Baby walker adalah alatan beroda yang digunakan bagi membantu bayi yang baru hendak berlatih berjalan. Penggunaan baby walker juga dapat memudahkan para ibu untuk menyelesaikan kerja jika si kecil sudah terjaga dari tidur.
Pada usia berapakah baby walker sesuai digunakan?
Seorang bayi haruslah mampu menegakkan kepala dan kakinya sendiri agar dapat mencapai lantai sebelum hendak menggunakan baby walker. Secara umumnya, bayi berumur 4 bulan ke atas sudah stabil untuk berada di dalam baby walker. Ini kerana si kecil dalam usia tersebut masih belum boleh bergerak ke sana-sini tanpa pengawasan. Jadi, ianya lebih selamat untuk ibu melakukan kerja seperti mengemas rumah atau memasak sambil menjaga keselamatan bayi anda.
Anda mencari baby walker yang sesuai untuk bayi anda? Kami senaraikan beberapa baby walker terbaik untuk pilihan anda.

Baby walker Little One ini didatangi dengan warna dan corak yang pasti akan menarik minat bayi anda. Mempunyai 7 roda dan 2 stopper, baby walker ini tidak memerlukan pemantauan yang rapi jika ia diletakkan di kawasan luas yang licin.
Terdapat tray mainan pelbagai yang boleh menggalakkan stimulasi si kecil untuk menyentuh dan muzik yang menarik serta menghiburkan. Kerusinya mudah untuk ditanggalkan bagi tujuan mencuci kotoran.

Didatangi dengan corak menarik dan warna yang cerah, baby waler OSH ini mudah dilipat dan sesuai untuk dibawa semasa travel kerana bermaterial ringan. Si kecil dapat menggunakannya untuk belajar menyeimbangkan badan sambil mahir menggunakan tangan dan kaki untuk berkoordinasi. Ia memberi keyakinan kepada bayi yang baru hendak belajar berjalan.

Mencari gajet untuk membantu bayi berjalan, makan dan bermain? Baby walker GC Convertibles ini mungkin jawapan untuk pencarian anda. Baby walker jenis 3-in-1 ini yang mampu berfungsi sebagai alat untuk membantu bayi latih berjalan serta juga mempunyai tray untuk meletakkan mangkuk makanan dan air minuman semasa makan.
Dengan warna yang menarik dan dilengkapi juga dengan set mainan, bayi anda pasti tidak mahu meninggalkan walker ini.

Baby walker Sweet Heart Paris ini boleh berfungsi sebagai pembantu untuk berjalan, belajar dan juga alat permainan. Pembuatannya menerapkan ciri-ciri tahan lasak dan berkualiti. Ia juga dilengkapi dengan tray permainan yang menarik serta muzik yang ceria dan membuatkan anak-anak leka bermain ketika di dalamnya.
Baby walker ini boleh dilipat dan menjimatkan ruang penyimpanan serta sangat portable untuk di bawa kemana-mana.

Baby walker berkualiti jenama Bubbles ini sangat selesa untuk si bayi. Ia direka dengan kusyen empuk dan padat serta membolehkan bayi berpusing 360 darjah semasa menggunakannya. Baby walker ini juga mempunyai fungsi 3 dalam 1 iaitu alat bantu untuk berjalan, sebagai rocker ayunan dan tempat beraktiviti dengan jumping board. Ia juga selamat digunakan untuk bayi kecil.

Baby walker Mamakiddies ini direkomendasi untuk penggunaan bayi berumur 7 tahun dan ke atas. Ia mempunyai kerusi berkusyen pasti memberikan keselesaan kepada bayi anda dan ketinggian kerusinya juga boleh diubah mengikut kesesuaian si kecil. Selain berfungsi sebagai baby walker, ianya boleh digunakan sebagai gajet untuk bayi beraktiviti dengan adanya tray interaktif dan berwarna cerah serta dilengkapi dengan cahaya dan bunyi.
Ibu bapa juga boleh mengubah had kelajuan baby walker ini dengan melonggarkan atau mengetatkan knob di roda belakang.

Walaupun tidak didatangi dengan kerusi empuk, baby walker VTech model Sit-to-Stand Learning Walker™ ini membantu bayi anda melatih diri daripada merangkak hingga belajar untuk berjalan melalui adaptasi teknologi. Ia mempunyai rekaan yang menarik seperti panel aktiviti yang boleh dialihkan jika perlu, gear berpusing, kekunci piano dan banyak lagi alatan dengan warna yang cerah.
Bukan sekadar muzik biasa, ia juga dilengkapi dengan lebih 70 pelbagai jenis lagu kanak-kanak yang ceria.

Baby walker Little Bean model SitSafe ini sangat sesuai untuk ibu bapa yang mahukan walker yang tinggi untuk si comel. Baby walker ini mempunyai 3 tahap ketinggian yang boleh diubah mengikut kesesuaian dan keselamatan bayi. Mengikuti standard keselamatan Europe, baby walker ini menjamin mutu dan kualiti dari segi pembuatan dan keselamatannya.
Ia juga dilengkapi dengan kusyen empuk serta tray mainan dan muzik untuk hiburan bayi.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!