Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
rangka katil murah

12 Katil Murah Bawah RM300 Terbaik 2024 (Single & Queen)

Pelengkap dekorasi kamar tidur yang selesa dan menarik!

Selain daripada penggunaan tilam untuk dapatkan kualiti yang maksimum, komponen katil juga main peranan penting.

Bayangkan jika rangka katil cantik tapi tidak berkualiti, baru beberapa bulan guna dah roboh atau patah.

Lagipun bingkai katil dan bed frame boleh menjadi hiasan dan penyeri sesebuah bilik tidur dengan pelbagai jenis katil yang boleh dipilih.

Jadi, jom lihat senarai rangka katil murah terbaik dan harga katil mengikut kesesuaian jenis saiz tilam anda.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 12 Rangka Katil Terbaik

Rangka katil terbaik secara keseluruhan
Dr. Macio Jade/ Emerald/ Sapphire Divan Fabric Bed Frame
Dr. Macio Jade Emerald Sapphire Divan Fabric Bed Frame
mulai
RM294.00
Semak Dr. Macio Jade/ Emerald/ Sapphire Divan Fabric Bed Frame harga dibawah:
add_circle Fabrik mudah dibersihkan
add_circle Terdapat pilihan rekaan
add_circle Tidak berbunyi berdecit
remove_circle Berat

Sebab menjadi pilihan utama:

Walaupun berat tapi lebih kukuh untuk katil tidak roboh dan tidak mudah bergerak dari tapak.

Ciri-ciri:

Rangka katil ini sesuai untuk mereka yang tidak berpindah-randah kerana rangka katil ini berat.

Disebabkan ciri itu juga, katil ini sukar bergerak dari tapak lantai sekaligus menjadikan tidur anda tidak terganggu.

Paling penting, katil ini tidak mengeluarkan bunyi berdecit besi longgar atau karat kerana diperbuat daripada kayu.

Kemudian kayu rangka katil tersebut dibalut dengan fabrik berkualiti berwarna kelabu. Memang nampak kemas dan cantik.

Pemasangan katil ini juga mudah, hanya cantumkan bahagian kepala dan cantumkan badan katil tanpa menggunakan apa-apa skru.

Lagipun mudah untuk proses mengemas kerana tidak perlu menyapu bahagian bawah katil.

Saiz rangka katil queen; L205 x W153 x H107cm, manakala rangka katil saiz king;  L205 x W183 x H107cm.

Review: 

“Beli untuk mak ayah, dorang kata sedang elok je tinggi katil ni sebab tak tinggi dan tak rendah.”

Katil single double
3V Double Decker Powder Coated Metal Bed Frame
3V Double Decker Powder Coated Metal Bed Frame
mulai
RM249.00
Semak 3V Double Decker Powder Coated Metal Bed Frame harga dibawah:
add_circle Mudah dipasang
add_circle Kualiti kukuh
add_circle Harga berbaloi
remove_circle Tangga boleh dipasang pada satu bahagian sahaja

Rangka katil dua tingkat ini atau jenis double decker cukup sesuai diletakkan di bilik tidur anak-anak yang berkongsi. 

Saiz yang sederhana untuk tilam single dan dimensi rangka 196cm x 92cm x 167cm terbaik untuk ruang bilik yang kecil. 

Rata-rata ulasan dari pembeli di Lazada cukup berpuas hati dengan rangka katil ini. Ia mudah dipasang, kualiti besi yang kukuh dan mempunyai jaminan produk selama 6 bulan. 

Malah salutan besi pada bed frame ini ialah dari powder coating dimana mengurangkan kesan calar dan tidak akan menjejaskan ketahanan besi katil. 

Namun begitu, untuk keselamatan pengguna kami tidak mengesyorkan untuk kegunaan kanak-kanak dibawah usia 6 tahun.

Katil single murah
Single Bed Frame 100% Metal
Single Bed Frame 100% Metal
mulai
RM59.90
Semak Single Bed Frame 100% Metal harga dibawah:
add_circle Boleh dilipat
add_circle Tidak mudah karat
add_circle Tidak berbunyi besi karat
remove_circle Hanya sesuai untuk bujang

Katil besi single ini sesuai bagi mereka yang menyewa bilik.

Katil ini kerana menggunakan Cold-Rolled Steel dimana rangka katil ringan tapi mampu menampung lebih kurang dari 90kg.

Ciri rangka katil ini mudah dipindahkan kerana boleh dilipat dua dan kepalanya boleh dicabut untuk memudahkan proses pemindahan.

Katil besi ini tidak mudah karat dan tidak berbunyi bising jika anda bergerak dari katil.

Terdapat dua pilihan warna; putih dan coklat. Saiz pula 850mm (tinggi) x 1950mm (panjang) x 935mm (lebar).

Katil queen kayu
MASA/WENO/TINA Queen Bed Frame
MASAWENOTINA Queen Bed Frame
mulai
RM199.00
Semak MASA/WENO/TINA Queen Bed Frame harga dibawah:
add_circle Menggunakan kayu padat
add_circle Mempunyai laci katil
add_circle Rekaan minimalis
remove_circle Tidak mempunyai kepala katil

Bagi pasangan yang baru saja mendirikan rumah tangga, rangka katil ini antara pilihan tepat.

Ini kerana rekaan yang simple dan anda mempunyai pilihan sama ada untuk mempunyai laci katil atau tidak.

Cuma ingin diingatkan, untuk katil yang tidak mempunyai kepala katil perlu memilih cadar tilam yang menarik untuk menaikkan seri bilik.

Kayu yang dibina rangka katil ini menggunakan kayu padat jadi tidak akan berbunyi kayu longgar walaupun sudah lama digunakan.

Katil queen murah
BRAUN Queen Size Divan
BRAUN Queen Size Divan
mulai
RM594.00
Semak BRAUN Queen Size Divan harga dibawah:
add_circle Tampungan berat sehingga 180kg
add_circle Tiada bunyi berdecit
add_circle Mudah dibersihkan
add_circle Mudah dipasang
add_circle Harga murah
remove_circle Berat

Bagi pasangan yang baru saja mendirikan rumah tangga, rangka katil ini antara pilihan tepat.

Ini kerana rekaan rangka katil yang simple dan anda boleh pilih dua rekaan berbeza mengikut kesesuaian deko bilik.

Saiz rangka katil ini 201cm x 153cm x 104cm jadi pastikan sebelum beli anda sudah mengukur terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan, jenis rangka katil ini adalah katil divian yang menggunakan bahan kayu.

Menariknya tentang rangka katil ini adalah mudah bersihkan pada bahagian permukaan jika terdapat kotoran.

Katil besi queen
3V Queen Bed Frame Katil Besi
3V Queen Bed Frame Katil Besi
mulai
RM185.00
Semak 3V Queen Bed Frame Katil Besi harga dibawah:
add_circle Ringan
add_circle Mudah dipasang
remove_circle Habuk mudah terkumpul bawah kati

Dengan size katil 96cm x 198cm x 154cm, rangka katil ini sangat sesuai untuk pasangan yang baru berkahwin dan duduk di rumah sewa atau berstatus bujang.

Ini kerana rekaannya simple dan tidak memerlukan ruang yang besar untuk memuatkan rangka katil bersaiz Queen ini.

Bagi yang berstatus bujang, jangan risau kerana bed frame ini mudah dipasang dan dipisahkan bagi proses pemindahan.

Rangka katil besi yang direka tema simple, modern, metal ini mempunyai dua pilihan warna iaitu hitam dan putih. 

Rangka katil kukuh terbaik
Swiss-Foundation Divan Solid Divan Bed Frame
Swiss-Foundation Divan Solid Divan Bed Frame
mulai
RM169.00
Semak Swiss-Foundation Divan Solid Divan Bed Frame harga dibawah:
add_circle Rangka disarung dengan kanvas
add_circle Menggunakan kayu Nyatoh
add_circle Kukuh dan stabil
remove_circle Perlu kerap bersih bawah katil

Katil ini menggunakan kayu nyatoh pada bingkai katil dimana bahagian tersebut lebih kukuh dan tidak mudah tercabut dari rangka yang lain.

Malah, terdapat kusyen lembut pada bahagian tersebut supaya jika terhantuk pada kepala katil anda tidak merasa sakit.

Manakala, kalau lihat design katil ini memang kelihatan sangat minimalis kerana seluruh rangka katil dibungkus dengan fabrik kanvas.

Jangan risau, pemasangannya mudah saja tidak memerlukan pertukangan cuma cantumkan saja.

Saiz rangka katil ini sesuai untuk tilam berukuran 8 inci, memang sesuai untuk mereka yang bujang atau baru saja mendirikan rumah tangga.

Katil single boleh lipat
Katil 2in1 Zero Gravity Foldable eclining Chair
Katil 2in1 Zero Gravity Foldable eclining Chair
mulai
RM128.00
Semak Katil 2in1 Zero Gravity Foldable eclining Chair harga dibawah:
add_circle Jimat ruang
add_circle Senang disimpan
add_circle Mudah dikendalikan
add_circle Kepala katil boleh laras
add_circle Boleh bawa kemana saja
remove_circle Tidak sesuai untuk keluarga

Bagi yang berstatus bujang atau duduk di bilik sewa, pilihan rangka katil ini adalah pilihan tepat.

Ini kerana, mudah dilipat, senang dipasang sekaligus menjadikan proses pemindahan menjadi lebih mudah.

Hanya 4 langkah untuk memasang katil ini. Caranya:

  1. Ambil rangka katil dan tegakkan di kawasan luas.
  2. Kepakkan setiap bahagian katil kaki.
  3. Pegang bahagian tengah dengan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi pegang bahagian kepala dan perlahan-lahan tekan untuk laraskan.
  4. Rangka katil telah dilaras dan anda boleh sedia untuk pembaringan atau letak tilam.

Walaupun murah, rangka katil ini mampu menampung berat hingga 200kg.

Ciri lain lagi, rangka katil ini mempunyai 4 tahap laras pada bahagian kepala iaitu chair sitting, iddle, nap dan flat.

Katil jimat ruang
Twin Win EQUINOX Waterproof PVC Divan Queen Size Bed base
Twin Win EQUINOX Waterproof PVC Divan Queen Size Bed base
mulai
RM169.00
Semak Twin Win EQUINOX Waterproof PVC Divan Queen Size Bed base harga dibawah:
add_circle Mudah untuk proses pemindahan
add_circle Base katil boleh adjust
add_circle Mudah dialihkan
remove_circle Tidak mempunyai kepala katil

Bagi pasangan yang baru berkahwin dan duduk di rumah sewa, katil ini merupakan pilihan tepat kerana mudah untuk proses pemindahan.

Base katil ini dibahagikan kepada dua bagi memudahkan untuk adjust untuk disambungkan pada mana-mana bahagian.

Walaupun tidak beroda tapi pecahan katil mudah untuk dicantumkan kerana tidak perlu skru atau paku. Hanya gabungkan saja.

Ciri lain lagi, rangka katil ini waterproof jadi jika terdapat cecair tumpah pada bahagian katil, anda boleh bersihkan dengan kain basah.

Saiz katil ini L 1900mm x W 1500mm x H 200mm dengan berat 45kg-50kg.

Katil single kayu
Kenzzo Classic Wooden Single Bed Frame
Kenzzo
Kenzzo Classic Wooden Single Bed Frame
mulai
RM74.90
Semak Kenzzo Classic Wooden Single Bed Frame harga dibawah:
add_circle Ada laci di bahagian bawah
add_circle Jaminan kilang sehingga 12 bulan
add_circle Reka bentuk moden dan simple
remove_circle Untuk tilam single sahaja

Bagi sesetengah orang, katil kayu mungkin menjadi pilihan utama kerata strukurnya yang lebih kukuh berbanding katil besi.

Untuk yang mencari katil kayu single, boleh dapatkan katil kayu dari Kenzzo ini yang menawarkan reka bentuk moden dan juga simple untuk ruang bilik urban.

Katil kayu ini diperbuat daripada melamine board yang kukuh dan mempunyai dimensi 193cm x 93.5cm x 29.8cm, sesuai untuk ruang bilik sederhana.

Selain itu, katil ini juga turut mempunyai laci di bahagian bawah, jadi boleh jadikan tempat simpan baju atau barangan anda.

Anda juga tidak perlu risau selepas membeli katil ini kerana setiap pembelian anda akan dapat jaminan daripada kilang selama 12 bulan.

Katil budak single
Kids Bed Frame Single Bed Frame
Kids Bed Frame Single Bed Frame
mulai
RM150.00
Semak Kids Bed Frame Single Bed Frame harga dibawah:
add_circle Mempunyai pagar penghalang
add_circle Badan katil kayu yang kukuh
remove_circle Hanya untuk kanak-kanak

Katil yang sesuai untuk anak-anak yang nak membesar dan mula belajar untuk tidur sendiri, katil yang diperbuat daripada kayu ini memang cukup kukuh.

Size katil ini tidak begitu besar dan tidak begitu kecil, ia bersaiz 128x60x40cm yang sesuai untuk kanak-kanak peringkat umur 2 tahun ke atas.

Selain itu, katil ini mempunyai pagar penghalang di bahagian kiri dan kanan bagi menghalang anak anda daripada terjatuh semasa tidur.

Pada bahagian hujung katil pula ada tangga kecil untuk memudahkan anak anda panjat naik ke atas katil.

Secara keseluruhan, katil ini bagus untuk mendidik anak anda belajar tidur sendiri.

Jika bilik anda luas, boleh letakkan katil ini di dalam bilik anda terlebih dahulu bagi membiasakan anak anak tidur di katilnya.

Bila dan biasa tidur di katil sendiri, barulah anda boleh meletakkan katil ini di biliknya.

Katil 3 tingkat
3 Tower Triple Decker Bed Bunk
TKTT 3V Tower Triple Decker Bed Bunk
mulai
RM344.35
Semak 3 Tower Triple Decker Bed Bunk harga dibawah:
add_circle Reka bentuk yang simple
add_circle Mudah dipasang
add_circle Boleh tampung 3 orang dewasa
remove_circle Tak sesuai untuk bilik syiling rendah

Katil tiga tingkat ini memang sesuai untuk anda yang mempunyai anak ramai ataupun orang bujang yang mahu jimat ruang bilik.

Diperbuat daripada besi, katil ini memang kukuh dan boleh tampung beban tiga orang dewasa sekali gus.

Selain itu, reka bentuk katil ini juga kelihatan simple dan sesuai untuk diletakkan dalam mana-mana tema bilik.

Tidak perlu pening-pening juga kerana katil ini mudah untuk dipasang sendiri, hanya memerlukan screw driver yang sesuai sahaja.

Bagaimanapun, katil ini kurang sesuai untuk bilik yang mempunyai ketinggian syiling yang rendah, jadi perlu ukur terlebih dahulu sama ada muat untuk diletakkan di bilik and atau tidak.


Cara Memilih Katil 

Ciri-ciri utama yang perlu anda lihat ketika membuat pembelian rangka katil adalah:

  • Ukuran/Saiz

Pertama sekali lihat pada saiz rumah atau bilik yang anda ingin letakkan katil.

Sebaiknya buat ukuran bilik tidur terlebih dahulu, supaya bilik tidak menjadi sempit atau sebaliknya.

Jangan lupa untuk melihat juga ukuran katil supaya selesa dengan ketinggian anda.

Terutamanya jika anda atau pasangan lebih tinggi, takut nanti terjulur pula kaki ketika tidur. 

  • Material Katil

Terdapat pelbagai material katil yang dijual dipasaran samada dari jenis kayuan atau besi.

Keduanya-duanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. 

Kebiasaanya katil jenis kayu tidak tahan lama jika terkena air, sebagai contoh melibatkan banjir.

Katil mungkin jadi rapuh dan akhirnya reput. Malah katil kayu juga melibatkan kos yang tinggi. 

Namun begitu, katil kayu lebih kukuh dari segi pembuatannya dan mampu beri daya ketahanan berat yang besar.

Lebih lagi jika palet kayu tebal dan dari jenis kayu pokok berkualiti tinggi. 

Manakala katil dari jenis besi pula biasanya untuk katil bajet sederhana.

Ia tetap memberi keselesaan dan mampu menampung berat pengguna. 

Kelebihan katil besi, anda boleh memasang sendiri dan mudah dipindahkan.

Tapi anda perlu waspada juga, pilih besi yang tahan karat supaya kualiti katil tahan lama.

Apa-apa pun anda kena tepuk dada, tanya selera.


Fungsi Katil  

Jawapan paling mudah tentang fungsi katil ialah ia merupakan tempat tidur atau istirahat. 

Walaubagaimanapun, terdapat juga katil yang boleh mengubah cara susun atur bilik dan ruang penyimpanan. 

Ada katil yang dilengkapi dengan laci penyimpanan barangan keperluan atau boleh dijadikan stor mini. 

Malah ada juga katil boleh bertukar kepada sofa, meja dan almari.

Ini semua bergantung kepada rekaan katil masing-masing. 


Artikel Berkaitan

End of Article