Jawapan ringkas: untuk kerja dan mesyuarat video seperti Zoom atau Google Meet, webcam terbaik yang berbaloi ialah Logitech C170, sekitar RM87 di Shopee Malaysia. Jika anda buat live streaming atau content creation, naik taraf ke Razer Kiyo dengan ring light terbina-dalam pada sekitar RM258. Harga disemak 13 Ogos 2026.

Apakah kegunaan webcam? 

Webcam adalah aksesori tambahan kamera kecil yang diletakkan pada komputer anda. Ianya boleh digunakan untuk menangkap gambar, merekod video serta streaming secara langsung melalui video call seperti Skype. Kini, kebanyakan laptop sudah mempunyai webcam built-in manakala untuk komputer biasa anda harus membeli external webcam.

Terdapat banyak jenis webcam yang dijual di pasaran hari ini. Pemilihan webcam bergantung kepada objektif individu sama ada untuk gaming ataupun live stream.

Edisi kali ini kami sudah senaraikan jenis-jenis webcam mengikut kesesuaian aktiviti agar anda boleh membuat pembelian yang bijak. Ayuh kita lihat!

10 Webcam Terbaik di Malaysia

Webcam berkualiti dengan harga yang murah
AONE EW-101 Webcam
Partnership with AONE
From
RM16.00
Check AONE EW-101 Webcam price below:

Dengan harga yang murah anda boleh dapatkan webcam berkualiti yang dilengkapi sensor High Resolution VGA CMOS. Webcam ini juga didatangi dengan 6 lampu LED yang boleh anda ubah mengikut kesesuaian dan keselesaan. Ianya mudah dikendali dan turut mempunyai mikrofon untuk kemudahan berkomunikasi.

Kini, anda boleh beli webcam yang lengkap dengan tidak mengoyakkan poket semasa berbelanja.

Webcam terbaik untuk PC / komputer anda – menjimatkan ruang
APPLE GREEN Webcam Live 118
Partnership with APPLE GREEN
From
RM23.00
Check APPLE GREEN Webcam Live 118 price below:

Webcam ini mudah untuk dikendali dengan hanya ‘plug-and-play’ menggunakan USB port. Kameranya mempunyai resolusi 10MP dan saiz yang slim tidak memakan banyak ruang. Anda boleh ubah webcam ini agar bersesuaian dengan ketinggian yang anda inginkan. Kini, anda bolehlah menjalankan interview kerja terus dari rumah!

Webcam terbaik untuk aplikasi Windows 7
HD Webcam Camera
Partnership with OEM
From
RM33.00
Check HD Webcam Camera price below:

Webcam ini mampu mengubahsuai kontras gambar jika berada dalam keadaan gelap mahupun terang yang dilengkapi dengan automatic light processing. Kini, anda boleh berhubung dengan kawan-kawan yang jauh tanpa isu video kabur dan audio tidak kedengaran.

Webcam ini boleh digunakan dengan Windows XP, Windows Vista dan Windows 7.

Webcam terbaik untuk Youtuber – live streaming lebih lancar
USB 2.0 HD 12 Megapixels Webcam
Partnership with OEM
From
RM37.00
Check USB 2.0 HD 12 Megapixels Webcam price below:

Webcam ini sesuai untuk Youtuber kerana ianya dilengkapi mod night vision untuk stream dalam keadaan kurang cahaya. Ianya diperbuat daripada lensa kamera yang berkualiti untuk memberikan visual lebih terang. Mikrofon built-in pada webcam ini juga boleh merakam bunyi dari jarak sejauh 8 meter.

Hanya plug in USB dan anda boleh terus menggunakan webcam tanpa perlu apa-apa software.

Webcam terbaik untuk Macbook – sesuai untuk gajet Apple
ASHU X200 Webcam
Partnership with ASHU
From
RM63.90
Check ASHU X200 Webcam price below:

Dilengkapi sensor CMOS, webcam HD ini menyokong penggunaan dengan Windows XP dan MacOS 10.5. Hanya plug USB ke port dan ianya siap untuk beroperasi. Webcam ini didatangi dengan mikrofon built in agar anda mudah untuk berkomunikasi.

Webcam terbaik untuk video call – kualiti dijamin hebat
SENSONIC VC7000 Webcam
Partnership with SENSONIC
From
RM65.00
Check SENSONIC VC7000 Webcam price below:

Menjanjikan kualiti video call HD 720p dan kualiti gambar 8MP, webcam ini sesuai untuk anda yang selalu menggunakan aplikasi video call seperti Skype. Ianya mempunyai mikrofon dan ciri terkini face-tracking untuk memberi fokus pada wajah anda. Webcam ini menyokong penggunaan dengan Windows XP, Vista dan Windows 7.

Webcam terbaik untuk kegunaan esktra pada laptop
LOGITECH C170 Webcam
Partnership with LOGITECH
From
RM84.59
Check LOGITECH C170 Webcam price below:

Untuk laptop anda harus memilih webcam dengan klip universal seperti webcam ini. Dengan resolusi 5MP anda boleh mula video call dan menghantar gambar kepada keluarga dan kawan-kawan. Webcam ini juga dilengkapi mikrofon dengan teknologi RightSound. Selain itu, video call anda lebih berkualiti dengan Logitech Vid HD.

Webcam HD terbaik – paparan lebih jelas
Microsoft Lifecam HD-3000 Webcam
Partnership with Microsoft
From
RM85.25
Check Microsoft Lifecam HD-3000 Webcam price below:

Antara ciri yang semua orang mahukan pada sesebuah webcam adalah kualiti gambar dan video yang clear. Webcam HD dari Microsoft ini bukan sahaja memberi kualiti terbaik malahan ianya merupakan webcam widescreen. Dengan teknologi TrueColor, visual anda akan menjadi lebih terang dan tidak pecah.

Webcam terbaik untuk sesi bergaming
RAZER Kiyo Streaming Webcam
Partnership with RAZER
From
RM914.00
Check RAZER Kiyo Streaming Webcam price below:

Webcam Razer ini adalah pilihan gamer untuk memastikan sesi gaming yang berkualiti. Ianya mempunyai ring light yang boleh di ubahsuai dan pada live stream dan ianya boleh menghantar video sebanyak 60fps. Webcam ini boleh digunakan dengan software gaming yang top seperti Open Broadcaster Software dan Xsplit.

Pastikan anda memilih webcam ini untuk keperluan gaming dengan lebih lancar.

Webcam terbaik untuk conference call – tidak kira dimana jua anda berada
LOGITECH ConferenceCam Connect Webcam
Partnership with LOGITECH
From
RM2,590.00
Check LOGITECH ConferenceCam Connect Webcam price below:
add_circle Dilengkapi alat kawalan jauh
add_circle Bateri boleh dicas semula
add_circle 4X digital zoom
add_circle Ada speaker
remove_circle Harga mahal

Webcam ini adalah must-have untuk semua pejabat. Ianya menyokong video call HD dan boleh meliputi 90 darjah pandangan dengan autofokus. Amat sesuai untuk kegunaan semasa mesyuarat, ianya juga dilengkapi telefon speaker dan teknologi RightLight 2 untuk memberi paparan visual lebih jelas tidak kira dalam apa jua pencahayaan.

Soalan Lazim

Webcam apa yang sesuai untuk Zoom dan Google Meet?

Untuk mesyuarat video harian, resolusi 720p sudah mencukupi selagi ada mikrofon terbina-dalam yang jelas. Logitech C170 (RM87, disemak 13 Ogos 2026) adalah pilihan popular kerana harga rendah dan kualiti audio yang boleh diterima untuk panggilan kerja.

Webcam murah bawah RM100 yang bagus untuk kerja dari rumah?

Ya, ada beberapa pilihan bawah RM100 di Shopee Malaysia, contohnya EMEET Full HD 1080P dengan mikrofon pada sekitar RM55, atau Logitech C170 pada sekitar RM87 (disemak 13 Ogos 2026). Elak jenama tidak dikenali dengan sangat sedikit jualan kerana kualiti gambar sering tidak konsisten.

Webcam apa yang terbaik untuk live streaming dan content creation?

Untuk streaming, pilih webcam 1080p dengan kadar bingkai 30fps ke atas dan autofocus yang pantas. Razer Kiyo dengan ring light terbina-dalam (sekitar RM258) memberi paparan yang lebih tajam berbanding webcam asas untuk mesyuarat sahaja.

Adakah webcam built-in dalam laptop sudah cukup, atau perlu beli webcam luaran?

Webcam built-in kebanyakan laptop cukup untuk panggilan biasa, tetapi kualitinya sering rendah dalam pencahayaan lemah. Jika anda kerap buat mesyuarat penting, rakaman video atau live streaming, webcam luaran memberi imej yang lebih jelas dan sudut pandang yang lebih baik.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!