Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Susu Kucing Ini Dapat Beri Nutrisi Buat Si Bulu

Si comel berbulu gebu dapat membesar dengan kuat dan sihat.

Ramai yang menganggap menjaga haiwan peliharaan seperti kucing adalah satu tugasan yang mudah tapi sebenarnya tidak.

Sebagai tuan kepada kucing anda mempunyai tanggungjawab dalam memastikan kesihatan dan makan minum mereka terjaga.

Terutama anak kucing kecil baru lahir dan yang kehilangan ibu perlu beri susu yang betul supaya mereka mendapat nutrisi yang secukupnya.

Bagaimanapun, anda tetap perlu tahu susu yang sesuai untuk anak kucing kerana anak kucing perlukan susu yang menyamai nutrisi dengan susu yang dihasilkan ibu kucing.

Jadi sebab itu ada pelbagai jenis susu untuk anak kucing dan juga pengganti susu untuk anak kucing.

Jom tengok jenama susu kucing terbaik dan harga susu anak kucing yang sesuai untuk kucing anda.


Penyunting

Tentang Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Pakar
Doktor Haiwan/Veterinarian

Dr. Naim Kasim chevron_right

Dr Naim Kasim, pengasas Kitty's Care, merupakan doktor veterinar yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam bidang ini. Sebelu ...

Senarai 10 Susu Kucing Untuk Nutrisi Dan Penjagaan Sempurna

*PERHATIAN: Jenama susu kucing yang disenaraikan di atas bukan dari cadangan Dr Naim.*

Susu kucing terbaik secara keseluruhan
KMR Kitten Milk Replacer Powder
KMR Kitten Milk Replacer Powder
From
RM117.00
Check KMR Kitten Milk Replacer Powder price below:
add_circle Mudah dihadam dan baik untuk usus
add_circle Juga sesuai untuk kucing lepas operation
remove_circle Harga sedikit mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Susu yang tinggi dan kaya dengan nutrien dan vitamin. Sangat sesuai untuk anak kucing yang tiada ibu penyusuan.

Ciri-ciri:

Susu ini menggunakan bahan yang paling hampir sama dengan susu ibu kucing. Nutrien dan kalori di dalam susu ini berfungsi untuk memberi nutrisi secukupnya untuk anak kucing.

Ia juga kaya dengan vitamin dan mengandungi probiotik bagi memudahkan penghadaman dan baik untuk usus.

Umur terbaik untuk menggunakan susu ini adalah untuk kucing yang baru lahir sehingga enam minggu. 

Ia mudah larut di dalam air dan juga sesuai untuk kucing anda yang baru lepas menjalani operation.

Berikan 2 sudu besar (30mL) cecair susu untuk setiap 155g berat badan anak kucing tersebut. Untuk anak kucing yang lemah perlu diberi makan setiap 3 atau 4 jam sekali.

Review:

“Anak kucing di rumah memang suka dengan susu ni. Tak pernah ada masalah penghadaman dan bagus untuk pembesaran mereka.”

Susu tepung kucing
TURA Kitty’s Milk Powder
From
RM15.00
Check TURA Kitty’s Milk Powder price below:
add_circle Mudah dibancuh
add_circle Sesuai untuk semua peringkat umur
remove_circle Susah dibasuh

Susu ini sangat baik untuk anak kucing kerana mengandungi nutrien penting yang membantu pembesaran mereka.

Tiada bahan pengawet dan bahan tambahan yang digunakan. Formula serbuk susu ini sangat mudah untuk dibancuh dengan air.

Ia juga mempunyai rasa yang enak dan mudah dihadam untuk kucing dari pelbagai umur dari kecil hingga tua.

Bancuhannya juga agak mudah, hanya tambah 1 paket susu tepung kedalam 200ml air suam dan kacau sehingga sebati.

Susu kucing baru lahir
Midalac Goat Milk
Midalac
Midalac Goat Milk
From
RM10.45
Check Midalac Goat Milk price below:
add_circle Penuh khasiat dan nutrisi
add_circle Sesuai untuk pelbagai jenis keadaan
remove_circle Sesetengah anak kucing tak suka susu kambing

Mempunyai kandungan Casien yang lebih rendah dari susu lembu, susu kambing ini adalah hidangan yang sempurna untuk kucing anda.

Ia lebih mudah untuk dihadam dan tak akan menyebabkan cirit-birit bagi mereka yang tak tahan laktosa. 

Susu ini mempunyai jumlah karbohidrat, protein, dan lemak yang seimbang bagi menggalak pertumbuhan dan kesihatan optimum untuk kucing anda.

Midalac mengandungi pelbagai vitamin dan mineral seperti Vitamin A, B, C, dan kalsium untuk meningkat kan imuniti dan kepadatan tulang kucing anda.

Ia sangat sesuai untuk anak kucing yang baru lahir, kucing yang hamil dan menyusu, kucing yang sakit, dan kucing tua.

Susu kucing untuk gemuk
Ocean Kiss Weight And Muscles Milk
Ocean Kiss
Ocean Kiss Weight And Muscles Milk
From
RM58.00
Check Ocean Kiss Weight And Muscles Milk price below:
add_circle Menambahkan berat badan kucing
add_circle Menjaga sistem imunisasi kucing
remove_circle Cair dan perlu dicampur dengan susu biasa lain

Brand Ocean Kiss adalah suplemen susu berkualiti tinggi untuk membantu menambahkan berat badan dan membina otot dan bulu si comel anda.

Ia juga memastikan tulang kucing anda kuat dan sihat dan membantu pembentukan sel darah merah serta sistem imuniti badan mereka.

Susu ini mengandungi asid amino penting dan rangkaian asid lemak tepu dan tak tepu yang berkualiti tinggi.

Ia sangat sesuai untuk anak kucing dan kucing yang ingin menambahkan berat badan mereka.

Anda hanya perlu campur ke dalam air atau makanan setiap hari.

Susu untuk anak kucing 1 bulan
Beaphar Lactol Kitten Milk
Beaphar Lactol Kitten Milk
From
RM42.90
Check Beaphar Lactol Kitten Milk price below:
add_circle Penuh dengan nutrisi
add_circle Sesuai untuk kucing hamil dan sakit juga
remove_circle Harga yang mahal

Susu ini memang dibuat untuk anak kucing yang baru lahir. Dengan DHA, taurin, vitamin, dan mineral yang penting, ia juga sesuai untuk kucing yang bunting atau sakit.

Ia mempunyai kandungan asid amino yang tinggi memberikan pemakanan yang seimbang dan sempurna untuk kucing anda.

Diperbuat daripada whey yang mudah dihadam, proses penapisan dan pengeringan mereka membuatkan molekul protein kekal sekaligus menjadikan ia lebih berkhasiat.

Susu ini mempunyai pelbagai jenis vitamin seperti A, B1, B2, B6, B12, C, D3, dan E. Kesemua ini dapat membantu anak kucing membesar dengan sihat.

Susu kucing murah
Pets Own Natural Active Adult Cats Milk
Pets Own Natural Active Adult Cats Milk
From
RM5.30
Check Pets Own Natural Active Adult Cats Milk price below:
add_circle Harga yang murah
add_circle Penuh dengan khasiat
remove_circle Perlu beli online

Susu memang diperbuat dari bahan semula jadi dan tidak mengandungi bahan pengawet, pewarna, atau perasa tiruan. 

Ia 100% bebas laktosa dan mempunyai pelbagai vitamin dan mineral, asid lemak penting, asid amino, dan antioksidan.

Susu ini dirumuskan untuk memberi keseimbangan tenaga dan pemakanan untuk kucing aktif.

Kandungan asid linoleik yang tinggi menggalakkan kulit dan bulu yang sihat dan berkilat.

Ia juga penuh dengan kalsium bagi membina dan mengekalkan ketumpatan tulang yang mencukupi.

Selain itu, susu ini juga ada taurin untuk mata kucing anda dan ia sangat mudah dihadam, memang kucing tak meragam.

Susu kambing untuk kucing
Fuzzy Pet Premium Goat’s Milk
Fuzzy Pet Premium Goat’s Milk
From
RM9.89
Check Fuzzy Pet Premium Goat’s Milk price below:
add_circle Nutrien dan khasiat tinggi
add_circle Bebas laktosa
remove_circle Stok cepat habis

Susu kambing mempunyai jumlah kalsium yang lagi tinggi dari susu biasa jadi ia dapat membantu tumbesaran kucing dan kesihatan tulangnya.

Ia juga dapat membantu dalam menggalakkan kulit yang sihat dan mengurangkan jangkitan kepada kulit tersebut.

Susu ini dapat melindungi usus dan perut kucing anda kerana ianya sangat mudah untuk dihadam berbanding susu lembu.

Ia juga bebas laktosa dan mempunyai pelbagai jenis vitamin seperti Vitamin A, B, dan C sekaligus menguatkan sistem imunisasi si comel.

Susu ini sangat sesuai untuk kucing baru lahir, kucing mengandung, kucing yang sakit, dan juga kucing tua (sebagai suplemen).

Susu kucing 2 bulan
Cindy's Recipe Cat & Kitten Milk
Cindy's Recipe
Cindy's Recipe Cat & Kitten Milk
From
RM5.80
Check Cindy's Recipe Cat & Kitten Milk price below:
add_circle 100% susu lembu asli
add_circle Tiada pengawet tiruan
add_circle Tiada gula tambahan
remove_circle Stok terhad

Cindy’s Recipe Cat & Kitten Milk diperbuat daripada 100% susu lembu semula jadi yang pasti memberikan khasiat terbaik buat kucing anda.

Dengan formula tanpa laktosa, ia memastikan kucing anda tidak kira dewasa atau masih lagi kecil dapat menikmati kebaikan susu tanpa sebarang masalah pencernaan. 

Diperkaya dengan vitamin penting dan taurin, susu kucing Cindy Recipe ini menyokong kesihatan dan kecergasan secara keseluruhan. 

Paling penting, susu ini tidak mengandungi gula tambahan dan pengawet tiruan, menjadikannya pilihan yang sihat untuk kucing peliharaan anda. 

Ditawarkan pada saiz 250ml yang mudah dibawa, ia sangat sesuai untuk penyusuan semasa anda travel.

Susu kucing dewasa
Susu Kambing Npet
Npet
Npet Goat Milk for Cat & Dog
From
RM15.92
Check Susu Kambing Npet price below:
add_circle Mudah dihadam
add_circle Formula nutrisi seimbang
add_circle Sesuai sebagai penganti makanan
remove_circle stok terhad

Formula Susu Kambing NPET ini boleh jadi makanan gantian yang ideal untuk memastikan sistem pencernaan yang sihat bagi kucing dari semua peringkat umur. 

Formula yang mudah dihadam ini menyediakan keseimbangan nutrisi lengkap, menjadikannya sempurna sebagai pengganti makanan untuk anak kucing yang sedang membesar. 

Diperkaya dengan susu kambing tulen, susu skim, maltodekstrin, trikalium fosfat, multivitamin, dan multimineral, ia menyokong kesihatan dan perkembangan secara keseluruhan. 

Selain itu, ia juga  sesuai untuk penyusuan harian dan boleh disimpan pada suhu bilik, tapi perlu jauhkan dari terdedah kepada cahaya matahari secara langsung.

Susu kucing Royal Canin
RC Royal Canin Baby Cat Milk
Royal Canin
RC Royal Canin Baby Cat Milk Susu Kucing
From
RM38.00
Check RC Royal Canin Baby Cat Milk price below:
add_circle Mengandungi DHA
add_circle Dapat dicerna dengan baik
add_circle Hampir sama dengan susu ibu kucing
remove_circle Stok terhad

Susu Royal Canin Baby Cat diformulasikan khas untuk memastikan pertumbuhan yang menyeluruh bagi anak kucing. 

Komposisinya dihasilkan hampir sama dengan susu ibu kucing, menggalakkan perkembangan yang stabil. 

Selain itu, dilengkapi dengan protein ultra-digestive yang dipilih dengan teliti dan kandungan laktosa yang menyokong kesihatan pencernaan.

Susu kucing ini sangat sesuai untuk sistem pencernaan anak kucing yang sensitif kerana tidak mengandungi kanji. 

Sementara itu, penambahan prebiotik (FOS) membantu menyokong kesihatan pencernaan kucing anda dengan membantu perkembangan flora usus kucing secara beransur-ansur. 

Dengan formula eksklusif yang mudah larut sepenuhnya, susu kucing ini juga turut mengandungi DHA untuk menyokong perkembangan fungsi kognitif kucing anda.


Apa Manfaat Susu Formula Kucing?

Menurut Dr Naim, susu formula kucing diformulasi supaya sesuai untuk keperluan kucing. Ini bermaksud, bergantung kepada keperluan kucing atau anak kucing kerana susu formula mempunyai perlbagai manfaat.

Doktor Haiwan/Veterinarian

Dr. Naim Kasim

Antara manfaat susu kucing adalah anak kucing tidak mengalami cirit yang teruk disebabkan kandungan yang tidak sesuai untuk usus anak kucing seperti lactose.

Bukan apa, anak kucing sering mempunyai masalah intolerasi laktosa dimana gula semulajadi yang terdapat dalam kebanyakan produk ternusu tidak dapat dicerna dengan baik.

Jadi, jika najis cecair atau separa cair kerap berlaku lebih daripada dua hari, dinasihatkan untuk berjumpa doktor haiwan.

Terutamanya kalau mempunyai lebih daripada satu kucing, maka adalah penting untuk mencuba untuk mendapatkan rawatan wajar dari pakar secepatnya.

Apa pun, bagi mengenalpasti susu formula kucing bagus atau tidak mudah saja, susu itu mampu memberi nutrisi yang secukupnya kepada anak kucing untuk membesar secara normal.


Boleh Ke Ganti Susu Khas Kucing Dengan Susu Kotak Atau Susu Pekat Yang Dicampur Air?

Walaupun campuran dua bahan ini tidak kedengaran terlalu buruk dan ramai orang lakukannya tapi campuran ini tidak digalakkan sama sekali.

Ini kerana susu pekat manis dan susu sejat kedua-duanya tinggi kandungan gula dan sebenarnya kucing tidak berminat dengan perisa manis.

Mungkin sesetengah kucing menyukainya tapi tidak disyorkan untuk memberi kucing minuman ini kerana susu yang tidak diformulasi dengan betul mengandungi kadar laktosa yang tinggi.

Kemudian boleh menyebabkan sakit perut atau cirit yang teruk kepada kucing.

Selain itu, campuran yang dilakukan tidak mempunyai nilai nutrisi yang baik boleh menyebabkan kurang nutrisi terutamanya kepada anak kucing.

Akibatnya, boleh menyebabkan ganguan tumbesaran anak kucing serta menjejaskan kesihatan mereka seperti kurus, tidak aktif atau tulang yang rapuh.


Sebenarnya Apa Perbezaan Susu Badan Ibu Kucing Dengan Susu Formula Kucing?

Perbezaan susu badan ibu kucing dengan susu formula terbahagi kepada empat ciri:

Imuniti
Anak kucing biasanya menerima imuniti sementara melalui plasenta semasa dalam rahim dan melalui susu ibu mereka pada hari pertama dilahirkan.

Susu yang diminum mengandungi imuniti pasif yang amat diperlukan untuk tumbesaran anak kucing.

Malangnya, walaupun susu formula memberi manfaat kepada kucing tapi tidak mengandungi imuniti pasif yang diperlukan kucing.

⦁ Nutrisi
Susu ibu kucing mencukupi dari segala aspek keperluan anak kucing. Namun begitu, susu formula tidak boleh menandingi susu ibu kucing.

Sebaiknya dapatkan bantuan dari vet kucing anda untuk mengenalpasti susu terbaik untuk mereka.

⦁ Ketersediaan
Bergantung kepada tahap kesihatan ibu kucing dan kebolehan ibu kucing untuk menyusukan anak mereka.

Namun, terdapat beberapa senario yang menyebabkan ibu kucing enggan menyusukan anaknya.

Dalam sesetengah kes, ibu kucing akan mula menyusu dan kemudian berhenti atau, ibu kucing mungkin menolak untuk menyusukan anak mereka.

Apabila perkara ini terjadi, anda boleh bergantung kepada susu formula, setelah mendapatkan rekomendasi serta nasihat daripada vet untuk keperluan tertentu kucing anda.

⦁ Kandungan laktosa
Susu ibu kucing mengandungi kandungan laktosa yang sangat rendah. Malah, lebih rendah dari 0.1%.

Apa pun, Dr Naim menekankan bahawa tiada yang boleh mengalahkan susu ibu kucing.


Artikel Berkaitan

End of Article