Teknologi

10 Kamera Mirrorless Terbaik Untuk Abadikan Kenangan Terindah

Tahu tak bahawa kualiti gambar yang diambil kamera mirrorless menyaingi kamera DSLR? Ini senarai kamera mirrorless terbaik untuk beginner & pro di Malaysia.


Editor · Updated 16 Aug 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

10 Kamera Mirrorless Terbaik Untuk Abadikan Kenangan Terindah

Kamera yang hendak dibeli mestilah memenuhi ciri-ciri yang diperlukan oleh pengguna; jika anda seorang jurugambar, kamera yang dibeli haruslah mampu mengambil gambar dengan kualiti terbaik. Manakala jika anda seorang penerbit video/vlogger, pastinya kamera yang menghasilkan kualiti video terbaik menjadi pilihan utama.

Kandungan

Kenapa kamera mirrorless lebih baik berbanding kamera DSLR?

Kamera mirrorless adalah kamera menerima cahaya secara terus daripada objek kepada lensa tanpa memerlukan cermin pemantul seperti yang terdapat pada kamera DSLR. Ini menyebabkan saiz kamera mirrorless lebih kecil dan ringan. Kualiti gambar yang diambil oleh kamera mirrorless mampu menyaingi kamera DSLR.

Kelemahan utama mirrorless kamera adalah ia tidak mempunyai pemidang tilik optik (optical viewfinder) yang terdapat pada kamera DSLR. Namun, sesetengah daripada kamera mirrorless ini, biasanya mempunyai viewfinder digital yang menggunakan skrin untuk meniru viewfinder optik.

10 Kamera Mirrorless Terbaik Untuk Pelbagai Kegunaan

Kamera mirrorless ringan untuk travelling 1 daripada 10
Canon EOS M100
Partnership with Canon
Dari RM1,575
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Sensor : 24 MP  | Resolusi Video : 1080p @ 60 fps  | Berat : 302g  | Skrin Flip : Ya  | Viewfinder : Tidak

Anda mungkin sedang mencari kamera untuk dibawa pergi melancong. Kamera ini mempunyai 24MP APS-C sensor yang dilengkapi Dual Pixel autofocus. Sensor APS-C ini adalah lebih bagus berbanding built-in sensor yang terdapat dalam kamera serta mampu mengambil gambar jauh lebih baik.

Kamera ini juga cukup ringan untuk dibawa kemana sahaja dengan berat hanya 302g sahaja. Bukan itu sahaja, ianya berkemampuan untuk memindahkan gambar tanpa menggunakan kabel melalui Wi-Fi atau Bluetooth. Ini memudahkan anda untuk menyimpan atau memuat naik gambar melalui media sosial seperti Instagram.

Kamera mirrorless dengan wi-fi terbaik untuk Instagram 2 daripada 10
Fujifilm X-A5
Partnership with Fujifilm
Dari RM2,105.99
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Sensor : 24.2MP APS-C CMOS  |  Resolusi Video : 4k @ 15fps   | Berat : 361g  | Skrin Flip : Ya  | Viewfinder : Tidak

Kamera ini mengambil gambar lebih baik berbanding kamera telefon pintar. Ianya memang ditujukan khas kepada mereka yang memerlukan kamera untuk Instagram dan mahu merakam momen bergambar sebagai kenangan. Kualiti kamera tidak mengecewakan jika anda setkan kepada mod auto.

Kelebihan lain kamera ini ialah ianya mempunyai sambungan Wi-Fi yang memudahkan anda untuk memindahkan gambar. Reka bentuk kamera ini juga agak menarik dan cukup ringan untuk dibawa kemana sahaja.

Kamera mirrorless murah bawah RM1,300 setanding kamera DSLR 3 daripada 10
Canon EOS M10
Partnership with Canon
Dari RM2,598.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Sensor : 18.0MP APS-C CMOS  | Resolusi Video : 1080p  | Berat : 301g  | Skrin Flip : Ya  | Viewfinder : Tidak

Kamera mirrorless secara umumnya lebih mahal berbanding kamera DSLR. Jika anda mempunyai bajet yang terhad namun teringin untuk menggunakan kamera mirrorless, jenama ini sangat disarankan.

Kamera ini mempunyai sensor 18MP mampu menangkap gambar dengan baik dan mempunyai perincian yang bagus. Ia juga mampu menangkap gambar dalam pelbagai pencahayaan melalui penawaran ISO 100-12800. Ia juga boleh merakam video pada 1080p tanpa sebarang masalah.

Kamera mirrorless terbaik untuk beginner 4 daripada 10
SONY A6000
Partnership with Sony
Dari RM1,957.06
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Sensor : 24.3MP APS-C Exmor APS HD CMOS  | Resolusi Video : 1080p @ 24/60 fps  | Berat : 344g  | Skrin Flip : Ya  | Viewfinder : 1.44MP OLED 

Jika anda baru hendak berjinak-jinak dalam dunia fotografi, kamera ini sesuai untuk anda. Ianya  mampu mengambil gambar yang baik dalam keadaan cerah mahupun gelap kerana julat ISOnya agak besar. Dilengkapi dengan autofocus yang agak baik serta mampu mengambil gambar dalam format JPEG sehingga 53 fps.

Kamera ini turut dilengkapi dengan Wi-Fi-memudahkan anda memindahkan gambar daripada kamera ke dalam peranti lain dalam masa yang sama.

Kamera untuk merakam momen indah buat si kaki selfie! 5 daripada 10
Fujifilm X-T100
Partnership with Fujifilm
Dari RM2,550
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Sensor : 24.2MP  | Resolusi Video : 1080p @ 60 fps  | Berat : 448g  | Skrin Flip : Ya  | Viewfinder : 2.36MP OLED

Kamera ini mempunyai skrin flip memudahkan anda untuk mengambil gambar dari pelbagai sudut terutamanya buat yang gemarkan berselfie. Kamera ini juga agak kecil dan ringan bagi memastikan tangan anda tidak lenguh semasa memegang kamera ini. Ia juga mempunyai rekaan yang menarik seakan-akan kamera “retro”.

Kamera mirrorless vlog terbaik – rakam video dengan lebih jelas 6 daripada 10
Canon EOS M50
Partnership with Canon
Dari RM2,998.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Sensor : 16 MP  | Resolusi Video: 4k @ 24/30 fps  | Berat : 542g  | Skrin Flip : Ya  | Viewfinder : 2.36M-dot OLED viewfinder

Kamera ini merakam video dengan sangat baik. Ia mempunyai semua yang anda perlukan untuk sebuah kamera vlog. Ia mampu merakam video pada resolusi 4K dan turut mempunyai skrin flip yang membolehkan skrin dipusing 180 darjah. Ini memberi kemudahan kepada anda jika anda mahu melihat keadaan sekeliling seperti yang dilihat dalam kamera secara langsung. 

Kamera ini turut dilengkapi dengan autofocus yang cukup baik. Kelemahan kamera ini adalah ia tidak mempunyai built-in image stabilizer, namun anda boleh mendapatkan lensa tambahan yang mempunyai OIS.

Kamera mirrorless dengan external mic input (audio jack) 7 daripada 10
Sony A6300
Partnership with Sony
Dari RM3,599
Lihat harga di Shopee Malaysia

Sensor : 24.2MP  | Resolusi Video : 4k @ 25/24fps  | Berat : 480g  | Skrin Flip : Ya  | Viewfinder : 2.36MP OLED with 120Hz

Jika anda mahukan kualiti audio yang bagus, external mic adalah satu keperluan tambahan. Kualiti audio biasanya tidak menjadi fokus utama kamera. Kamera ini membenarkan anda untuk menyambungkan kamera dengan mikrofon luar sambil memberi kualiti audio yang lebih baik.

Bukan itu sahaja, kamera ini juga berkemampuan mengambil gambar dengan sangat baik. Gambar yang dihasilkan lebih jelas dan berkualiti tinggi serta warna paparan menarik.

Kamera terbaik untuk merakam video dengan image stabilization 8 daripada 10
Panasonic Lumix GH5
Partnership with Panasonic
Dari RM7,250
Lihat harga di Lazada Malaysia

Sensor : 20.3MP  | Resolusi Video : 4k @ 60/50/30/25/24 fps  | Berat : 725g  | Skrin Flip : Ya  | Viewfinder : 3.68MP OLED

Dalam kebanyakan kamera, kemampuan kamera ditentukan dalam pengambilan gambar yang bagus dan merupakan fokus utama manakala kualiti video adalah perkara sekunder. Tetapi ini bukanlah menjadi hal utama bagi Lumix GH5. Kamera ini mampu merakam video 4K 60 fps tanpa sebarang had masa rakaman. Ditambah pula dengan 5-axis sensor stabilizer yang mengurangkan gegaran pada video.

Ianya juga menawarkan pelbagai ciri tambahan untuk professional seperti 10-bit 4:2:2, output HDMI dan juga penawaran profil log-gamma melalui naik taraf firmware yang berbayar.

Kamera mirrorless terbaik untuk mengambil foto dalam keadaan gelap 9 daripada 10
Sony A7 Mark III
Partnership with Sony
Dari RM14,075
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Sensor : 24.3MP  | Resolusi Video : 4k @ 24/30 fps or 1080p @100/120 fps  | Berat : 657g  | Skrin Flip : Ya  | Viewfinder : 2.36M-dot OLED viewfinder

Sony A7 III ini adalah antara kamera yang mengekalkan prestasi terbaik dari segi gambar mahupun video yang diambil dengan harga mampu milik. Ianya merakam pada resolusi yang agak tinggi iaitu 24.3MP. Kualiti gambar yang diambil juga mampu menyaingi kamera DSLR berharga setara dengannya.

Kelebihan utama kamera ini adalah ia mampu mengambil gambar pada julat ISO 100 – 51200 (untuk gambar statik ISO 50 – 204,800). Kamera ini juga mempunyai kualiti video dan autofocus yang sangat baik.

Kamera mirrorless terbaik beresolusi tinggi 10 daripada 10
Panasonic Lumix S1
Partnership with Panasonic
Dari RM9,500
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Sensor : 24.2MP  | Resolusi Video : 4k @ 60/30 fps  | Berat : 1,017g  | Skrin Flip : Ya  | Viewfinder : 5.7MP OLED with 120hz refresh rate

Kemampuan kamera ini mengambil gambar amat mengagumkan. Selain daripada mengambil gambar pada 24MP, anda juga boleh menukar kepada mod resolusi tinggi yang berkemampuan mengambil gambar sehingga 96MP jika menggunakan tripod. Gambar yang dihasilkan mempunyai kontras dan warna lebih baik.

Autofocus dan pengecaman wajah juga cukup pantas walaupun dalam keadaan gelap. Ia juga mempunyai viewfinder elektronik yang merupakan antara yang terbaik di pasaran.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

Lagi daripada ProductNation