Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
smartphone kamera terbaik

8 Telefon Kamera Cantik dan Murah Bawah RM2000 (2025)

Jom tengok senarai pilihan smartphone yang memiliki kamera terbaik.

Merakam gambar atau video menggunakan smartphone pasti kita inginkan kualiti camera cantik ala-ala DSLR, anda setuju?

Mana tidaknya, handphone camera cantik kini terdapat banyak pilihan dan sudah tentu anda mahukan pembelian yang berbaloi dengan bajet bawah RM2000.

Pelbagai jenama telefon seperti Samsung, Oppo, Honor dan Vivo yang menawarkan barisan telefon kamera terbaik untuk anda merakam gambar-gambar cantik.

Kalau anda masih mencari telefon android camera cantik bawah RM2000, kami bantu anda buat pilihan dengan lebih mudah.

Jom lihat senarai camera handphone paling cantik dan juga handphone murah tapi kamera cantik ini.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor untuk Edisi Bahasa Melayu di ProductNation, dengan fokus utama pada artikel berkaitan telefon pintar, gajet, dan teknologi ...

Senarai 8 Smartphone Mempunyai Kamera Terbaik

Telefon kamera terbaik bawah RM2000 secara keseluruhan
Xiaomi 15T
Xiaomi
Xiaomi 15T
From
RM1,899.00
Check Xiaomi 15T price below:
add_circle Dilengkapi kamera Leica
add_circle Paparan AMOLED yang jelas
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Reka bentuk yang elegen dan nipis
remove_circle Tidak menyokong pengecasan nirwayar
  • Cipset: Mediatek Dimensity 8400 Ultra (4 nm)
  • OS: Android 15, HyperOS 2
  • RAM: 12GB
  • Storage: 256GB
  • Paparan: 6.83 inci AMOLED, 120Hz, HDR10+, Dolby Vision
  • Resolusi: 1280 x 2772 piksel
  • Bateri: 5500 mAh, 67W pengecasan pantas
  • Kamera: 50 MP (lebar) + 50 MP (telefoto) + 12 MP (ultra lebar), 32 MP (swafoto)

Sebab menjadi pilihan utama:

Korang yang minat fotografi mobile, Xiaomi 15T ni memang antara yang berbaloi sebab ia datang dengan sistem kamera yang dihasilkan bersama Leica.

Dengan tiga kamera belakang, termasuk lensa utama 50MP dengan OIS dan lensa telefoto 50MP dengan 2x zum optikal, ia membolehkan korang menangkap gambar portrait dan pemandangan dengan kualiti yang luar biasa, lengkap dengan color science Leica yang signature.

Ciri-ciri:

Untuk prestasi harian, ia sangat power dengan cip Mediatek Dimensity 8400 Ultra (4 nm) dan RAM 12GB, memang tak ada masalah nak multitask atau main game.

Skrin AMOLED 6.83 inci yang besar dengan refresh rate 120Hz dan kecerahan puncak 3200 nits pula menjadikan pengalaman menonton sangat memuaskan, terang benderang!

Yang paling penting untuk seharian, bateri 5500 mAh yang besar dengan pengecasan pantas 67W bermakna korang boleh ambil gambar sepanjang hari tanpa risau kehabisan bateri.

Ditambah dengan ketahanan IP68 dan reka bentuk yang nipis (7.5mm), Xiaomi 15T adalah pilihan kamera yang compact dan berbaloi dengan harganya.

Review:

"Power! Kamera Leica memang tiptop, bateri tahan lama 5500 mAh, skrin 120Hz pun cantik. Berbaloi sangat dengan harga!"

Handphone camera cantik untuk konsert
vivo V60 Lite
Vivo
vivo v60 lite
From
RM1,399.00
Check vivo V60 Lite price below:
add_circle Reka bentuk nipis
add_circle Bateri besar dan tahan lama
add_circle Tahan lasak
add_circle Kualiti kamera yang baik untuk gambar
remove_circle Rakaman video sedikit bergegar
remove_circle Tiada rakaman 4K
  • Cipset: Mediatek Dimensity 7360 Turbo (4 nm)
  • OS: Android 15, Funtouch 15
  • RAM: 8GB
  • Storage: 256GB
  • Paparan: 6.77 inci
  • Resolusi: 1080 x 2392 piksel
  • Bateri: 6500 mAh
  • Kamera: Dwikamera 50 MP (lebar) + 8 MP (ultra lebar), 32 MP (swafoto)

vivo V60 Lite dilihat sebagai pilihan yang menarik di pasaran dengan fokus yang jelas pada ketahanan.

Peranti ini dilengkapi bateri Si/C Li-Ion berkapasiti besar 6500 mAh, satu kelebihan yang ketara bagi pengguna yang sering berada di luar atau memerlukan bateri sepanjang hari.

Sokongan pengecasan pantas 90W juga memastikan pengguna boleh mengisi semula bateri dari 0 ke 100% dalam masa sekitar 52 minit, menjadikannya sesuai untuk gaya hidup yang sibuk.

Di samping itu, ia dikuasakan oleh cip Mediatek Dimensity 7360 Turbo (4 nm) dan gandingan RAM 8GB bersama storan 256GB menjanjikan prestasi yang lancar untuk kegunaan harian dan multitasking.

Dari segi rekaan, V60 Lite hadir dengan skrin AMOLED 6.77 inci yang cerah dengan kadar segar semula 120Hz, dan ketahanan yang ditambah baik dengan penarafan IP65 (tahan debu dan percikan air) dan pematuhan MIL-STD-810H.

Ini menjadikan V60 Lite bukan sahaja tahan lama dari segi kuasa, tetapi juga dari segi fizikal.

Smartphone tahan lasak dan kamera cantik
OPPO A6 Pro 5G
OPPO
OPPO A6 Pro 5G
From
RM1,299.00
Check OPPO A6 Pro 5G price below:
add_circle Skrin terang dan jelas
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Kamera belakang 50MP mantap
add_circle Kalis air IP68/IP69
remove_circle Tiada port audio jack
remove_circle Tidak sesuai untuk gaming
  • Cipset: Mediatek Dimensity 6300 (6 nm)
  • OS: Android 15, ColorOS 15
  • RAM: 8GB
  • Storage: 256GB
  • Paparan: 6.57 inci AMOLED, 120Hz
  • Resolusi: 1080 x 2372 piksel
  • Bateri: 7000 mAh, pengecasan 80W wired
  • Kamera: 50 MP (lebar) + 2 MP (depth), 16 MP (swafoto)

OPPO A6 Pro sesuai untuk orang tua kerana ia menawarkan penggunaan mudah dengan skrin AMOLED 6.57 inci yang terang, jelas, dan selesa untuk membaca atau menonton kandungan harian.

Dikuasakan oleh Mediatek Dimensity 6300 dengan 8GB RAM dan 256GB storan, ia cukup lancar untuk aplikasi asas seperti panggilan video, media sosial dan navigasi.

Bateri 7000 mAh yang besar memastikan penggunaan sepanjang hari tanpa risau untuk cas berulang.

Kamera belakang 50MP dan 2MP memudahkan rakaman gambar atau video dengan kualiti baik, manakala kamera hadapan 16MP memudahkan panggilan video yang jelas.

Peranti ini juga kalis air dan debu IP68/IP69, sesuai untuk kegunaan seharian tanpa risiko kerosakan.

Dengan reka bentuk ringan 185g dan ciri-ciri sambungan moden seperti 5G, Wi-Fi, Bluetooth, NFC dan USB Type-C, OPPO A6 Pro adalah pilihan bijak untuk pengguna yang mahukan telefon pintar mudah digunakan, tahan lasak dan boleh dipercayai.

Telefon kamera dengan megapixel tinggi
Xiaomi Redmi Note 14 Pro+
Xiaomi
Xiaomi Redmi Note 14 Pro+
From
RM1,699.00
Check Xiaomi Redmi Note 14 Pro+ price below:
add_circle Kamera utama 200MP yang tajam
add_circle Paparan AMOLED 120Hz yang lancar
add_circle Reka bentuk tahan lasak dengan IP68
remove_circle Tiada sokongan untuk storan tambahan
  • Cipset: Snapdragon® 7s Gen 3
  • OS: Android 15, HyperOS
  • RAM: 12GB
  • Storage: 256GB, 512GB
  • Paparan: 6.67 inci AMOLED, 120Hz
  • Resolusi: 2800 x 1260 piksel
  • Kamera: 200MP (lebar), 8MP (ultra lebar), 2MP (makro), 20MP (swafoto)

Redmi Note 14 Pro+ 5G merupakan pilihan tepat kalau korang mencari telefon dengan kamera megapixel tinggi dan prestasi mantap.

Dilengkapi dengan kamera utama 200MP, telefon ini memberikan gambar yang sangat tajam dan terperinci, di samping kamera tambahan 8MP dan 2MP yang menyokong lensa ultra-wide dan makro.

Dengan kamera depan 20MP, korang boleh dapatkan swafoto yang jelas dan berkualiti.

Paparan 6.67 inci FHD+ AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz menjamin pengalaman visual yang lancar, baik untuk gaming atau menonton video.

Dikuasakan dengan Snapdragon 7s Gen 3, telefon ini menawarkan prestasi yang pantas dan cekap untuk multitasking.

Bateri besar 5110mAh disokong dengan pengecasan pantas 120W, memastikan telefon ini sentiasa bersedia untuk digunakan sepanjang hari.

Dengan reka bentuk yang tahan lasak, dilindungi oleh Corning Gorilla Glass Victus 2 dan penarafan IP68 untuk ketahanan air dan debu, Redmi Note 14 Pro+ 5G bukan sahaja menawarkan prestasi hebat tetapi juga ketahanan yang boleh dipercayai.

Kamera phone terbaik untuk video
POCO X7 Pro
Xiaomi
Xiaomi Poco X7 Pro
From
RM1,699.00
Check POCO X7 Pro price below:
add_circle Kamera utama 50MP OIS
add_circle Bateri besar tahan lama
add_circle Skrin AMOLED sangat jelas
remove_circle Tiada pengecasan tanpa wayar
  • Chipset: Mediatek Dimensity 8400 Ultra (4 nm)
  • OS: Android 15, HyperOS 2
  • RAM: 8GB, 12GB
  • Storan dalaman: 256GB, 512GB
  • Saiz Skrin: 6.67 inci
  • Resolusi: 1220 x 2712 piksel
  • Bateri: 6000 mAh
  • Kamera: 50MP (lebar) 8MP (ultra lebar) 20MP (swafoto)

Poco X7 Pro menggabungkan prestasi moden dengan reka bentuk yang praktikal, menjadikannya pilihan seimbang untuk anda yang menghargai telefon laju dan style.

Dikuasakan cip Mediatek Dimensity 8400 Ultra (4nm), ia menawarkan prestasi cekap bersama RAM 8GB atau 12GB dan storan dalaman 256GB hingga 512GB.

Paparan AMOLED 6.67 inci dengan resolusi tinggi 1220 x 2712 memberikan pengalaman visual yang jelas dan terang, sesuai untuk menonton video dan bermain game.

Kamera belakang dilengkapi lensa utama 50MP dengan sokongan OIS untuk gambar lebih stabil dan cerah dalam cahaya rendah, serta lensa sudut lebar 8MP.

Peranti ini dijalankan menggunakan Android 15 dengan antara muka HyperOS 2 yang responsif dan terkini.

Dari segi sambungan, ia menyokong 5G, 4G LTE, WiFi, Bluetooth, NFC dan GPS—menyediakan kemudahan penuh dalam penggunaan harian.

Bateri berkapasiti 6000mAh memberikan hayat penggunaan yang lama tanpa menambah saiz terlalu besar, dengan ketebalan hanya 8.3mm dan berat 195g.

Ditawarkan dalam beberapa pilihan warna menarik, Poco X7 Pro menyerlah dalam reka bentuk dan prestasi.

Smartphone 5G murah dengan kamera cantik
Nothing Phone (3a)
Nothing Phone
NothingPhone 3(a)
From
RM1,699.00
Check Nothing Phone (3a) price below:
add_circle Reka bentuk lebih segar
add_circle Pengalaman Android 15 yang hebat
add_circle Harga berpatutan
add_circle paparan skrin 120Hz
remove_circle Kualiti kamera yang biasa
remove_circle Ciri kalis air yang terhad
  • Chipset: Snapdragon 7s Gen 3
  • OS: Android 15, Nothing OS 3.1
  • RAM: 12GB
  • Storan dalaman: 256GB
  • Saiz Skrin: 6.77 inci
  • Resolusi: 1080 x 2392 piksel
  • Bateri: 5000 mAh
  • Kamera: 50 MP (lebar) 50 MP (telefoto) 8 MP (ultra lebar) 32 MP (swafoto)

Nothing Phone 3a merupakan telefon terbaik dari Nothing setakat ini, menampilkan reka bentuk yang unik dan menonjol, serta bateri tahan lama yang menyokong pengecasan pantas.

Skrin 120Hz memberikan pengalaman visual yang lancar, manakala Nothing OS memastikan penggunaan yang bersih dan menyeronokkan.

Telefon ini masih mempunyai beberapa kekurangan seperti cipset lama yang kurang berkuasa, rintangan air yang terhad, serta kualiti kamera yang tidak konsisten.

Selain itu, susunan butang utama mungkin memerlukan sedikit penyesuaian bagi sesetengah pengguna.

Bagaimanapun, Nothing Phone 3a tetap pilihan menarik bagi anda yang mahukan telefon dengan reka bentuk unik dan prestasi terbaik pada harga mampu milik.

Dengan ciri AI yang terbina di dalam, ia memberikan kualiti gambar yang cantik dan tanpa memerlukan kemahiran yang tinggi mengambil gambar.

Dengan harga yang murah, sememangnya inilah telefon kamera terbaik dengan bajet bawah RM2,000.

Smartphone gaming dan kamera terbaik
Tecno Camon 40 Pro 5G
Tecno
Tecno Camon 40 Pro
From
RM1,159.00
Check Tecno Camon 40 Pro 5G price below:
add_circle Skrin AMOLED 144Hz terang
add_circle Kamera 50MP Sony ultra night
add_circle Cipset 5G berprestasi tinggi
add_circle Banyak ciri AI pintar
remove_circle Tiada pengecasan tanpa wayar
remove_circle Bahagian curve agak sensitif
  • Chipset: Mediatek Dimensity 7300 Ultimate
  • OS: Android 15, sehingga 3 naik taraf utama Android, HIOS 15
  • RAM: 8GB + 8GB
  • Storan dalaman: 256GB
  • Saiz Skrin: 6.78 inci
  • Resolusi: 1080 x 2436 piksel
  • Bateri: 5200 mAh
  • Kamera: 50MP (lebar) 8MP (ultra-lebar) Dual Flash Main Camera, 50MP (swafoto)

Tecno Camon 40 Pro 5G sesuai untuk anda yang mahukan prestasi dan kreativiti dalam satu peranti.

Dengan RAM 16GB (8GB fizikal + 8GB maya) dan storan dalaman 256GB, ia menawarkan ruang mencukupi dan prestasi lancar untuk tugas harian serta penciptaan kandungan.

Skrin AMOLED melengkung 6.78 inci dengan kadar segar semula 144Hz memberikan paparan yang terang dan responsif, serta dilindungi oleh Corning® Gorilla® Glass.

Kamera menjadi tarikan utama—kamera belakang 50MP Sony ultra night dan kamera sudut lebar 8MP disokong lampu kilat berkembar untuk hasil lebih terang di waktu malam.

Kamera hadapan 50MP dengan autofokus menghasilkan selfie yang jelas dan tajam.

Pengalaman audio pula ditingkatkan dengan pembesar suara stereo berkembar dan sokongan Dolby Atmos.

Dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7300 Ultimate dan sistem Android 15 bersama HiOS 15, ia menjanjikan prestasi pantas.

Ciri menarik seperti AI potret generasi, floating windows, dan One Tap Flash Snap memudahkan penggunaan, manakala ketahanan IP68/IP69 memberikan perlindungan dari habuk dan air.

Bateri 5200mAh disokong pengecasan pantas 45W memastikan kuasa tahan lama sepanjang hari.

Kami sudah cuba menggunakan kamera Tecno Camon 40 Pro 5G ini dan hasilnya sangat memuaskan!

Kamera handphone terbaik untuk fotografi
Nothing Phone (2a)
Nothing Phone
Nothing Phone (2a)
From
RM1,699.00
Check Nothing Phone (2a) price below:
add_circle Dual Kamera untuk 50MP
add_circle AMOLED 6.7
add_circle Ketahanan bateri hingga 2 hari
add_circle 45W pengecasan pantas
remove_circle Tidak sesuai untuk gaming
  • Chipset: Mediatek Dimensity 7200 Pro (4 nm)
  • OS: Android 14, Nothing OS 2.5.4
  • RAM: 8GB, 12GB
  • Storan dalaman: 128GB, 256GB
  • Saiz Skrin: 6.7 inci, 108.0 cm
  • Resolusi: 1080 x 2412 piksel
  • Bateri:  5000 mAh
  • Kamera: 50 MP (lebar) 50 MP (ultra-lebar) 32 MP (swafoto)

Anda sedang mencari smartphone bawah RM2000? Reka bentuk yang unik dan ingin mencuba jenama “underrated”? Boleh cuba untuk dapatkan Nothing Phone (2a).

Phone ini telah dikemaskini dengan OS android 14 termasuk OS mereka tersendiri iaitu Nothing OS 2.5.4. OS yang sangat simple dan kemas. 

Paparan skrin bersaiz 6.7 inci yang besar sesuai untuk menonton YouTube, bermain game dan membaca emel serta dokumen. 

Phone ini antara phone yang terbaik untuk kegunaan harian.

Nothing Phone (2a) ini juga mempunyai saiz kamera 50 MP termasuk dengan ultra lebar, sesuai untuk mengambil gambar penuh pemandangan yang indah atau mengambil gambar keluarga tanpa perlu berhimpit-himpit.

Jika anda suka berswafoto, phone ini mempunyai kamera depan bersaiz 32 MP yang sesuai untuk memastikan hasil gambar yang terbaik untuk anda.

Bateri phone ini juga dilengkapi dengan 45W yang berkemampuan cas yang pantas dalam 1-2 jam sahaja untuk penuh dan mampu bertahan sehingga 2 hari jika tidak menggunakan untuk aplikasi yang berat.


Bagaimanakah Cara Pilih Kamera Smartphone Yang Bagus?

Kalau diperhatikan telefon dari jenama terkemuka memang menawarkan kualiti kamera yang terbaik. 

Mungkin kerana ramai yang menekankan kualiti kamera dan menjadikan penentu sama ada berbaloi dibeli ataupun tidak. 

Ingin diingatkan, secanggih mana pun telefon, jika kualiti dan feature kamera tidak mencapai piawaian pengguna, tentu mengecewakan. 

Jadi jom lihat cara memilih kamera smartphone yang bagus. 

Megapiksel

Saiz megapiksel kamera merupakan ciri pertama dititikberat sebelum membuat pembelian telefon tapi, saiz megapiksel bukan penentu gambar diambil itu kelihatan cantik.

Ada ketika, smartphone dengan saiz megapiksel 12MP adalah jauh lebih baik berbanding yang bersaiz 20MP.

Jadi, saiz megapiksel hanyalah untuk memastikan detail dan kejelasan gambar sahaja. Pendek kata, bila nak print, gambar tak pecah.

Jika saiz besar, namun kameranya tidak mampu menyerap cahaya dengan baik, maka gambar yang diambil mungkin tidak kelihatan cantik atau jelas.

Lensa Kamera

Kalau dahulu kita akan nampak smartphone mempunyai satu lensa kamera sahaja tapi kini kebanyakkan smartphone mempunyai lebih dari satu.

Bahkan ada yang mempunyai 5 lensa kamera. Jadi ciri ini berperanan untuk menunjukkan focal length kamera.

Erti kata lain, semakin kecil nombor pada lensa itu, semakin lebar gambar yang terhasil.

Bagi smartphone yang memiliki lebih dari satu lensa kamera, setiap satu lensa itu mempunyai peranannya tersendiri.

Antara peranan pada lensa kamera smartphone adalah menghasilkan gambar lebar, ultra-lebar, dan juga telephoto.

Jadi anda boleh pilih smartphone yang menepati dengan style anda mengambil gambar. 

Saiz Sensor Kamera

Saiz sensor kamera merupakan ciri terpenting bagi sebuah smartphone dengan kamera terbaik kerana dapat menentukan sama ada gambar yang diambil jelas, cerah ataupun tidak.

Ini kerana sensor kamera berperanan untuk menangkap cahaya semasa mengambil gambar. 

Kamera smartphone dengan sensor yang tinggi mampu mengambil gambar yang sangat jelas dan cerah walaupun dalam keadaan gelap.

Jika anda gemar mengambil gambar pada waktu malam, boleh pertimbangkan ciri ini. 

Dilengkapi HDR

High Dynamic Range atau HDR dapat membantu anda mengambil gambar dengan lebih cantik.

Fungsi HDR ini akan menambahkan cahaya dan juga menjadikan gambar lebih dinamik dari segi warna.

Malah, gambar akan nampak lebih ‘hidup’ berbanding dengan gambar yang diambil tanpa HDR. 

Jadi itu antara ciri-ciri yang perlu dilihat sebelum membuat pembelian smartphone dengan kamera terbaik.

Apa pun, ciri-ciri tersebut tidak semestinya dilengkapi telefon jenama mahal.

Apa yang penting anda bijak membuat penilaian untuk memiliki smartphone kamera terbaik dengan harga yang berbaloi.


Pilihan Terbaik

Bagi tahun 2025, boleh dikatakan senarai ini merupakan pilihan smartphone dengan kamera terbaik dan harga bawah RM2,000:


Artikel Berkaitan

End of Article