Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Gayakan Rambut Anda Ala Selebriti Dengan 8 Pomade Terbaik

Mulakan hari anda dengan penuh keyakinan

Ingin rambut kekal terurus? Pomade adalah jawapannya. Berasal dari Amerika Syarikat, produk styling rambut yang sesuai untuk lelaki dan perempuan ini mula dipasarkan bermula dari tahun 90-an, dan diperkenalkan semula sejak 2 tahun lepas.

Lambakan produk pomade di pasaran mula diperagakan oleh selebriti-selebriti terkenal tanah air untuk menarik perhatian pembeli terutamanya dari golongan lelaki. Tahukah anda kebaikan menggunakan Pomade ini? Ia dapat menjadikan rambut lebih berkilat, terurus serta menaikkan volume rambut dengan lebih ekstra, bergantung pada ketebalan serta kepanjangan rambut seseorang. Ikuti list berikut untuk mengetahui produk Pomade yang sesuai untuk anda:

Peringatan: Kekerapan menggunakan pomade boleh menjadikan penyebab ketumbuhan jerawat secara rawak. Jadi, pastikan rambut anda dicuci dengan bersih selepas menggunakannya.

Pomade yang bagus untuk rambut
HANZ DE FUKO Modify Pomade
Pomade yang bagus untuk rambut
mulai
RM90.00
Semak HANZ DE FUKO Modify Pomade harga dibawah:

Rangkaian produk styling yang terkenal dari U.S.A ini akan membuatkan penampilan anda kelihatan lebih ‘classy’ dan ‘chic’ setiap masa, tidak kira samada rambut anda sedang basah atau kering. Gaya yang lebih klasik selalunya menjadi pilihan kaum lelaki untuk kekal terurus semasa anda melakukan aktiviti harian.  

Dibuat dengan bahan organik, Modify Pomade dari Hanz De Fuko ini bebas paraben dan selamat untuk dipakai setiap hari. Kelembapan rambut anda dijaga dengan sempurna serta senang untuk dicuci.

Pomade yang kuat dan tahan lama
GD Clay 3.5oz (Strong Hold Matte Look)
Pomade yang kuat dan tahan lama
mulai
RM31.90
Semak GD Clay 3.5oz (Strong Hold Matte Look) harga dibawah:

Pomade dari GD Clay ini memiliki tekstur pomade yang terbaik, jika dibandingkan dengan produk pomade lain di pasaran. Dengan mengandungi bahan seperti clay dan beeswax, rambut anda kekal terurus tanpa perlu didandan setiap waktu.

Tidak perlu menggunakan pelbagai produk untuk mengekalkan ketahanan rambut. Cuma sapukan sedikit pomade ini, dan rambut anda akan kekal elok sepanjang hari. Lakukan aktiviti harian dengan penuh yakin!

Haruman pomade yang wangi
OUAI Matte Pomade
OUAI
Haruman pomade yang wangi
mulai
RM100.00
Semak OUAI Matte Pomade harga dibawah:

OUAI sekali lagi mengeluarkan produk yang digemari ramai serta bersesuaian dengan semua jenis rambut. Matte pomade dari OUAI ini mampu mengekalkan tekstur rambut anda seperti sediakala dan dalam pada masa yang sama membuatkan rambut anda tampan bergaya sepanjang hari.

Pomade ini baik sama ada untuk rambut panjang atau pendek kerana ia mengandungi bahan-bahan seperti beeswax dan kaolin clay, memberikan rambut anda volume yang lebih ekstra, tekstur ‘piecey’ serta matte look sebagai sentuhan terakhir. Haruman yang wangi tidak akan membuatkan anda mual dengan baunya.

Pomade yang sesuai untuk rambut keriting dan kering
LAYRITE Superhold Pomade
Pomade yang sesuai untuk rambut keriting dan kering
mulai
RM75.00
Semak LAYRITE Superhold Pomade harga dibawah:

Sebagai penggemar pomade, jenama Layrite dari U.S.A ini sangat terkenal kerana kualitinya yang tinggi dan tidak akan merosakkan rambut anda. Berita baik untuk anda yang berambut keriting dan kering, pomade ini mampu mengekalkan kelembapan berpanjangan untuk rambut anda.

Jika anda ingin rambut tampak segar semasa menghadiri acara majlis, pomade ini mampu meningkatkan volum rambut anda sambil kekal bersinar. Dilengkapi dengan aroma vanila yang lembut, pomade ini sesuai untuk lelaki mahupun perempuan. Dengan menggunakan sedikit sahaja air, gayakan rambut anda mengikut bermacam ‘style’ terkini yang trendy. Bersantai dengan rakan-rakan tidak perlu lagi mengambil masa yang lama untuk bersiap.

Pomade yang sesuai untuk kanak-kanak
Kid’s Pomade
mulai
RM25.00
Semak Kid’s Pomade harga dibawah:

Rambut kanak-kanak berbeza dari rambut orang dewasa, ini kerana rambut mereka masih belum terjejas dengan sebarang bahan kimia yang boleh membahayakan rambut serta kulit kepala mereka. Jadi, pilihan pomade juga haruslah bersesuaian untuk kanak-kanak bagi mengelakkan rambut menjadi rosak dengan cepat.

Si kecil sudah tentu ingin tampil bergaya semasa keluar bersantai bersama keluarga. Kid’s Pomade adalah produk pomade yang berasaskan air (water-based) yang lembut dan mudah disapukan ke rambut si kecil. Produk ini selamat untuk digunakan dan tiada bahan kimia yang membahayakan si comel semasa memakainya.

Pomade terbaik untuk rambut yang susah diatur
GATSBY Styling Pomade Supreme Hold (Volume & High) 2.65oz
Pomade terbaik untuk rambut untuk susah diatur
mulai
RM16.80
Semak GATSBY Styling Pomade Supreme Hold (Volume & High) 2.65oz harga dibawah:

Rambut anda susah untuk diatur dan kekal terurus sepanjang masa? Gel rambut dari jenama penjagaan rambut terkenal, Gatsby, mengeluarkan rangkaian pomade yang terbaik untuk keperluan anda yang mempunyai rambut susah diatur. Pomade ini dapat merapi dan membuatkan rambut anda tampak bersinar sepanjang hari.

Gayakan rambut anda dengan style yang diinginkan dengan pomade water-based ini dan rambut anda akan kekal rapi serta mudah diatur. Sapukan sedikit pomade ke rambut dan anda boleh menukar pelbagai gaya dengan hanya menggunakan sikat. Gel pomade larut air ini mudah untuk dicuci tanpa perlu menggunakan syampu berlebihan.

Pomade terbaik untuk meluruskan rambut yang keriting dan keras
SUAVECITO Oil-Based Pomade
Pomade terbaik untuk meluruskan rambut yang keriting dan keras
mulai
RM60.00
Semak SUAVECITO Oil-Based Pomade harga dibawah:

Penjagaan rambut keriting dan keras memang sangat rumit dan memerlukan masa lama untuk bersiap terutama bagi anda yang ingin meluruskan rambut terlebih dahulu. Kini, penjagaan rambut rapi pomade oil-based terbaik dari Suavecito diperkenalkan untuk anda yang ingin rambut keriting menjadi lurus dalam masa beberapa minit sahaja.

Kekalkan gaya anda menggunakan pomade dari jenama ini. Daripada klasik ke gaya terkini, semuanya boleh dilakukan dengan hanya menyapukan sedikit ke rambut dan anda sudah bersedia untuk keluar menjalankan rutin harian. Tidak perlu lagi menggunakan iron rambut untuk meluruskannya.

Pomade yang sesuai untuk rambut dengan ‘undercut/uppercut style’
UPPERCUT Monster Hold Pomade 100% Authentics
Pomade yang sesuai untuk rambut dengan ‘undercut/uppercut style’
mulai
RM70.00
Semak UPPERCUT Monster Hold Pomade 100% Authentics harga dibawah:

Bagi anda yang sukakan rambut kekal dalam posisi yang sama sepanjang hari, pomade ini sesuai untuk anda yang mempunyai rambut gaya uppercut/undercut. Kandungan dalam pomade ini selamat digunakan dan tidak akan membahayakan kulit kepala anda kerana ketebalan teksturnya.

Pomade kalis peluh ini terbaik untuk anda yang kuat berpeluh dan mempunyai kulit kepala yang sentiasa basah. Sesuai untuk anda yang tidak sukakan bauan yang terlalu kuat, dengan formula petroleum-based, rambut anda tampak bersinar dan kekal segar walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article