Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
water heater malaysia

14 Water Heater (Alat Pemanas Air Mandi) Terbaik di Malaysia 2024

Badan akan lebih rileks apabila mandi dengan air suam.

Water heater yang bagus atau heater air panas sekarang boleh dikatakan perlu ada di setiap bilik mandi untuk kegunaan musim hujan atau semasa cuaca sejuk di pagi hari atau malam.

Selain dari memberi kehangatan ketika mandi pada musim hujan, water heater bagus untuk melegakan ketegangan otot, mengurangkan sakit kepala dan dapat melegakan badan yang penat.

Mungkin ada yang beranggapan brand water heater yang bagus dan water heater yang selamat untuk digunakan berharga mahal tapi sebenarnya ada water heater terbaik dengan harga mampu milik.

Jom lihat senarai jenama water heater terbaik dan harga water heater untuk bilik air anda.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 14 Jenama Water Heater Terbaik

Water heater terbaik secara keseluruhan
Midea Water Heater (Non-pump) MWH-38Q
Midea
From
RM170.00
Check Midea Water Heater (Non-pump) MWH-38Q price below:
add_circle Ada perlindungan overheating
add_circle Dilengkapi built-in ELCB
add_circle Perlindungan antibakteria Ag+
remove_circle Tiada pam

Sebab menjadi pilihan utama:

Kelebihan utama produk ini sudah tentulah harganya yang mampu milik dan pemanas air jenis instant ini menggunakan elemen pemanas yang diperbuat daripada tembaga. 

Ciri-ciri:

Suhu air yang diinginkan ketika membersihkan badan setiap pagi juga dapat dikawal dengan mudah kerana hadir dengan kawalan suhu elektronik jenis stepless. 

Selain itu, bahagian luar produk ini dilengkapi dengan bahan yang kalis air IP25 di mana akan dilindungi daripada pancutan air tekanan rendah dari mana-mana arah.

Oleh itu, water heater terbaik ini selamat digunakan walaupun anda sering mandi dalam tempoh masa yang lama. 

Uniknya lagi, water heater ini turut mempunyai perlindungan pemanasan anti kering yang akan menghalang pemanas air ini daripada rosak atau terbakar jika digunakan ketika tiada pengaliran air.

Perlindungan earthing pula akan melindungi penggunanya daripada kejutan elektrik.

Review:

"Water heater paling mampu milik dan recomended. Air cepat panas dan pancuran air yang kuat. Puas hati!"

Water heater dengan silent pump
Centon EcoSerene Instant Shower Water Heater with DC Silent Pump
Centon
From
RM370.00
Check Centon EcoSerene Instant Shower Water Heater with DC Silent Pump price below:
add_circle Dilengkapi built-in flow sensor
add_circle Air panas dengan cepat
add_circle Waranti pam DC hingga 6 tahun
add_circle Ada pengesahan SIRIM
remove_circle Agak berat, 3.1kg

Anda inginkan pengalaman mandi yang menyegarkan setiap pagi dengan pemanas air tapi takut penggunaan alat tersebut akan merosakkan alam sekitar?

Jangan risau, produk yang dikilangkan di Malaysia ini direka khas untuk anda kerana mesra alam sekitar dan aliran air dan suhu juga dapat dikawal dengan mudah. 

Malah dilengkapi dengan pam DC jenis senyap jadi tidak akan mengganggu ahli keluarga yang sedang tidur walaupun anda mandi pada waktu lewat malam.

Pemanas air Centon ini juga menggunakan tenaga 50% lebih rendah berbanding motor AC biasa yang lain. 

Selain itu, water heater ini juga mempunyai injap kawalan air 90° dengan penapis yang akan menghalang zarah asing daripada mengalir dalam elemen pemanas, jadi ia tidak akan mudah tersumbat atau rosak. 

Paling best, mempunyai teknologi pemanas air cepat tanpa tangki di mana air panas dapat disalurkan kepada pengguna dengan cepat tanpa halangan.

Water heater tanpa tangki
Sharp Water Heater WHN115B
Sharp
From
RM219.00
Check Sharp Water Heater WHN115B price below:
add_circle Injap henti 90 darjah
add_circle Kalis percikan air
add_circle Ada sensor aliran
remove_circle Piilihan warna terhad
remove_circle Tiada pam

Produk dari Sharp ini pula sesuai untuk anda yang lebih gemar pemanas air yang ringkas kerana ia berwarna putih. 

Dilengkapi dengan fungsi auto-thermal cut off, water heater ini sesuai digunakan untuk seisi keluarga kerana mempunyai lima pilihan pancuran air dalam satu shower head.  

Tambahan pula, aliran airnya akan mengalir minimum sebanyak dua liter per minit, jadi anda boleh manjakan dan bersihkan diri selama mungkin dengan nyaman. 

Selain itu, pemanas air ini merupakan jenis tanpa pam air di mana penggunaannya bergantung pada tekanan air yang ada untuk memanaskan air mandian anda. 

Tekanan air yang diperlukan untuk berfungsi pula ialah maksima 380KkPa. Paling penting, produk ini patuh RoHS di mana ia tidak diperbuat daripada sebarang bahan yang berbahaya yang boleh mencemarkan alam sekitar. 

Pemanas air mandi ini juga mempunyai surge protector yang akan melindungi barangan elektrik daripada rosak akibat lonjakan kuasa.

Water heater pintar dengan Wi-Fi
Pensonic TOUSH Smart Water Heater T1100SWH-E
Pensonic
Pensonic TOUSH Smart Water Heater T1100SWH-E
From
RM204.00
Check Pensonic TOUSH Smart Water Heater T1100SWH-E price below:
add_circle Boleh dikawal dengan telefon pintar
add_circle 5 pilihan pancuran air
add_circle Injap henti 3 dalam 1
add_circle Hos PVC
remove_circle Harga mahal

Barangan jenama Pensonic sememangnya tak usah diperkenalkan lagi kerana ia merupakan antara produk yang sering menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia. 

Pemanas air ini pula patut menjadi milik anda yang gemarkan produk pintar yang bakal memudahkan kerja harian di rumah. 

Uniknya, pengguna hanya perlu muat turun aplikasi Toush di telefon pintar dan di situ, anda boleh mengawal alat yang menyokong sambungan Wi-Fi ini dari jauh. Anda juga boleh memantau penggunaan air dan elektrik yang digunakan setiap kali ada ahli keluarga anda yang mandi. 

Aplikasi yang sama turut bakal memberi anda notifikasi jika berlaku sebarang kerosakan pada water heater ini. 

Paling penting, ia mendapat pengesahan SIRIM, jadi anda tak perlu risau tentang keselamatan alat pemanas air ini. 

Malah, ia menggunakan teknologi pemanasan dari UK yang akan memberikan pengguna kecekapan pemanasan sehingga 95%.

Pemanas air jenis instant ini juga dilengkapi dengan lampu indikator suhu yang akan berubah warna mengikut ketinggian suhu air.

Water heater murah terbaik
Panasonic Home Shower No Pump DH-3RL1MW
Panasonic
Panasonic Home Shower No Pump DH-3RL1MW
From
RM255.42
Check Panasonic Home Shower No Pump DH-3RL1MW price below:
add_circle Harga murah
add_circle Ada fungsi ELCB
add_circle Saiz compact
remove_circle Tiada pump

Water heater dari Panasonic ini mempunyai sistem auto thermal cut off dimana dapat mengawal arus elektrik yang terlampau kuat sehingga menyebabkan air suhu tinggi.

Dengan sistem ini, water heater dapat mengawal secara automatik suhu air yang telah ditetapkan.

Jadi, anda boleh tetapkan suhu yang anda inginkan menggunakan Water Control Valve yang disediakan.

Selain itu, water heater ini mempunyai fungsi ELCB yang mampu memutuskan bekalan elektrik sendiri jika berlaku kebocoran pada arus yang boleh menyebabkan kebakaran.

Jangan risau, dengan beratnya 1.6kg dan saiz sebesar 380 (H) x 190 (W) x 93 (D) mm, sangat sesuai untuk bilik air yang kecil.

Water heater instant
Cornell Instant Shower Without Pump Water Heater CIS-E7310X
Cornell
Cornell Instant Shower Without Pump Water Heater CIS-E7310X
From
RM233.00
Check Cornell Instant Shower Without Pump Water Heater CIS-E7310X price below:
add_circle Harga murah
add_circle Disahkan SIRIM
add_circle Ada pelbagai jenis pancuran
add_circle Beroperasi dengan senyap
remove_circle Tiada pump

Anda masih mencari water heater instant yang dapat memberikan tekanan aliran air yang kuat dan beroperasi dengan senyap?

Cornell Instant Shower Without Pump memastikan anda mandi dengan tekanan air yang kuat tanpa bunyi yang bising, memberikan anda mandian yang menyenangkan.

Selain itu, water heater dari jenama Cornell ini dilengkapi dengan elemen pemanas yang diperbuat di UK dan berkualiti tinggi.

Paling penting, sangat sesuai untuk tekanan air yang tinggi dan rendah kerana mempunyai injap henti, aliran dan penapis kompak (3 dalam 1).

Menariknya, water heater ini juga dapat mencegah elektrokusi dan kilat untuk elak sebarang kejadian yang tidak diingini semasa anda sedang mandi.

Portable water heater
ELTON SS138 Home Electric Instant Portable Water Heater
ELTON
ELTON SS138
From
RM290.00
Check ELTON SS138 Home Electric Instant Portable Water Heater price below:
add_circle Side bar boleh laras
add_circle Ada sistem ELCB
add_circle Kawalan kuasa elektronik
remove_circle Tiada pump turbo

Anda mahukan alat pemanas air elektrik instant dengan rekaan yang kecil untuk bilik mandi anda yang bersaiz kecil dan sederhana

Water heater dengan kualiti yang bagus daripada Elton ini akan jadi teman baik anda setiap kali mahu membersihkan diri.

Pemanas air elektrik ini akan menghasilkan aliran air dari serendah dua liter per minit sehingga maksima lapan liter per minit tau.

Menariknya, dengan rekaan bar pancurannya juga boleh dilaraskan mengikut ketinggian yang anda mahukan akan memberikan anda keselesaan yang lebih baik ketika mandi. 

Paling penting, pemanas air ini selamat digunakan kerana dilengkapi dengan teknologi ELCB yang akan memastikan air mengalir dengan secukupnya sebelum pemanas bekerja dan akan mengelakkan kulit anda daripada melecur jika air terlalu panas.

Turut dilengkapi dengan kawalan kuasa elektronik, jadi anda boleh laras suhu air secara lebih selamat dan mudah.

Water heater jimat elektrik
Rubine RWH-FS390N-BRCB Instant Water Heater Non Pump
Rubine
Rubine RWH-FS390N-BRCB Water Heater
From
RM488.00
Check Rubine RWH-FS390N-BRCB Instant Water Heater Non Pump price below:
add_circle Saiz compact
add_circle 5 pilihan pancuran air
add_circle Kalis percikan air
remove_circle Tiada pump

Untuk anda yang mahukan pelbagai pilihan pancuran air, anda boleh dapatkan water heater dari jenama Rubine RWH-FS390N-BRCB.

Pemanas air ini mempunyai 5 pilihan pancuran air yang anda boleh sesuaikan mengikut keselesaan dan penggunaan anda ketika mandi. 

Turut dilengkapi dengan sistem Safe DPDT Protection bagi memastikan penggunaan water heater ini selamat dan tidak mengakibatan sebarang masalah kejutan elektrik.

Paling penting, pemanas air ini direka dengan teknologi UL-Approved High Quality Heating Element dari United Kingdom dan badan water heater ini kalis percikan air. 

Menariknya, water heater ini turut ada sistem inverter yang boleh bantu anda untuk jimat penggunaan elektrik sebanyak 60%. 

Water heater solar
Aqua Solar water heater
Aqua
Aqua Solar water heater
From
RM3,899.00
Check Aqua Solar water heater price below:
add_circle Jimat bil elektrik
add_circle Ada safety relief valve
remove_circle Harga mahal

Jika anda mempunyai bajet yang lebih untuk dapatkan pemanas air mandi, anda boleh pertimbangkan untuk membeli water heater jenis solar ini. 

Walaupun harganya mahal, namun ia akan jimatkan penggunaan elektrik bulanan anda untuk tempoh yang panjang kerana ia dijana oleh tenaga solar.

Alat ini hanya memerlukan penyelenggaraan yang minimal, iaitu beberapa kali setiap tiga hingga lima tahun.

Jika cuaca tiba-tiba hujan, water heater ini tetap boleh digunakan kerana ia dilengkapi dengan back-up Electric Booster.

Kapasiti water heater ini pula sehingga 300 liter, sesuai untuk rumah yang mempunyai sehingga lima bilik mandi dan lebih daripada tujuh ahli keluarga.

Water heater dc pump
Toshiba Digital DC Pump Water Heater
Toshiba
Toshiba Digital DC Pump Water Heater DSK38ES3MB And Rain Shower DSK38ES3MB-RS
From
RM539.00
Check Toshiba Digital DC Pump Water Heater price below:
add_circle paparan dan kawalan digital
add_circle Tangki anti bocor
add_circle Mod jimat tenaga
remove_circle Harga agak mahal

Water heater dari Toshiba ini dilengkapi dengan pancuran hujan yang besar dan memuaskan, boleh ubah kepada 5 jenis pancuran.

Ia direkan untuk kecekapan dan keselamatan menerusi Sistem Perlindungan Lanjutan dan perlindungan keselamatan dual relay, memastikan anda selamat setiap kali mandi.

Selain itu, pam DC water heater ini boleh beroperasi dengan senyap dan lancar, memastikan anda tidak terganggu dengan bunyi pam air yang kuat.

Tambahan lagi, water heater ini boleh menghasilkan air panas secara instant, jadi tidak perlu menunggu untuk mendapatkan air panas.

Dengan warna hitam, kawalan dan paparan digital, anda boleh mengekalkan rupa yang elegen dalam bilik air anda.

Water heater low watt terbaik
Alpha Evo i/E DC Pump or Non Pump Instant Water Heater
Alpha
Alpha Evo i/E DC Pump or Non Pump Instant Water Heater
From
RM284.00
Check Alpha Evo i/E DC Pump or Non Pump Instant Water Heater price below:
add_circle Mempunyai mod senyap
add_circle Ciri keselamatan yang bagus
add_circle Jaminan sehingga 5 tahun
remove_circle 3 jenis pancuran air sahaja

Jika anda mencari water heater dengan watt yang rendah, anda boleh cuba water heater dari jenama Alpha ini yang direka bersama ciri keselamatan yang bagus.

Pemanas air mandi elektrik ini dilengkapi dengan pam DC yang senyap, memastikan anda dapat mandi tenang dengan tahap bunyi kurang daripada 40dB.

Selain itu, dengan pemanas berkuasa yang dinilai pada 3.8kW, ia menyediakan air panas serta merta tanpa anda perlu tunggu lama.

Tambahan lagi, pemanas air ini dilengkapi dengan dual-relay ELCB dan pemutus haba keselamatan, menawarkan pelbagai lapisan perlindungan untuk keselamatan amda.

Reka bentuk kalis percikan air pula meningkatkan keselamatan dengan menghalang air daripada mencapai komponen dalaman, sekaligus memanjangkan jangka hayat water heater ini.

Water heater with pump terbaik
Joven Inverter DC Pump Water Heater SL30IP-RS
Joven
Joven Inverter DC Pump Water Heater SL30IP-RS
From
RM569.00
Check Joven Inverter DC Pump Water Heater SL30IP-RS price below:
add_circle 50% jimat tenaga
add_circle Dilengkapi 10 ciri keselamatan
add_circle Bunyi kurang bising
remove_circle Harga sedikit mahal

Water heater pam DC inverter Joven SL30IP-RS ini merupakan pemanas air yang jimat tenaga menerusi penggunaan pam DC inverter.

Ia dicatatkan boleh mengurangkan sehingga 50% tenaga, menjadikan ia salah satu water heater yang mesra alam.

Selain itu, ia boleh beroperasi secara senyap dengan tahap bunyi di bawah 45dB untuk anda mandi dengan tenang.

Untuk bahagian pancuran, ia boleh memancurkan air dengan kuat dan mempunyai pancuran hujan boleh putar dengan kepala pancuran 10 inci dan kepala pancuran 5 inci, bersama dengan kepala pancuran 5-semburan. 

Untuk ciri keselamatan pula, pemanas air ini dilengkapi dengan 10 ciri keselamatan seperti termostat dengan pemutus keselamatan, dan sistem EELS dua tiang dengan kepekaan 10mA untuk perlindungan yang lebih baik.

Water heater gas
Rinnai Infinity 26 External Gas Water Heater
Rinnai
Rinnai Infinity 26 External Gas Water Heater
From
RM3,399.00
Check Rinnai Infinity 26 External Gas Water Heater price below:
add_circle Tangki anti bocor
add_circle Ciri keselamatan auto-cut off
add_circle Penjimatan tenaga 5 bintang
remove_circle Harga sangat mahal
remove_circle Berat 20KG

Pemanas air daripada jenama Rinnai ini agak unik kerana ia tidak bergantung kepada tenaga elektrik rumah anda, sebaliknya berfungsi menggunakan gas.

Ini merupakan water heater yang menggunakan teknologi dari Jepun yang canggih, memastikan anda kekal mendapat air panas tidak kira masa.

Ia dilengkapi dengan teknologi Rapidstart, memastikan akses pantas kepada air panas setiap kali anda memerlukannya atau membukanya.

Dengan keupayaan untuk menyediakan air panas tanpa henti, anda tidak akan kehabisan air panas semasa mandi atau semasa mahu menyediakan kolah berendam air panas.

Water heater ini juga mempunyai saiz yang kompak dan menjimatkan ruang, menjadikannya pilihan ideal untuk mana-mana rumah. 

Kos operasinya juga rendah dan mempunyai penarafan tenaga 5 bintang, jadi jimatlah bil elektrik anda walaupun menggunakannya dengan kerap.

Water heater untuk bathtub
Elmark Silent DC Booster Pump Inverter Water Heater
Elmark
Elmark Silent DC Booster Pump Inverter Water Heater
From
RM380.00
Check Elmark Silent DC Booster Pump Inverter Water Heater price below:
add_circle Menghasilkan pancuran air yang kuat
add_circle Kalis percikan air IP25
add_circle Ciri keselamatan
remove_circle Harga sedikit mahal

Water heater Elmark Silent DC Booster Pump Inverter ini menampilkan pam booster DC yang terbina di dalam, meningkatkan tekanan dan aliran air dengan ketara dan memastikan tekanan air yang kuat setiap kali mandi.

Selain itu, ia dilengkapi dengan ciri keselamatan termasuk ciri suis peranti aliran air automatik, reka bentuk keselamatan terma anti-melecur yang dinaik taraf, dan ELCB elektronik sensitiviti 15mA yang terbina di dalam.

Ciri-ciri keselamatan ini bekerja bersama untuk memastikan anda sentiasa dalam keadaan selamat semasa menggunakan pemanas air ini.

Untuk tekanan air, pemanas air ini boleh menyesuaikan diri dengan tekanan air yang rendah atau tinggi di rumah anda.

Bahagian luar juga mempunyai perlindungan kalis percikan dengan penarafan IP25, memastikan ketahanan dan keselamatan terhadap sebarang percikan atau siraman air.


Tips Memilih Water Heater 

Sebagai pengguna yang bijak, anda perlulah pertimbangkan beberapa perkara sebelum membuat pembelian pemanas air yang terbaik untuk rumah anda.

Ini kerana sudah tentunya anda mahukan produk yang terbaik dan sesuai dengan kegunaan harian setiap ahli keluarga. 

Antaranya, terdapat banyak jenis pemanas air yang dijual di pasaran iaitu pemanas air dengan tangki simpanan, pemanas air dengan pump, water heater tanpa tangki, pemanas air dengan panel solar, pemanas air jenis instant dan sebagainya. 

Setiap jenis pemanas air ini pula ada kelebihan dan kekurangannya masing-masing, contohnya water heater tanpa tangki akan menjimatkan tenaga dengan lebih baik.

Untuk instant water heater pula mampu memanaskan air dalam masa yang lebih cepat

Selain itu, perhatikan juga sama ada produk pilihan anda itu mempunyai circuit breaker kerana fungsi ini akan menyelamatkan anda jika berlaku masalah pada aliran elektrik pada pemanas air atau di rumah anda. 

Jika anda gemarkan tekanan air yang terbaik ketika mandi, anda boleh dapatkan water heater dengan pam jenis AC namun pemanas air dengan pam DC pula sesuai jika anda mahukan produk yang lebih efisyen atau cekap tenaga.


Kelebihan Mandi Menggunakan Water heater

Kelebihan mandi menggunakan pemanas air mandi termasuklah dapat menghangatkan badan, terutama semasa cuaca sejuk dan dalam masa yang sama boleh memberikan perasaan santai.

Selain itu, water heater juga boleh membantu membersihkan badan dengan lebih efisien serta membantu mengurangkan stres selepas seharian sibuk bekerja.

Air panas juga dapat membantu mengurangkan ketegangan otot dan kesakitan badan akibat daripada melakukan aktiviti fizikal, atau selepas melalui hari yang memenatkan.

Kelebihan lain terhadap kesihatan tubuh badan adalah ia dapat membantu meningkatkan peredaran darah, yang boleh memberi manfaat kepada kesihatan jantung serta kulit anda.


Beza Water Heater Ada Pump Dan Tiada Pump

Mungkin anda masih keliru nak beli pemanas air yang mempunyai pam ataupun yang tiada pam, kerana kedua-duanya mempunyai perbezaan harga.

Sebenarnya, anda perlu tahu apa keperluan anda sebelum membeli water heater supaya anda tidak tersalah beli dan untuk memastikan ia sesuai dengan keadaan air rumah anda.

Secara asasnya, water heater yang mempunyai pam boleh menjadikan pancuran air lebih kuat dan aliran air lebih konsisten. Ini sangat berguna jika anda tinggal di kawasan dengan tekanan air rendah.

Jika anda memilih water heater tanpa pam, aliran air bergantung sepenuhnya pada tekanan air yang sedia ada dari sistem bekalan air rumah anda. Jika tekanan air rendah, aliran air juga akan rendah.

Keduanya, apabila anda menggunakan pam dan mendapat aliran air yang konsisten, pengalaman mandi anda juga akan lebih lancar dan tanpa gangguan.

Namun, jika rumah anda sudah mempunyai tekanan air yang tinggi, maka tidak menjadi masalah untuk menggunakan water heater tanpa pam.

Akhir sekali, water heater tanpa pam biasanya lebih murah kerana ia tidak mempunyai komponen tambahan seperti booster pump.

Kesimpulannya, pemilihan antara pemanas air yang ada pam atau tanpa pam bergantung pada keadaan tekanan air di rumah anda dan keperluan spesifik anda.

Jika anda tinggal di kawasan dengan tekanan air rendah, pemanas air dengan pam mungkin pilihan yang lebih baik untuk memastikan anda mendapat aliran air yang cukup kuat dan konsisten.

Sebaliknya, jika tekanan air di rumah anda kuat atau memadai, pemanas air tanpa pam pun sudah mencukupi dan lebih menjimatkan kos.


Artikel Berkaitan

End of Article