Setiap kediaman pasti ada peti sejuk terkini tidak kira harga atau saiznya, dan tentu anda mahukan dari jenama peti sejuk terbaik.
Kalau tak ada, macam mana nak simpan barang basah betul tak? Sayur mesti cepat busuk!
Dari segi saiz, kebanyakan peti sejuk 1 pintu dapat dimuatkan dalam kabinet dapur kecil.
Tapi, jika anda mempunyai dapur dengan keluasan yang standard, boleh pertimbangkan size peti ais 2 pintu.
Harga peti ais 2 pintu juga berbeza mengikut model dan jenama peti sejuk terbaik.
Selain itu, banyak juga pilihan peti ais dua pintu dengan pelbagai jenis peti sejuk yang ada di pasaran sekarang.
Nak senang, jom lihat senarai jenama peti sejuk yang tahan lama, harga peti sejuk 2 pintu, peti ais yang jimat elektrik dan paling penting semuanya adalah peti sejuk 2 pintu terbaik di pasaran.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
15 Jenama Peti Ais 2 Pintu Terbaik
Sebab menjadi pilihan utama:
Koleksi peti sejuk dari Toshiba kali ini memberikan rupa dan reka bentuk yang ringkas serta moden.
Ciri-ciri:
Apa yang menakjubkan tentangnya, mempunyai ruangan sayur seluas 12 liter yang membolehkan anda menyimpan dan menyusun buah-buahan serta sayur-sayuran dengan mudah, cepat dan kemas.
Bahkan aliran udara baik akan memastikan makanan disimpan dalam udara sejuk bersih dan berkesan dalam menyingkirkan bau yang tidak menyenangkan.
Peti sejuk ini juga mampu menghalang pertumbuhan bakteria di dalam makanan anda.
Hasilnya makanan dapat disimpan dalam jangka masa yang lama tanpa perlu risau akan kesegarannya.
Review:
“Peti sejuk yang sangat berkualiti dan dijual pada harga yang berpatutan. Sesuai untuk mereka yang ada bajet terhad.”
Berharga kurang daripada RM1,000, peti sejuk Midea ini mampu memberikan fungsi kepuasan yang baik.
Sangat sesuai buat pasangan yang baru berkahwin dan tidak memerlukan ruang yang banyak.
Menggunakan teknologi hijau ion penyahbau untuk mengelakkan bau yang tidak menyenangkan.
Malah mempunyai sistem pengudaraan yang baik, peti sejuk ini memastikan makanan yang disimpan di dalamnya sentiasa segar.
Kelembapan suhu di dalam peti sejuk ini juga mampu dikawal dengan bagus dan ternyata sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
Jumlah ahli keluarga ramai dan anda memerlukan peti sejuk yang mempunyai ruangan besar untuk menyimpan pelbagai makanan?
Jadi, peti sejuk Toshiba merupakan pilihan terbaik untuk yang inginkan peti sejuk ruangan besar.
Bukan itu saja, dilengkapi beberapa ciri seperti kompresor inverter yang menjimatkan tenaga dan teknologi nyahbau dengan menggunakan Ag+ BIO Deodorizer.
Selain itu, ia turut mempunyai LED HYBRID Deodorizer yang boleh mengekalkan kesegaran makanan.
Peti sejuk yang boleh memuatkan kapasiti makanan sehingga 250L ini dilengkapi dengan pembuat ais dan teknologi Frost-free.
Untuk kekalkan kesegaran makanan anda seperti sayuran dan buahan, peti sejuk ini juga mempunyai Humidity Fresh Control Zone yang dapat mengawal suhu dalamnya agar tidak terlalu sejuk atau warm.
Mempunyai 4 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga, peti sejuk ini sangat menjimatkan penggunaan elektrik.
Sesuai buat anda yang baru sahaja memiliki kediaman baru, peti sejuk ini pasti tidak akan menghampakan.
Peti sejuk Elba ini mempunyai saiz 250L cukup sesuai untuk saiz keluarga yang sederhana.
Malah lengkap dengan peti beku sejuk yang boleh membeku hingga takat -18 darjah celsius.
Turut mempunyai aksesori bakul telur, lampu LED, 2 rak utama dan 4 rak dibahagian pintu.
Rekaan peti sejuk Elba model Ultimo ini juga tidak terlalu besar, sesuai untuk diletakkan dibahagian ruang dapur yang kecil atau sederhana.
Jika anda ada bajet lebih, punya ruang dapur yang luas atau mempunyai keluarga yang besar.
Nah, anda boleh dapatkan peti sejuk pintu side by side dari Hisense yang dijamin kualiti penyejukkan makanan yang terbaik.
Malah, dapat mencipta mod ruang dapur yang moden antaranya pembekuan makanan tanpa ais.
Ini bertujuan untuk menjaga kualiti makanan terutamanya bahan basah seperti buah dan sayuran.
Sistem Super Freeze pula memastikan makanan yang disimpan akan dibekukan dengan segera supaya dapat menjamin nutrisi, rasa dan kesegaran makanan.
Ruang penyimpanan dari peti sejuk besar ini juga cukup memuaskan hati.
Mempunyai ruang dan rak simpanan yang berbeza dari setiap pintu.
Jadi anda boleh menyimpan tak kira berapa banyak atau saiz bekas didalamnya.
Peti sejuk dua pintu ini mungkin akan menjadi kegemaran anda kerana ada teknologi Prime Fresh+ yang akan membantu anda kekalkan kesegaran makanan lebih lama tanpa merosakkannya.
Selain itu, peti sejuk ini juga akan membasmi kuman yang mungkin ada pada makanan anda kerana ada teknologi Ag Clean yang akan membasmi bakteria dan bau yang tidak menyenangkan di dalam peti sejuk.
Paling penting, ada 4 jenis sensor ECONAVI yang akan menjimatkan penggunaan tenaga.
Semestinya inverter yang ada dalam peti sejuk ini membolehkan anda laras dan kawal tenaga kompresor peti sejuk.
Malah disediakan lampu dan sensor pintu pada peti sejuk untuk menjamin keselamatan penggunaan untuk seluruh isi rumah.
Peti sejuk jenama Samsung Bespoke Top Mount Freezer antara produk baru yang diperkenalkan.
Salah satu kelebihan produk Bespoke adalah boleh menyesuaikan rekaan pintu dengan kehendak pembeli dan anda dapat memilih warna, corak atau personalize gambar pada pintu peti sejuk ini.
Dengan kebesaran 427 liter, model ini menawarkan cukup ruang untuk menyimpan makanan dan minuman bagi keluarga yang lebih besar atau mereka yang mahukan ruang penyimpanan yang lebih luas.
Peti ais ini juga dilengkapi dengan sistem Twin Cooling Plus yang memisahkan peredaran udara antara compartment peti sejuk dan freezer.
Hal ini membantu menjaga kelembapan dengan lebih optimal dan mencegah campuran bau antara kedua compartment tersebut.
Turut menggunakan teknologi inverter pada kompresor membuatkan peti sejuk ini jadi lebih efisien dan anda akan dapat jimat tenaga elektrik.
Antara ciri tambahan seperti rak yang dapat dilaras dengan mudah, tempat penyimpanan pintu yang fleksibel, pencahayaan LED yang terang dan anda boleh kawal suhu yang mudah.
Adakah anda mencari peti sejuk yang berpatutan dan mesra alam? Jika ya, kami cadangkan anda memilih peti sejuk jenama Midea ini.
Peti sejuk dua pintu ini dilengkapi lampu LED untuk memudahkan anda mencari barang.
Selain itu, peti sejuk ini juga ada kawalan suhu elektronik, dulang ais besar, teknologi frost-free dan tidak akan mengeluarkan bau yang tidak diingini.
Tersedia dalam pelbagai saiz peti ais 2 pintu ini dari 200 L hingga 330 L dalam warna hitam yang elegan, jadi anda boleh memilih saiz peti sejuk yang paling sesuai untuk dapur anda.
Bagaimanapun ianya jenis non-inverter, jadi tidak begitu cekap penggunaan elektrik.
Ingin memaksimunkan penyimpanan makanan dalam dapur anda? Peti sejuk dua pintu Toshiba 5 bintang ini pilihan terbaik.
Dengan kapasiti sehingga 252 L dengan motor inverter, peti sejuk ini boleh menjimatkan ruang dapur dan elektrik rumah anda.
Selain itu, dilengkapi teknologi Fan Cool - No Frost yang mencegah pembentukan kerak ais dan Ag+ Bio Deodorizer yang menjadikan udara dalam peti sejuk sentiasa segar.
Ciri-ciri lainnya termasuk ruang sayur yang besar, poket pintu boleh laras, rak kaca tahan lasak dan dulang aiskrim twister.
Sesuai untuk keluarga kecil dengan anak-anak kecil.
Peti ais jenama Sharp ini mempunyai penarafan 5 bintang untuk kecekapan tenaga, jadi bermakna ia dapat menjimatkan bil elektrik rumah anda dengan sangat baik.
Selain itu, dilengkapi dengan ciri-ciri terkini yang akan memastikan prestasi optimum sambil mengekalkan kesegaran makanan anda lebih lama.
Sementara itu, teknologi Plasmacluster Ion membantu menghapuskan bakteria dan bau, memastikan persekitaran yang sentiasa bersih untuk penyimpanan makanan anda.
Dengan kawalan suhu dalaman dan Ag Nano Deodorizer, peti sejuk ini mengekalkan kesegaran makanan anda sambil menyingkirkan bau yang tidak menyenangkan.
Ciri Pembekuan Cepat pula membolehkan anda membekukan barang simpanan dengan cepat, manakala Mod Eco menggalakkan penjimatan tenaga.
Anda juga akan dapat ruang penyimpanan yang luas dengan dua rak kaca tempered, satu bekas sayur dan buah, dan bilik segar dengan akses 2 hala.
Jangan risau, turut dilengkapi dengan lampu LED di bahagian dalam bagi memastikan anda tidak bergelap semasa ingin menyimpan barang atau makanan.
Apa yang bagus mengenai petis ais ini adalah ia mempunyai ciri Smart Diagnosis™ yang membolehkan pengguna menyelesaikan sebarang masalah berkaitan peti ais dengan hanya meletakkan telefon pada peti ais sahaja.
Selain itu, ia turut mempunyai teknologi Door Cooling+ yang membolehkan ia menyejukkan ruangan dalaman secara menyeluruh dan juga pantas.
Tidak perlu lagi menunggu untuk sejukkan minuman anda.
Proses penyejukannya juga lebih menyeluruh dan sekata pada semua permukaan, jadi tidak ada makanan atau barang simpanan yang tidak mendapat suhu yang diperlukan.
Dengan teknologi No Frost, katakan selamat tinggal pada pembentukan ais-ais kecil pada permukaan makanan atau barang yang disimpan.
Anda boleh buat pilihan 3 warna menarik jika berminat untuk dapatkan peti ais dari jenama terkemuka Korea ini.
Hisense 2 Door Inverter Fridge (240L) ini hadir dengan panel keluli hitam yang anggun dan menawarkan fungsi yang praktikal untuk kegunaan anda di dapur.
Dengan gas penyejuk R600a yang mesra alam dan teknologi inverter, peti sejuk ini memastikan prestasi penyejukan optimum sambil mengurangkan penggunaan tenaga.
Sementara itu, kawalan elektronik membolehkan penyesuaian suhu yang mudah, manakala kabinet bersepadu dan kaki depan yang boleh disesuaikan menyediakan fleksibiliti semasa pemasangan.
Di dalam bahagian peti sejuk, anda akan menemui dua rak, dua bakul pintu, dan pencahayaan dalaman LED.
Peti sayur dan dulang telur turut ada bagi penyimpanan yang mudah, memastikan barang anda kekal segar.
Anda mempunyai keluarga yang agak besar dan mahukan peti ais yang besar untuk keperluan harian di rumah? Kami cadangkan Hisense 2 Door Freezer Inverter Refrigerator (500L) ini.
Dilengkapi dengan ciri-ciri terkini, peti sejuk ini membawa pengalaman penyimpanan makanan anda ke tahap yang lebih tinggi.
Dengan teknologi Total No Frost, peti sejuk ini menghapuskan masalah penyejukan manual dengan mencegah pembentukan ais, menjaga makanan anda untuk kekal segar dan berkhasiat untuk jangka masa yang lebih lama.
Motor Inverter peti ais ini pula tahan lama dan akan memastikan kecekapan tenaga dengan memantau keadaan dalaman dan menyesuaikan suhu dalaman secara wajar.
Jadi, sambil mengekalkan suhu yang stabil ia juga akan memanjangkan jangka hayat motor peti ais anda.
Kemudian anda boleh ucapkan selamat tinggal kepada bau yang tidak menyenangkan dengan Deodorization Filter, yang menggunakan arang aktif untuk menghapuskan bau busuk.
Ini akan memastikan udara di dalam kekal segar dan makanan anda kekal sedap untuk jangka masa yang lebih lama.
Mahukan sesuatu yang lain untuk peti ais di rumah anda? Boleh dapatkan peti ais Haier 2 pintu dengan panel touch screen ini yang menawarkan navigasi dan kawalan yang intuitif, menjadikannya mudah untuk menyesuaikan tetapan mengikut keperluan anda.
Selain itu, dengan teknologi Magic Cooling dan Twin Inverter, peti sejuk ini memastikan penyejukan yang cekap dan penjimatan tenaga, menjaga makanan anda segar untuk jangka masa yang lebih lama.
Sistem Penyejukan 360° Precise Cooling memastikan pengedaran udara sejuk yang sekata di seluruh peti sejuk, mengekalkan kesegaran optimum untuk semua barang yang disimpan.
Juga, tiada lagi bau yang tidak menyenangkan dengan ciri Deo Fresh, jadi makanan anda akan lebih segar untuk dimakan semula.
Adakah Peti Sejuk 2-Pintu Jimat Elektrik?
Ya, peti sejuk 2 pintu sangat menjimatkan elektrik.
Peti sejuk 2 pintu ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu freezer dan refrigerator yang memudahkan anda untuk mengasingkan makanan basah seperti ikan, udang dan lain-lain.
Manakala barangan kering seperti sayur, bawang, cili dan banyak lagi, disimpan di dalam refrigerator.
Jika anda sering buka dan tutup pintu refrigerator, freezer masih tetap pada suhu yang sama.
Jadi, ini akan dapat menjimatkan penggunaan elektrik terhadap peti sejuk anda.
Apa Perbezaan Atau Kelebihan Antara Peti Sejuk 1 Pintu Dan Peti Sejuk 2 Pintu?
Perbezaan | Peti Sejuk 1 Pintu | Peti Sejuk 2 Pintu |
Saiz | Lebih kecil dan sesuai untuk bujang atau pasangan yang tinggal bersama | Besar dan sesuai untuk mereka yang telah berkeluarga serta mempunyai anak |
Ruang | Memerlukan ruang dapur yang sedikit |
Memerlukan lebih banyak ruang |
Harga | Biasanya harga lebih murah |
Harga lebih mahal |
Ruang dalam peti | Kurang ruang untuk menyimpan makanan beku |
Memiliki peti sejuk beku yang berasingan untuk menyimpan makanan sejuk beku |
Susunan | Susunan biasa |
Susunan dengan pelbagai tingkat |
Suhu | Sukar untuk mengekalkan suhu yang sejuk, terutama apabila dibuka secara kerap |
Suhu lebih mudah dikekalkan kerana ruang penyimpanan makanan dan minuman terpisah dari ruang beku |
Tips Beli Peti Sejuk
Jom kami senaraikan aspek yang perlu ditekankan sebelum membeli sebuah peti sejuk idaman anda.
-
Saiz/Ruang Dapur
Sebaiknya ukur dahulu ruang letak atau dapur untuk mencari posisi terbaik peti sejuk.
Pastikan peti sejuk diletakkan 1cm hingga 2cm dari jarak dinding supaya tidak menjejaskan aliran haba panas dari belakang peti.
Jangan lupa juga dengan ruang pintu dan kabinet dapur.
Nanti timbul pula masalah tak cukup muat nak masukkan peti dalam rumah.
-
Jenama/Model
Sentiasa pilih dengan peti sejuk dengan model terbaharu, dan elak pilih jenama peti sejuk cepat rosak atau jenama yang tidak dikenali.
Bukan apa, jika anda lihat pada jenama sahaja tapi bukan model, anda boleh rugi kerana hampir setiap tahun jenama-jenama peti sejuk akan membaiki prestasi model peti sejuk mereka.
Bergantung pada aliran udaraa atau suhu, kapasiti liter, penyusunan rak, lampu LED dan sebagainya.
-
Fungsi Tambahan
Ini bergantung kepada bajet sesebuah peti sejuk kerana peti sejuk yang lebih mahal akan menawarkan pelbagai sistem atau teknologi yang terkini.
Sebagai contoh sistem nyah-bau, tempat penyimpanan air sejuk dan banyak lagi.
Itu semua bergantung pada bajet dan keperluan anda.
-
Jaminan
Carilah jenama peti sejuk yang tidak 'kedekut' dengan jaminan peti sejuk terutamanya kompresor peti sejuk.
Peti sejuk dengan harga bajet seperti bawah RM1000, anda masih boleh dapat dengan jaminan compressor sekurangnya 12 tahun.
Apa pun jom lihat video bagaimana cara mengetahui peti sejuk sesuai untuk kegunaan anda.
Cara Pilih Peti Sejuk 2 Pintu
Di Malaysia, peti sejuk 2 pintu antara perkakas dapur penting yang digunakan oleh kebanyakan keluarga kerana menawarkan lebih banyak ruang penyimpanan berbanding peti sejuk satu pintu.
Tetapi memilih peti sejuk 2 pintu yang sesuai boleh menjadi sukar, terutamanya jika anda tidak pasti apa yang perlu dipertimbangkan.
Jangan risau, berikut beberapa faktor penting apabila memilih peti sejuk 2 pintu.
-
Jenis peti sejuk 2 pintu
Terdapat dua jenis peti sejuk 2 pintu antaranya pintu bawah yang lebih besar daripada pintu atas bahagian freezer dan satu lagi dua pintu bersaiz sama.
Jenis pertama lebih sesuai bagi mereka yang memerlukan lebih banyak ruang pada bahagian bawah peti sejuk, manakala jenis kedua adalah lebih mudah untuk mengambil barang-barang yang terletak di bahagian sisi peti sejuk.
-
Kapasiti penyimpanan
Pastikan peti sejuk yang dipilih dapat menampung keperluan penyimpanan keluarga anda, jadi perlu dapatkan ukuran peti sejuk 2 pintu yang sesuai dengan keperluan anda.
Jika anda mempunyai keluarga besar, penting untuk memilih peti sejuk dengan kapasiti penyimpanan yang besar.
-
Reka bentuk
Pastikan peti sejuk yang anda pilih melengkapkan reka bentuk dan tema warna dapur anda.
Pilih peti sejuk yang mempunyai reka bentuk dan warna yang menarik untuk meningkatkan penampilan keseluruhan dapur anda.
-
Ciri tambahan
Peti sejuk dengan dua pintu boleh menawarkan ciri yang berguna untuk kegunaan harian, seperti pencahayaan dalaman, pengawetan makanan, kawalan suhu, ice maker dan sistem penyejukan automatik.
-
Pengunaan tenaga
Apabila memilih peti sejuk, penting juga untuk mempertimbangkan prestasi penggunaan tenaganya.
Kami nasihatkan anda untuk memilih peti sejuk yang mempunyai prestasi penggunaan tenaga yang rendah supaya anda boleh menjimatkan wang dan elektrik.
Apa Kelebihan Dan Kekurangan Peti Sejuk 2 Pintu?
Salah satu kelebihan peti sejuk 2 pintu ialah mempunyai sistem kawalan yang mudah dan mesra pengguna.
Biasanya, model ini dilengkapi dengan paparan suhu digital, yang membolehkan pemantauan suhu dengan lebih mudah.
Dengan dua penyimpanan ruang yang berbeza, peti sejuk 2 pintu mampu menampung jumlah makanan dan minuman yang lebih banyak.
Ciri ini menjadikannya pilihan ideal untuk keluarga yang mempunyai keperluan penyimpanan yang besar.
Tambah lagi, penjimatan tenaga elektrik lebih baik dengan memilih peti sejuk 2 pintu berbanding satu pintu.
Ini kerana peti sejuk ini menawarkan keupayaan penjimatan tenaga yang lebih cekap melalui sistem penghawa dingin yang berasingan untuk setiap bahagian dan fungsi pembekuan automatik.
Dengan dua bahagian yang berbeza, anda boleh mengasingkan pelbagai jenis makanan dalam setiap bahagian dan mengelakkan pencemaran bahan dan mengekalkan kesegaran setiap bahan makanan.
Tapi kekurangan utamanya ialah peti sejuk 2 pintu mempunyai harga yang lebih mahal berbanding peti sejuk 1 pintu.
Selain itu, peti sejuk 2 pintu mempunyai berat yang lebih besar berbanding peti sejuk satu pintu, jadi memerlukan lebih banyak tenaga untuk memasang atau memindahkan ke ruang dapur yang anda inginkan.
Kepentingan Label 5 Bintang Pada Alat Elektrik
Sudah menjadi kebiasaan untuk kita melihat label bintang pada alat elektrik yang kita nak beli kerana ia menandakan penarafan atau penilaian yang mengukur kecekapan tenaga serta prestasi alat elektrik tersebut.
Persoalannya, pentingkah untuk dapatkan atau beli peralatan elektrik dengan penarafan 5 bintang? Berikut adalah beberapa penjelasannya dan sebab kenapa penting untuk beli alat elektrik dengan label 5 bintang.
-
Penjimatan Tenaga
Label bintang 5 membantu pengguna mengenal pasti alat elektrik yang lebih cekap dari segi tenaga.
Alat elektrik dengan label bintang 5 biasanya menggunakan teknologi yang lebih efisien, mengurangkan penggunaan tenaga dan membantu mengurangkan bil elektrik pengguna.
-
Pemilihan yang Lebih Bijak
Dengan label bintang 5, pengguna dapat membuat pilihan yang lebih bijak ketika membeli alat elektrik.
Mereka dapat memilih peralatan yang mempunyai kos penggunaan tenaga yang lebih rendah, membantu mereka menjimatkan wang dalam jangka masa panjang.
-
Perlindungan Alam Sekitar
Penggunaan alat elektrik yang lebih efisien tenaga membantu mengurangkan penggunaan sumber tenaga, menyumbang kepada kelestarian alam sekitar dengan mengurangkan jumlah karbon yang dihasilkan dan tekanan ke atas bekalan tenaga.
-
Kualiti dan Prestasi
Label bintang 5 juga menunjukkan bahawa alat elektrik tersebut telah diuji dan dinilai mengikut standard kualiti yang ketat.
Ini memberi keyakinan kepada pengguna akan prestasi dan ketahanan alat elektrik tersebut.
-
Penghargaan Pengguna
Label bintang 5 juga memberi penghargaan kepada pengeluar yang menghasilkan alat elektrik yang cekap dan berkualiti tinggi.
Ini dapat menggalakkan pengeluar sama atau yang lain untuk terus meningkatkan prestasi dan kecekapan produk mereka.
Kesimpulannya, label bintang 5 amat berguna bagi pengguna untuk membuat pilihan yang lebih baik dalam pembelian alat elektrik, sambil menyumbang kepada penjimatan tenaga, perlindungan alam sekitar, dan prestasi yang lebih baik.
Jadi, pastikan anda menjadi pembeli bijak dan pilih penarafan bintang yang tinggi untuk penjimatan jangka masa panjang.
Artikel Berkaitan
- 7 Peti Sejuk Inverter Dibawah RM1000 Yang Menjimatkan Penggunaan Tenaga
- Kekalkan Kesegaran Makanan Dengan 7 Peti Sejuk Saiz Lebih 300L Ini
- 7 Peti Sejuk Kecil/Mini Terbaik
- 10 Freezer/Peti Sejuk Beku Murah Bawah RM1000 Terbaik
- 8 Peti Sejuk/Peti Ais Murah Bawah RM1000 Terbaik 2024
- Coway Kini Perbaharui Identiti Jenama Sempena Ulang Tahun