Keibubapaan

Alas Perut Si Kecil Dengan 10 Biskut Bayi Sesuai Untuk Tumbesarannya

Pilihlah biskut yang isi kandungannya agar tidak membahayakan kesihatan si kecil. Sini terdapat biskut utk bayi 9 bulan, perisa beras, kurma dan lain-lain.


Editor · Updated 9 Apr 2020

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Alas Perut Si Kecil Dengan 10 Biskut Bayi Sesuai Untuk Tumbesarannya

Kebiasaannya, biskut bayi diberikan semasa waktu lapang di antara ‘meals time’ untuk dijadikan kudapan buat si kecil. Ianya juga merupakan salah satu cara terbaik untuk mendidik dan membiasakan bayi yang sedang membesar kepada makanan solid. Ada banyak pilihan pelbagai perisa, bentuk dan saiz yang berada di pasaran pastinya membuatkan para ibubapa sukar untuk membuat pilihan. Pilihlah jangan hanya mengikut jenama sahaja, tetapi harus juga diteliti isi kandungannya agar tidak membahayakan kesihatan si kecil nanti.

Kami senaraikan antara pilihan yang ada di pasaran Malaysia, namun harus juga dipertimbangkan citarasa si kecil. Setiap bayi mungkin mempunyai biskut kegemaran masing-masing tanpa kita sedari. Maka, list dibawah ini pasti akan dapat membantu anda serba-sedikit;

Kandungan
Biskut beras bayi yang bagus dan mudah dikunyah 1 daripada 10
Take One Baby Bites (50g x 24pcs)
Partnership with
Dari RM11.20
Bebas gluten
Tiada bahan pengawet
Perlu habiskan cepat selepas bungkusan dibuka
1 lagi
Tidak mengandungi kacang atau telur

Diperbuat daripada beras berkualiti tinggi, Biskut Beras Baby Bites ini mudah dikunyah oleh bayi tanpa perlu mencairkannya dahulu. Dibungkus dengan teliti demi kesegaran berkekalan, biskut ini sedia dimakan setelah dibuka bungkusannya. Ianya juga tidak menggunakan sebarang bahan kimia dalam pembuatannya dan selamat untuk dimakan oleh si kecil anda. 

Tekstur biskut yang sangat lembut pasti akan membuatkan si kecil mahukan lebih dari satu keping. Tidak menyakitkan gigi, gusi dan lidah bayi semasa si manja menghisap biskut ini. 

Tenten Baby Guide Original Flavor Rusks
Biskut bayi rendah lemak - sesuai untuk bayi 9 bulan ke atas 2 daripada 10
Tenten Baby Guide Original Flavor Rusks
Partnership with Tenten
Dari RM15.15
Tidak mengandungi perasa tiruan
Bebas gluten, kacang dan telur
Mengandungi gula
1 lagi
Rendah lemak

Biskut Ten Ten Baby Guide ini mendapat sijil Halal dan dijamin selamat dalam pembuatannya. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan perisa tambahan, biskut ini juga tidak menggunakan sebarang penambah perisa yang lain. Sangat rendah lemak dan tidak menggunakan sebarang lemak atau minyak tambahan, biskut yang dibakar ini menjadi pilihan ibubapa serta amat digemari oleh bayi.

Didatangi dengan biskut yang dibalut secara individu, ianya memudahkan ibubapa dalam memastikan kesegaran biskut ini senantiasa terjamin. 

biskut baby
Biskut bayi bebas gluten – sesuai untuk diet si kecil 3 daripada 10
ORGRAN Gluten Free Itsy Bitsy Bears Choc Chip Cookies
Partnership with Orgran
Dari RM16.80
Bebas gluten, yis, telur dan kacang
Tidak akibatkan alergi
Mengandungi pewarna

Apa itu gluten? Campuran 2 protein yang hadir dalam bijirin seperti gandum dan merupakan penyebab utama kekenyalan sesuatu doh makanan itu. Bagi si kecil yang memerlukan diet dan pemakanan seimbang untuk mengawal berat badannya, disyorkan oleh pakar kanak-kanak buat si kecil mengambil makanan bebas gluten. 

Sistem pencernaan si kecil juga akan lebih teratur dengan pengambilan biskut ini. Dengan perasa Wildberry, biskut ini juga sesuai untuk si kecil yang alergi kepada susu, telur dan kekacang. Baik di makan untuk perkembangan minda dan diet yang terkawal. 

Biskut bayi yang murah dan berkhasiat 4 daripada 10
Milna Baby Biscuit Mixed Fruit
Partnership with Milna
Dari RM8.76

Biskut ini mudah didapati di mana-mana kedai online dan offline kerana bahan asasnya sangat selamat untuk diberi kepada bayi berumur 6 bulan ke atas. Biskut yang pasti membantu para ibubapa dalam usaha memperkenalkan makan solid untuk bayi tercinta, harganya juga sangat berpatutan. Boleh dihidang dalam bentuk bubur atau juga biskut, ianya juga membantu menggalakkan simulasi pertumbuhan gigi bayi. 

Diperkaya dengan AA dan DHA, Biskut Bayi Milna membantu pertumbuhan otak bayi, sementara Vitamin C dan E yang ada di dalamnya membantu meningkatkan tahap imunisasi si manja anda. Ditambah pula dengan perisa Mixed Fruit, anak anda akan tidak sabar untuk tiba waktu snacking. 

Biskut bayi yang tidak manis tapi menyelerakan 5 daripada 10
GERBER Graduates Arrowroot Cookies
Partnership with
Dari RM19.90

Menggunakan adunan yang diperkaya dengan tepung gandum dan arrowroot, Biskut Nestle Gerber Arrowroot ini mempunyai tekstur yang unik di mana ianya rangup pada gigitan pertama. Biskut ini jenis sangat lembut dan mudah hancur tidak akan menyakitkan gusi dan gigi si kecil anda.

Bebas perisa dan pewarna tambahan serta pemanis tiruan, biskut ini masih menyelerakan untuk tekak bayi dan sesuai diberi bagi bayi berumur 10 bulan ke atas.

Biskut bayi senang cair di mulut 6 daripada 10
Heinz Farley’s Cereal in a Rusks (6months+)
Partnership with Heinz
Dari RM11.90

Produk biskut terkenal untuk bayi dari jenama Heinz sememangnya menjadi kegemaran setiap keluarga sejak turun-temurun ini, pasti tidak akan mengecewakan ibubapa Dengan mengandungi khasiat dan nutrisi tinggi dalam biskutnya, baik untuk si kecil. Biskut diperbuat daripada rusk pastinya yang terbaik dimakan semasa dalam proses peralihan memperkenalkan makanan solid untuk bayi. 

Biskut bayi dari bahan semulajadi/organik
Biskut bayi dari bahan organik semulajadi yang sihat dan selamat 7 daripada 10
Organix Strawberry Baby Biscuits 10months+
Partnership with Organix
Dari RM15.20

Biskut Organix Baby Finger Food ini mempunyai 9 keping biskut dalam satu pek. Diperbuat 100% daripada bahan organik termasuk tepung gandum, minyak kelapa, minyak bunga matahari dan perisa buah-buahan asli yang pasti menambahkan rasa enak untuk bayi menikmatinya. 

Bagi anda yang mementingkan kesihatan serta menjaga diet si kecil, eloklah jika diberikan biskut berasaskan bahan seperti ini. Walaupun isi kandungannya organik, tetapi rasa tetap sama seperti biskut bayi yang biasa. Pasti si kecil tidak akan menolaknya.

Biskut bayi terbaik di pasaran untuk si comel 8 daripada 10
Pureen Baby Biscuits
Partnership with Pureen
Dari RM14.90

Diformulasi sebagai makanan sampingan buat bayi berumur 6 bulan ke atas, Biskut Bayi Pureen ini mengandungi pelbagai vitamin dan mineral seperti Vitamin A, D, B1, B2, Niacin, B6, Kalsium dan Zat Besi. Ianya sedap, rangup dan mudah cair di dalam mulut serta mudah dihadamkan. Bebas dari susu dan telur, biskut ini juga sesuai untuk si kecil dari 6 bulan ke atas. 

Biskut bayi berasaskan oat 9 daripada 10
Little Freddie Biscuits
Partnership with Little Freddie
Dari RM21.90

Diperbuat dari biskut berasaskan susu gandum dan buah-buahan, Little Freddie Biscuit juga ada mengeluarkan bikut berperisa oat dan raisin anggur yang menyelerakan. Penuh dengan serat gandum untuk menaikkan perisa dan tekstur oat, rasa manis semulajadinya adalah dari jus anggur dan raisins. 

Isi kandungan biskut ini dijamin selamat dan sihat untuk bayi serta tiada tambahan gula, garam dan penambah perisa yang dicampur di dalam adunan biskut ini. Tekstur oatnya yang lembut pasti membantu menstimulasikan pertumbuhan gigi bayi.

Biskut bayi yang halal dari luar negara 10 daripada 10
CERELAC Nutribites Nutritious Biscuit
Partnership with
Dari RM15.20
Mengandungi banyak khasiat
Tidak mengandungi gula
Tidak sesuai 12 bulan ke bawah

Istimewanya biskut ini adalah diterbangkan khas dari Itali yang boleh dinikmati oleh bayi tanpa sebarang keraguan daripada ibubapa yang mahu mengelakkan memberi makanan syubahah kepada bayi tercinta. Biskut ini disahkan halal dibawah seliaan Halal Italia yang turut diterima pakai di Malaysia. 

Mengandungi zat besi, Vitamin B1 dan kalsium, biskut yang enak ini mudah untuk dipegang oleh si kecil dan mempunyai tekstur mudah cair di dalam mulut. Biskut ini dibakar terlebih dahulu, pastinya menambahkan keyakinan ibubapa yang mementingkan kesihatan si kecil. 

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

Lagi daripada ProductNation