Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

8 Serum Rambut Drugstore Sebagai Agen Penyelamat Rambut Anda

Serlahkan keyakinan mahkota anda hari ini

Serum rambut amat penting untuk mengembalikan kesuburan dan daya hidup rambut anda supaya rambut kelihatan bermaya, bersinar dan sihat. Terutamanya buat wanita bertudung, anda haruslah mementingkan penjagaan rambut walaupun kepala sepanjang masa bertutup.

Ini kerana kulit kepala anda tidak bernafas dengan sempurna dan kurang pendedahan yang akan membuatkan rambut lama-kelamaan tidak bermaya, berminyak dan kelumumur. Drugstore yang terkenal di seluruh Malaysia seperti Watsons dan Guardian ada menjual pelbagai jenama produk rawatan rambut yang berkualiti untuk anda cuba. 

Sesuaikah Serum Rambut Digunakan Setiap Hari?

Pakar rambut tidak mengesyorkan penggunaan serum rambut setiap hari. Ianya lebih sesuai digunakan pada hari-hari tertentu seperti hari anda mencuci rambut untuk mengantikan semula minyak semula jadi pada rambut anda yang telah hilang ketika sesi mensyampu rambut. Pilihan serum juga harus tepat dan bersesuaian dengan rambut. Ayuh lihat senarai serum untuk rambut di bawah;

Serum terbaik untuk masalah rambut berminyak – murah dan berkualiti
WATSONS Halal Repairing Hair Serum (100ml)
WATSONS
From
RM15.00
Check WATSONS Halal Repairing Hair Serum (100ml) price below:
add_circle Halal
add_circle Harga murah
add_circle Bau wangi
add_circle Bagus untuk kulit kepala dan rambut
add_circle Ada omega 3, habbatus sauda, vitamin
remove_circle Tekstur cair

Jika anda mempunyai rambut jenis berminyak, cubalah serum rambut dengan bahan yang akan menyegarkan kulit kepala supaya ianya tidak mengeluarkan ekstra sebum yang membuatkan rambut anda tambah berminyak dan melekit. Salah satu bahan yang bagus untuk rambut berminyak ialah ekstrak Habbatus Sauda. Ianya menyegarkan kulit kepala dan menyuburkan rambut supaya sebum tidak akan dihasilkan secara berlebihan. 

Selain Habbatus Sauda yang terdapat di dalam produk ini, Vitamin E dan minyak Argan juga adalah bahan terbaik untuk membaiki rambut berminyak yang tidak bermaya. Rambut anda akan kelihatan segar sepanjang hari.

Serum untuk rambut kekal lurus dan menawan
Safi Shayla Smooth And Manageable Hair Serum (50ml)
Safi
Safi Shayla Smooth And Manageable Hair Serum
From
RM14.84
Check Safi Shayla Smooth And Manageable Hair Serum (50ml) price below:
add_circle Sesuai untuk wanita berhijab
add_circle Mengekalkan hidrasi
add_circle Menghalang radikal bebas pada rambut
add_circle Mampu membaik pulih kerosakan
remove_circle Tekstur seperti minyak

Diperkaya dengan kebaikan Habbatus Sauda, minyak Argan daripada Morroco, minyak zaitun asli dan Vitamin E, serum rambut ini membantu mengekalkan rambut lurus dengan memberi kelembutan dan lebih ringan untuk efek rambut beralun. Kini, rambut anda yang mudah kusut menjadi mudah disikat dan berbau segar sepanjang minggu. 

Serum ini juga memberi nutrien penting seperti perlindungan UV, anti-oksidan, mengurangkan rambut gugur, melembap rambut dan meningkatkan keanjalan rambut supaya rambut tidak senang putus. Anda boleh bergaya dengan rambut lurus ataupun bagi wanita bertudung, rambut akan sentiasa wangi walaupun kepala sentiasa bertutup.

Serum untuk rambut beruban cenderung kering
BEAUTYLABO Hair Serum Moisture (120ml)
From
RM20.92
Check BEAUTYLABO Hair Serum Moisture (120ml) price below:

Jika anda perasan, rambut beruban seringkali mengalami masalah kering dan kasar yang melampau. Ini kerana kelenjar minyak yang menghasilkan sebum semakin berkurangan apabila anda menginjak ke usia yang lebih tua. Penyebab utama terjadinya rambut beruban yang lebih cenderung kepada kering dan kasar. 

Untuk atasi masalah ini, anda harus menambah lembapan pada rambut. Serum daripada Beautylabo yang diperkaya dengan esktrak madu dan minyak zaitun ini akan membantu mengekalkan lembapan dan kelembutan pada rambut anda. Serum ini juga menggunakan formula Honey Gloss EX yang membuatkan rambut anda kelihatan bersinar.

Serum untuk menguruskan rambut keriting dan frizzy
NUNATURE Hair Serum Argan Oil Repairing (100ml)
From
RM50.31
Check NUNATURE Hair Serum Argan Oil Repairing (100ml) price below:

Anda mencari penyelesaian untuk rambut jenis keriting dan mengerbang (frizzy)? Produk yang mengandungi minyak Argan adalah jawapan yang tepat. Bahan utama di dalam kebanyakan produk penjagaan rambut adalah minyak Argan kerana khasiatnya yang bukan sahaja membaiki malah juga menyubur, melembap dan melembutkan rambut yang mengerbang. 

Serum bertekstur ringan dan tidak melekit ini amat sesuai untuk rambut keriting yang tidak terurus kerana ianya diperbuat daripada gabungan minyak Argan, Apricot Kernel, bunga matahari, Jojoba dan Lavender yang akan memastikan rambut anda kekal terurus, menawan serta lembut.

Serum rambut rosak - sesuai untuk rambut yang sering berwarna
DAENG GI MEO RI Vitalizing Hair Serum (140ml)
From
RM79.88
Check DAENG GI MEO RI Vitalizing Hair Serum (140ml) price below:

Serum mewah ini bertindak seperti makanan kepada rambut yang akan menyuburkan rambut rosak seperti jenis rambut yang sering terdedah kepada bahan kimia di salun seperti rawatan rebonding, perming mahupun warna. Ekstrak sutera di dalamnya membantu melindungi rambut daripada haba alat pedandan rambut dan menyediakan nutrien kepada rambut rosak supaya rambut menjadi sihat dan berseri. 

Rahsia produk ini ialah air Acorus Calamus Rhizome dan ekstrak air tapai yang berkesan dalam penjagaan rambut secara intensif, mengekalkan keanjalan supaya rambut tampak lebih sihat, bersinar dan subur walaupun setelah mewarnakannya berkali-kali.

Serum yang melebatkan dan memanjangkan rambut dengan cepat
KAMINOMOTO Super Strength Hair Serum (Gold) (150ml)
From
RM52.50
Check KAMINOMOTO Super Strength Hair Serum (Gold) (150ml) price below:

Jenama yang dipercayai di Jepun ini amat popular dengan keajaibannya yang membantu rambut menipis untuk memberi nutrien yang tepat supaya rambut menipis akan cepat tumbuh dan melebat. Bukan masalah rambut menipis sahaja, malah serum ini dapat membantu masalah kulit kepala juga dengan membekalkan ekstrak akar Kamigen Jepun E & K yang memberikan penjagaan ekstra kepada mereka yang mengalami masalah rambut.

Tiada lagi masalah rambut nipis. Rambut anda akan melebat dan panjang dalam masa hanya beberapa minggu sahaja.

Serum terbaik untuk rambut yang sering keguguran dan berkelemumur
KLORANE QUININE Serum Anti Hair Fall (125ml)
From
RM83.30
Check KLORANE QUININE Serum Anti Hair Fall (125ml) price below:

Produk ini adalah rawatan tiga bulan yang direka untuk membantu atasi masalah penipisan, rambut tidak bermaya, masalah kulit kepala dan kelemumur dengan menyediakan nutrien penting kepada serat rambut. Produk ini juga menyuburkan kulit kepala yang terjejas akibat keletihan, perubahan musim dan juga sindrom post-partum. 

Diilhamkan oleh kaedah terbaru dalam mikro-pemakanan, Klorane Laboratories telah mencipta semburan ini yang mengandungi keratin, quinine, kafein dan Vitamin B. Ianya akan membantu menenangkan kulit kepala, mengembalikan tenaga dan menyuburkan akar rambut. Rambut anda akan kelihatan kuat dan lebih menawan dengan produk ini!

Related articles

End of Article