Kecantikan

Lakarkan Alis Mata Menawan Dengan 10 Eyeliner Terbaik Dari Drugstore

Eyeliner penting untuk melukis bentuk mata agar terlihat lebih tajam & tegas & lebar. Ini senarai eyeliner pencil, gel & liquid dari drugstore Malaysia.


Editor · 6 Mar 2020, 11:16am

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Lakarkan Alis Mata Menawan Dengan 10 Eyeliner Terbaik Dari Drugstore

Eyeliner adalah unsur penting dalam makeup untuk melukis bentuk mata agar terlihat lebih tajam, tegas, bahkan lebar. Ramai wanita yang ingin mengenakan penampilan ‘The Cat-Eye’ dengan sempurna, namun bukan semua orang dapat mencapainya. Mungkin kerana anda menggunakan eyeliner yang kurang elok ataupun tidak sesuai. Jum ikut senarai dibawah bagi mengetahui jenis-jenis eyeliner terbaik. 

Kandungan

Bagaimana anda dapat mengekalkan eyeliner sepanjang hari?

Untuk mencapai asas yang bersih dan sempurna, calitkan sedikit eye primer pada kelopak mata, di bawah mata anda dan di sekitar kawasan mata sebelum mengenakan eyeliner. Tugas utama primer adalah untuk menjadikan kulit lebih licin supaya menjadi lebih mudah untuk memakai eyeliner. Ini akan memberi anda kemasan sempurna dan juga mengekalkan eyeliner untuk masa yang lama. 

Ayuh lihat senarai eyeliner terbaik dari drugstore hanya untuk anda;

10 Eyeliner Drugstore Terbaik di Malaysia

Eyeliner murah untuk remaja dengan kemasan terbaik 1 daripada 10
Essence Kajal Eyeliner Pencil
Partnership with Essence
Dari RM8
Lihat harga di Shopee Malaysia

Eyeliner pensel daripada jenama Essence ini dapat memberi hasil yang tepat dengan keinginanmu yang ringkas. Bukan itu sahaja, produk ini diformulasi dari bahan yang bagus dan berkualiti tinggi. Tekstur berkrimnya tidak mudah kering dan memberi kemasan warna yang pekat serta trendi. Anda pasti tampil mencuri perhatian dengan alis mata menarik.

Eyeliner untuk alis mata yang kecil dan ‘charming’ 2 daripada 10
Wet n Wild Kohl Liner Pencil
Partnership with Wet n Wild
Dari RM6.50
Lihat harga di Watsons Malaysia

Ianya dapat meluncur lembut pada alis mata dan juga dapat mencipta  hasil solekan garisan mata yang tepat dan nipis mahupun solekan ‘wing’ yang dramatik atau mencipta mata smokey dan seksi. Tampil lebih bergaya dengan eyeliner ini.

Eyeliner untuk mata tampil besar dan bulat 3 daripada 10
Maybelline Hypersharp Liner Laser Precision Black
Partnership with Maybelline
Dari RM20.95
Lihat harga di Hermo Malaysia

Eyeliner ini memiliki tekstur yang cair, juga dilengkapi dengan kuas tipis berukuran 0.01 mm untuk membuat riasan menjadi lebih tepat. Keunggulan dari eyeliner ini adalah memiliki ciri-ciri smudge-proof yang membuatnya tahan air, tahan keringat, tahan minyak dan dapat bertahan sepanjang hari.

Eyeliner untuk alis mata mudah berminyak dan berpeluh 4 daripada 10
Chriszen Kohl Kajal Eyeliner Pencil
Partnership with Chriszen
Dari RM10.90
Lihat harga di Hermo Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Jika anda mencari produk lokal dengan harga berpatutan, mudah didapati, kalis air dan kalis comot anda boleh bergantung kepada produk ini untuk memberi solekan dengan definisi tersendiri kepada mata anda. Dengan formula kalis air, tekstur eyeliner ini jenis berkrim dan bebas minyak tidak akan membuatkan alis mata anda mudah comot.

Eyeliner jenis gel terbaik yang waterproof dan smudgeproof
Eyeliner jenis gel terbaik yang smudgeproof dan tahan lama 5 daripada 10
Maybelline Eyestudio Lasting Drama Gel Eyeliner Black
Partnership with
Dari RM42.30
Lihat harga di Hermo Malaysia

Eyeliner ini bukan sahaja sangat sesuai untuk kulit berminyak, malah eyeliner ini ialah jenis waterproof dan smudge-proo serta dapat bertahan selama 36 jam. Selain itu, ianya selamat digunakan bagi yang mempunyai mata jenis sensitif atau sering menggunakan kanta mata. Eyeliner ini dijamin tidak akan membuatkan mata anda teriritasi atau merengsa.

Eyeliner matte murah terbaik untuk kulit berminyak
Eyeliner jenis liquid terbaik, bebas paraben 6 daripada 10
Silky Girl Perfect Matte Liquid Eyeliner
Partnership with Silky Girl
Dari RM22.80
Lihat harga di Hermo Malaysia

Eyeliner ini tidak mengandungi sebarang paraben yang boleh membahayakan keadaan kulit anda. Pasti anda tertanya-tanya apa itu paraben? Paraben ialah bahan pengawet yang digunakan untuk melindungi alat solek anda daripada bakteria. Harga yang dijual di pasaran juga sangat murah dan produk ini mempunyai ketahanan sehingga 17 jam. 

Eyeliner ini merupakan smudgeproof, bermakna anda boleh menggunakannya walaupun kulit muka anda berminyak atau berpeluh.

Eyeliner untuk beginner – tidak mudah luntur 7 daripada 10
SimplySiti Elegant Auto Eyeliner
Partnership with SimplySiti
Dari RM25.90
Lihat harga di Simplysiti

Jika anda baru mula menggunakan alat solekan dan ingin membeli eyeliner pensel tetapi tidak yakin dimana anda harus bermula? Simply Siti ada jawapannya. Eyeliner pensel ini bukan seperti pensel yang lain, tidak perlu diasah menggunakan pengasah untuk menajamkannya semula. 

Terbaik untuk kegunaan pada yang baru ingin mula berjinak dalam penggunaan make-up. Mari sokong barang keluaran lokal.

Eyeliner natural terbaik
Eyeliner untuk mata sensitif – menjaga kawasan mata agar tidak merengsa 8 daripada 10
Revlon Colorstay Eyeliner Black Brown
Partnership with Revlon
Dari RM27
Lihat harga di Shopee Malaysia

Pencil eyeliner ini set dalam masa 60 saat, jadi anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk keringkannya. Bukan itu sahaja, eyeliner ini juga mengandungi Vitamin E dan Aloe Vera yang sangat baik untuk mata. Selain itu, anda tidak perlu bimbang untuk menajamkan pencil eyeliner tersebut kerana ia merupakan self-sharpening eyeliner.

Eyeliner jenis pensil waterproof – tidak mudah comot akibat peluh 9 daripada 10
Dolly Wink Koji Pencil Eyeliner
Partnership with Koji
Dari RM49.90
Lihat harga di Watsons Malaysia

Produk yang popular daripada Dolly Wink ini bukan sahaja bertekstur lembut serta berkrim malah ia kalis daripada bahan berair seperti peluh, udara persekitaran yang lembap, hujan dan air mata! Bukan itu sahaja, anda hanya perlu mengoleskan ke kelopak mata dengan satu lapisan sahaja kerana pigmentasinya tinggi dan terang.

Eyeliner untuk mata sayu – kesan mata lebih dramatik 10 daripada 10
Physicians Formula Shimmer Strip Eye Enhancing
Partnership with Physicians Formula
Dari RM69.90
Lihat harga di Shopee Malaysia

Bagi anda yang merasakan lebih senang menggunakan pencil dari liquid, anda boleh mencuba pencil eyeliner ini. Tip matanya lembut dan mudah untuk digunakan, tidak mencomotkan alis mata anda. Eyeliner ini juga merupakan waterproof eyeliner dan mempunyai ketahanan yang lama. Selain itu, ia sangat mudah dipadam dengan menggunakan make up remover.

Lagi daripada ProductNation