Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Lakarkan Alis Mata Menawan Dengan 10 Eyeliner Terbaik Dari Drugstore

Gayakan bentuk ‘mata kucing’ ibarat Cleopatra

Eyeliner adalah unsur penting dalam makeup untuk melukis bentuk mata agar terlihat lebih tajam, tegas, bahkan lebar. Ramai wanita yang ingin mengenakan penampilan ‘The Cat-Eye’ dengan sempurna, namun bukan semua orang dapat mencapainya. Mungkin kerana anda menggunakan eyeliner yang kurang elok ataupun tidak sesuai. Jum ikut senarai dibawah bagi mengetahui jenis-jenis eyeliner terbaik. 

Bagaimana anda dapat mengekalkan eyeliner sepanjang hari?

Untuk mencapai asas yang bersih dan sempurna, calitkan sedikit eye primer pada kelopak mata, di bawah mata anda dan di sekitar kawasan mata sebelum mengenakan eyeliner. Tugas utama primer adalah untuk menjadikan kulit lebih licin supaya menjadi lebih mudah untuk memakai eyeliner. Ini akan memberi anda kemasan sempurna dan juga mengekalkan eyeliner untuk masa yang lama. 

Ayuh lihat senarai eyeliner terbaik dari drugstore hanya untuk anda;

10 Eyeliner Drugstore Terbaik di Malaysia

Eyeliner murah untuk remaja dengan kemasan terbaik
Essence
Semak Essence Kajal Eyeliner Pencil harga dibawah:

Eyeliner pensel daripada jenama Essence ini dapat memberi hasil yang tepat dengan keinginanmu yang ringkas. Bukan itu sahaja, produk ini diformulasi dari bahan yang bagus dan berkualiti tinggi. Tekstur berkrimnya tidak mudah kering dan memberi kemasan warna yang pekat serta trendi. Anda pasti tampil mencuri perhatian dengan alis mata menarik.

Eyeliner untuk alis mata yang kecil dan ‘charming’
Wet n Wild
Semak Wet n Wild Kohl Liner Pencil harga dibawah:

Ianya dapat meluncur lembut pada alis mata dan juga dapat mencipta  hasil solekan garisan mata yang tepat dan nipis mahupun solekan ‘wing’ yang dramatik atau mencipta mata smokey dan seksi. Tampil lebih bergaya dengan eyeliner ini.

Eyeliner untuk mata tampil besar dan bulat
Maybelline
Semak Maybelline Hypersharp Liner Laser Precision Black harga dibawah:

Eyeliner ini memiliki tekstur yang cair, juga dilengkapi dengan kuas tipis berukuran 0.01 mm untuk membuat riasan menjadi lebih tepat. Keunggulan dari eyeliner ini adalah memiliki ciri-ciri smudge-proof yang membuatnya tahan air, tahan keringat, tahan minyak dan dapat bertahan sepanjang hari.

Eyeliner untuk alis mata mudah berminyak dan berpeluh
Chriszen
Semak Chriszen Kohl Kajal Eyeliner Pencil harga dibawah:

Jika anda mencari produk lokal dengan harga berpatutan, mudah didapati, kalis air dan kalis comot anda boleh bergantung kepada produk ini untuk memberi solekan dengan definisi tersendiri kepada mata anda. Dengan formula kalis air, tekstur eyeliner ini jenis berkrim dan bebas minyak tidak akan membuatkan alis mata anda mudah comot.

Eyeliner jenis gel terbaik yang smudgeproof dan tahan lama
Eyeliner jenis gel terbaik yang waterproof dan smudgeproof
Semak Maybelline Eyestudio Lasting Drama Gel Eyeliner Black harga dibawah:

Eyeliner ini bukan sahaja sangat sesuai untuk kulit berminyak, malah eyeliner ini ialah jenis waterproof dan smudge-proo serta dapat bertahan selama 36 jam. Selain itu, ianya selamat digunakan bagi yang mempunyai mata jenis sensitif atau sering menggunakan kanta mata. Eyeliner ini dijamin tidak akan membuatkan mata anda teriritasi atau merengsa.

Eyeliner jenis liquid terbaik, bebas paraben
Silky Girl
Eyeliner matte murah terbaik untuk kulit berminyak
Semak Silky Girl Perfect Matte Liquid Eyeliner harga dibawah:

Eyeliner ini tidak mengandungi sebarang paraben yang boleh membahayakan keadaan kulit anda. Pasti anda tertanya-tanya apa itu paraben? Paraben ialah bahan pengawet yang digunakan untuk melindungi alat solek anda daripada bakteria. Harga yang dijual di pasaran juga sangat murah dan produk ini mempunyai ketahanan sehingga 17 jam. 

Eyeliner ini merupakan smudgeproof, bermakna anda boleh menggunakannya walaupun kulit muka anda berminyak atau berpeluh.

Eyeliner untuk beginner – tidak mudah luntur
SimplySiti
Semak SimplySiti Elegant Auto Eyeliner harga dibawah:

Jika anda baru mula menggunakan alat solekan dan ingin membeli eyeliner pensel tetapi tidak yakin dimana anda harus bermula? Simply Siti ada jawapannya. Eyeliner pensel ini bukan seperti pensel yang lain, tidak perlu diasah menggunakan pengasah untuk menajamkannya semula. 

Terbaik untuk kegunaan pada yang baru ingin mula berjinak dalam penggunaan make-up. Mari sokong barang keluaran lokal.

Eyeliner untuk mata sensitif – menjaga kawasan mata agar tidak merengsa
Revlon
Eyeliner natural terbaik
Semak Revlon Colorstay Eyeliner Black Brown harga dibawah:

Pencil eyeliner ini set dalam masa 60 saat, jadi anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk keringkannya. Bukan itu sahaja, eyeliner ini juga mengandungi Vitamin E dan Aloe Vera yang sangat baik untuk mata. Selain itu, anda tidak perlu bimbang untuk menajamkan pencil eyeliner tersebut kerana ia merupakan self-sharpening eyeliner.

Eyeliner jenis pensil waterproof – tidak mudah comot akibat peluh
Koji
Semak Dolly Wink Koji Pencil Eyeliner harga dibawah:

Produk yang popular daripada Dolly Wink ini bukan sahaja bertekstur lembut serta berkrim malah ia kalis daripada bahan berair seperti peluh, udara persekitaran yang lembap, hujan dan air mata! Bukan itu sahaja, anda hanya perlu mengoleskan ke kelopak mata dengan satu lapisan sahaja kerana pigmentasinya tinggi dan terang.

Eyeliner untuk mata sayu – kesan mata lebih dramatik
Physicians Formula
Semak Physicians Formula Shimmer Strip Eye Enhancing harga dibawah:

Bagi anda yang merasakan lebih senang menggunakan pencil dari liquid, anda boleh mencuba pencil eyeliner ini. Tip matanya lembut dan mudah untuk digunakan, tidak mencomotkan alis mata anda. Eyeliner ini juga merupakan waterproof eyeliner dan mempunyai ketahanan yang lama. Selain itu, ia sangat mudah dipadam dengan menggunakan make up remover.

End of Article