Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Puting Kosong Untuk Bayi Pramatang, Memuaskan Kehendak Si Kecil Dengan Sempurna

Mencapai ketenangan dengan cara selamat

Ramai yang berpendapat bahawa puting kosong atau pacifier bukan cara terbaik untuk menenangkan bayi yang resah-gelisah adalah tidak benar. Tahukah anda yang pakar bayi menggalakkan penggunaan pacifier terutama sekali buat bayi pramatang? Puting kosong untuk bayi pramatang bukan sahaja boleh melatih si kecil untuk menghisap malahan ia juga mengurangkan kadar kematian mengejut (Sudden Infant Death Syndrome – SIDS) yang sering kita dengar mengenai bayi tercekik udara atau susu semasa tidur.

Ia juga merupakan alternatif yang lebih baik daripada membiarkan bayi menghisap jari kerana ibubapa boleh sahaja mengawal pengambilan puting bila-bila masa berbanding jari. Di sini kami senaraikan puting kosong/pacifier terbaik untuk bayi pramatang buat panduan ibubapa;

Puting bayi pramatang yang sangat lembut untuk gusi dan lidah
mulai
RM33.00
Semak DR BROWN One-Piece Pacifier - Stage 1 harga dibawah:

Sama seperti botol susu dari jenama yang sama, puting Dr. Brown sangat popular di kalangan ibu bapa yang mempunyai bayi dengan keadaan berat agak kurang berbanding dengan bayi normal lain. Puting kosong ini direka dengan mengambil kira peredaran udara semasa bayi menghisapnya. Maka, bayi pramatang yang menggunakannya hanya memerlukan tekanan dan tenaga yang sedikit untuk menghisap puting.

Diperbuat dari 100% silikon serta bebas BPA, puting ini sangat lembut untuk keselesaan bayi. Si kecil pasti akan berasa mudah dan tenang apabila menggunakan puting ini.

Puting diiktiraf dengan gred perubatan, khas untuk bayi pramatang
mulai
RM27.60
Semak MAM Perfect Night Newborn Pacifier harga dibawah:

Hasil kerja serta kajian dari pakar bayi dan ortodontik Dental University Clinic of Vienna, puting kosong MAM Perfect Pacifier ini antara yang sesuai untuk kegunaan bayi pramatang. Rekaan Dento-Flex® yang simetri pada leher puting menjadikannya 60% lebih lembut dan 4 kali lebih nipis daripada puting lain.

Pelindungnya yang berbentuk lubang aliran udara besar membuatkan Perfect Pacifier ini lebih selesa dan mesra pada bayi. Tidak menyakitkan rongga mulut serta lelangit.

Khas untuk bayi pramatang – murah dan berkualiti tinggi
mulai
RM6.50
Semak PUREEN Premium Cherry Shaped / Orthodontic Soother harga dibawah:

Didatangi dalam 2 kategori berbeza iaitu untuk bayi pramatang hingga usia 6 bulan (saiz 0-6m) dan juga untuk yang berusia 6 bulan ke atas (saiz 6m+). Puting kosong dari jenama Pureen ini seringkali menjadi pilihan ibubapa kerana materialnya sangat lembut untuk gusi si kecil. Bukan sahaja murah malahan puting ini juga selamat digunakan serta tahan lama.

Bebas dari bahan merbahaya seperti BPA dan diperbuat daripada silikon lembut yang berkualiti tinggi. Puting Pureen ini juga didatangi dengan pelbagai warna dan corak.

Puting kosong untuk bayi pramatang yang selalu mengalami refluks
mulai
RM56.00
Semak NATURSUTTEN Butterfly Pacifier harga dibawah:

Kebiasaannya, bayi pramatang bersaiz kecil memerlukan sistem pengudaraan yang baik untuk bernafas. Puting Natursutten Butterfly ini direka bentuk ruang lebihan di bahagian hidung bayi untuk membuatkan bayi bernafas dengan selesa. Ianya banyak membantu melegakan bayi yang sering dilanda refluks.

Diperbuat daripada getah (latex) yang lembut tidak mudah koyak serta menghalang bakteria untuk bersembunyi dan tidak meninggalkan kesan di mulut bayi. Puting yang mesra alam ini diperbuat daripada bahan boleh dibiodegradasi, baik untuk bayi serta alam semesta.

Puting kosong bayi dengan klip agar tidak mudah tercicir
mulai
RM17.28
Semak PUKU Baby Pacifier with Clip Set harga dibawah:

Puting kosong Puku ini didatangi dengan set klip yang tidak mudah tercabut dan memastikan puting tidak kotor serta sentiasa berada bersama bayi semasa si kecil memerlukannya. Ianya cukup lembut dan mudah dilentur serta mempunyai ruang yang mencukupi untuk lidah bayi tanpa memberi tekanan pada gusi.

Direka untuk keselesaan mulut si kecil, puting ini juga ringan dan diperbuat daripada silikon gred makanan yang diperakui keselamatannya. Puting ini tidak mengganggu perkembangan oral bayi pramatang yang tercinta.

Puting kosong yang selamat untuk kegunaan si kecil
mulai
RM17.80
Semak SIMBA Candy Thumb Pacifier harga dibawah:

Puting kosong Simba ini diperbuat khusus untuk bayi baru lahir terutamanya untuk bayi pramatang. Diperbuat daripada bahan-bahan yang diluluskan oleh USA FDA, puting ini mendapat pensijilan keselamatan SGS dan bebas BPA. Direka khas dengan bentuk jari comel bayi kecil, ia tidak menjejaskan perkembangan gigi dan gusi bayi pada jangkamasa panjang.

Puting ini didatangkan sekali dengan penutup puting supaya ianya tidak mudah kotor dan melekat habuk.

Puting kosong yang ergonomik dan unik
mulai
RM39.00
Semak BÉBÉ Confort Natural Physio Night harga dibawah:

Puting Natural Physio ini mempunyai bentuk ergonomik yang terbaik dan sesuai untuk bentuk gusi bayi pramatang. Ia seakan mimik payudara ibu ketika menyusukan bayi. Bentuknya sangat ideal untuk meredakan bayi yang keresahan.

Puting ini juga akan kelihatan bersinar di dalam gelap kerana warna iluminasinya. Ia pasti memudahkan ibu supaya tidak perlu meraba-raba di dalam gelap ketika mencarinya.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

End of Article