Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

15 Krim Ruam Bayi Terbaik 2024 (Muka, Leher & Punggung)

Sapukan saja krim ini untuk ubati ruam anak

Bayi dan masalah ruam sudah menjadi perkara biasa kerana kulit mereka sangat sensitif.

Antara sebab lain bayi mudah terkena ruam adalah lampin tidak ditukar dengan kerap, kulit bayi tidak sesuai dengan lampin atau cuaca terlalu panas.

Jadi inisiatif untuk mengubatinya adalah dengan cara menyapu krim ruam bayi pada kawasan tersebut.

Khas buat ibu bapa yang baru menjadi parents, kami akan kongsikan ubat sapu ruam bayi yang bagus.

Jom lihat senarai krim hilangkan ruam bayi untuk anda mengikut kesesuaian kulit dan masalah.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 15 Krim Ruam Bayi Terbaik

Krim ruam untuk bayi terbaik secara keseluruhan
Bepanthen Ointment (100g)
Bepanthen Ointment (100g)
From
RM32.70
Check Bepanthen Ointment (100g) price below:
add_circle Selamat untuk ibu hamil
add_circle Membantu menyembuhkan kulit merekah
add_circle Sesuai juga untuk ibu yang menyusu
add_circle Bebas pewarna tambahan & pewangi
remove_circle Kandungan krim hanya 100g

Sebab menjadi pilihan utama:

Krim jenama ini yang akan menghasilkan lapisan perlindungan terhadap penyebab kerengsaan yang sebabkan ruam lampin.

Ciri-ciri:

Bahagian punggung bayi adalah kawasan sensitif apabila terdedah kepada kotoran najis dan bakteria untuk tempoh yang lama. 

Mengandungi bahan aktif dexpanthenol yang akan bertukar menjadi asid panthothenic dalam sel kulit. 

Asid ini dikenali sebagai vitamin B5 yang mampu menyembuhkan kulit dan bagus untuk menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang baru. 

Ubat sapu ruam bayi ini turut boleh disapu di payu dara ibu menyusu yang mengalami masalah puting susu pedih dan merekah. 

Malah, masalah kulit kering dan mengelupas juga boleh diselesaikan dengan penggunaan krim Bepanthen ini. 

Review:

"Krim ini memang berkesan dan ruam cepat baik sebab dah disarankan sendiri oleh doktor. Sesuai juga untuk bayi kulit sensitif."

Krim ruam badan bayi
Eucerin Baby Eczema Relief Body Creme
Eucerin
Eucerin Baby Eczema Relief Body Creme
From
RM39.90
Check Eucerin Baby Eczema Relief Body Creme price below:
add_circle Terbukti secara klinikal
add_circle Orang dewasa boleh guna
add_circle Diperkaya dengan Ceramide 3
add_circle Bantu kuatkan lapisan perlindungan kulit
remove_circle Perlu nasihat doktor untuk bawah 3 bulan
remove_circle Hanya untuk ekzema ringan

Dirumus dengan Colloidal Oatmeal yang boleh melegakan masalah kegatalan dan kekeringan pada kulit ekzema.

Krim jenama Eucerin yang khas untuk bayi ini turut mengandungi Licochalcone

Bahan tersebut boleh membantu melegakan kulit yang kemerahan dan rengsa akibat ekzema dan ruam.

Selain itu, formula krim untuk eczema bayi ini turut melembapkan kulit agar tak mudah kering atau gatal.

Ibu bapa boleh sapu krim jenama nombor 1 pilihan pakar kanak-kanak ini pada kulit anak yang kering tanpa keraguan kerana tidak mengandungi pewangi, pewarna dan steroid. 

Krim ruam untuk bayi dengan kandungan prebiotik
Bud's Cherished Organics: Chubby Chubbs Face Cream (30ml)
Bud's
From
RM43.90
Check Bud's Cherished Organics: Chubby Chubbs Face Cream (30ml) price below:
add_circle Tidak melekit
add_circle Menghidrasikan kulit sensitif
add_circle Tanpa pengawet & bahan kimia
add_circle Menghasilkan lapisan perlindungan kulit
add_circle Menggunakan bahan organik
remove_circle Harga mahal
remove_circle Kurang sesuai untuk bahagian tubuh lain

Jika anak anda sering terkena masalah ruam susu pada wajahnya, gunalah krim jenama Buds yang diformulasikan khas untuk kulit muka bayi ini. 

Review daripada pengguna di Shopee mengatakan memang berkesan untuk hilangkan ruam susu pada pipi.

Tambahan pula, mengandungi prebiotik terpilih dan minyak tumbuhan semula jadi seperti minyak jojoba organik yang akan melembutkan kulit anak. 

Manakala daun zaitun serta ekstrak daun Rosemary pula bakal bertindak sebagai antioksidan untuk melindungi kulit daripada radikal bahaya.

Produk penjagaan kulit organik ini sangat lembut pada kulit bayi. 

Krim ruam & gatal bayi
MayyaBaby Cream 5-in-1 Natural Herbs (50ml)
MayyaBaby
MayyaBaby Cream 5-in-1 Natural Herbs (50ml)
From
RM31.99
Check MayyaBaby Cream 5-in-1 Natural Herbs (50ml) price below:
add_circle Cepat meresap
add_circle Merawat kulit kering & sensitif
add_circle Melegakan selsema & batuk
add_circle Meredakan gatal & ruam lampin
remove_circle Harga mahal

Selain boleh menyembuhkan lepuhan, ekzema dan keradangan kulit, produk Mayyababy ini sangat bagus dalam merawat gigitan serangga dan boleh bertindak sebagai penghalau nyamuk. 

Disebabkan krim ini berasaskan air, teksturnya tidak melekit atau terasa berminyak apabila disapu pada kulit. 

Cuma mengandungi minyak argan, aloe vera, chamomile, minyak oren dan habbatus sauda, yang mengeluarkan bau wangian lemon.

Untuk bayi yang sering menangis akibat perut kembung, memang disarankan untuk guna produk ekzema ini sebab masalah itu boleh melegakan. 

Demam juga boleh dikurangkan dengan penggunaan krim bayi ini, jadi ia boleh jadi krim bayi pelbagai guna.

Krim ruam bayi di leher
Youbaby Baby Cream
Youbaby Baby Cream
From
RM59.90
Check Youbaby Baby Cream price below:
add_circle Membantu kurang masalah kulit gatal
add_circle Kurangkan ruam bayi
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Produk bebas paraben & merkuri
remove_circle Harga sedikit mahal

Walaupun fungsi krim Youbaby ini lebih kepada untuk membantu masalah ekzema bayi, namun bagus juga untuk merawat masalah kudis, psoriasis, kembung perut dan tidur yang tidak lena.

Memiliki PH 5.5 dan tekstur krimnya tidak melekit, mudah meresap ke dalam kulit dan tidak terasa panas apabila disapu pada kulit.

Paling penting, produk Youbaby selamat digunakan pada bayi kerana tiada steoroid. 

Krim untuk eczema bayi ini telah dirumus khas menggunakan bahan premium seperti Casia Senna Leaf, Habatussauda, bawang putih, minyak Jojoba, Aloe Vera dan EO Geranium. 

Jadi dengan semua bahan ini sangat bagus untuk kesan luka terbakar, masalah kulit berair dan gigitan serangga turut boleh dikurangkan. 

Krim ruam untuk kulit bayi sensitif
QV Baby Moisturising Cream
QV Baby Moisturising Cream
From
RM40.92
Check QV Baby Moisturising Cream price below:
add_circle pH seimbang
add_circle Tanpa pewangi & lanolin
add_circle Mudah menyerap dalam kulit
add_circle Sesuai untuk kurangkan ruam lampin
remove_circle Harga mahal

Untuk si kecil yang memiliki kulit jenis sensitif, kering dan ekzema, krim ini boleh membantu mengurangkan kegatalan dan masalah kulit mengelupas. 

Ini kerana produk buatan Australian mengandungi Squalane yang akan mengekalkan kelembapan kulit. 

Turut diformulasikan dengan 3 jenis bahan melembap iaitu emollient, humectant dan occludent yang akan menjamin kulit kekal lembap sehingga 24 jam. 

Malah, ubat eczema untuk bayi ini juga sangat mudah digunakan kerana tidak melekit.

Boleh juga disapu pada kulit yang mengalami masalah dermatitis dan psoriasis. 

Paling penting, boleh disapu pada bahagian muka dan tubuh bayi selepas mandi. 

Krim ruam untuk bayi ekzema
Pureen Nappy Rash Cream (50g)
Pureen
Pureen Nappy Rash Cream (50g)
From
RM9.10
Check Pureen Nappy Rash Cream (50g) price below:
add_circle Mendapat kelulusan KKM
add_circle Melegakan ruam lampin bayi
add_circle Harga murah
add_circle Sesuai juga untuk legakan ekzema & atopic
remove_circle Kandungan krim sedikit, hanya 50g

Untuk mereka yang baru sahaja bergelar ibu bapa, pastikan krim antiseptik ini sentiasa ada di rumah.

Ini sebagai langkah berjaga-jaga untuk merawat ruam yang tiba-tiba ada pada kulit si manja. 

Produk Pureen khas untuk bayi ini bakal menghasilkan lapisan perlindungan yang akan mengurangkan kontak di antara kulit anak dan kekotoran.

Misalnya bakteria dan kuman yang ada dalam air kencing atau najisnya. 

Boleh juga digunakan sebagai langkah pencegahan terhadap ruam yang disebabkan oleh haba dan ruam air liur. 

Jangan lupa untuk sapu krim ruam ini pada punggung bayi sebelum pakaikan lampin baru.

Krim untuk ruam lampin bayi
Himalaya Diaper Rash Cream
Himalaya Diaper Rash Cream
From
RM9.90
Check Himalaya Diaper Rash Cream price below:
add_circle Melembutkan kulit
add_circle Melegakan kulit sensitif
add_circle Mengurangkan kemerahan kulit
add_circle Mengekalkan tahap kelembapan kulit
remove_circle Harga mahal

Diperbuat daripada Yashada Bhasma yang akan melindungi kulit dari jangkitan dan boleh kurangkan kerengsaan kulit.

Krim hilangkan ruam bayi ini selamat dan lembut digunakan untuk anak sebab bebas daripada paraben dan minyak mineral. 

Selain itu, ia juga telah diuji secara klinik dan juga tidak akan sebabkan alahan kerana hypoallergenic

Jadi, ibu boleh guna produk Himalaya ini tanpa ragu-ragu. 

Paling bagus, turut mengandungi minyak badam yang kaya dengan vitamin E dan D serta ada aloe vera yang bakal merawat ruam lampin, malah gatal-gatal juga dapat dikurangkan. 

Krim hilangkan ruam lampin & ekzema
Sudocrem Nappy Rash Cream
Sudocrem Nappy Rash Cream
From
RM24.90
Check Sudocrem Nappy Rash Cream price below:
add_circle Hypoallergenic
add_circle Melindungi kulit
add_circle Melembutkan kulit anak
add_circle Ada pengiktirafan KKM
remove_circle Harga mahal

Krim Sudocrem pula sangat mudah digunakan kerana hanya sapu nipis pada kawasan kulit yang bermasalah dan sangat berkesan untuk merawat ruam akibat pemakaian lampin. 

Pembelian produk ini juga berbaloi kerana boleh merawat kulit yang melecet dan sesuai juga untuk bayi yang menghidap dermatitis dan eczema ringan. 

Mengandungi zinc oxide, benzoate dan benzyl alcohol, krim hilangkan ruam bayi ini turut boleh mengurangkan ketidakselesaan yang dialami oleh bayi akibat lampin yang basah dan lembap.

Produk ini juga tahan lama kerana anda hanya perlu menyapukan sedikit sahaja, jadi ia tidak cepat habis dan tidak perlu untuk beli setiap satu bulan. 

Krim untuk ruam panas bayi
Joielle Baby Cream
Joielle Baby Cream
From
RM23.00
Check Joielle Baby Cream price below:
add_circle Sesuai digunakan setiap hari
add_circle Kulit merekah jadi lebih lembap
add_circle Telah diuji secara klinikal
add_circle Kaya dengan manfaat vitamin E & aloe vera
remove_circle Tidak sesuai untuk ruam teruk

Apa yang menariknya tentang krim ruam bayi jenama Joielle ini ialah akan melembapkan kulit tanpa rasa melekit atau berminyak setelah disapu. 

Sesuai untuk selesaikan masalah ruam panas anak kecil. 

Bukan itu sahaja, produk ini boleh digunakan tanpa was-was sebab bebas daripada bahan kimia bahaya dan dibuat berasaskan bahan semula jadi. 

Memang wajib ada dalam setiap diapers bag dan di rumah kerana boleh juga menghilangkan masalah ruam susu, ruam lampin dan ekzema ringan.

Krim untuk ruam bayi di muka
Sebamed Baby Protective Facial Cream 50ml
Sebamed Baby Protective Facial Cream 50ml
From
RM50.00
Check Sebamed Baby Protective Facial Cream 50ml price below:
add_circle Tanpa paraben
add_circle Ada vitasqualene & sodium hyaluronate
add_circle Melindungi kulit bayi yang halus
add_circle Ada Allantoin untuk bina imuniti kulit
add_circle Melindungi dari persekitaran bahaya
remove_circle Harga mahal

Produk untuk kulit muka bayi keluaran Sebamed ini pula memang disarankan untuk mengurangkan ruam susu dan iritasi pada muka si comel anda. 

Jangan risau, krim ini selamat digunakan kerana telah menjalani ujian dermatologi. 

Selain boleh melembapkan kulit, produk ini dapat membentuk lapisan perlindungan untuk mengelakkan kehilangan kelembapan kerana mengandungi panthenol.

Malah dapat melindungi kawasan sekitar mulut daripada iritasi akibat terkena air liur. 

Paling penting, sangat mudah untuk digunakan dan cepat meresap ke dalam kulit. 

Krim sebanyak 50ml ini memiliki nilai pH 5.5 di mana ia akan mengaktifkan mantle acid yang akan menghasilkan perlindungan kulit yang sihat. 

Krim ruam bayi untuk kulit normal
Anakku Baby Nappy Cream
Anakku
anakku_baby_cream
From
RM10.90
Check Anakku Baby Nappy Cream price below:
add_circle Cepat menyerap
add_circle Murah
add_circle Memberikan kelegaan kepada iritasi
add_circle Bebas paraben dan juga alkohol
remove_circle Tidak sesuai untuk ekzema teruk

Bagi mereka yang perlukan krim ruam bayi yang murah dan sesuai untuk kulit bayi yang normal, kami syorkan anda memilih Anakku Baby Nappy Cream.

Selain menjaga kulit lembut bayi daripada kelembapan, krim bayi ini juga memberikan kelegaan yang menenangkan kepada kulit yang iritasi.

Tambahan pula, mengandungi ekstrak chamomile untuk sifat yang menenangkan dan bebas daripada paraben, pewarna, dan alkohol.

Diformulasikan khas untuk kulit bayi yang normal dan disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Krim ruam bayi organik
Earth Mama Organic Baby Diaper Balm
earth mama
From
RM50.00
Check Earth Mama Organic Baby Diaper Balm price below:
add_circle Tidak mengeringkan kulit
add_circle Bagus untuk kulit sensitif
add_circle cepat meresap
remove_circle Tekstur agak berminyak

Bayi yang baru lahir memerlukan penjagaan yang lembut, itulah sebabnya krim ruam bayi organik ini sangat sesuai.

Diformulasikan dengan bahan-bahan semulajadi seperti calendula yang sangat menenangkan dan telah diuji oleh dermatologist dan klinikal untuk mengelakkan iritasi.

Cara penggunaannya sangat mudah, hanya sapukan lapisan nipis selepas setiap pertukaran lampin dan selepas mandi.

Pastinya satu pilihan yang baik untuk penjagaan kulit si manja anda!

Krim ruam untuk bayi kulit kering
Ezerra Cream 50g
ezzera cream
From
RM42.90
Check Ezerra Cream 50g price below:
add_circle Bebas pewangi
add_circle Memberi kelegaan daripada rasa gatal
add_circle Menenangkan dan selesa untuk kulit bayi
add_circle Memastikan kelembapan yang berkekalan
remove_circle Harga mahal

Ezerra Cream adalah pilihan terbaik untuk mengatasi masalah kulit kering dan gatal pada bayi.

Ia diformulasikan khas dengan bahan semulajadi yang membantu menghilangkan gatal pada kulit bayi.

Kandungan utama seperti Stimutex-AS membantu melegakan kulit sensitif daripada gatal dan iritasi, serta Saccharide Isomerate memberikan kelembapan dan mengekalkan kulit yang sihat.

Paling penting, ia juga tidak mengandungi steroid dan boleh digunakan pada bayi seawal 2 minggu.

Krim ruam untuk bayi newborn
Mustela Vitamin Barrier Cream for All Skin Types (50ml)
Mustela
mustella barrier cream
From
RM33.00
Check Mustela Vitamin Barrier Cream for All Skin Types (50ml) price below:
add_circle Membantu dalam pembaikan kulit
add_circle Mengurangkan kerengsaan dan kemerahan
add_circle Hipoalergenik
add_circle Bau wangi
remove_circle Tiada pengesahan KKM

Krim bayi dari Mustela sememangnya terkenal di kalangan ibu bapa kerana boleh melindungi kulit lembut bayi daripada ruam dan kemerahan di bahagian lampin. 

Selain itu, ia juga mencegah kemerahan setiap kali pertukaran lampin dan memberikan kelegaan seawal beberapa penggunaan pertama. 

Dengan 98% bahan semula jadi termasuk:

  • Avocado Perseose: melindungi pelindung kulit melembapkan, dan memelihara sel kulit.
  • Oxeoline of Alcacea: meredakan dengan ciri-cirinya yang menenangkan.
  • Oleodistillat Bunga Matahari: membawa lipid penting untuk membina pelindung kulit dan mempercepatkan proses pembaikan.
  • Zink Oksida: memberikan perlindungan dan sifat anti-enzim.

Jangan risau, krim ini telah diuji di bawah dermatologis dan tidak mengandungi paraben, phthalate, dan phenoxyethanol serta sesuai untuk bayi baru lahir. 


Cara Memilih Krim Untuk Bayi Ruam Yang Sesuai 

Ibu bapa perlu teliti terlebih dahulu kandungan bahan yang digunakan dalam krim ruam yang ingin dibeli supaya tidak mengandungi bahan kimia berbahaya.

Bukan apa, takut menyebabkan alahan atau mengakibatkan iritasi pada kulit si manja dengan lebih teruk.

Kemudian, pastikan krim tersebut bebas daripada paraben, phthalates, lilin tiruan, pewarna tiruan dan pewangi. 

Kenal pasti juga jenis ruam yang dihadapi oleh bayi anda sama ada ruam itu berada di tahap sederhana atau teruk.

Jika ruam berkenaan hanya ringan, krim berasaskan petroluem dah memadai.

Tapi untuk ruam yang sederhana dan teruk, mungkin ibu bapa perlu gunakan produk berasaskan zinc-oxide

Selain itu, cari produk yang ada bahan semula jadi seperti Calendula atau aloe vera yang boleh mengurangkan kerengsaan kulit akibat ruam tadi. 

Untuk kepastian, sila rujuk doktor atau pakar kanak-kanak sebelum membeli sesuatu krim. 


Apa Kelebihan Dan Kekurangan Krim Ruam Bayi?

Ruam bayi sering berlaku di bahagian punggung dan ini akan menyebabkan rasa tidak selesa untuk bayi.

Untuk mengatasi masalah ini, ramai ibu bapa akan menggunakan krim ruam bayi untuk merawatnya.

Salah satu kelebihan krim untuk ruam bayi ialah dapat mengurangkan kesakitan, kepedihan, kemerahan dan meredakan ruam bayi yang sedia ada.

Sekaligus, ia membantu bayi tidur dengan lebih selesa dan membantu melindungi kulit bayi daripada jangkitan kulat atau bakteria.

Selain itu, produk ini boleh membantu melembapkan kulit bayi dan mengelakkannya daripada menjadi terlalu kering.

Krim untuk ruam bayi juga mudah didapati di farmasi dan secara online

Tapi antara kekurangan utama krim untuk ruam bayi ialah bahan-bahan yang digunakan dalam krim mungkin boleh menyebabkan reaksi alahan pada kulit bayi.

Ini boleh menjadikan kulit bayi lebih merah dan gatal. Oleh itu, penting untuk memilih krim yang sesuai dengan kulit bayi anda dan membaca label dengan teliti.

Produk ini juga boleh menjadi mahal bergantung kepada jenama dan kami galakkan anda berjumpa dengan doktor sebelum membeli krim untuk ruam bayi.

Selain penggunaan krim ruam bayi, ibu bapa boleh menggunakan alternatif lain seperti menjaga kebersihan bayi dan menukar lampin dengan kerap.


Berapa Lama Ruam Bayi Akan Hilang? 

Masalah ruam yang gatal dan berwarna merah pada kulit bayi dan kanak-kanak sememangnya akan menimbulkan kegusaran kepada ibu bapa. 

Jangan risau, dengan rawatan dan penjagaan kulit yang betul, ruam tersebut boleh sembuh dalam masa dua hingga tiga hari, contohnya ruam lampin.

Bagaimanapun, ada juga ruam yang akan hilang selepas beberapa minggu dan ada juga yang tak memerlukan rawatan langsung.

Sebagai contoh, ruam disebabkan cuaca panas akan sembuh dengan sendirinya dalam masa beberapa hari sahaja.  

Apa-apa pun, semuanya bergantung juga pada jenis kulit anak-anak dan keadaan semasa bayi anda. 


Penyebab Ruam Bayi 

Terdapat pelbagai jenis ruam yang dihadapi oleh kulit bayi yang ibu bapa perlu peka sebelum menyapukan apa-apa ubat bagi mengelakkan ruam menjadi lebih teruk.

Seperti ruam lampin, terjadi akibat bakteria yang terkumpul ketika memakai lampin yang kotor juga berlaku disebabkan kerengsaan kulit akibat kelembapan daripada najis bayi.

Penggunaan baby wipes atau sabun yang tidak sesuai dengan kulit anak juga boleh menjadi penyebab ruam di badan. 

Ruam akibat ekzema pula mungkin boleh terjadi sebab alahan pada sesetengah makanan atau fabrik pakaian. 

Di samping itu, cuaca yang panas juga boleh sebabkan ruam pada kulit anak anda. 

Apa pun, anda boleh ikuti video dibawah untuk mencegah ruam lampin bayi.


Artikel Berkaitan

End of Article