Kecantikan

Bye-Bye Kulit Melekit & Berminyak Dengan 8 Moisturizer Water-Based Ini


Editor · 18 Mar 2020, 5:26pm

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Bye-Bye Kulit Melekit & Berminyak Dengan 8 Moisturizer Water-Based Ini

Moisturizer yang berformula water-based atau gel bukan sahaja sesuai untuk kulit berminyak sahaja. Ianya amat sesuai digunakan ketika musim panas terik untuk melega dan menyejukkan kulit juga. Kulit juga akan sukar menjadi melekit, berpeluh, berminyak dan membuatkan anda berasa kurang selesa. Lagi-lagi dengan keadaan cuaca di Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun. 

Kandungan

Apakah maksud water-based moisturizer?

Water-based moisturizer ialah pelembap yang berasaskan air atau mempunyai isi kandungan daripada bahan Aqua. Pelembap berasaskan air lebih senang meresap ke dalam kulit dan sesuai untuk menyejukkannya kerana saiz partikel yang lebih kecil. Pelembab berasaskan air selalunya dicampur dengan bahan humectants lain yang bertujuan untuk mengelakkan air di dalam kulit senang tersejat.

Ayuh lihat senarai dibawah untuk mengetahui pelembap yang manakah berasaskan air bagi memudahkan anda membuat pilihan;

10 Water-Based Moisturizer yang Berkesan di Malaysia

Aiken Tea Tree Oil Moisturiser
Moisturizer paling berkesan untuk kulit berjerawat 1 daripada 10
Aiken Tea Tree Oil Spot Away Moisturizer
Partnership with Aiken
Dari RM14.22
Lihat harga di Lazada Malaysia
Sesuai untuk kulit berjerawat
Dapat mengawal minyak wajah
Bukan untuk kulit kering & sensitif
1 lagi
Bebas minyak

Kulit berjerawat seringkali mempunyai kulit berminyak dan harus tetap mengenakan pelembap untuk menjaga penghadang kulit serta mengelakkan tanda penuaan pramatang. Jadi, pelembap yang digunakan haruslah jenis yang nipis, bertekstur gel dan mempunyai bahan rawatan jerawat.

Seperti moisturizer daripada Aiken ini yang mempunyai minyak Tea Tree sebagai bahan rawatan jerawat dan juga berformula water-based yang ringan untuk menghalang pori tersumbat.

Moisturizer dengan SPF – lindungi kulit dari sinaran UV 2 daripada 10
POND'S Flawless Radiance Hydrating Day Gel SPF15/PA++
Partnership with POND’S
Dari RM26.40
Lihat harga di Shopee Malaysia

Pelembap dengan pelindung matahri amat sesuai jika anda tidak sukakan tekstur sunscreen yang melekit dan kadang-kala membuatkan kulit berminyak. Nah, pelembap jenama Pond’s ini amat sesuai untuk anda! 

Pelembap ini sesuai untuk kulit berminyak kerana ianya membantu mengecilkan pori dan juga melicinkan kawasan muka. Tanpa meninggalkan sebarang residu, kulit anda dilindungi daripada sinaran UV dengan baik.

Moisturizer ‘all-in-one’ sesuai untuk kegunaan para lelaki 3 daripada 10
Hatomugi Skin Conditioning Gel
Partnership with Hatomugi
Dari RM39.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Boleh digunakan untuk seluruh badan
Mengandungi vitamin C
Mahal dengan jumlah gram

Jika anda tidak mahu menggunakan produk penjagaan wajah yang banyak dan leceh, pelembap ini amat sesuai untuk anda. Anda tidak perlu lagi menggunakan serum pelembap ataupun produk extensive yang lain. 

Pelembap ini sahaja mampu untuk melembapkan kulit dengan mendalam namun tidak akan menyebabkan kulit berminyak. Produk ini juga sesuai untuk individu yang sentiasa sibuk dan tidak mahu rutin penjagaan wajah yang rumit akibat kekangan masa.

Moisturizer terbaik untuk kulit kusam dan lesu 4 daripada 10
Safi Perfect White Hydrating Lotion (150ml)
Partnership with Safi
Dari RM62.70
Lihat harga di Shopee Malaysia

Jika anda tidak menggunakan sunscreen seharian, kulit anda pasti menjadi lesu dan kusam. Dengan menggunakan produk pelembap yang mempunyai bahan pencerah akan membantu membaiki skin barrier kulit dan menyegarkan lapisan kulit supaya kulit tidak akan kelihatan lesu. 

Bahan pencerah yang terkandung dalam pelembap ini pula akan memudarkan kekusaman pada kulit wajah. Tampil angun dan berseri serta tingkatkan keyakinan diri!

Moisturizer jenis krim untuk kulit normal 5 daripada 10
Nivea Aqua Sensation Day Cream For Normal & Combination Skin (50ml)
Partnership with Nivea
Dari RM33.50
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Moisturizer berasaskan air ini berformula gel berkrim dan ianya membantu melembap secara mendalam, menghilangkan kekusaman dan kulit lesu. Pelembap ini juga mampu menyerap dengan cepat pada lapisan kulit paling dalam dan tidak meninggalkan residu ke atas kulit. 

Dengan hasil gabungan Hydra IQ dan ekstrak timun, kulit anda akan kekal hidrasi dan lembap serta tampil segar dan bermaya.

Moisturizer untuk kawal penghasilan kulit berminyak 6 daripada 10
CLINELLE PureSWISS Hydracalm Refining Cream (40ml)
Partnership with Clinelle
Dari RM67
Lihat harga di Watsons Malaysia

Pelembap berasaskan air ini menjanjikan hidrasi yang intensif, mengunci lembapan dalam masa 72 jam, menggurangkan penampilan garisan halus dan menghalang penghasilan minyak berlebihan. Pelembap ini boleh dikatakan dupe yang sama dengan Clinique Moisture Surge tapi untuk kulit berminyak!

Bio Essence Bio-Water Moist-in Water Gel
Moisturizer gel untuk kulit sensitif – elak iritasi dan merengsa 7 daripada 10
Bio Essence Bio-Water Moist-in Water Gel
Partnership with Bio Essence
Dari RM55.92
Lihat harga di Lazada Malaysia
Membaiki dan memperbaharui lapisan kulit
Membantu kulit bernafas dengan lebih baik
Tidak sesuai untuk kulit kering
1 lagi
Menyegar dan menenangkan kulit

Jika anda mempunyai kulit yang jenis sensitif dan sering merengsa, pelembap ini pasti akan menjadi kegemaran anda. Dengan teknologi Bio Energy Complex, ianya meningkatkan daya kulit untuk membaiki kerosakan, memperbaharui dan juga menyegarkan lapisan kulit supaya sensitiviti kulit akan cepat berkurang serta susut.

Bahan-bahan yang digunakan akan membantu kulit bernafas dan menenangkan kulit yang iritasi. Sesuai untuk semua jenis kulit terutama yang alami masalah sensitif.

Moisturizer paling BEST dari drugstore Watsons – melembap tahan lama 8 daripada 10
Neutrogena Hydro Boost Water Gel
Partnership with Neutrogena
Dari RM70.47
Lihat harga di Lazada Malaysia
Kunci kelembapan pada kulit
Bersifat non-comedogenic & bebas minyak
Kulit sedikit menegang sementara
1 lagi
Bina penghadang daripada radikal bebas

Pelembap ini paling best kerana ianya berformula gel dan sesuai untuk semua jenis kulit. Ianya juga mempunyai humectant yang mengunci lembapan dalam jangka masa lama. Yang menariknya ialah moisturizer ini menggunakan sistem ‘progressive release’ yang akan sentiasa melepaskan lembapan dalam kulit dan mengekalkannya supaya kulit kekal hidrasi.

Moisturizer dengan asid Hyaluronik untuk kulit kombinasi 9 daripada 10
Hada Labo Goku Jyun Super Hyaluronic Acid Hydrating Water Gel
Partnership with Hada Labo
Dari RM73
Lihat harga di Lazada Malaysia

Jika anda mempunyai kulit kombinasi dan tidak tahu pelembap apa yang anda harus gunakan, cubalah pelembap Hada Labo ini. Pelembap ini mengandungi humectant jenis Super Hyaluronic Acid yang akan melembap kulit, namun ianya tidak akan sesekali membuatkan kawasan T-zon anda berminyak kerana formulanya nipis tidak akan menyumbat pori.

Moisturizer paling popular untuk kulit kering 10 daripada 10
Clinique Moisture Surge 72-Hour Auto-Replenishing Hydrator
Partnership with Clinique
Dari RM33
Lihat harga di Shopee Malaysia

Siapa saja tak pernah mendengar tentang Clinique Moisture Surge? Moisturizer popular ini bertujuan untuk menyegarkan kulit dan memberi moisture boost dengan segera. Moisturizer ini bertekstur nipis dan ringan untuk semua jenis kulit

Sangat sesuai untuk kulit kering yang sering kehilangan hidrasi kerana pelembap ini mengunci lembapan selama 72 jam walaupun selepas membasuh muka.

Lagi daripada ProductNation