kulit yang mempunyai masalah jerawat dan menghilangkan minyak berlebihan sambil mengawal sinar minyak pada kulit dengan mengecilkan liang. Ianya juga mampu melambatkan kadar pertumbuhan jerawat.

Simple Kind to Skin Soothing Facial Toner 200ml
Toner tanpa alkohol untuk kulit normal – melegakan kulit yang penat 3 daripada 10
Simple Kind to Skin Soothing Facial Toner 200ml
Partnership with Simple
Dari RM21.24
Lihat harga di Lazada Malaysia
Sesuai untuk kulit sensitif
Bebas bahan kimia
Tidak berkesan ke atas jerawat teruk
1 lagi
Niacinamide mengurangkan jeragat dan mencerahkan kulit

Toner ini mampu menenangkan kulit dan dicampur dengan bahan sempurna untuk menjaga kulit agar menjadi sihat serta segar. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk yang bermasalah seperti kering dan sensitif. 

Diformulasi dengan gabungan khas yang baik untuk toning serta mengandungi Pro-Vitamin B5, Chamomile, Witch Hazel dan Allantoin yang akan membantu mengekalkan kulit anda menjadi lebih sihat.

Toner yang boleh didapati di drugstore tanpa alkohol
Toner tanpa alkohol untuk remaja – bersihkan kulit secara mendalam 4 daripada 10
Neutrogena Alcohol Free Toner
Partnership with Neutrogena
Dari RM18.62
Lihat harga di Hermo Malaysia
Tanpa Alkohol
Bersifat Non comedogenic dan hypoallergenic
Mengandungi pewangi.

Toner bebas alkohol dari Neutrogena ini mampu menyegarkan kulit tanpa mengeringkannya. Dirumus khas untuk semua jenis kulit agar tidak menjadikannya lebih kering selepas penggunaan

Toner ini memberi pembersihan khas secara ringan dan perlahan-lahan untuk menghilangkan kekotoran yang melekat di liang pori. Gunakannya secara konsisten untuk mendapatkan hasil kulit yang ‘lumayan’.

Toner tanpa alkohol untuk kulit kering – beri lembapan secara semulajadi 5 daripada 10
Sukin Hydrating Mist Toner - Chamomile & Rose (125ml)
Partnership with Sukin
Dari RM26.90
Lihat harga di Lazada Malaysia

Toner mist ini tidak mengandungi alkohol dengan kandungan dari gabungan Chamomile dan Rosewater untuk membantu menenangkan, melembut dan menyejukkan kulit anda yang kusam serta penat. Produk ini juga boleh digunakan sebelum dan selepas mencuci muka. 

Ianya mampu berfungsi sebagai setting spray make up untuk memberi kesan makeup yang cantik dan tahan lama di muka.

Toner tanpa alkohol sesuai untuk lelaki bagi merawat kulit 6 daripada 10
Thayers Witch Hazel with Aloe Vera Astringent Toner (355ml)
Partnership with Thayers
Dari RM49.90
Lihat harga di Lazada Malaysia

Toner lembut ini berasal dari formula yang dicipta oleh Thayers untuk membersih, tona lebih sekata, melembap dan mengimbangi tahap pH kulit. Selain mengandungi pembersihan pori-pori Rose Water dan Aloe Vera, bahan organik ini diperakui dengan campuran unik ini juga mengandungi Witch Hazel. 

Sesuai untuk kegunaan lelaki yang ingin merawat kulit serta membaikpulih kerosakan yang tampil pada kulit wajah.

Toner tanpa alkohol dari drugstore dengan bahan botanikal 7 daripada 10
Naruko Rose & Botanic HA Aqua Cubic Hydrator (150ml)
Partnership with Naruko
Dari RM45
Lihat harga di Shopee Malaysia

Toner ini boleh mengurangkan masalah kekurangan air di kulit sambil memberi penghidratan, menghaluskan kedutan dan menguatkan keanjalan. Dengan ekstrak paten kulit willow putih, dengan asid Hyaluronik, cendawan putih dan komponen pengekstrakan lembapan tinggi yang lain, kulit tampak segar serta bermaya selepas memakainya.

Dengan menggunakan formula yang unik dalam lembapan dan menggalakkan kelembutan, toner ini juga dapat mengurangkan penampilan garis halus dan pori-pori besar.

Toner untuk kulit kombinasi – seimbangkan pH dalam kulit 8 daripada 10
Innisfree Green Tea Balancing Skin EX (200ml)
Partnership with Innisfree
Dari RM68
Lihat harga di Hermo Malaysia

Selepas 10 tahun penyelidikan khusus oleh Innisfree di Pulau Jeju, daun kecantikan Green Tea telah digunakan semata-mata untuk penghidratan kulit. Garis imbalan teh hijau dirumus khas untuk membantu mereka yang mempunyai kulit kombinasi cenderung berminyak agar kulit kekal hidrasi

Diformulasi dengan daun teh hijau yang baru, diekstrak dengan menggunakan kaedah pemerahan berganda, ianya menyerap masuk ke dalam lapisan kulit untuk membekalkan lembapan sempurna.

Toner untuk kulit berminyak, beri kesegaran pada kulit 9 daripada 10
Kiehl's Ultra Facial Oil-Free Toner
Partnership with Kiehl's
Dari RM94
Lihat harga di Kiehl's

Produk ini merupakan toner bebas minyak yang dirumuskan untuk mengurangkan penghasilan minyak berlebihan di permukaan kulit sambil meninggalkannya kelihatan segar dan sihat. Diperbuat dengan ekstrak Root Imperata Cylindrica dan Antarcticine untuk melegakan serta menghidrat kulit. 

Diformulasi tanpa alkohol yang menghilangkan residu, kotoran dan minyak berlebihan pada kulit anda. Ianya juga membantu mengimbangkan pH dan melembutkan kulit selepas penggunaan secara konsisten. Bebas minyak, pewangi, paraben dan pewarna, toner ini sesuai untuk semua jenis kulit.

Khas untuk kulit sensitif - lembut dan ringan pada kulit 10 daripada 10
Laneige Fresh Calming Balancing Toner (250ml)
Partnership with Laneige
Dari RM108
Lihat harga di Lazada Malaysia

Produk ini merupakan toner dari Korea yang mampu memberi lembapan secara mendalam bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif. Toner ini memberi kesan tekstur bebas minyak yang mampu untuk menyegarkan kulit kelihatan penat dan kusam. 

Ianya juga sangat lembut pada kulit dan tidak membuatkan kulit menjadi iritasi dan telah diuji oleh ahli dermatologi. Isi kandungannya juga bebas alkohol dan minyak yang sesuai untuk kulit sensitif.

Lagi daripada ProductNation