Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

8 Alatan Moden Pilihan Utama Rakyat Malaysia Untuk Kediaman Kontemporari

Alami pengalaman hebat diami rumah idaman anda!

Seiring dengan peredaran zaman dan teknologi berkembang pesat, kediaman dicipta dengan sistem pintar juga semakin maju di pasaran. Tidak ada beza seperti telefon pintar yang dahulunya menggunakan sistem analog dan terkini dengan sistem pintar. Tingkatkan kualiti kehidupan anda dengan alatan-alatan canggih sesuai untuk kediaman masing-masing.

Terima kasih kepada teknologi yang dicipta oleh Fourth Industrial Revolution atau 4IR yang membuatkan kemajuan Malaysia kini setanding dengan negara-negara maju. Antara teknologi maju dapat anda lihat pada zaman sekarang seperti peti sejuk yang disambungkan kepada Wi-Fi atau mengawal penghawa dingin melalui aplikasi di telefon pintar.

Jika anda sudah mempunyai kediaman tetapi ingin menaiktaraf alatan moden di dalam rumah atau mungkin bakal menjadi pemilik rumah baru, ini antara 5 alatan moden yang sesuai untuk kediaman temporari anda.

Bosch Tronic 3000S Electric Water Heater
Bosch
From
RM350.00
Check Bosch Tronic 3000S Electric Water Heater price below:

Sudah menjadi satu kebiasaan untuk anda ‘melawat’ bilik air/bilik mandi sehingga 3 – 4 kali sehari menjadikannya antara salah satu perkara penting untuk anda naiktaraf alatan di dalamnya. Menurut satu kajian yang dilakukan, setiap individu menghabiskan masa sekurang-kurangnya 1 jam 42 minit setiap minggu di dalam bilik air bersamaan dengan 92 hari seumur hidup.

Setiap kediaman wajib ada alatan pemanas air. Terkini Bosch melancarkan siri terbaru, Tronic Series yang didatangi dengan 3 variasi berbeza. Dengan rekaan sleek dari Jerman dan operasi pam yang perlahan, Bosch Tronic dilengkapi dengan panel kawalan yang minimalis. 

Penggunaan Tronic 3000 S lebih mudah dengan tombol putar dan penunjuk LED yang memaparkan tahap pemanasan air. Tronic 6000 S pula dilengkapi dengan paparan digital komprehensif, merangkumi kawalan termostat dan sensor suhu ‘built-in’ untuk memastikan tahap pemanasan air terkawal. Manakala pam DC Inverter dan kepala pancuran premium ditetapkan untuk corak semburan pilihan. 

Untuk pengalaman mandian lebih hebat, apa kata anda cuba Tronic 8000 S yang lengkap dengan kawalan skrin sentuh digital dan fungsi kepala pancuran premium serta anda boleh menyimpan 3 pra-set memori bagi aktiviti mandian lebih selesa.

Sony A8G OLED 4K
Sony
From
RM10,376.42
Check Sony A8G OLED 4K price below:

Televisyen pintar dari jenama Sony A8G OLED TV dibawah siri jenama utama ‘Master Series’, menawarkan ciri-ciri menarik seperti 4 slot HDMI 2.0, 3 slot USB (satu slot USB 3.0 dan dua slot USB 2.0), slot LAN Ethernet, input RF, output audio optik dan sistem operasi Android 8.0.

Dilengkapi dengan ‘built-in’ Dolby Vision HD dan OLED, peti televisyen ini mempunyai kualiti skrin serta paparan visual terbaik, manakala fenomena warna gamut dapat mengawal tahap pencahayaan semasa menonton dalam keadaan gelap yang menjadi ciri utama dalam sesebuah televisyen pintar jenama Sony ini. Alami pengalaman baru semasa menonton rancangan siri Netflix atau sukan terutamanya buat anda yang gemar menonton dalam gelap. Boleh di dapati dalam saiz 55 atau 65 inci. 

LG Side By Side GC-X247CSAV
LG
From
RM11,299.00
Check LG Side By Side GC-X247CSAV price below:

Antara alatan asas perlu ada di dalam sesebuah kediaman adalah peti sejuk tetapi rumah dilengkapi dengan peti sejuk pintar pasti akan memberi pengalaman yang berbeza. Peti sejuk pintar dari rangkaian alatan elektrikal terkenal, LG mencipta teknologi canggih InstaView Door-In-Door. Panel kaca peti sejuk ini membolehkan anda melihat terus ke dalamnya tanpa membuka pintu dengan hanya mengetuk sebanyak 2 kali pada tingkap kaca tersebut. 

Bagi mengurangkan penggunaan tenaga, peti sejuk ini mempunyai ‘built-in’ inverter dan penapis udara untuk menghapuskan bakteria serta bau yang kurang menyenangkan. Seperti produk LG yang lain, peti sejuk ini juga dilengkapi dengan fungsi Smart ThinQ, dimana anda boleh memuat turun aplikasi agar dapat mengawal suhu sejuk atau melakukan diagnosis sistem untuk melihat status operasi secara keseluruhannya.

Daikin FTKM-T Series
Daikin
From
RM2,616.00
Check Daikin FTKM-T Series price below:

Jika anda lihat, zaman sekarang terlalu banyak jenama penghawa dingin yang boleh kadangkala membuatkan kita bingung untuk memilihnya. Tetapi rangkaian Daikin merupakan salah satu jenama pilihan rakyat Malaysia. Siri FTKM-T ini juga dikenali dengan Coanda Effect yang memberi penyejukan berterusan sambil mengalirkan peredaran udara pada sekeliling siling ruang kegemaran anda.

Elakkan daripada bil elektrik melambung tinggi dengan menggunakan penghawa dingin dari Daikin ini kerana ianya dilengkapi inverter untuk penjimatan tenaga menjadikannya salah satu alatan moden yang efisien buat kediaman anda. Antara ciri-ciri lain adalah sistem penyejukan hibrid bagi mengawal lembapan, penapis partikel untuk menghapuskan zarah udara yang merbahaya dan fungsi Smart Control membolehkan anda mengawal tetapan penghawa dingin ini melalui aplikasi tertentu.

Dyson V11 Absolute+ Cordless Vacuum Cleaner
Dyson
From
RM3,899.00
Check Dyson V11 Absolute+ Cordless Vacuum Cleaner price below:

Membuang kotoran dan habuk halus mungkin menjadi satu perkara remeh buat anda. Mencari pembersih vakum yang berkualiti dan mudah untuk digunakan? Usah risau. Dyson V11 Absolute ada jawapan terbaik untuk anda. Tidak seperti pembersih vakum konvensional, Dyson V11 didatangi dengan pek bateri ‘built-in’ yang tidak memerlukan penggunaan kabel untuk memudahkan anda bergerak tanpa perlu mencari plug point berdekatan. Untuk cas bateri pembersih vakum ini, cangkuk sahaja ke dok pengecasan yang dilekatkan pada dinding.

Dilengkapi juga dengan 3 mod pembersihan iaitu Auto, Boost atau Eco membuatkan vakum jenis ‘bagless’ ini mudah untuk membersihkan kotoran yang terkumpul di dalamnya. Hanya tanggalkan sahaja bekas sedutan dan buangkan habuk serta kotoran terus ke dalam tong sampah. Paparan LCD pula memaparkan waktu yang perlu untuk diselenggara dan juga tahap bateri jika berkurangan.

Google Chromecast 3 HDMI
Google
From
RM199.00
Check Google Chromecast 3 HDMI price below:

Nak layan Netflix tapi TV yang anda ada tak cukup ‘smart’? Tonton karakter kegemaran anda di TV dengan Google Chromecast 3. Hanya plug in gajet anda ke TV melalui HDMI port, set up di phone anda dan jadikan phone anda remote control. Sambil-sambil tu anda masih boleh menggunakan phone tanpa mengganggu siaran tv.

Philips Hue Starter Kit
Philips
From
RM809.00
Check Philips Hue Starter Kit price below:

Nikmati 16 juta pilihan warna daripada  Philips Hue Starter Kit. Cahayanya yang lain daripada yang lain menepati warna imej sebenar.

Dengan pilihan sistem intergrasi third-party nya, anda boleh mengawal lampu dengan menggunakan pembantu audio untuk menutup atau membuka lampu dan melaraskan kecerahan. Anda juga boleh melaraskan lampu supaya kena dengan mood seperti sewaktu belajar or berehat.

Nest Hello Video Doorbell
Nest
From
RM1,499.00
Check Nest Hello Video Doorbell price below:

Item ini penuh dengan ciri-ciri menarik. Terutama sekali HDR camera nya yang menghasilkan visual yang jelas untuk rakaman siang dan malam.  

Ia juga mempunyai pengesan wajah yang dapat mengesan wajah pelawat yang gemar berkunjung. Ia akan menghantar notifikasi untuk mengumumkan nama pelawat-pelawat ini setiap kali mereka berkunjung semula. 

Terdapat juga mic built-in supaya anda dapat berinteraksi dengan pengunjung di pintu rumah.Saiznya yang kompak dapat dipasang walaupun di pagar yang paling sempit dan binaannya dibina dengan hardware terbaik supaya kekal lama.

Related articles

End of Article