Perkakas Rumah

Sedapnya Yogurt…Tapi Mahal Betul! Jom Tengok 8 Yogurt Maker Ini

Minat yogurt? Buat sahaja di rumah! Ini senarai yogurt maker pelbagai jenis terbaik seperti stainless steel, mini dll yang boleh dibeli di Lazada & Shopee.


Editor · 5 Nov 2019, 6:14pm

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Sedapnya Yogurt…Tapi Mahal Betul! Jom Tengok 8 Yogurt Maker Ini

Bagaimanakah yogurt maker berfungsi?

Yogurt dihasilkan menggunakan susu melalui proses fermentasi. Susu yang telah dipanaskan pada suhu yang diperlukan, kemudiannya perlu ditambahkan dengan yogurt dalam kuantiti sedikit sebagai starter.

Campuran ini perlu diletakkan dalam yogurt maker. Prinsip asas yogurt maker adalah untuk memastikan campuran tersebut dipanaskan pada suhu yang tetap selama 4 hingga 8 jam atau lebih mengikut keperluan anda.

Kandungan

Mudah bukan? Memang berbaloi-baloi! Jom kita lihat apa pilihan yogurt maker terbaik yang ada di pasaran.

Yogurt maker 2 dalam 1 1 daripada 8
Morgan Bread Maker / Yogurt Maker MBM-DOU20 (2.0L)
Partnership with Morgan
Dari RM209

Jenama Morgan menawarkan mesin dengan fungsi 2 dalam 1 - pembuat roti dan juga pembuat yogurt. Dengan kapasiti 2L, terdapat 14 program digital untuk anda pilih semasa pembuatan roti dan yogurt. Anda boleh menetapkan sela waktu sehingga 13 jam dengan fungsi keep warm untuk 60 minit.

Yogurt maker 1L dengan bekas seramik individu 2 daripada 8
Bear Smart Yogurt Maker SNJ-A15U3
Partnership with Bear
Dari RM229

Jenama yang menjadi pilihan ramai di Asia, terutamanya China dan Korea untuk menghasilkan yogurt, wain beras dan kimchi. Mesin ini menggunakan sistem pemanas PTC untuk pemanasan 360 darjah. 

Anda boleh menghasilkan 1 liter yogurt dalam bekas seramik berasingan sama ada dengan menggunakan 2 bekas bersaiz 500 mL atau 8 bekas kecil bersaiz 125 mL. Setelah siap, boleh terus disimpan. Mudah bukan?

Yogurt maker automatik 3 daripada 8
Pensonic PYM-700 Yogurt Maker
Partnership with Pensonic
Dari RM55

Bagi anda yang sukakan fungsi operasi yang mudah, yogurt maker ini sangat sesuai untuk anda. Anda tidak perlu susah-payah memilih tetapan yang sesuai - hanya masukkan campuran ke dalam bekas dan tekan butang mula. 

Yogurt anda akan siap dalam masa 6-8 jam! Fungsi automatik yang tidak kompleks sangat menyenangkan pengguna.

Yogurt maker dengan serbuk yogurt sedia ada 4 daripada 8
EasiYo Yogurt Starter Pack
Partnership with EasiYo
Dari RM93

Easiyo merupakan pembuat yogurt berkonsepkan pemanasan terma. Uniknya, anda boleh menyediakan campuran yogurt menggunakan serbuk yogurt jenama Easiyo. Campuran ini perlu dimasukkan ke dalam yogurt maker Easiyo dan ditambah dengan air panas. 

Air panas ini memudahkan proses fermentasi campuran tersebut sehingga menjadi yogurt. Jadi, anda tidak memerlukan bekalan elektrik dan susu segar untuk menghasilkan yogurt

Greek yogurt maker 2L 5 daripada 8
Kuvings Greek Yogurt Cheese Maker - KGC-621CB
Partnership with Kuvings
Dari RM499

Adakah anda kerap menggunakan Greek yogurt dalam kuantiti yang banyak? Jika ya, kami cadangkan anda melabur dalam yogurt maker dari Kuvings yang boleh menghasilkan 2L yogurt pada satu-satu masa. 

Teknik rotary dehydration yang digunakan mesin memudahkan pemisahan wey dari cecair dalam proses penghasilan yogurt yang berkualiti dan pekat.

Yogurt maker stainless steel 6 daripada 8
Sancy Stainless Steel Yogurt Maker
Partnership with
Dari RM15.80

Yogurt maker Sancy ini digabungkan dengan liner stainless steel berkapasiti 1L dan sesuai untuk keluarga yang bersaiz kecil. Liner bukan sahaja mudah untuk dibersihkan, malah selamat digunakan untuk jangka masa panjang. Anda juga boleh melihat proses pembuatan yogurt melalui penutup lutsinar.

Portable yogurt maker 7 daripada 8
YogurBerry Fresh Homemade Nonelectric Yogurt Maker
Partnership with YogurBerry
Dari RM39.74

Jika anda gemar travel, dan inginkan yogurt maker yang mudah dibawa bersama, YogurBerry ada jawapannya. Produk ini berasal dari Korea dan menggunakan teknologi fermentasi udara. 

Dengan air panas, proses fermentasi secara semula jadi berlaku selama 8 jam berasaskan prinsip perolakan dan konduksi haba. Saiznya yang kompak (16cm x 16 cm x 28.5 cm) juga memudahkan untuk anda bawa semasa dalam perjalanan.

Yogurt maker pelbagai guna 8 daripada 8
Elba Intelligent Pressure Cooker ELB-EPCH2570(WH)
Partnership with Elba
Dari RM119

Inginkan lebih untuk wang yang dilabur? Pilihan yang terbaik untuk anda pastinya periuk tekanan serba guna Elba. Selain fungsi untuk memasak yogurt, terdapat 7 fungsi lain termasuklah untuk memasak nasi, bijirin, bubur, stim, kek, kacang dan tendon. 

Dengan fungsi praset sehingga 24 jam, keep warm dan cekap tenaga, yogurt yang dihasikan pastinya memuaskan hati anda. Periuk non-stick ini mudah digunakan dan dibersihkan.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

Lagi daripada ProductNation