Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Tenang dari Gangguan Nyamuk Dengan 7 Penyembur Nyamuk Berkesan Ini

Lakukan aktiviti harian tanpa halangan

Melihatkan suasana redup dan menyegarkan di senja hari, pasti hati teruja untuk melakukan riadah bersenam, bercucuk-tanam dan sebagainya di taman. Namun, dalam kedamaian menghirup udara segar yang tidak tercemar, ada juga musuh yang menghinggap pada kulit badan dan menggigit hingga rasa tidak selesa untuk kita melakukan aktiviti. Ya, nyamuk! Lebih membimbangkan nyamuk yang menggigit boleh memudaratkan hingga menyebabkan dijangkiti penyakit berbahaya seperti denggi.

Gunakanlah penyembur untuk menghalau nyamuk yang selamat untuk anda dan keluarga. Teliti dahulu isi kandungannya agar tidak mengandungi bahan kimia merbahaya. Jom ikuti list dibawah untuk mengetahui info lebih lanjut tentang spray yang sesuai;

Elakkan denggi dengan penyembur nyamuk Aedes
Semak Shieldtox Waterbase Aerosol (600ml) harga dibawah:

Denggi bukanlah hanya sejenis penyakit yang boleh diubati hanya dengan memakan ubat antibiotik, tetapi ia boleh merebak dan melemahkan sistem imunisasi badan serta mudah berjangkit. Penyembur nyamuk Shieldtox memahami kepentingan mendidik masyarakat tentang pentingnya menghalang anda daripada bahaya denggi. 

Terbukti berkesan, ianya di reka khas untuk memastikan nyamuk Aedes, walaupun tersembunyi, akan terbunuh apabila menggunakan penyembur nyamuk ini bagi melindungi keluarga tersayang. 

Selamat digunakan semasa bayi berada di dalam ruangan yang sama
Semak Bye-Bye Nyamuk Spray (150ml) harga dibawah:

Formula penyembur yang berkesan untuk menghalang dari gangguan nyamuk, ianya mengandungi lebih daripada 30 herba dan rempah untuk melemahkan deria nyamuk sekaligus tidak dapat mengganggu keluarga anda. Lebih efektif dan selamat untuk digunakan berbanding penyembur nyamuk lain yang bertoksik.

Penyembur nyamuk ini tidak meninggalkan apa-apa kesan dan boleh disembur terus pada perabot, langsir, belakang pintu dan tempat-tempat kegemaran nyamuk bersembunyi. Berasaskan air, pastinya ia selamat untuk bayi. 

Mesin penyembur nyamuk untuk menghalang pembiakan jentik-jentik
Semak Fogging Fujika 102 harga dibawah:

Pembiakan nyamuk dalam kuantiti yang banyak pastinya harus dicegah terutama sekali apabila tertumpu pada kawasan penempatan penduduk. Jangkitan penyakit denggi mudah merebak jika pembiakan nyamuk tidak dibendung. Untuk memeranginya secara besar-besaran, mesin penyembur nyamuk Fogging Fujika 102 ini mungkin antara satu jawapan penyelesaian kepada masalah yang ada. 

Tangkinya boleh memuatkan tidak lebih daripada 7 liter cecair kimia untuk dimampatkan bagi memberi hasil menjadi wap penyembur nyamuk. Mesin yang ringan ini pastinya memberi hasil yang bermanfaat buat kawasan setempat. 

Penyembur nyamuk jenis vape yang dilengkapi dengan teknologi Jepun
Semak Fumakilla Vape One Push V (16ml) harga dibawah:

Menerajui jenama pembunuh serangga di Jepun, Fumakilla menghasil Vape One Push V ini bagi memantapkan lagi antara rangkaian penghapus nyamuk yang pernah mereka hasilkan sebelum ini dalam membanteras pembiakan nyamuk. Penggunaan penyembur aerosol tidak menjamin keluarga anda daripada diganggu nyamuk sepanjang malam. 

Dengan menggunakan teknologi dari Jepun ini, iaitu Jumbo Vape One Push, tekan sekali sahaja sebelum tidur dan ianya mampu untuk melindungi anda daripada gigitan nyamuk selama lebih kurang 12 jam. 

Spray nyamuk yang berkesan dan berbau haruman mewangi
Semak Tiger Balm Mosquito Repellent Aerosol (120ml) harga dibawah:

Terdiri daripada kandungan semulajadi termasuklah minyak dari ekstrak Lemon Eucalyptus dan serai,  penyembur Tiger Balm ini memberi semburan yang selamat di samping menghalang nyamuk dari menganggu dengan lebih efektif. Tiada bahan berbahaya, tidak berminyak dan menghasilkan semburan kecil dan perlahan yang tidak meninggalkan kesan kepada pakaian, penyembur nyamuk ini juga wangi dan berkesan. 

Penyembur nyamuk dengan harga mampu milik dan berkesan
Semak Ridsect Advance (600ml) harga dibawah:

Harganya yang tidak melebih RM10, penyembur nyamuk Ridsect Advance ini masih mampu melaksanakan tugas membanteras serangan nyamuk seperti jenama penyembur nyamuk yang lain. Selain daripada itu, ia bukan sahaja membunuh nyamuk dengan berkesan, malah serangga seperti lipas dan semut juga dapat dihalang dengan mudah. 

Baunya yang tidak terlalu kuat dan menyengat hidung, pasti membuatkan ianya antara produk yang berbaloi untuk dicuba. 

Terbaik untuk menyembur pada kulit badan tanpa menjadi iritasi
Semak BIO-D Denguard Plus Mosquito Repellent (100ml) harga dibawah:

Penyembur nyamuk Denguard Plus melindungi anda dari kerisauan jangkitan penyakit berjangkit seperti denggi dan Zika kerana gigitan nyamuk.  Ianya diformulasi untuk menjauhi badan anda dari di hinggap nyamuk sehingga 5 jam. 

Penyembur nyamuk ini terdiri dari bahan-bahan tidak bertoksik seperti EGX 101, iaitu ekstrak daripada pokok tomato liardan yang terbukti secara saintifik dapat menghalang dan menjaga badan dari jangkitan denggi serta Zika. Ia juga selamat digunakan sepanjang masa dan mudah dibawa ke mana sahaja. 

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

End of Article