Eyeliner memainkan peranan penting dalam gaya solekan anda. Ianya akan menonjolkan bentuk mata dan memberi look yang lebih elegan. Antara bentuk garisan eyeliner yang popular adalah cat eye, winged dan yang paling mudah untuk dilukis adalah natural look. Gaya eyeliner kebiasaannya bergantung kepada majlis dan tempat yang hendak ditujui.
Untuk parti hari jadi, apakata cuba gaya winged dan hari-hari ke pejabat boleh apply gaya natural. Manakala, cat eye lebih sesuai jika anda menghadiri majlis-majlis formal atau kenduri kahwin.
Bagaimanakah cara untuk membuatkan eyeliner tahan lama pada mata?
Antara cara yang anda boleh ikut untuk mengelakkan eyeliner smudge atau pudar setelah beberapa jam adalah:
- Mengoleskan bedak translucent pada kelopak mata bagi memastikan kelopak mata tidak berminyak.
- Lukis gaya eyeliner pada kelopak mata menggunakan eyeliner berbentuk pensel dahulu kemudian oleskan liquid eyeliner diatasnya untuk garisan yang lebih kemas.
- Menggunakan berus eye shadow, sapu eye shadow berwarna sama dengan eyeliner di atas garisan eyeliner untuk look yang matte dan lasting.
Pilih eyeliner mengikut citarasa anda dengan berpandukan senarai eyeliner kalis air terbaik ini! Ayuh kita lihat!
10 Eyeliner Waterproof Terbaik Untuk Yang Mudah Berpeluh di Malaysia
Dengan berharga murah dan ikut kemampuan bajet, anda boleh mendapatkan eyeliner yang berkualiti, sesuai untuk kegunaan harian. Ianya mempunyai tip seperti marker yang halus dan mudah untuk digunakan. Eyeliner ini juga tahan lama dan tidak mudah comot.
Eyeliner jenis pensel sebegini selalunya mudah comot. Dengan Lakme Kajal ini, anda tidak perlu risau akan mata panda lagi kerana ianya mempunyai pigmentasi warna yang tinggi. Eyeliner ini sesuai untuk kegunaan di kelopak mata bawah dan juga atas serta pilihan terbaik untuk solekan ala-ala Bollywood.
Memiliki kulit berminyak boleh mengakibatkan eyeliner pudar dengan cepat. Oleh itu anda haruslah memilih eyeliner dengan kemasan matte seperti ini. Ianya juga mempunyai formula warna cepat kering dan tip 0.3mm yang sesuai untuk melukis apa jua gaya eyeliner. Jangan lupa sapu sedikit eyeshadow di atas eyeliner untuk efek lebih tahan lama.
Anda tidak perlu lagi membeli sharpener untuk menajamkan eyeliner pensel. Hanya putar eyeliner untuk menggunakannya. Eyeliner ini mudah untuk dipakai dan tidak mengandungi pewangi tiruan. Jika anda menggemari eyeliner pensel, apa kata cuba eyeliner ala-ala pen ini kerana ianya memberi efek yang sama seperti eyeliner pensel.
Eyeliner dengan tip halus sesuai untuk anda yang baru belajar mengenakan eyeliner dalam solekan. Ini kerana, anda mudah untuk mengawal lukisan garisan eyeliner. Tip eyeliner ini hanya sebesar 0.01mm dan ianya masih memberi warna yang terang pada alis mata anda. Eyeliner Maybelline ini bukan sahaja kalis peluh, anda juga boleh pergi berenang dan ianya tidak akan pudar.
Eyeliner berbentuk gel sebegini kebiasaannya menjadi pilihan MUA dan untuk solekan profesional. Ianya sangat pekat dengan warna dan tahan lama. Selain waterproof, eyeliner ini juga tidak mudah crack pada permukaan alis mata. Anda boleh memilih daripada 5 warna yang menarik, sesuai untuk majlis berlainan.
Eyeliner waterproof ini tahan selama 24 jam dan mempunyai warna yang tinggi kualiti. Ianya mengandungi formulasi kemasan matte untuk look lebih smokey. Eyeliner ini sesuai untuk mata sensitif kerana produk ini hanya menggunakan bahan yang selamat dan diluluskan.
Formula Colorstay dalam eyeliner ini menjamin agar eyeliner tidak mudah pudar. Anda tidak perlu menekan eyeliner dengan kuat pada kelopak mata kerana ia mudah untuk digunakan. Eyeliner ini juga mempunyai Softflex Comfort Technology untuk penggunaan jangka masa panjang yang selesa. Untuk menanggalkannya, hanya guna makeup remover untuk mata.
Dapatkan ketenangan minda selama 24 jam dengan eyeliner ini. Ianya diformulasi dengan 3 bahan berdaya ketahanan tinggi agar anda boleh melakukan aktiviti sukan dengan bebas. Eyeliner ini mempunyai kualiti pigmentasi warna tinggi membuatkan ianya tidak mudah pecah-pecah apabila kering di kelopak mata.
Eyeliner keluaran MUA terkenal di Malaysia ini bergred antarabangsa. Selain waterproof ianya juga tidak mudah comot. Sesuai untuk ke semua jenis kulit, eyeliner ini cepat kering dan mudah untuk digunakan walaupun melukis garisan eyeliner yang paling halus.