Memiliki kulit berminyak sering menjadi masalah yang dihadapi setiap wanita. Penghasilan minyak yang berlebihan dapat mengakibatkan make up menjadi cakey atau pudar. Masalah ini sering timbul jika salah memilih asas solekan atau foundation. Biasanya, buat kamu yang cenderung kulit berminyak, hal ini dapat diatasi dengan menggunakan foundation dengan hasil kemasan matte.
Apa itu matte? Formulanya akan menahan kelenjar sebum berlebihan terutamanya pada kawasan T-Zone. Ia merupakan pilihan terbaik jika kamu inginkan liputan yang mantap dari siang ke malam, tanpa menghasilkan peluh atau sebum. Itulah sebabnya formula matte muncul sebagai asas terbaik. Kali ini, kami telah menghimpunkan rekomendasi foundation matte terbaik buatmu agar kulit tetap flawless sepanjang hari!
Kulit anda pastinya akan nampak lebih flawless dengan Rimmel Lasting Finish 25 Hour Foundation. Diproses dengan gabungan serum serta Vitamin E, formula cecair long-wear ini memberi pertahanan terhadap kesan peluh dan panas. Tidak kira apa jua jenis cuaca, foundation mampu milik ini membantu menghidrat dengan serta merta tanpa mengeringkan kulit.
Terdapat 6 tona berbeza, foundation dengan hasil kemasan matte SPF 20 dari London ini akan membantu anda mencapai kulit idaman dengan lancar serta memberi keselesaan sepanjang hari.
Seperti yang sedia maklum, semua produk dari jenama Body Shop adalah 100% selamat dan hanya menggunakan bahan semula jadi atau vegan. Jadi, tidak hairanlah foundation Matte Clay dari Body Shop ini sangat selesa diguna pakai setiap hari. Diperkaya dengan Tea Tree Oil, Aloe Vera serta Rose Water, menjadikan kulit terasa segar sepanjang hari.
Sesuai untuk kulit sensitif dan cenderung jerawat, foundation dengan pilihan 7 warna ini telah terbukti secara klinikal, ianya berkesan untuk melindungi kulit selama 24 jam.
Hadir dalam 10 warna di pasaran, LA Girl Pro Matte Foundation ini direka dengan ekstrak Sunflower Oil bagi memberi kawalan efektif sehingga 24 jam tanpa menyebabkan atau menambah iritasi pada kulit. Foundation terunggul dari USA ini juga mengandungi Vitamin E dan B5 bagi membantu mengurangkan kesan garis halus akibat kekeringan dan dehidrasi.
Formulanya yang bebas paraben, sekaligus, meninggalkan kulit anda tampak lebih lembut dan sempurna sepanjang hari. Tiada lagi masalah kulit kering.
Ringan, kalis air, serta berpigmentasi tinggi, foundation keluaran NYX ini memang serasi buat para remaja yang sedang menyesuaikan diri dengan penggunaan make up. Terdapat dalam 45 warna berbeza, rumusan cecair yang selesa ini memberikan liputan matte berpanjangan sehingga 24 jam.
Selamat digunakan setiap hari, foundation ini telah direka demi kesesuaian semua jenis kulit. Gunakan foundation ini bersama berus kabuki atau beauty blender untuk hasil kemasan yang perfect.
Ringan dan berkrim, produk popular L’Oreal Paris Infallible Pro Matte Foundation ini memberi kemasan matte berpanjangan sehingga 24 jam. Ianya membantu menyembunyikan ketidaksempurnaan serta kesan pigmentasi untuk hasil kulit yang lebih licin dan berseri. Kalis air, kalis peluh serta bersifat non-comedogenic, membuatkan produk ini setanding dengan jenama mahal yang terdapat di pasaran.
Hanya dengan satu atau dua titisan, katakan selamat tinggal kepada parut jerawat, bintik hitam dan kemerahan pada kulit wajah anda. Sekiranya kamu mempunyai masalah kulit cenderung berminyak, cubalah foundation ini.
Dilengkapi dengan bahan utama yang berkemampuan melawan ketidakselesaan seperti Vitamin E, Peptida dan kolagen. Foundation bertekstur ringan ini memberi ketenangan kepada si pemakai, bebas iritasi dan membantu mencegah pertumbuhan jerawat serta kawalan sebum berlebihan.
Foundation dengan kemasan matte dari Mary Kay ini berfungsi meredakan keradangan kulit serta bintik-bintik merah. Bukan sahaja ianya berupaya menutup kesan jeragat dan jerawat tetapi juga melindungi sensitiviti kulit dengan kesan berpanjangan.
Salah satu produk terunggul dari drugstore, Revlon Colorstay Makeup Foundation menjadi kegemaran ramai kerana formulanya yang bebas minyak, amat sesuai untuk yang berkulit kering mahupun berminyak. Dirumus khusus dengan Teknologi Release Time, ianya menyediakan hasil kemasan matte dan tahan lama sehingga 24 jam.
Bertekstur liquid dan ringan, foundation ini berupaya menutup segala kesan cela dengan sepenuhnya tanpa meninggalkan kesan bercapuk pada kulit anda. Tersedia dalam 22 warna yang berbeza di pasaran mengikut kesesuaian tona anda. Tunggu apa lagi?
Jika anda inginkan liputan berpanjangan serta kalis air, foundation matte dari Kat Von D ini mungkin menjadi pilihan terbaik. Pigmennya maksimum mampu menutup segala kesan cela sehingga tidak nampak sebarang pigmentasi pada kulit wajah. Hebat, kan? Gabungan khas Silicone Polymers di dalamnya memastikan kulit anda akan kekal terhidrat sehingga 24 jam.
Dengan hanya menggunakan bahan semula jadi, produk vegan ini memberi kemasan sempurna tanpa mengeringkan kulit atau menyebabkan iritasi. Terdapat 43 pilihan warna, kini anda tidak perlu risau tentang touch up berulang kali.
Tanpa paraben, phthalates dan pewangi tiruan. Satu rumusan cecair sutera yang memberikan kemasan matte dengan hasil semula jadi. Dirumus dengan campuran mineral, foundation ini membantu mengawal pelepasan minyak berlebihan serta melindungi kulit dari penuaan akibat sinaran terik matahari.
Diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi, spektrum luas SPF15 di dalam foundation ini akan memberi penghidratan serta kesempurnaan berpanjangan. Didatangi dalam 21 tona pilihan, produk ini sangat sesuai untuk yang berkulit kombinasi atau berminyak.
Siapa yang tidak tahu tentang kehebatan Fenty Beauty Pro Filt’r Foundation ini? Sesuai buatmu yang berkulit gelap, Rihanna telah menyediakan 50 tona berbeza mengikut kesesuaian warna kulit anda. Tambahan pula, teksturnya terasa ringan pada kulit dan hanya bahan semula jadi unik diproses untuk memberi liputan penuh serta fleksibel.
Hanya menggunakan titisan kecil, foundation ini mampu menutup segala kesan cela yang ada, meninggalkan kulit nampak sempurna bak sutera. Bukan sahaja ianya kalis air, malah diformulasi dengan teknologi penyesuaian iklim yang tidak mengganggu kulit atau menyumbat liang pori.
Studio Fix Powder klasik dari MAC ini menjadi kegilaan ramai kerana ia memberi hasil yang sangat mengagumkan terutamanya kepada kulit berminyak. Ia membantu mengunci akses sebum serta berupaya menutup kesan cela sedia ada. Selain itu, ia juga membantu meningkatkan tekstur kulit dan memberi liputan sempurna.
Tahan lama, mesra foto dan tidak mengeringkan, bedak asas ini mampu mengekalkan kelembapan dan mengawal minyak sehingga 12 jam lamanya. Untuk hasil lebih menawan, gunakan powder foundation ini bersama span atau berus kabuki.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!