Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

8 Stroller Baby Dibawah RM200 Tiada Lagi Masalah Bawa Si Kecil Bersiar Dengan Selesa

Bajet tak banyak dan risau tak mampu beli stroller buat anak tercinta?

Stroller atau kereta sorong bayi adalah salah satu kejayaan teknologi memudahkan para ibu bapa yang mempunyai anak kecil. Mungkin harga stroller sedekad yang lalu agak mahal hingga menjadikan ia suatu kehendak dan bukannya keperluan. 

Bolehkah anda meletakkan bayi kecil di dalam stroller?  

Tentu boleh! Jika anda berniat untuk menggunakan stroller atau meletakkan bayi baru lahir ke dalamnya, pastikan stroller yang hendak dibeli sesuai dengan umur dan keadaan fizikal bayi. Ada pelbagai jenis stroller di pasaran. Antaranya termasuklah stroller yang hanya sesuai untuk bayi yang sudah boleh duduk kerana posisinya tidak boleh dialihkan iaitu tidak mempunyai fungsi recliner. Stroller sebegini tidak sesuai untuk bayi yang kepalanya masih belum kuat dan tidak tegap terutama buat newborn. 

Hari ini terdapat banyak pilihan stroller dengan harganya berpatutan dan mempunyai kualiti yang bagus. Yang penting, ianya selamat digunakan. Berikut adalah senarai 8 stroller bayi yang boleh anda pertimbangkan.

Stroller dengan reversible handle – sesuai untuk newborn hingga 4 tahun
Little One
mulai
RM119.00
Semak Little One Two Way Facing 8008 harga dibawah:

Sesuai untuk bayi baru lahir hinggalah bayi berumur 4 tahun, stroller Little One Baby ini mempunyai reversible handle di mana ibu bapa boleh memilih posisi yang selesa semasa menolak bayi samada menghadap anda atau ke hadapan. Direka untuk meringankan beban ibu bapa serta dijual pada harga yang berpatutan. Ia mampu menanggung berat bayi sehingga 20kg. Didatangi dengan tali pinggang (buckle) keselamatan, posisi kerusi yang pelbagai serta tayar anti-shock yang kuat. Hanya dengan satu butang, ia boleh dilipat dengan mudah sekali.

Stroller baby yang boleh dibawa masuk ke dalam kabin
AMGO
mulai
RM122.98
Semak AMGO Lightweight Baby Stroller harga dibawah:

Stroller AMGO ini adalah salah satu stroller yang menarik untuk dimiliki kerana beratnya 4.5kg.  Dengan rekabentuk yang ringan ini, pastinya memudahkan anda untuk menyimpan stroller ini di dalam kereta mahupun di kabin yang mempunyai kawasan ruang terhad.

Stroller ini mempunyai posisi menghadap ibu bapa (rear-facing) dan ke hadapan (forward-facing) yang membolehkan ibu bapa berinteraksi dengan bayi jika perlu ataupun memberi pendedahan pada persekitarannya. Stroller AMGO ini juga dilengkapi dengan tali pinggang keselamatan untuk menghalang sesuatu yang tidak diingini terjadi pada bayi.

Stroller premium yang penuh gaya
mulai
RM168.40
Semak TEEMO Foldable 2 Way Baby Stroller harga dibawah:

Perbelanjaan untuk menguruskan bayi bukanlah sesuatu yang boleh diambil remeh. Ingin membeli stroller yang mempunyai rekabentuk moden dan bergaya tetapi tak mampu? Stroller premium TEEMO ini mempunyai rekabentuk stroller premium yang lain dengan harga berpatutan. Bersaiz kompak dan tahan lasak serta mampu memberi keselesaan dalam penggunaannya di permukaan tidak rata. 

Dilengkapi dengan bakul besar untuk simpanan pelbagai barang, tempat kaki yang boleh diubah mengikut keselesaan dan mudah untuk dilipat, stroller ini sangat berbaloi untuk dimiliki.

Stroller baby untuk travel dan ringan – mudah dibawa ke mana sahaja
Louis Le Petit
mulai
RM165.00
Semak Louis Le Petit Lightweight One Hand Stroller harga dibawah:

Bagi ibu bapa yang selalu travel dan memerlukan stroller yang sesuai, stroller Louise Le Petit model BAY0046 ini antara stroller yang boleh anda jadikan pilihan. Direka mengikut spesifikasi ‘onboard buggy’, stroller ini sangat kompak dan padat serta boleh dilipat atau dijadikan sebagai carry-on luggage semasa menaiki kapal terbang. Ianya sangat mudah untuk dibawa kemana sahaja. 

Dengan seberat hanya 4.8kg, pastinya ibu bapa akan berpuas-hati dengan pembuatan yang tahan lasak dan ringan.

Stroller sesuai untuk kegunaan bayi baru lahir (newborn)
Sweet Cherry
mulai
RM168.00
Semak SWEET CHERRY GL210 Lugo Jogger Stroller harga dibawah:

Stroller Sweet Cherry GL10 ini boleh digunakan untuk meletakkan bayi baru lahir anda tanpa perlu mendukungnya setiap waktu.  Ianya direka dengan kerusi tempat tidur (backrest) yang boleh diubah mengikut pelbagai posisi. Untuk bayi baru lahir, adalah dinasihatkan menggunakan stroller dalam keadaan rata kerana kepalanya yang masih belum boleh lagi tegak sepenuhnya. 

Stroller Sweet Cherry ini boleh dilipat dengan mudah dan bar di hadapannya boleh dialihkan mengikut kesesuaian. Ianya sesuai digunakan dari sejak lahir sehinggalah bayi berumur lebih kurang 2 tahun yang mempunyai berat lebih kurang 15kg.

Stroller mampu tampung lebih daripada 30kg dan untuk anak OKU
OBaby Paris
mulai
RM155.90
Semak OBABY PARIS Premium Reversible Foldable Stroller harga dibawah:

Stroller premium yang mempunyai harga berpatutan, dilengkapi dengan ruang luas dan lebar serta maksimum. Tempat letak kakinya juga agak lebar dan mampu menanggung berat beban sehingga 50kg. Stroller ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lengkap seperti 5-points tali pinggang keselamatan serta brek mekanikal pada kesemua tayarnya. 

Stroller besar ini juga boleh digunakan untuk ibu bapa mempunyai anak-anak OKU yang mungkin memerlukan ruang lebih luas dan selesa. Ia juga didatangi dengan bumbung UV 5 lapisan serta bakul simpanan barang yang besar.

Stroller yang mudah dilipat dan dikendali dengan hanya sebelah tangan
Sweet Heart Paris
mulai
RM169.00
Semak Sweet Heart Paris Aluminium 2 in 1 ST230 harga dibawah:

Stroller Sweet Heart Paris ini direkabentuk untuk bayi baru lahir hingga ke umur 3 tahun, iaitu dalam lingkungan berat 18kg. Dilengkapi dengan rekabentuk 2 dalam 1 yang mana mempunyai kerusi untuk cradle yang boleh menjadi tempat tidur untuk bayi semasa berjalan diluar. Kerusinya mempunyai fungsi boleh diubah posisi untuk keselesaan bayi. 

Rekabentuk yang mantap ini juga membuatkan ibu bapa lebih mudah hendak menyimpannya kerana bersaiz kompak, tambahan pula jika ada ruang simpanan tidak mencukupi.

Stroller baby sesuai untuk dibawa bersama semasa berjogging
Osuki
mulai
RM185.00
Semak OSUKI Japan Quality Foldable Baby Stroller harga dibawah:

Stroller bayi OSUKI berpegang pada visi jenamanya iaitu ‘Growing With You’. Dengan visi ini, ianya dicipta untuk memudahkan ibu bapa sentiasa bersama si bayi walau aktiviti apa sekalipun yang hendak dilakukan termasuk beriadah dan berjogging di taman. Kualiti stroller OSUKI adalah antara yang terbaik serta rekabentuknya menarik, praktikal dan terkini. Harganya juga berpatutan tanpa berkompromi dengan kualiti pembuatannya.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article