Smartphone adalah salah satu alat yang amat penting dalam kehidupan seharian kita. Kita boleh berhubung, mencari info, bermain game, mendengar muzik, membuat kerja, merakam video dan gambar dan bermacam lagi. Jika kita lihat pada masa kini, smartphone digunapakai oleh semua orang. Kebanyakan smartphone yang ada di pasaran dengan kegunaan multifungsi, pasti mempunyai harga yang lebih mahal. Tidak semestinya menggunakan harga lebih mahal akan menjamin kualiti yang dirakam samada gambar atau video. Kini, smartphone juga boleh didapati dengan harga jauh lebih murah dengan kualiti yang terbaik.
Edisi kali ini kami bawakan jenis-jenis smartphone yang tidak kurang canggih dengan harga yang mid-range dan mampu untuk dimiliki. Ayuh kita lihat apa yang kita boleh beli dengan bajet dibawah RM1000.

CPU : Octa-core (4x2.3 GHz Cortex-A53 & 4x1.8 GHz Cortex-A53) | Grafik : PowerVR E8320 | Memori : 4GB RAM | Storage : 64GB | Skrin : 6.35” | Berat : 190.5gm
Lupakan DSLR, gunalah Vivo Y17. Snap gambar dengan lebih pro menggunakan kamera smartphone Vivo Y17 ini. Dengan 3 AI kamera yang mempunyai resolusi 13MP + 8MP + 2MP serta Super Wide-Angle, merakam gambar landskap adalah lebih mudah. Dilengkapi kamera selfie 20MP, smartphone ini adalah pelaburan yang bijak.
Anda tidak perlu lagi membeli kamera dan smartphone secara berasingan. Dapatkan sahaja phone 2-dalam-1 ini.

CPU : Octa-core 1.8 GHz Kryo 260 | Grafik : Adreno 509 | Memori : 6GB RAM | Storage : 64GB | Skrin : 5.99” | Berat : 180gm
Buat si kaki gamers, bermain game pada smartphone tanpa masalah lagging akan memberi satu kepuasan kepada anda. Dikuasai Snapdragon 636, smartphone ini menjamin pengalaman bergaming tanpa batasan. Ianya mempunyai display FHD+ dan bateri yang ultra-long-lasting. Smartphone ini juga dilengkapi dual kamera dan sistem bunyi yang mantap!
Tidak menjadi masalah juga jika anda ingin memuat turun game yang memerlukan sistem sokongan besar.

CPU : Octa-core 2.5 GHz Cortex A-53 | Grafik : Mali G71 MP2 | Memori : 4GB RAM | Storage : 32GB | Skrin : 6.0” | Berat : 152gm
Jika anda gemar melayari internet ataupun bermain game atas talian, sudah pasti anda mahukan signal 4G yang kuat dan stabil. Dengan smartphone Oppo ini, amda usah risau akan line yang tidak stabil dan ianya juga tidak mudah untuk lagging. Processor Octa-core menjamin signal yang terbaik untuk anda.
Selain itu, smartphone ini juga dilengkapi kamera yang menarik dan skrin full HD+ . Mudah untuk menonton Youtube dan video dimana sahaja anda berada.

CPU : Octa-core 1.8 GHz Cortex A-53 | Grafik : Mali T830 MP1 | Memori : 4GB RAM | Storage : 32GB | Skrin : 6” | Berat : 162gm
Nikmati kebebasan memilih dengan smartphone dual sim dari Samsung ini. Anda boleh menggunakan dua simkad dalam masa yang sama. Dengan itu, anda boleh membalas message dengan menggunakan nombor yang berbeza sekaligus mudah untuk anda membezakan antara kerja dan peribadi.
Selain itu, smartphone ini juga dilengkapi kamera depan dan belakang dengan resolusi 16MP, face recognition dan fingerprint scanner. Privasi anda di dalam smartphone ini terjaga dengan selamatnya.

CPU : Octa-core (4x2.0 GHz Kryo 260 & 4x1.8 GHz Kryo 260) | Grafik : Adreno 512 | Memori : 8GB RAM | Storage : 128GB | Skrin : 6.3” | Berat : 174gm
Untuk kualiti gambar lebih umph dan jika anda mencari smartphone dengan dual kamera, ini pilihan tepat. Ianya didatangi dual kamera AI beresolusi 16MP + 2MP. Anda boleh nikmati potret berkualiti studio hanya dengan menggunakan smartphone. Kamera depannya juga mempunyai resolusi yang sama.
Menariknya, kamera hadapan smartphone ini boleh mengesan umur, jantina dan warna kulit anda untuk memberi visual enhancement tersendiri pada gambar tersebut agar tidak perlu anda menggunakan efek serta filter untuk menutup cela.

CPU : Octa-core (4x2.2 GHz Cortex-A73 & 4x1.7 GHz Cortex-A53) | Grafik : Mali-G51 MP4 | Memori : 4GB RAM | Storage : 128GB | Skrin : 6.5” | Berat : 175gm
Jika anda mencari smartphone yang mempunyai RAM 4GB, ini pilihan tepat. Performance Smart daripada telefon pintar jenama ini pasti tidak akan mengecewakan anda. Smartphone ini lengkap dengan ciri menarik seperti kamera belakang 20MP, kamera selfie 16MP, skrin besar dan boleh dioperasi menggunakan sebelah tangan sahaja serta reka bentuk yang sleek dan bergaya.
Sesuai untuk anak muda yang berjiwa ‘up-trend’, smartphone anda akan kelihatan seperti membelinya mencecah lebih dari RM1000.

CPU : Octa-core 1.8 GHz Cortex A53 | Grafik : Adreno 506 | Memori : 4GB RAM | Storage : 64GB | Skrin : 6.0” | Berat : 164gm
Kini anda boleh rakam video bagaikan pro dengan kamera belakang atau depan. Rakaman pada smartphone ini dilengkapi FHD penstabilan video agar kesan video tampak lebih lancar. Anda boleh fokus pada objek bergerak dengan Live Auto Zoom.
Selain daripada itu, dengan ciri time-lapse, anda boleh tambah detail cinematic pada video anda. Tampil bagaikan pro dengan smartphone ini!
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!