Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
laptop gaming murah

9 Laptop Gaming Bawah RM3000 Terbaik di Malaysia 2024

Bajet tak lari tapi boleh main game dengan lancar!

Memilih laptop untuk gaming bukan hanya tertumpu pada prestasi bermain game saja kerana laptop boleh guna untuk pelbagai aktiviti.

Alang-alang nak beli laptop gaming murah, apa kata pilih yang berkualiti dan boleh dipakai untuk jangka masa panjang.

Jadi, kami ada senarai laptop gaming bawah RM3000 yang boleh guna untuk semua benda.

Jom lihat senarai jenis laptop gaming bajet yang sesuai bergaming!


Penyunting

Senarai 9 Laptop Gaming Murah Terbaik

Laptop gaming murah untuk game yang berat
Dell Inspiron 15 3000
Dell
Dell Inspiron 15 3000
mulai
RM1,799.00
Semak Dell Inspiron 15 3000 harga dibawah:
add_circle Kualiti binaan yang bagus
add_circle Reka bentuk yang elegan
remove_circle Tidak menyediakan port USB C
  • OS: Windows 11 Home
  • Grafik: AMD Radeon™ Vega 8 Graphics
  • RAM: 8GB DDR4
  • Storage: 512GB SSD
  • Skrin: 15.6”
  • CPU: AMD Ryzen™ 5 3500U

Sebab menjadi pilihan utama:

Bagi sebuah laptop gaming yang menggunakan CPU AMD Ryzen 5, harga yang ditawarkan sudah cukup murah.

Ciri-ciri:

Dengan menggunakan AMD Radeon Vega 8 Graphic, laptop ini dijamin memberikan resolusi yang sangat baik kepada pengguna.

Lebih menarik ialah RAM yang digunakan adalah sebesar 8GB DDR4!

Ruang simpanan laptop ini sebesar 512GB dimana dapat menjadikan laptop ini pengalaman yang smooth ketika menggunakan. 

Manakala, skrin pada laptop pula seluas 15.6” serta mempunyai reka bentuk yang sangat menarik dan nipis.

Review:

"Guna sebulan setakat ni semua okay. Main game, buat kerja, edit gambar tapi nak edit video saiz besar lack sikit,"

Laptop gaming terbaik yang nipis
Huawei Matebook D15
Huawei
mulai
RM3,199.00
Semak Huawei Matebook D15 harga dibawah:
add_circle Bezel-less screen yang minimal
add_circle Kamera Webcam yang terletak pada barisan FN
remove_circle Jangka hayat bateri singkat
  • OS: Windows 10
  • Grafik: Intel UHD Graphic
  • RAM: 8GB
  • Storage: 512GB SDD
  • Skrin: 15.6 inch
  • CPU: Intel Core i5

Laptop ini menggunakan processor Intel Core i5 yang baharu dan merupakan antara laptop yang terbaik pernah dikeluarkan oleh Huawei sendiri.

Laptop yang memfokuskan seluruh kegunaan untuk bekerja dan belajar ini sangat nipis dan menjadikan reka bentuknya kelihatan moden.

RAM 8GB yang terdapat pada laptop ini sama sahaja dengan kebanyakkan laptop namun apa yang menjadikannya terbaik ialah jenis storan yang digunakan ialah SSD.

Ruang simpanan laptop ini pula sebesar 512GB sudah cukup untuk pengguna menyimpan data dan fail penting dalam laptop ini.

Skrin Bezel-less yang terdapat pada laptop ini menjadikannya kelihatan lebih menarik serta menipiskan lagi reka bentuk laptop ini.

Paparan yang jelas kerana graphic card yang digunakan ialah Intel UHD Graphic yang mampu mencapai resolusi yang tinggi sehingga 1920x1080.

Walaupun laptop ini kelihatan sama seperti laptop lain, namun skrin selebar 15.6’ menjadikan laptop ini berbeza dari yang lain.

Laptop gaming murah tahan lasak
MSI Modern 14 B11MOL-461
MSI
msi modern 14
mulai
RM2,800.00
Semak MSI Modern 14 B11MOL-461 harga dibawah:
add_circle Berkualiti tinggi
add_circle Mampu milik
remove_circle Jangka hayat bateri yang singkat
  • OS: Windows 10
  • Grafik: AMD Radeon™ Graphics
  • RAM: 8GB DDR4
  • Storage: 512 GB PCIe® NVMe
  • Skrin: 14"
  • CPU: Intel® CoreTM i3-1115G4 processor

Laptop keluaran MSI ini dijamin akan memberikan pengguna pengalaman gaming yang seronok di samping harganya yang tidak terlalu mahal.

Laptop ini menggunakan CPU Intel Core i3 dan terdapat 8GB RAM yang tersedia di dalam.

Gabungan dari RAM dan CPU ini akan memberikan pengguna pengalaman yang lancar ketika menggunakan laptop ini.

Ruang simpanan sebesar 512GB pada laptop ini cukup untuk pengguna menyimpan pelbagai data dan fail.

Apa lebih menarik, apa yang lebih menarik, laptop ini menggunakan AMD Radeon Graphic dan saiz skrin pada laptop ini seluas 14”.

Laptop yang bagus untuk kerja dan gaming
Asus VivoBook K513E-AL11109TS
Asus
asus vivobook 15
mulai
RM2,399.00
Semak Asus VivoBook K513E-AL11109TS harga dibawah:
add_circle Nipis dan ringan
add_circle Reka bentuk menarik
remove_circle Kualiti binaan sederhana
  • OS: Windows 10 Home
  • Grafik: Intel® UHD Graphics
  • RAM: 8GB DDR4
  • Storage: 512 GB PCIe® NVMe
  • Skrin: 15.6”
  • CPU: Intel® CoreTM i3-1115G4 processor

Laptop keluaran Asus ini menggunakan CPU Intel Core i3 dan menggunakan OS Window 10 Home.

Kad grafik pada laptop ini ialah Intel UHD Graphic yang masih mampu memberikan pengguna pengalaman gaming dengan baik disertakan RAM sebanyak 8GB DDR4.

Ruangan simpan pada laptop ini sebesar 512GB memberikan pengguna simpanan yang agak besar untuk menyimpan pelbagai jenis data dan fail di dalam laptop ini.

Selain itu, reka bentuk laptop ini juga sangat menarik dan kelihatan moden disamping skrinnya yang seluas 15.6” setanding dengan laptop keluaran masa kini.

Laptop gaming murah yang nipis
ASUS Vivobook 15 M513U-AL1257TS R5-5500U
ASUS
ASUS Vivobook 15 M513U-AL1257TS R5-5500U
mulai
RM2,975.00
Semak ASUS Vivobook 15 M513U-AL1257TS R5-5500U harga dibawah:
add_circle Skrin OLED
add_circle Keyboard dan touchpad yang selesa
remove_circle Jangka hayat bateri yang singka
  • OS: Windows 10 Home
  • Grafik: AMD Radeon™ Graphics
  • RAM: 4GB DDR4
  • Storage: 512GB SSD
  • Skrin: 15.6”
  • CPU: AMD Ryzen™ 5 5500U

Laptop ini menggunakan CPU AMD Ryzen 5 yang dijamin dapat memberikan kelancaran laptop kepada pengguna.

Berbekalkan RAM sebesar 4GB DDR4 serta ruang simpanan sebesar 512GB SSD, laptop ini dijamin mampu memberi masa loading yang singkat. 

Selain itu, pengguna juga boleh menambah baik RAM kerana laptop ini memberikan slot RAM lebih jika diperlukan.

Skrin seluas 15.6” pada laptop ini ialah jenis OLED yang akan memberi paparan yang sangat jelas kepada pengguna ditambah pula grafik yang digunakan ialah AMD Radeon Graphic.

Laptop gaming murah untuk Genshin Impact
ASUS Laptop A516E-ABQ806TS
Asus
ASUS Laptop A516E-ABQ806TS
mulai
RM2,472.00
Semak ASUS Laptop A516E-ABQ806TS harga dibawah:
add_circle Sistem dan performance yang baik
add_circle Kualiti binaan yang baik
remove_circle Speaker yang kurang memuaskan
  • OS: Windows 10 Home
  • Grafik: Intel® UHD Graphics
  • RAM: 4GB DDR4
  • Storage: 512GB SSD
  • Skrin: 15.6”
  • CPU: Intel Core i5

Laptop ini menggunakan CPU Intel Core i5 yang stabil serta lancar untuk pengguna yang sering mengisi masa mereka di hadapan laptop.

Dengan RAM 4GB DDR4 serta ruang simpanan sebesar 512GB SSD, laptop ini akan menjimatkan masa pengguna dari menunggu masa loading yang lama kerana gabungan antara RAM dan SSD.

Laptop ini mempunyai skrin FHD seluas 15.6’ dan kad grafik Intel yang akan memberikan paparan yang sangat jelas kepada pengguna. 

Pengalaman Netflix dan gaming pasti akan terasa berbeza dengan menggunakan laptop ini.

Laptop gaming terbaik yang nipis
Acer Aspire 5 A515-57
Acer
Acer Aspire 5 A515-57
mulai
RM2,269.00
Semak Acer Aspire 5 A515-57 harga dibawah:
add_circle Jangka hayat bateri yang lama
add_circle Reka bentuk menipis dari atas sesuai untuk ergonomik tangan
remove_circle Pilihan warna yang kurang menarik
  • OS: Window 10 Home
  • Grafik: Intel® UHD Graphics for 11th Gen Intel
  • RAM: 4GB DDR4
  • Storage: 256GB SSD
  • Skrin: 14 inch
  • CPU: Intel® CoreTM i3-1115G4 processor

Laptop ini menggunakan OS yang masih lagi segar dan serba baharu walaupun masih menggunakan Intel Core i3.

Namun, walaupun menggunakan processor tersebut, laptop ini dijamin mampu untuk memberi performance yang cukup bagus bagi pengguna yang mencari keseronokkan dalam kesibukkan kerana laptop ini mempunyai Intel UHD Graphic.

Selain itu, laptop ini juga berbekalkan 4GB DDR4 yang masih boleh ditambah baik sehingga 16GB.

Skrin laptop pula seluas 14” serta mengeluarkan paparan yang terang serta menarik.

Laptop gaming murah untuk game yang berat
Lenovo 15.6" ThinkPad E15 Gen 4
Lenovo
Lenovo 15.6 ThinkPad E15 Gen 4
mulai
RM4,148.00
Semak Lenovo 15.6" ThinkPad E15 Gen 4 harga dibawah:
add_circle Kualiti binaan yang baik
add_circle Reka bentuk yang moden
remove_circle Sedikit berat untuk dibawa kemana-mana
  • OS: Windows 1
  • Grafik: Integrated Intel Iris Xe
  • RAM: 8GB DDR4
  • Storage: 512GB SSD
  • Skrin: 15.6”
  • CPU: Intel Core i5

Laptop ini menggunakan CPU Intel Core i5 dan menggunakan OS Window 1. 

CPU yang digunakan pernah menjadi kegilaan ramai kerana dijamin dapat memberikan kelancaran yang baik untuk pengguna.

Kad grafik yang digunakan adalah selari dengan CPU nya iaitu Intel Iris Xe. 

Manakala RAM sebesar 8GB DDR4 pada laptop ini akan memberikan pengguna masa loading yang singkat.

Selain itu, ruang simpanan pada laptop ini menggunakan SSD sebesar 512GB membantu lagi laptop ini untuk bekerja dengan lancar ibarat berlari di atas mentega.

Skrin pada laptop ini seluas 15.6” serta memberikan paparan Full HD.

Laptop gaming yang ringan
MSI Modern 15 B7M-062MY
MSI
MSI Modern 15 B7M-062MY
mulai
RM2,699.00
Semak MSI Modern 15 B7M-062MY harga dibawah:
add_circle Ringan
add_circle Prestasi yang kuat untuk gaming
add_circle Ketahanan badan yang baik
remove_circle Trackpad terlalu kecil
remove_circle Mic dan webcam kurang memuaskan
  • OS: Windows 11 Home
  • Grafik: AMD Radeon™ Graphics
  • RAM: Onboard DDR IV 8GB (3200MHz)
  • Storage: 512GB NVMe PCIe Gen3x4 SSD
  • Skrin: 15.6”
  • CPU: AMD Ryzen 7 7730U

MSI Modern 15 dilengkapi dengan CPU Ryzen 7 7730U yang mampu berikan prestasi terbaik untuk gaming.

Dengan menggunakan sistem operasi Windows 11 Home, laptop gaming ini menawarkan pengalaman operasi yang mesra pengguna dan moden.

Selain itu, anda juga boleh nikmati kualiti visual terbaik pada paparan FHD 15.6 inci dengan kadar penyegaran 60Hz dan kandungan warna NTSC sebanyak 45%.

Tambahan lagi, turut dikuasakan oleh Grafik AMD Radeon™ untuk jaminan kualiti grafik yang luar biasa pasti anda akan puas hati dengan grafik laptop ini.

Pada bahagian memori, anda akan dapat memori onboard 8GB DDR IV pada 3200MHz, akan memastikan anda dapat melakukan kerja multitask dengan lancar.

Laptop gaming bajet ini juga dikuasakan oleh bateri 3 cell (39.3Whr) dan hadir bersama pengecas 65W untuk pengecasan yang cekap.

Berat laptop gaming murah ini juga hanya 1.75 kg dengan ukuran 359 x 241 x 19.9 mm jadi tidaklah berat dan terlalu besar untuk di bawa ke mana sahaja.


Bagaimana Cara Pilih Laptop Gaming Murah?

Dalam dunia gaming, mempunyai laptop yang berkuasa adalah amat penting. Tetapi, tak semua orang mampu membeli laptop yang mahal dan canggih.

Jangan risau! Kami akan memberikan tips untuk memilih laptop murah untuk gaming.

  • Pilih processor yang baik

Processor antara komponen terpenting dalam pemilihan laptop gaming.

Processor yang lebih canggih memberikan prestasi yang lebih baik untuk bermain game. 

Oleh itu, pilih processor dengan kelajuan tinggi, seperti Intel Core i5 atau i7.

  • RAM yang mencukupi

Memilih komputer riba dengan RAM yang mencukupi seperti 8GB atau lebih agar anda dapat bermain game lancar tanpa mengalami masalah kelajuan atau lagging.

  • Skrin yang baik

Skrin atau monitor yang anda gunakan untuk melihat imej daripada permainan yang anda mainkan harus mempunyai resolusi tinggi, seperti 1080p atau 4K. 

Jadi anda boleh melihat setiap butiran dalam permainan dengan lebih jelas.

  • Kad grafik yang baik

Kad grafik atau GPU ialah komponen yang membolehkan komputer riba anda menghasilkan imej dan grafik berkualiti tinggi.

Pilih komputer riba yang mempunyai kad grafik yang baik, seperti AMD Radeon atau NVIDIA.

  • Pilih jenama yang terkenal

Memilih jenama terkenal memastikan kualiti dan kebolehpercayaan komputer riba yang anda beli.

Pilih jenama yang mempunyai reputasi yang baik dalam industri, seperti HP, Dell atau ASUS.

  • Baca ulasan

Sebelum anda membeli komputer riba permainan, baca ulasan daripada pengguna lain untuk mengetahui pengalaman mereka dengan laptop yang sama.

Ini membolehkan anda membuat keputusan yang lebih bijak berdasarkan pengalaman orang lain.


Apa Kelebihan Dan Kekurangan Laptop Gaming Murah?

Pertama sekali, mari kita lihat kelebihan laptop gaming bajet iaitu paling jelas ialah harga yang lebih rendah.

Laptop gaming murah masih boleh menjalankan permainan dengan lancar, walaupun mungkin tidak seperti yang diingini oleh pemain yang lebih berpengalaman.

Selain itu, laptop ini juga lebih mudah dibawa ke mana-mana kerana lebih kecil dan ringan daripada laptop gaming mahal yang lebih besar dan lebih berat.

Namun, terdapat beberapa kekurangan utama laptop gaming murah, seperti prestasi yang lebih rendah jika dibandingkan dengan laptop gaming yang lebih mahal.

Ini bermakna laptop gaming ini mungkin tidak dapat mengendalikan permainan yang memerlukan lebih banyak grafik dan memori.

Tambah lagi, situasi ini akan menyebabkan beberapa pemain yang lebih berpengalaman kurang berpuas hati.


Bagaimana Cara Pilih Laptop Gaming Yang Sesuai Dengan Bajet?

Bagi memilih laptop yang baik dan sesuai dengan bajet, pengguna perlulah melihat sebaiknya dari segi spesifikasi supaya laptop yang bersesuaian dengan kegunaan.

Misalnya bagi pengguna kaki travel dan gemar menggunakan laptop, anda disarankan agar tidak mencari skrin yang terlalu besar agar mudah dibawa kemana saja.

Kegunaan kad grafik pada laptop pula memainkan peranan utama kerana tidak semua kad grafik sesuai untuk mereka yang bekerja di dalam bidang media di mana pengguna di dalam bidang game memerlukan kad grafik yang powerful. 

Namun, jika anda bukan seorang gamers tegar atau bekerja di bidang media, kad grafik yang sederhana sudah cukup memadai.

Otak laptop atau lebih dikenali sebagai CPU adalah peranan yang sangat penting di dalam laptop untuk berfungsi, contoh CPU yang kerap kita dengar ialah Intel Core dan AMD Ryzen. 

Tapi kedua-duanya mempunyai persamaan yang hampir sama sahaja. Apa yang pasti, lebih tinggi nombor di belakang CPU lebih lancar laptop itu bekerja.


Apakah Tips Pilih Laptop Ikut Bajet

Untuk memilih laptop yang baik dan sesuai dengan bajet, pengguna hendak merancang sebaiknya dan memilih laptop mana yang bersesuaian dengan kegunaan disamping bajet.

  • Skrin

Pemilihan skrin juga penting bagi pengguna sekiranya pengguna seorang kaki travel ketika bekerja, disarankan agar tidak mencari skrin yang terlalu besar agar muat untuk dimasukkan ke dalam bag dan juga tidak terlalu berat.

  • Kad Grafik

Kegunaan kad grafik pada laptop memainkan peranan utama dalam kegunaan kerana tidak semua kad grafik sesuai untuk mereka yang bekerja di dalam bidang media di mana pengguna di dalam bidang ini memerlukan kad grafik yang powerful.

Namun, jika anda bukan seorang gamers tegar atau bekerja di bidang media, kad grafik yang sederhana sudah cukup untuk anda merasai.

  • CPU

Otak laptop atau lebih dikenali sebagai CPU adalah peranan yang sangat penting di dalam laptop untuk berfungsi, contoh CPU yang kerap kita dengar ialah Intel Core dan AMD Ryzen.

Namun kedua-duanya mempunyai persamaan yang hampir sama sahaja. Lebih tinggi nombor di belakang CPU lebih lancar laptop itu bekerja.


Artikel Berkaitan

End of Article