Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

8 Bantal Selesa dan Selamat Untuk Kegunaan Si Newborn Anda

Tidur si kecil menjadi nyenyak, tidak kira waktu!

Antara barangan yang akan disediakan oleh bakal ibu ayah sewaktu menyambut kelahiran bayi tercinta termasuklah set tilam dan bantal. Pastinya ibu ayah akan memilih set tilam dan bantal yang sesuai untuk si comel. Dalam memilih bantal yang terbaik untuk bayi, beberapa faktor haruslah diambilkira. Antara faktor dalam membuat pilihan termasuklah saiz bantal, kelembutan, bahan yang digunakan dan jenis material. 

Salah membuat pilihan mungkin boleh mempertaruhkan keselamatan dan kesihatan bayi kita. Berikut disenaraikan bantal bayi terbaik untuk pilihan ibu ayah dalam menyediakan keselesaan untuk anak anda.

Bantal guling untuk bayi baru lahir
mulai
RM18.90
Semak SOZZY Baby Pillow harga dibawah:

Sesuai untuk bayi baru lahir, bantal comel ini memudahkan untuk bayi apabila hendak berguling dan berbaring di atas katil. Bantal bayi ini sesuai digunakan di mana-mana sahaja termasuk di katil ibu mahu pun katil bayi atau di atas buaian dan kereta tolak. 

Diperbuat daripada bahan yang lembut dan selamat, bantal bayi ini didatangi dengan pelbagai corak haiwan dan boleh dijadikan deko yang menarik.

Bantal untuk bayi baru lahir buat dipegang atau dijadikan bantal peluk
mulai
RM25.90
Semak BUCKWHEAT Hull Baby Pillow harga dibawah:

Bantal Buckwheat Hull ini adalah 100% diperbuat daripada kapas dan direka untuk memberi ketenangan buat kegunaan bayi semasa tidur. Dengan meletakkan bantal ini di atas perut bayi, ianya dapat membuatkan si kecil berasa selesa tanpa memberi apa-apa tekanan kepadanya.  Bantal ini dicipta dengan perudaraan yang bagus serta dapat memberikan rasa nyaman kepada badan si kecil.

Bantal untuk menampung kepala bayi baru lahir
mulai
RM38.90
Semak MYLATEX Baby Pillow harga dibawah:

Bantal yang diperbuat 100% daripada getah asli ini boleh digunakan oleh bayi baru lahir. Ianya memberi keselesaan dan sokongan kepada kepala bayi yang masih lembut serta membantu mengekalkan bentuk asal kepala bayi. Bantal ini direka dengan sistem perudaraan yang baik, elastik serta tahan lama. 

Di samping itu, ia juga mementingkan kesihatan si kecil anda dengan ciri anti habuk, bakteria, fungus, dan alahan. Ianya juga merupakan bantal yang direka mesra alam.

Sesuai untuk diletakkan di dalam kereta, beri keselesaan ekstra buat si kecil
mulai
RM65.90
Semak LUCKY BABY Sleep Pod harga dibawah:

Gunakan bantal Lucky Baby ini untuk membantu bayi yang baru lahir bagi mendapatkan keperluan asas mereka iaitu tidur dengan secukupnya. Bantal yang direka dari hujung kepala hingga ke hujung kaki ini memberi rasa seperti di dalam pelukan ibu dan bayi boleh tidur lena tanpa gangguan terutama sekali apabila berada di tempat yang mempunyai banyak pergerakan seperti di dalam kereta. 

Dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti slot talipinggang untuk memudahkan ibubapa semasa dalam perjalanan pulang ke kampung serta rekaannya menyokong kepala dan leher bayi.

Bantal selamat dan terbaik untuk bayi pramatang
mulai
RM41.80
Semak COMFY BABY Purotex Dimple Baby Pillow harga dibawah:

Bayi pramatang kebanyakan bersaiz kecil serta lebih cenderung untuk dijangkiti kuman berbanding bayi baru lahir yang bersaiz normal. Bantal bayi Comfybaby ini direka untuk menghalang kutu, serangga mahupun habuk dan debu yang halus daripada membiak.  Isi kandungan bantalnya diperbuat daripada bahan fiber buluh yang juga agen anti-bakteria secara semulajadi. 

Bayi akan berasa nyaman dan selesa menggunakan bantal ini kerana terdapat ruang-ruang mikro yang mampu menyerap peluh serta melepaskan ia semula ke udara. Bantal Comfybaby ini tidak merbahaya dan selamat untuk bayi pramatang anda.

Bantal jenis foam untuk bayi yang alami masalah kulit sensitif
mulai
RM79.90
Semak CLEVAMAMA Clevafoam Baby Pillow harga dibawah:

Bantal ClevaFoam® Baby Pillow ini dihasilkan untuk keselesaan bayi semasa berehat di malam hari. Dari penyelidikan yang dibuat, bantal ini terbukti dapat mengurangkan tekanan di sekitar kepala bayi sehingga 50% serta meningkatkan sokongan hingga 80%. Diperbuat dari fabrik dan foam hypo-allergenic, pH yang seimbang serta bebas toksin, bantal ini sesuai untuk bayi yang mengalami masalah lelah dan kulit sensitif.

Bantal bayi yang mesra alam (eco-friendly)
mulai
RM104.00
Semak BEANIE NAP Baby Pillow harga dibawah:

Bantal yang selesa jenama Beanie Nap ini mengurangkan risiko bayi terjaga dari tidur secara tiba-tiba. Diperbuat daripada bahan organik dan 100% menggunakan fabrik kapas yang berkualiti tinggi, bantal ini eco-friendly dan selamat untuk kegunaan si kecil anda. Ianya sangat lembut dan selesa hinggakan bayi yang menggunakannya akan berasa selamat dan seakan berada di dalam pelukan ibu semasa tidur. 

Tidur bayi yang nyenyak juga akan membuat ibubapa berasa aman dan tenang sambil menikmati rehat yang secukupnya hingga ke pagi.

Sesuai untuk kegunaan bayi baru lahir yang sedang menyusu
mulai
RM239.00
Semak MY BREST FRIEND Nursing Pillow harga dibawah:

Direka khas untuk memudahkan penyusuan ibu, bantal ini mengekalkan kedudukan ibu dan bayi semasa menyusu. Ia membantu mengekalkan postur yang betul ketika penyusuan dan menghalang daripada sakit belakang dan sakit tengkuk. Kusyennya yang rata menghalang bayi dari jatuh dan tempat untuk meletakkan tangan serta menghilangkan rasa lenguh di bahu. Bahan di dalam bantal diisi 100% polyurethane. 

Bantal bayi ini juga dilengkapi dengan tali strap untuk keselesaan dan boleh dibuka tanpa menghasilkan bunyi serta tidak mengganggu tidur bayi anda.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

End of Article