Kecantikan

Lindungi Kesan Cela Dengan Pilihan 7 Foundation Terbaik Untuk Jeragat

Jika berkulit jeragat, pilih foundation full coverage. Ini senarai foundation untuk menutup jeragat tidak kira kulit jenis kering, berminyak atau sensitif.


Editor · 3 Jul 2019, 7:21pm

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Lindungi Kesan Cela Dengan Pilihan 7 Foundation Terbaik Untuk Jeragat

Anda mesti rimas setiap kali keluar rumah, harus mengenakan solekan tebal bagi menutup kesan jeragat akibat pembentukan melanin dan pigmentasi. Mana tidaknya, jeragat merupakan salah satu musuh utama bagi kaum hawa. Jeragat merupakan satu bintik hitam yang tumbuh pada kulit wajah dan ianya akan merebak dengan pantas sekiranya tidak dirawat atau dicuci dengan cara yang betul. Mungkin anda sudah mencuba pelbagai produk kecantikan atau make up bagi menutup kesan cela ini. Bagaimanapun, tidak kira setebal mana atau semahal mana produk digunakan, anda seharusnya meneliti bahan yang sedia ada di dalamnya kerana ia merupakan kunci penting untuk merawat serta melindungi kulit anda dari pendedahan berbahaya. 

Pilihlah produk yang mempunyai full coverage bagi menutup kesan cela dengan lebih sempurna. Oleh itu, kami sediakan senarai koleksi foundation yang sesuai buat kamu bagi menutup kesan jeragat. Jangan risau, selepas ini kulit anda akan tampak lebih flawless berbanding dahulu!

Kandungan
Foundation farmasi terbaik untuk remaja
Sesuai untuk kulit berjeragat dan menghalang penghasilan minyak 1 daripada 7
Maybelline Fit Me Matte Poreless Liquid Foundation
Partnership with Maybelline
Dari RM44.63
Lihat harga di Lazada Malaysia
Perlindungan SPF 22
Formula Superfine Silky Particies
Terlalu berminyak
2 lagi
Lebih 20 jenis pilihan tona warna
Tekstur sedikit berat

Bersifat bukan komedogenik, Maybelline Fit Me! Matte+Poreless foundation ini dan telah terbukti berkesan buat yang mempunyai kulit cenderung minyak. Ianya memberi hasil kemasan matte yang mampu menutup segala cela serta memberi pengawasan minyak selama 24 jam.

Dengan teksturnya ringan, foundation ini secara intuitif menyembunyikan segala ketidaksempurnaan, masalah cela serta menjadi kanvas pada solekan yang baik. Bukan sahaja itu, ia mengandungi Micro Powder yang pantas bagi penyerapan  minyak, meninggalkan kulit wajah anda dengan kemasan semulajadi yang halus.

Foundation yang mampu mengawal kesan jeragat, jerawat dan cela sedia ada 2 daripada 7
Fenty Beauty Pro Filt’r Soft Matte Longwear Foundation
Partnership with Fenty Beauty
Dari RM191.69
Lihat harga di Sephora Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Hanya dengan 1 atau 2 titisan kecil, foundation ini mampu menutup segala kesan cela yang ada, meninggalkan kulit nampak sempurna bak sutera. Bukan sahaja ianya kalis air, malah diformulasi dengan teknologi penyesuaian iklim yang tidak mengganggu kulit atau menyumbat liang pori. 

Dengan kehebatan pilihan 50 tona berbeza, teksturnya terasa ringan pada kulit dan hanya bahan semula jadi yang unik diproses untuk memberi liputan penuh dan fleksible. Kini, anda mampu menyembunyi kesan ketidaksempurnaan wajah dengan foundation dari Fenty Beauty ini.

Foundation untuk jeragat serta kombinasi dengan perlindungan SPF 3 daripada 7
Estee Lauder Double Wear Stay In Place SPF10 Foundation (30ml)
Partnership with Estee Lauder
Dari RM221.10
Lihat harga di Sephora Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Estee Lauder Double Wear SPF10 Foundation ini mampu menjadi asas solekan berpanjangan sehingga 24 jam. Ringan dan sangat selesa, foundation ini sesuai untuk yang berkulit kombinasi kerana ianya tidak mengeringkan kulit wajah dan mengekalkan hidrasi dalam pada masa yang sama, mengawal akses lebihan sebum. 

Dicipta rangkaian 40 tona berbeza mengikut kesesuaian tona dan jenis kulit, ia memberi hasil kemasan matte yang tampak sangat natural. Melitupi segala ketidaksempurnaan, bebas minyak, kalis air serta tahan di bawah terikan mtahari.

Foundation untuk jeragat serta melembapkan kondisi kulit kering 4 daripada 7
Revlon ColorStay For Normal/Dry Skin Foundation SPF20 (30ml)
Partnership with Revlon
Dari RM37.14
Lihat harga di Lazada Malaysia
Effect glowing
Bertahan sehingga 24jam
Tekstur tebal
2 lagi
22 jenis tona warna
Release time technology

Foundation kegemaran ramai dari Revlon ini menghidrat serta membantu melindungi kulit anda dari sinaran UV dengan SPF20 selama 24 jam. Formula asas bebas minyak juga mampu memberi liputan penuh dengan hasil semula jadi. Tidak nampak seperti anda memakai make up dan dapat menutupi cela seperti jeragat dengan berkesan. 

Asid Hyaluronik di dalamnya menawarkan kelembapan berpanjangan tanpa menghasilkan tompok kering. Dengan pilihan 24 tona, anda tidak perlu risau lagi tentang kesan jeragat yang menghalang aktiviti luar anda.

Foundation halal terbaik untuk kulit sensitif
Foundation untuk jeragat dan kulit sensitif - mengelakkan iritasi 5 daripada 7
Mary Kay Timewise Luminous-Wear Liquid Foundation
Partnership with
Dari RM75
Lihat harga di Shopee Malaysia

Dilengkapi dengan bahan utama yang berkemampuan melawan jerawat seperti Vitamin E, Peptida dan kolagen, foundation ini memberi ketenangan ketika memakai, bebas iritasi dan membantu mencegah pertumbuhan jerawat serta kawalan sebum berlebihan. 

Tekstur foundation dari Mary Kay yang ringan ini berfungsi untuk meredakan keradangan kulit serta bintik-bintik merah akibat iritasi. Bukan sahaja ia berupaya menutup kesan jeragat dan jerawat, tetapi juga melindungi sensitiviti kulit dengan kesan berpanjangan.

Foundation terbaik dari drugstore, terbaik untuk menutup jeragat 6 daripada 7
L'oreal Paris True Match Liquid Foundation
Partnership with L'oreal Paris
Dari RM83.90
Lihat harga di Hermo Malaysia

Dengan penawaran teknologi 45 tona berbeza, produk hebat yang menjadi pilihan umum dari L'Oreal ini berfungsi untuk semua jenis kulit termasuk cenderung minyak, kombinasi atau kering. Ia memberi hasil kemasan airbrush yang sempurna tanpa memberi kilas balik

Dipatenkan mengikut kesesuaian  semua jenis kulit ia memberi kesan pelindungan sepenuhnya untuk menutup kesan cela. Produk yang memberi hasil sempurna serta harganya yang mampu milik? Tidak hairanlah foundation ini menjadi kegemaran ramai.

Foundation terbaik yang tahan lama dan murah
Foundation untuk jeragat dengan harga mesra poket 7 daripada 7
LAKME Perfecting Liquid Foundation 27ml
Partnership with
Dari RM19.46
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Diformulasi dengan kesan kalis air, LAKME Perfecting Liquid Foundation ini berfungsi untuk mengawal solekan sepenuhnya di wajah tanpa memberi kesan ‘cakey’. Foundation mampu milik ini juga mampu melitupi segala kecacatan atau ketidaksempurnaan kulit. 

Diperkaya dengan Vitamin E serta silikon untuk memberi hasil keremajaan serta melindungi kulit wajah dari penampilan garis halus.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

Lagi daripada ProductNation