Kecantikan

Kurang Selesa Dengan Rambut Kepam? Ini 10 Syampu Untuk Rambut Berbau

Review syampu terbaik untuk rambut rebonding, kerinting yang gugur, berkelemumur, kering & kulit kepala berbau yang gatal daripada Sunsilk & Pantene


Editor · Updated 5 Feb 2020

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Kurang Selesa Dengan Rambut Kepam? Ini 10 Syampu Untuk Rambut Berbau

Mencuci rambut setiap hari juga sebenarnya tidak bagus untuk kulit kepala. Penggunaan syampu harian boleh menghalang penghasilan minyak pada rambut yang akan menyebabkan rambut bercabang. Jika tiada minyak pada rambut, ianya akan menyebabkan rambut menjadi lebih kering dan kusut. Kerap bersyampu juga akan menjadikan warna rambut menjadi luntur, pudar dan rosak. 

Tambahan pula, sesetengah daripada anda pasti menggunakan syampu daripada produk yang mahal. Sudah tentu mengeluarkan belanja yang banyak. 

Kandungan

Apakah penyebab rambut berbau walaupun anda mencucinya setiap hari? 

Tahukah anda jika teknik basuhan rambut tidak betul, rambut anda akan menjadi kurang bermaya dan tidak berseri. Ini adalah cara-cara yang betul untuk elakkan rambut berbau;

  • Pastikan rambut basah secara keseluruhannya sebelum mula bersyampu
  • Gunakan perapi rambut
  • Syampu sehingga mengena kulit kepala
  • Jumlah syampu yang digunakan haruslah bersesuaian dengan ketebalan rambut
  • Urut kulit kepala semasa bersyampu
  • Bilas dengan air panas

Basuh rambut sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk elakkan rambut masam terutamanya bagi yang berhijab. Jom lihat senarai syampu yang bersesuaian untuk rambut anda yang cepat berbau;

10 Syampu Untuk Rambut Berbau Pilihan Pengguna

Syampu untuk kanak-kanak – tidak memedihkan mata 1 daripada 10
Johnson’s Active Kids Soft & Smooth Shampoo (100ml)
Partnership with Johnson’s
Dari RM8.50

Rangkaian penjagaan kulit kanak-kanak, Johnson’s ini sememangnya digemari oleh ibubapa kerana produk ini dijamin tidak akan memedihkan mata si kecil semasa bersyampu. Diperkaya ekstrak madu dan gandum, ianya dapat menghilangkan bau masam pada kepala anak anda dengan sekali cucian. 

Diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi, syampu dari produk ini bebas paraben, sabun dan dye tiruan. Yang paling penting, ianya bersifat hypoallergenic.

sunsilk kelemumur hijab recharge
Hapuskan kelemumur dan masalah rambut berbau 2 daripada 10
Sunsilk Hijab Anti Dandruff Shampoo (320ml)
Partnership with Sunsilk
Dari RM14.50
Haruman bertahan sehingga 48 jam
Buatkan rambut tidak mudah putus
Stok terhad
1 lagi
Kurangkan keguguran

Sebut sahaja masalah kelemumur, pasti yang berhijab boleh relate dengan kes ini. Kepala yang selalu bertutup akan menyebabkan kulit kepala tidak mendapat peredaran udara dengan baik. Perkara ini selalunya menjadi faktor utama menyumbang kepada kulit kepala ‘flakey’.  

Dengan teknologi terbaharu, Sunsilk ciptakan syampu yang bersesuaian untuk wanita berhijab. Diperkaya dengan buah fig, ginseng dan buah citrus, ianya akan memberi kesegaran buat kulit kepala anda sepanjang hari sambil berfungsi sebagai agen penghapus kelemumur.

Baik untuk menghapuskan rambut berbau dan melebatkan 3 daripada 10
Herbal Essences White Strawberry & Sweet Mint Shampoo (400ml)
Partnership with Herbal Essences
Dari RM28.43

Syampu bebas silikon ini khusus dalam memberi volum pada rambut anda agar kelihatan tebal dan bermaya. Dengan mengandungi White Strawberry dan Sweet Mint, ianya membersih rambut anda sehingga ke akar. Dicampur pula dengan bahan antioksidan seperti Aloe Vera dan Sea Kelp, rambut anda akan tampil berseri jika menggunakannya secara konsisten. 

Bahan di dalam syampu ini mempunyai tahap pH yang seimbang, bebas paraben, gluten dan pewarna tiruan, menjadikannya pilihan ramai. Tampil yakin dengan rambut lebih lebat dan tebal.

Buat rambut rebonding, hilangkan rambut berbau itu 4 daripada 10
TRESemmé Keratin Smooth Shampoo (340ml)
Partnership with TRESemmé
Dari RM21.50

Dirumus khas dengan minyak Argan dan Keratin menyerap masuk ke dalam lapisan kulit kepala sambil memberi kebaikan 5-dalam-1. Antaranya adalah mengurangkan kusut, memberi sinar dan melembutkan rambut. 

Kandungan keratin di dalamnya dapat membuatkan rambut rebonding anda bertahan lebih lama. Untuk hasil yang lebih lumayan, gunakan perapi dari Tresemme juga. 

Syampu 5-in-1 untuk rambut berbau cenderung kering dan split-end 5 daripada 10
L'oreal Paris Elseve Total Repair Shampoo (650ml)
Partnership with L'oreal Paris
Dari RM16.92

Dirumus khas untuk wanita Asia, syampu dari L’Oreal Paris Total Elseve ini dapat memperbaiki rambut rosak dalam masa beberapa hari sahaja. Wanita Asia sering alami 5 masalah rambut seperti bercabang, kering, kusam, kusut dan tidak bermaya. Syampu ini dapat menyelesaikan masalah ini. 

Diformulasi dengan bahan aktif Micro-Ceramide, ianya dapat menguatkan kutikel rambut anda agar tidak mudah putus. Bukan sahaja tiada lagi masalah rambut berbau dan kering, split-end dan kusam juga akan hilang serta-merta.

Syampu untuk lelaki yang kekal aktif 6 daripada 10
Head & Shoulders Ultra Men Cool Menthol Shampoo (480ml)
Partnership with Head & Shoulders
Dari RM19.50
Harga murah
Mampu merawat masalah kelemumur
Sukar didapati di pasaran
1 lagi
Mengurangkan minyak kulit kepala

Khas untuk lelaki yang gemar bersukan dan rambut mudah berbau, gunakan syampu dari rangkaian Head & Shoulders ini. Produk ini terkenal dengan kebaikan mentol yang terdapat di dalam kandungan syampu untuk beri kesegaran sepanjang hari. Kulit kepala lelaki lebih banyak menghasilkan sebum jika berpeluh.

Dirumus khas dengan Deep Sea Mineral, ianya menghapuskan lebihan minyak di kulit kepala dan halang dari kegatalan manakala ekstrak ginseng pula mengelakkan rambut gugur dan putus.

Syampu dari drugstore untuk rambut berbau dan mudah gugur 7 daripada 10
Pantene Pro-V Hair Fall Control Shampoo (750ml)
Partnership with Pantene Pro-V
Dari RM30.27

Bagi anda yang alami masalah kerosakan rambut, jika tidak menggunakan syampu tepat akan menyebabkan rambut mudah bercabang dan gugur. Syampu dari Pantene ini dapat menghindari rambut gugur dengan banyak dan juga elakkannya daripada berbau masam. 

Ianya menyerap masuk ke dalam akar umbi dan membaikpulih kerosakan rambut dari dalam. Syampu ini juga menghalang rambut anda dari bercabang dan cepat rosak. Gunakannya secara konsisten.

Terbaik untuk rambut berbau dengan terapi melembutkan rambut 8 daripada 10
Ma Cherie Moisture Shampoo (450ml)
Partnership with
Dari RM48

Rambut berbau pasti akan kelihatan tidak bermaya dan kurang berseri. Syampu ini mampu melembut, memberi lembapan dan hidrasi pada rambut anda selepas menggunakannya. Diformulasi dengan bahan terbaik untuk membaikpulih kerosakan terutamanya bagi anda alami masalah rambut kering dan kusut. 

Berbau sweet, fresh dan fruity menjadikan rambut anda kelihatan bersinar sepanjang hari tanpa perlu memakai perawatan rambut yang lain.

Terbaik untuk kulit kepala berminyak, hapuskan masalah rambut berbau 9 daripada 10
Ryo Jayang Yunmo Hair Loss Care Shampoo – For Oily Scalp
Partnership with Ryoe Jayang Yunmo
Dari RM44

Masalah kulit kepala berminyak sememangnya merimaskan anda. Ini kerana anda haruslah kerap bersyampu untuk mengurangkan masalah rambut kelihatan berkilat dan kulit kepala melekit. Syampu dari jenama Ryo ini diformulasi dengan evolusi teknologi terbaik untuk rawatan penjagaan rambut. 

Dirumus dengan bahan utama iaitu Goryeo Ginseng, syampu ini terbaik dalam merawat masalah rambut gugur dan kulit kepala berminyak. Tiada lagi masalah kulit kepala gatal dengan syampu yang diimport khas dari Korea ini!

Syampu khas untuk rambut keriting yang berbau dan kusut 10 daripada 10
Briogeo Farewell Frizz Smoothing Shampoo
Partnership with Briogeo
Dari RM86.40

Syampu ini diformulasi dengan 98% bahan aktif semulajadi. Dengan mengandungi minyak Rosehip, Argan dan kelapa, ianya dapat melembutkan rambut yang keriting dan berbau. Masalah rambut kusam, tampak letih dan tidak bermaya juga dapat diselesaikan oleh syampu ini. 

Bahan-bahan yang dirumus khas akan meresap masuk ke dalam kulit kepala untuk memberi hasil lebih menakjubkan. Tidak mengandungi bahan kimia merbahaya seperti sulfat, phthalates, silikon, paraben dan pewarna tiruan. Syampu ini juga sesuai untuk anda yang vegan kerana ianya cruelty-free.

Lagi daripada ProductNation