Perkembangan teknologi yang maju, perkakas dapur juga tidak ketinggalan.
Kebanyakannya telah menggunakan teknologi yang memudahkan proses memasak supaya masa anda di dapur lebih singkat.
Misalnya, pressure cooker yang mana mampu masak lebih 3 jenis masakan hanya menggunakan satu perkakas.
Tak percaya, jom lihat senarai pressure cooker terbaik dan dijamin selamat dibawah.
Penyunting
Table of Contents
Senarai 10 Pressure Cooker Terbaik
Sebab Menjadi Pilihan Utama;
‘Periuk pressure cooker Rusell Taylor ini bersaiz besar 6 liter, sesuai untuk juadah keluarga 5 - 6 orang dan paling penting ia dijual dengan harga yang cukup murah.’
Ciri-ciri;
Kapasiti periuk tekanan serbaguna sesuai untuk pelbagai masakan berkuah atau memasak sebiji kek.
Jika anda ingin masak nasi pun boleh, muat lebih kurang dalam 4 hingga 6 cawan beras.
Mempunyai enam fungsi memasak dari pilihan daging, bubur, ayam, nasi, sup dan ikan.
Anda turut diberi enam pilihan masa pemanas atau tetapan jadual masa pemanas selama 24 jam.
Butang tekan amat mudah digunakan serta bentuk fizikal periuk yang mudah dibersihkan.
Begitu juga tentang ciri periuk yang non-stick dimana terdapat lebih tujuh butang keselamatan. Antaranya;
- Bagi memastikan tiada overheat.
- Pengawasan suhu
- Tekanan pada periuk.
Bagi penggunaan tenaga elektrik pula sama sahaja dengan perkakas dapur yang lain, sekadar 220-240 voltan.
Review;
“Produk yang sangat berbaloi! Boleh masak sup ekor, rebus biji cempedak dengan cepat. 15 minit sahaja dah siap semua.”
Pressure cooker Philips model HD2137 sangat serbaguna untuk pelbagai resepi yang menggunakan teknik masakan tekanan, slow cook, baking mahupun menumis.
Kapasiti 6 liter yang besar memudahkan anda untuk menyedia kuantiti juadah yang banyak terutamanya ketika musim perayaan.
Perincian periuk ini cukup bagus dengan 9 kawalan keselamatan dimana dapat memastikan makanan sentiasa hangat walaupun selepas 12 jam dimasak.
Bagi mereka yang sukakan dunia masakan, pressure cooker ini adalah pilihan yang tepat kerana mampu masak 14 jenis resipi menggunakan perkakas dapur ini.
Dari segi rekaan pula, bentuk fizikal periuk yang tahan lasak bersama penutup periuk yang mudah dibersihkan dan pot periuk jenis non-stick.
Review dari pembeli di Shopee, sangat berpuas hati dengan function pressure cooker Philips ini.
Periuk tekanan dari Elba cukup ringkas dengan pelbagai butang pilihan masakan.
Boleh memasak nasi, ayam panggang, cake, kekacang dan bermacam juadah bubur.
Menurut dari review bloggers, daging yang dimasak atau direbus menggunakan pressure cooker menjadi lebih lembut selepas 30 minit.
Malah tak perlu potong ikut urat sebab dah memang lembut dan terlerai dengan baik.
Potongan badan periuk diperbuat dari stainless steel, menjadikan mudah dibersihkan bahagian luar dan dalam tanpa risau masalah karat.
Kadar penggunaan elektrik pula standard sahaja dengan 1000 watt.
Walaupun ia model agak lama tapi masih mendapat tempat di hati pembeli kerana kualiti pressure cooker Elba sangat bagus.
Suka masak sikit-sikit atau duduk seorang sahaja di rumah? Pressure cooker comel dari Primada ini wajib anda miliki.
Walaupun kapasiti kecil iaitu 3 lliter tapi mampu menyiapkan pelbagai hidangan seperti nasi, sup, dapat melembutkan daging serta pemanis mulut.
Malah anda boleh gantikan kuali anda dengan periuk ini kerana mempunyai fungsi stir-fry (menumis).
Tak perlu tutup periuk, masak sahaja macam biasa seperti menumis atas dapur gas.
Anda boleh memilih dari 8 fungsi masakan dan tetapan berjadual pemanas sehingga 24 jam.
Jadi anda boleh jimat kos makan luar dengan masak sendiri hidangan panas-panas dan segar bila balik dari kerja.
Ciri lain tentang periuk ini adalah memiliki butang khas yang selamat untuk melepas wap tekanan dan kunci keselamatan pada penutup periuk.
Periuk juga tidak akan boleh dibuka ketika proses memasak sedang berlaku bagi mengelakkan sebarang risiko.
Bila menjelang hari raya, periuk pressure cooker ini akan menjadi penyelamat anda.
Bayangkan dengan kapasiti 12 liter boleh memuatkan sebanyak 6 ekor ayam dan 4 ketul daging bersaiz 900 gram. Besar!
Malah mempunyai 10 program masakan yang sesuai untuk masakan Melayu dan juga barat.
Dengan satu butang khas anda boleh memilih teknik memasak seperti menumis, kukus, mereneh dan merebus.
Ciri lain lagi, periuk ini datang bersama pot non-stick, penutup periuk mudah dibersihkan dan sistem automatik pelepas tekanan.
Tawaran harga pula cukup murah dari bawah RM300 dengan saiz periuk yang besar.
Saiz yang comel dengan kapasiti 2.5 liter sesuai untuk dijadikan periuk tekanan khas buat menu bayi anda.
Mempunyai pelbagai program masakan dan jenis tekanan untuk proses masakan lebih cepat dan enak.
Jika anda tidak menggunakan untuk masak makanan si kecil, anda boleh ubah periuk menjadi periuk nasi, masakan lauk-pauk dan hebatnya boleh dijadikan periuk hot pot.
Model baru pressure cooker Xiaomi ini telah dipertingkatkan tekanan 70kpa sekaligus anda masak nasi hanya 21 minit dan merebus daging hingga empuk cukup 50 minit.
Bukan sekadar cantik tapi bahagian sistem keselamatan untuk pengguna sangat bagus kerana butang pelepas wap tekanan jauh dari lubang wap.
Manakala penutup periuk tahan lasak dan mempunyai lebih dari 8 ciri keselamatan perlindungan periuk.
Pot periuk disalut lima lapisan dan bahagian tengah dari lapisan Dajin PFA bagi memastikan pengaliran haba sekata dan hasil non-stick tahan lama.
Kalau anda memang suka periuk pressure cooker yang kecil dan cantik, pressure cooker Xiaomi Mijia merupakan pilihan yang tepat.
Dengan fungsi timer, butang penolakan tekanan, fully auto dan 10 butang menu, kerja memasak anda menjadi lebih mudah, selamat dan praktikal.
Hanya dengan satu sentuhan butang, anda boleh memasak pelbagai hidangan dengan mudah. Fungsi "stir fry" membolehkan anda memasak makanan dengan cepat dan seimbang.
Hidangan anda akan tetap hangat sehingga 24jam. Kapasiti 2.5 liter memastikan anda boleh memasak makanan untuk keluarga anda dengan mudah.
Hasil memasak yang lembut dan juicy adalah apa yang anda perolehi dengan penggunaan pressure cooker ini.
Nak memasak makanan dengan cara yang mudah dan cepat? Guna sahaja MMX Ewant 6L Multi-Functional Electric Pressure Cooker.
Dengan 8 fungsi dalam satu, anda boleh memasak berbagai jenis masakan dalam masa yang singkat.
Ia juga mempunyai timer tekanan yang boleh disesuaikan serta boleh mengatur masa masak yang tertangguh (0-24 jam).
Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai periuk tidak mudah melekat dan fungsi pengekalan suhu secara automatik serta sangat efisien dari segi tenaga.
Dalam dapur, ia juga tidak mudah terkena jari, kerana ia mempunyai exterior stainless steel yang dilapisi. Ia juga mempunyai sijil dari CB dan SIRIM, jadi ia selamat untuk digunakan.
Untuk setiap pembelian, anda akan menerima periuk, steam plate, senduk nasi, cawan penyukat dan dew collector.
Dengan kapasiti besar 6 liter, anda boleh memasak makanan untuk seisi keluarga anda dengan mudah.
Cukup masukkan bahan-bahan dalam periuk, pilih tetapan yang diprogram dan biarkan periuk tekanan melakukan kerja untuk anda.
Membolehkan anda untuk memasak pelbagai jenis makanan seperti sup, kari, bubur, sayur-sayuran dan banyak lagi dengan sempurna.
Periuk tekanan ini juga membantu menjadikan daging dan makanan yang keras lembut dalam masa yang singkat.
Lebih 70% cepat dari masakan konvensional, sangat hemat tenaga dan efisyen. Diperbuat dari bahan stainless steel berkualiti tinggi dan tidak melekat.
Dengan diameter periuk dalam 24 cm dan mudah dibersihkan. Kuasa 1000W memberikan anda masakan yang cepat dan berkualiti.
Adakah anda penat menunggu lama untuk memasak? Jangan risau, Giselle Pressure Cooker hadir untuk membantu anda.
Dengan butang safety on/off yang unik, anda dapat dengan mudah mengaktifkan atau mematikan semua fungsi dengan hanya menekan tombol tersebut.
Hanya pilih fungsi yang anda inginkan dan masa 70% lebih cepat dari memasak secara tradisional. Mempunyai 22 pilihan menu pre-terprogram termasuk baby food, kek, membakar, mengoreng, sup, bubur dan banyak lagi.
Mempunyai periuk dalam aloi aluminium yang tahan lama, dilengkapi dengan pengatur suhu, delay timer sehingga 24 jam dan fungsi memasak goreng terbuka.
Apa yang ada di dalam kotak? Anda akan menerima periuk tekanan, periuk memasak boleh tanggal, senduk nasi plastik, tudung, cawan penyukat, plug kabel, dan manual.
Bagaimana Pressure Cooker Berfungsi?
Pasti ramai yang ternyata-nyata apakah disebalik proses sains sebuah periuk magik yang memudahkan kerja-kerja memasak.
Telah menjadi pilihan ramai untuk melembutkan daging dengan pantas berbanding perlu menunggu proses merebus berjam-jam.
Jadi, proses sebenar pressure cooker adalah alat yang memproses makanan menggunakan wap air yang terkumpul dalam periuk tekanan.
Seperti yang anda tahu, penggunaan pressure cooker bergantung dengan proses penambahan air (bergantung pada arahan manual periuk).
Air yang terkumpul di dalam periuk yang mampat dan padat ini kemudian mengeluarkan wap air yang terperangkap.
Molekul dari wap air tersebut berada diatas makanan dan bertindak melembutkan tisu daging atau kanji sayur dengan masa yang singkat serta suhu yang maksima.
Tidak seperti merebus daging di dalam periuk biasa, periuk tekanan atau pressure cooker memberi suhu panas yang lebih tinggi (121°C) dan mampu memberi tekanan sehingga 15 psi hingga 30 psi.
Tip Membeli Pressure Cooker
Antara fungsi-fungsi yang perlu anda lihat sebelum membeli periuk pressure cooker idaman anda;
Saiz/Kapasiti
Pilih saiz periuk tekanan yang sesuai untuk kegunaan harian.
Sistem keselamatan
Jangan lupa dengan perincian keselamatan pada periuk khususnya bahagian pelepasan tekanan wap dan kekuatan penutup periuk.
Jenis material periuk
Pastikan material yang tahan lasak dan lama, misalnya periuk jenis stainless steel.
Pilihan program masakan atau pemanasan
Terdapat pelbagai jenis masakan yang tersedia yang bukan sahaja untuk masakan lauk pauk tapi juga pencuci mulut seperti kek dan yogurt.
Pilih pressure cooker yang mempunyai ciri keep warm, jadual penetapan memasak atau memanas (12 jam, 24 jam) atau boleh diubah suai menjadi slow cooker atau hot pot.
Pressure Cooker Untuk Masak Apa?
Masih tak tahu lagi apa kegunaan pressure cooker? Mari kami ringkaskan;
Merupakan sebuah periuk khas dengan penggunaan tekanan tinggi dan suhu wap yang panas sesuai untuk masakan berkuah dan kukus.
Walaupun terkenal untuk proses rebus melembutkan daging tapi anda boleh menumis (stir-fry) dalam pressure cooker.
Malah terdapat juga pressure cooker yang boleh menggantikan steamer dengan menghasilkan kek kukus, pulut kuning dan banyak lagi.
Cuma ingin diingatkan, pressure cooker tak boleh melalui proses masakan bergoreng atau deep fry. Rosak nanti!
Tapi anda boleh refer video dibawah untuk melihat cara masak Burnt Cheesecake menggunakan pressure cooker. Selamat mencuba!
Adakah Pressure Cooker Selamat Digunakan?
Ya selamat!
Tapi kenapa ada yang mengatakan pressure cooker boleh meletup?
Sebenarnya itu merupakan dari kesilapan yang dilakukan oleh pengguna. Terutamanya tidak mengikut arahan manual dengan betul.
Jika anda ikut arahan yang betul, jangan risau dengan pelbagai kelebihan teknologi terkini.
Pressure cooker elektrik sekarang 100% selamat dan sudah tentu dilengkapi ciri-ciri keselamatan.
Begitu juga dengan bahan buatan mekanisma yang telah dipertingkatkan bagi memastikan produk tahan lama.
Malah, aliran elektrik menjadikan pressure cooker memproses makanan dengan lebih sempurna, selamat dan tiada masalah yang berlaku.
Ini kerana sumber elektrik merupakan peranan utama dalam mengekalkan tekanan yang betul pada periuk.
Apatah lagi dengan sistem tambahan moden seperti timer dan bermacam pilihan program masakan. Tekan saja!
Nasihat kami, sentiasa patuhi arahan pengguna dari pengilang dan sentiasa periksa periuk tekanan sama ada dalam kondisi selamat atau tidak sebelum menggunakannya.