Memilih dapur memasak untuk dapur rumah anda tampak seperti satu tugas yang mudah. Namun, terdapat beberapa jenis dapur dipasaran seperti dapur gas, dapur elektrik, dapur induksi dan lain-lain lagi. Sebelum hendak membuat sebarang pembelian, pastikan anda sudah plan dimana anda hendak meletak dapur memasak tersebut. Tidak kiralah untuk dapur kering, basah, outdoor, indoor mahupun untuk dibawa travel. Pastikan dapur pilihan anda menjimatkan ruang, tenaga atau gas.
Kami boleh membantu anda membuat pilihan dapur dengan harga mesra poket tetapi masih mengekalkan kualitinya. Ayuh ikuti artikel ini dan anda bolehlah shopping dapur idaman anda!
Dapur elektrik ini mudah untuk digunakan tidak kira dimana sahaja. Ianya didatangi pembakar single yang boleh digunapakai dengan kesemua perkakas masak seperti kaca, stainless steel, batu dan seramik. Reka bentuknya yang slim tidak memakan ruang yang besar, amat sesuai untuk dibawa travel atau kegunaan di pejabat.
Hanya plug in dapur elektrik dan anda sedia untuk memasak. Tidak kira di mana jua, tiada masalah lagi untuk memasak hidangan kegemaran.
Bagi anda yang mencari dapur gas mini, ini jawapannya. Anda hanya perlu memasukkan gas silinder untuk menggunakannya. Dapur gas dengan single burner ini sesuai untuk kegunaan berkelah, berkhemah atau untuk rumah bujang anda. Ianya bersaiz kompak dan menjimatkan ruang.
Dapur gas mini ini juga sesuai disimpan di rumah jika anda ingin memasak hidangan yang ringkas. Diperbuat daripada material gred premium, ianya tahan lasak dan kekal lama. Pastikan silinder gasnya disimpan di tempat tidak terdedah kepada cahaya matahari atau suhu yang panas.
Dapur gas sebegini sering kita lihat digunapakai pada hari kenduri mahupun musim perayaan jika terdapat aktiviti memasak secara besar-besaran. Ini kerana dapur gas ini mempunyai tempat pembakar yang besar dan diperbuat daripada cast iron tahan lasak buat kegunaan periuk heavy duty. Ianya juga mempunyai pencucuh automatik.
Pastikan anda guna dapur gas ini untuk memasak lauk dalam kuantiti yang banyak untuk mengelakkan pembaziran menggunakan gas berlebihan.
Usah berebut-rebut memasak maggi dengan adik-beradik kerana dengan dapur ini semua boleh digunakan untuk memasak hidangan dalam masa yang sama. Kebiasaannya dirumah kita hanya mempunyai dapur dengan 2 pembakar. Kini, dengan dapur 3 pembakar anda boleh memasak 3 juadah berbeza pada masa yang sama.
Diperbuat daripada stainless steel, dapur ini akan membantu menjimatkan masa anda memasak di dapur.
Bagi anda yang mahukan style dapur yang minimalis, ini pilihan terbaik. Ianya berwarna kelabu gelap dengan sedikit perincian merah untuk memberikan reka bentuk yang simple dan sleek. Anda tidak perlu risau dapur nampak kotor walaupun tidak digilap selalu. Mempunyai dua pembakar, dapur gas ini mudah dikendali dan berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan.
Ayuh jemput kawan-kawan untuk makan malam steamboat grill dengan dapur ini! Dapur grill elektrik ini menjanjikan pemanasan yang sekata agar makanan anda masak dengan baik. Tahap suhu dapur ini dapat dikawal serta platenya jenis tidak melekit, mudah untuk dibersih. Selain grill, dapur ini boleh juga digunakan untuk merebus, menggoreng, memanggang dan stew.
Dilengkapi dengan double-switch control untuk memudahkan anda menukar di antara mod BBQ ataupun steamboat. Dapur ini antara barangan ‘must-have’ jika anda sudah bosan makan streamboat di luar.
Jika anda penggemar kek crepe yang selalunya dijual dengan harga agak mahal di kedai bakeri, apa kata serlahkan skill di rumah! Semudah 123,dengan dapur elektrik khas membuat crepe ini, anda pasti tidak akan kecewa. Ianya tidak melekat dan mempunyai pengawalan suhu secara automatik. Cuma bancuh adunan crepe anda, plug masuk dan on dapur. Anda sudah bersedia untuk beraksi. Ianya sangat berkualiti, murah dan tahan lama!
Dapur induksi ini mudah untuk digunakan dan membantu anda memasak dengan cekap. Permukaannya kalis calar serta dilengkapi dengan auto-off dan pelindungan suhu tinggi untuk menjamin keselamatan pengguna. Sesuai untuk kesemua jenis dapur dan reka bentuknya yang kompak membuatkan dapur unik ini dilengkapi dengan 8 stage tetapan power, menjadi pilihan pengguna.
Anda boleh letakkannya di mana-mana sahaja dalam ruangan dapur. Pasti sesuai untuk dapur moden kediaman baru anda.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!