Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Sos Ikan Halal di Malaysia 2024 - Sedap & Bagus

Sos ikan sesuai untuk hidangan goreng, sup dan sebagainya!

Anda mungkin pernah merasa sos ikan dalam kebanyakan masakan tempatan atau makanan Thai, Vietnam dan lain-lain lagi. 

Juga disebut sebagai sos sotong, rasanya yang menambah kemasinan dan sedikit lemak menjadikannya salah satu bahan masakan yang perlu ada di dapur sebagai penambah rasa. 

Ada sesetengah orang gunakan sos ikan Thai atau sos Siam dalam setiap menu masakan mereka dan terdapat banyak jenis sos ikan sedap di pasaran seperti sos ikan maggi dan sos ikan cap sotong.

Untuk anda yang masih mencari sos ikan terbaik atau kicap sotong, jom lihat senarai sos ikan halal yang sedap dan harga sos ikan.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 10 Sos Ikan Halal Terbaik

Sos ikan Khairul Amin
Sos Ikan Cap Sotong Thai
Sos ikan cap Sotong
From
RM3.99
Check Sos Ikan Cap Sotong Thai price below:
add_circle Harga murah
add_circle Mudah dibeli
add_circle Sesuai untuk ganti garam
remove_circle Cair

Sebab menjadi pilihan utama:

Jika anda tertanya-tanya sos apa yang digunakan Khairul Amin dalam masakannya yang pernah viral, inilah sos ikan cap sotong yang digunakannya sehingga membuatkan ramai yang ingin cuba masak kerabu maggi menggunakan sos ikan ini.

Ciri-ciri:

Sos ikan ini sesuai digunakan sebagai penganti kepada garam dalam masakan anda, jadi tidak perlu untuk tambah garam sekiranya anda menggunakan sos ikan ini.

Masakan seperti nasi goreng, kerabu, somtan atau masakan panas lain pasti akan lebih sedap dengan sos ikan ini. 

Fungsi utama sos ikan cap sotong ini bukan semata-mata untuk menambah rasa masin, tetapi ia sebagai penyedap rasa dan boleh ganti perencah secukup rasa juga.

Dengan harga yang sangat murah, memang sesuai untuk dibeli dan dijadikan sebagai stok bahan masakan untuk mudahkan anda memasak setiap hari.

Review:

"Produk memang original, terus sedap masakan bila tambah sos ikan cap sotong ni. Sesuai sangat untuk masakan Thailand."

Sos ikan buatan malaysia
Sos Ikan Cap Ketereh
Cap Ketereh
SOS IKAN CAP KETEREH
From
RM2.90
Check Sos Ikan Cap Ketereh price below:
add_circle Buatan Malaysia
add_circle Murah
add_circle Bau tidak kuat
remove_circle Rasa sedikit manis

Sos ikan cap Ketereh ini dibuat dan dikilangkan di Tumpat, Kelantan dengan menggunakan ikan bilis sebagai bahan asasnya. 

Bermula dengan perniagaan kecil-kecilan hanya di ruang dapur pada tahun 1978, pengeluar sos ikan kini antara pengeluar sos ikan terbesar di Malaysia.  

Anda tidak perlu was-was lagi kerana sos ikan Cap Ketereh telah mendapat pengiktirafan dari Kementerian Kesihatan serta mendapat sijil halal dari JAKIM. 

Selain menjadi penambah perasa di dalam makanan, sos ikan Cap Ketereh ini juga sedap apabila dicampurkan di dalam kerabu dan ulam-ulaman tau.

Sos ikan Thai (halal)
Sos Ikan Tiparos
Tiparos
From
RM6.30
Check Sos Ikan Tiparos price below:
add_circle Halal
add_circle Tidak berbau hanyir
remove_circle Sedikit cair

Ada banyak sos ikan yang diimport dari Thailand ke negara kita dan antara jenama yang terkenal ialah sos ikan Tiparos. 

Paling penting, sos ikan ini mempunyai sijil halal daripada pihak berkuasa agama Islam di Thailand, The Central Islamic Committee.

Dihasilkan daripada 65% ikan Plahkat, 30% air garam, 5% gula dan juga 2mg/l iodin, sos ini sedap digunakan dalam segala masakan. 

Jika anda ingin makan begitu sahaja pun boleh sebab sos ikan ini sesuai dijadikan sebagai sos untuk mencicah dumpling, sotong celup tepung dan sebagainya.

Sos ikan bakar
Sos Ikan Knife
Knife
From
RM4.89
Check Sos Ikan Knife price below:
add_circle Tiada bahan pengawet tambahan
add_circle Tiada pewarna tiruan
add_circle Tidak terlalu masin
remove_circle Botol mudah kemik

Sos ikan jenama Knife ini sedap kerana menggunakan ikan bilis sebagai kandungan utama sos. 

Dengan hanya menggunakan ikan, garam dan gula, sos ikan Knife tidak menggunakan sebarang pengawet dan pewarna tambahan tau. 

Keaslian sos ikan Knife ini dan rasa yang tidak terlalu masin ternyata membuatkan setiap masakan anda menjadi lebih sedap apabila digunakan. 

Menariknya, sos ikan ini anda boleh gunakannya sebagai alternatif kicap, malah enak digunakan sebagai agen perapan dalam resepi ikan bakar anda.

Sos ikan untuk nasi goreng
Sos Ikan Cap Sotong Puteri
Puteri
From
RM4.38
Check Sos Ikan Cap Sotong Puteri price below:
add_circle Sesuai untuk masakan goreng
add_circle Botol besar
remove_circle Mengandungi perisa tambahan

Kalau anda penggemar masakan panas seperti nasi goreng, mee goreng dan sebagainya, anda boleh tambah sos ikan cap sotong jenama Puteri ini dalam masakan. 

Turut mengandungi ikan, garam dan gula, sos ikan Puteri mendapat sijil pengesahan halal dari JAKIM dan selamat serta baik untuk dimakan.

Sos ikan ini menggunakan perisa tambahan seperti sodium benzoate, pewarna karamel dan sos tambahan perisa ikan, anda boleh elakkan menggunakannya jika ada alergi.

Untuk sos ikan jenama Puteri ini, ia boleh bertahan sehingga 18 bulan dari tarikh pembungkusan kilang, jadi anda boleh simpan lama sos ikan ini.

Sos ikan stim
Sos Ikan Taste-Me
Taste-Me
From
RM5.95
Check Sos Ikan Taste-Me price below:
add_circle Mudah digunakan
add_circle Tiada bahan pengawet
remove_circle Kandungan gula tinggi

Terasa hendak menghidangkan sesuatu yang istimewa untuk keluarga tercinta di hujung minggu ini? 

Apa kata cuba menu mudah tetapi tampak seperti masakan chef restoran lima bintang, iaitu ikan masak stim.

Dengan menggunakan sos ikan Taste-me ini, anda tidak perlu perisa tambahan lain kerana sos ini direka khas untuk masakan ikan stim.

Hanya dengan beberapa sudu sos ikan & seafood stim Taste-me ini mampu membuatkan makanan anda lebih berasa dan sedap. 

Tambahkan sahaja bahan-bahan seperti hirisan tomato, halia, bawang dan daun limau perut untuk membuatkan hidangan lebih menyelerakan.

Sos ikan Thailand
Sos Ikan Megachef Premium
Megachef
From
RM13.30
Check Sos Ikan Megachef Premium price below:
add_circle Bahan berkualiti
add_circle Tiada bahan pengawet
remove_circle Harga mahal, saiz kecil

Sos premium Megachef dikenali sebagai sos ikan bagus kerana menggunakan ikan bilis dan garam laut yang berkuali tinggi. 

Paling penting, sos ikan ini tidak mengandungi sebarang bahan pengawet dan hanya menggunakan proses pengawetan semula jadi.

Bahan-bahannya mengambil masa sehingga 2 tahun untuk mendapatkan rasa masin sekata dan berlemak sementara mengekalkan khasiat protein daripada ikan bilis. 

Selain itu, turut mempunyai kandungan protein yang tinggi iaitu sehingga 3 gram pada setiap hidangan. 

Sos ikan Megachef ini juga mengandungi rendah histamine dan tyramine jadi anda boleh gunakan sebagai perasa tambahan dalam setiap masakan anda.

Sos ikan Vietnam
Sos Ikan Nam Ngu (Vietnam)
From
RM5.98
Check Sos Ikan Nam Ngu (Vietnam) price below:
add_circle Bahan berkualiti
add_circle Sesuai untuk hidangan berkuah
add_circle Mudah digunakan
remove_circle Perlu disimpan dalam peti sejuk

Antara sos ikan yang sedap digunakan untuk membuat sup ialah sos ikan Nam Ngu, jenama dari Vietnam.

Selain sedap digunakan untuk masakan berkuah seperti sup, anda juga boleh gunakannya sebagai perasa tambahan untuk masakan sayuran seperti sayur campur goreng. 

Anda tidak perlu risau, sos ikan Nam Ngu antara sos yang telah mendapat pelbagai pensijilan daripada FDA, HACCP, ISO dan JAKIM. 

Bahan asas utama yang digunakan untuk sos ikan ini adalah ekstrak ikan bilis dan salmon membuatkan baunya tidak terlalu hanyir.

Turut menggunakan penambah dan pewarna perisa yang dibenarkan serta selamat untuk digunakan.

Sos ikan untuk Kimchi
Sos Ikan Korea CJ
Sos Ikan Korea CJ
From
RM16.80
Check Sos Ikan Korea CJ price below:
add_circle Rasa masin dan manis seimbang
add_circle Tingkatkan kesihatan
remove_circle Bau ikan kuat

Rasa sos ikan jenama CJ ini dikatakan paling asli dan sesuai digunakan untuk membuat kimchi.

Kalau anda nak tahu, sos Ikan CJ antara sos dari Korea yang juga mendapat sijil Halal dari JAKIM sejak 2013.

Sebelum masuk ke Malaysia, sos ikan CJ antara sos wajib ada di Korea Selatan kerana mempunyai rasa yang enak serta tidak begitu tajam. 

Sos CJ menggunakan ikan bilis dan ikan yuji untuk menghasilkan sosnya yang enak. 

Sepadan dengan tempat asal sos ini diinspirasi, rasanya sangat sedap jika anda seorang penggemar kimchi dan ingin membuat kimchi dari air tangan sendiri. 

Sekali buat mesti anda terus jatuh cinta, Saranghae!

Sos ikan Nampla
Sos Ikan Nampla Chef Ustazah
Chef Ustazah
Sos Ikan Nampla Chef Ustazah
From
RM8.50
Check Sos Ikan Nampla Chef Ustazah price below:
add_circle Tidak terlalu masin
add_circle Halal
add_circle Senang digunakan
remove_circle Penutup botol mudah bocor

Produk daripada Chef Ustazah ini menjadi pilihan ramai kerana bahan yang digunakan 100% halal dan ini merupakan salah satu produk tempatan.

Sos ikan ini sesuai digunakan untuk pelbagai masakan dan anda boleh gunakannya sebagai pengganti garam.

Selain itu, rasa yang tidak terlalu masin akan memudahkan anda adjust masakan mengikut citarasa keluarga.

Reka bentuk botol yang mudah dituang dan dipegang memudahkan anda menggunakan sos ikan ini semasa memasak.

Kami sarankan anda untuk tidak menyimpan sos ikan ini dalam posisi baring sebab penutup botolnya mudah bocor.

Sos ikan yang boleh digunakan tanpa was-was, rasanya sedap dan tak masin sangat.


Beza Sos Ikan Dan Sos Sotong

Sos ikan dan sos sotong adalah antara dua jenis sos yang digunakan dalam masakan Asia, terutama di negara-negara seperti Thailand, Vietnam, dan Malaysia. 

Anda masih keliru dan tertanya apa beza antara dua sos ini? 

Terdapat beberapa perbezaan antara sos ikan dan sos sotong, jom kita lihat.

Sos ikan biasanya dibuat dengan ikan cincang atau diracik menggunakan bahan-bahan seperti garam, gula, air, dan kadang-kadang serai, cili dan limau nipis. 

Sos ikan juga mempunyai rasa masin dan kadang-kadang sedikit manis dan akan digunakan sebagai perasa dalam hidangan seperti sup, masakan kari, tumis dan masakan goreng.

Sementara itu, sos sotong dibuat dengan menggunakan sotong yang diproses atau diracik dengan bahan-bahan seperti cili kering, cili padi, bawang putih, gula, dan garam. 

Sos sotong mempunyai rasa pedas dan masin dan akan digunakan sebagai perasa dalam hidangan seperti mi goreng, nasi goreng dan hidangan panggang.

Perbezaan utama antara sos ikan dan sos sotong adalah bahan-bahan yang digunakan dalam penyediaannya dan rasa yang dihasilkan. 

Secara keseluruhannya, sos ikan dan sos sotong adalah perisa yang popular dalam masakan Asia. 

Walaupun kedua-duanya mempunyai ciri-ciri yang unik tetapi kedua-duanya memberikan rasa yang lazat dan memperkayakan lagi hidangan yang dimasak.


Kegunaan Sos Ikan Dalam Masakan

Mungkin ada yang tertanya-tanya sos ikan untuk apa sewaktu kita memasak dan jenis masakan apa yang sesuai untuk digunakan bersama sos ikan ini.

Sos ikan boleh digunakan dalam pelbagai hidangan dan memberikan rasa yang lazat dan menarik. 

Ini antara beberapa kegunaan sos ikan dalam masakan anda.

  • Sebagai perasa 

Sos ikan digunakan sebagai perasa dalam hidangan seperti sup, kuah, tumis dan hidangan goreng. 

Ini akan memberikan rasa masin yang menyedapkan dan memperkayakan citarasa hidangan anda.

  • Sebagai bahan utama 

Sos ikan juga boleh digunakan sebagai bahan utama dalam hidangan seperti mi kuning dan mi sup. 

  • Sebagai bahan marinade

Sos ikan boleh digunakan sebagai bahan marinade untuk daging, ikan dan ayam. 

Anda juga boleh gunakannya untuk membantu melembutkan daging atau ikan.

  • Sebagai sos

Sos ikan juga boleh digunakan sebagai sos untuk hidangan seperti salad, kerabu, dan sotong atau udang celup tepung dan nasi goreng. 

  • Sebagai bahan pembuat sos 

Ada juga sesetengah orang menggunakan sos ikan sebagai bahan utama dalam pembuatan sos seperti sos cili ikan dan sos masam manis.


Artikel Berkaitan

End of Article