Kecantikan

20 Moisturizer/Pelembap Terbaik untuk Kulit Kering Malaysia 2026

Moisturizer terbaik untuk kulit kering di Malaysia: Cetaphil Moisturizing Cream 100g, RM58.22 (disemak 17 Ogos 2026). 20 pilihan pelembap kulit kering lain turut disemak.


Editor · Updated 17 Aug 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

20 Moisturizer/Pelembap Terbaik untuk Kulit Kering Malaysia 2026

Jawapan ringkas: moisturizer terbaik untuk kulit kering di Malaysia ialah Cetaphil Moisturizing Cream 100g, RM58.22 di Shopee Malaysia (harga disemak 17 Ogos 2026), kerana bebas wangian, telah diuji secara klinikal dan sesuai untuk kulit kering serta sensitif. Ia sedikit lebih berat berbanding gel ringan, jadi kurang sesuai untuk kulit berminyak atau cuaca yang sangat lembap.

Kandungan

Cara Memilih Moisturizer Untuk Kulit Kering

Cari kandungan pelembap mendalam

Pilih produk dengan ceramide, hyaluronic acid atau gliserin, bahan yang mengikat air dalam kulit dan membaik pulih lapisan pelindung kulit.

Elakkan alkohol dan pewangi tiruan

Bahan ini boleh merengsakan kulit kering dan menyebabkannya lebih mengelupas. Cari label "fragrance-free" atau "for sensitive skin".

Pilih tekstur sesuai cuaca Malaysia

Krim pekat sesuai untuk kulit sangat kering, manakala gel atau lotion ringan lebih selesa dipakai waktu siang dalam cuaca panas dan lembap.

Padankan dengan masalah kulit tambahan

Jika turut berjerawat atau kusam, pilih moisturizer yang turut menangani masalah itu (contohnya niacinamide untuk kecerahan, atau formula bebas minyak untuk kulit bercampur).

Semak harga dan saiz mengikut bajet

Harga pelembap muka berkualiti di Malaysia bermula sekitar RM10 (jenama tempatan) hingga lebih RM150 (jenama antarabangsa), bergantung saiz dan kandungan aktif.

Ramai ambil mudah tentang penggunaan moisturizer untuk melembapkan kulit tapi sebenarnya amat penting dalam memastikan kulit wajah kekal segar, hidrasi dan glowing.

Cuma, perlu elakkan memilih produk yang mempunyai bahan kimia seperti alkohol, paraben, pewarna dan pewangi tiruan supaya tidak merosakkan tekstur kulit atau membuatkan kulit muka mengelupas.

Tapi apa menjadi masalah sekarang adalah terdapat pelbagai produk untuk kulit muka kering dan mana satu krim untuk kulit kering yang terbaik?

Bagi memudahkan anda, kami senaraikan pelembap muka untuk kulit kering yang terbaik supaya muka anda dapat kekal terhidrat sepanjang hari.


Senarai 20 Pelembap Muka Untuk Kulit Kering

Belif The True Cream - Moisturizing Bomb
Moisturizer kulit kering terbaik secara keseluruhan 1 daripada 20
Belif The True Cream - Moisturizing Bomb
Dari RM122.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Tekstur ringan
Cepat menyerap
Kurang efektif terhadap kulit kering melampau
1 lagi
Kelembapan berpanjangan

Sebab menjadi pilihan utama:

Memberi kesan glowing dan memiliki tekstur ringan serta wangian yang dihasilkan dari bahan semulajadi.

Ciri-ciri:

Pelembap terkenal dari Korea ini mempunyai tekstur yang ringan dan menjadikan cepat menyerap ke dalam kulit, member efek dingin dan menyegarkan.

Jangan risau, pelembap ini telah di uji secara klinikal dan telah dibuktikan mampu meningkatkan kelembapan sehingga 70% dan bertahan sehingga 26 jam. 

Kandungan dalam pelembap ini mengandungi campuran herba apotekar, termasuk daun kofrei yang merupakan agen penghidratan yang kuat.

Paling penting, dirumus tanpa minyak mineral, petrolatum, pengawet sintetik, pewarna, dan pewangi, dan bahan-bahan asal haiwan.

Review: 

“Menyerap dengan baik sekali, menjadikan kulit lebih lembut dan licin. Kulit tidak lagi kering malah mengurangkan ‘breakout’ pada kulit.”

Klairs Rich Moist Soothing Cream
Pelembap untuk kulit kering dan jeragat 2 daripada 20
Klairs Rich Moist Soothing Cream
Klairs
Dari RM18
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Sesuai untuk kulit sensitif
Cepat menyerap
Mempunyai bahan komedogenik

Pelembap jenama Klairs ini membantu mengurangkan kemerahan dan mengembalikan keseimbangan dalam kulit.

Saiz produk yang kecil memudahkan anda membawanya ke mana-mana.

Selain itu, produk ini mengandungi mentega shea, ceramide 3 dan beta glucan yang menguatkan lapisan kulit kering.

Dengan tekstur yang tidak melekit dan mudah merebak, memberikan penyerapan ke dalam kulit dengan lebih berkesan.

Cetaphil Moisturizing cream 100g
Pelembap untuk kulit kering dan sensitif 3 daripada 20
Cetaphil Moisturizing cream 100g
Cetaphil
Dari RM63.19
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
Tidak mengandungi wanigan
Terbukti secara klinikal
Boleh menjadi sedikit berat dalam iklim lembap

Kombinasi kulit kering dan sensitif boleh membuat seseorang menjadi kurang bekeyakinan.

Jangan risau, anda boleh selesaikan masalah dengan Cetaphil Moisturizing Cream.

Moisturizer ini merupakan krim pelembap yang disyorkan oleh pakar dermatologi untuk digunakan pada kulit kering dan sensitif. 

Ini kerana menggunakan formulasi humektan dan emolien yang dapat berfungsi untuk mengekalkan air pada kulit, melembutkan dan membantu mencegah kulit kering.

Bukan sahaja sesuai digunakan pada muka, ia juga boleh digunakan pada badan, best!

Organic Aid Vitamin E Moisturizing Cream
Pelembap wajah untuk kulit kering dan kusam 4 daripada 20
Organic Aid Vitamin E Moisturizing Cream
Organic Aid
Dari RM38
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
Menyerap ke akar kulit tanpa rasa melekit
Mengandungi Vitamin E
Tekstur tebal
1 lagi
Melembutkan kulit kasar

Kandungan yang terdapat dalam Organic Aid Vitamin E Moisturizing Cream ini adalah amino acid yang mengandungi Vitamin E.

Vitamin E ini bantu menjadikan kulit anda kelihatan lebih berseri dan sihat.

Selain itu dapat membantu memulihkan kulit kasar dengan memulihkan nutrient pada bahagian yang dikehendaki. 

Malah mengandungi natural emollients/natural moisturizer yang memberikan kelembapan ekstra dan melindungi dari terik matahari.

Simple Hydrating Light Moisturiser (125ml)
Pelembap untuk lelaki 5 daripada 20
Simple Hydrating Light Moisturiser (125ml)
Simple
Dari RM26.10
Lihat harga di Lazada Malaysia
Tidak diuji ke atas haiwan
Sesuai untuk semua jenis kulit
Texture sedikit melekit
2 lagi
Bebas alkohol & wangian tiruan
Mengandungi Vitamin E dan B5

Produk ini mengandungi campuran bahan semula jadi seperti borage seed oil yang diperkaya dengan B5 dan Vitamin E.

Dengan bahan ini, produk pelembap ini mampu menjaga dan mengekalkan kelembapan kulit sehingga 12 jam.

Sangat sesuai untuk anda yang mengalami masalah kulit sensitif kerana tidak menyebabkan iritasi atau kemerahan kulit.

Pelembap untuk kulit berminyak dan rosak 6 daripada 20
COSRX Oil-Free Ultra Moisturizing Lotion (100ml)
COSRX
Dari RM59.40
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
Merawat kulit sensitif dan iritasi
Hidrasi kulit berminyak
Tidak menghalang penghasilan minyak dan sebum pada kulit
1 lagi
Bertekstur ringan dan lembut

Pelembap yang mengandungi Birch Sap ini dapat membaik pulih kerosakan pada kulit wajah akibat penghasilan minyak berlebihan. 

Tekstur moisturizer ini mudah menyerap pantas masuk ke lapisan kulit paling dalam sekali gus dapat memberi hidrasi pada kulit.

Selain itu dapat membaik pulih kerosakan dan cela yang muncul serta sekatakan tona serta tekstur kulit wajah.

Bukan hanya untuk kulit berminyak, pelembap ini boleh juga digunakan untuk anda yang memiliki kulit kering, kombinasi, sensitif dan normal. 

Yang penting, gunakannya secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang diingini.

Clarins Hydra-Essentiel Rich Cream
Krim pelembap untuk kulit kering 7 daripada 20
Clarins Hydra-Essentiel Rich Cream
Dari RM372.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Melembapkan kulit
Mengandungi ekstrak ‘beautyberry’
Kurang sesuai untuk kulit sensitif
1 lagi
Melindungi kulit dari kekeringan

Kulit kering boleh menjadikan tona kulit tidak sekata, merekah, bersisik dan mengelupas. 

Jadi dengan ekstrak beautyberry, pelembap ini mampu mengembalikan kelembapan dan keserian kepada kulit.

Selain itu, dapat melegakan kulit dengan ekstrak Organic Leaf of Life, tumbuhan berair yang berdaya melindungi kulit daripada dehidrasi.

Dengan bahan ini ia dapat menjadikan kulit lembut dan terhidrat, jadi kulit wajah anda akan terasa lebih sihat.

WARDAH Perfect Bright Moisturizer Normal Skin
Moisturizer murah untuk kulit kering 8 daripada 20
WARDAH Perfect Bright Moisturizer Normal Skin
Dari RM8.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Membantu memudarkan kesan jerawat
Mengandungi SPF28 UV A/ UV B Filters
Mengandungi wangian
1 lagi
Kulit menjadi halus dan cerah

Terik matahari semakin membahang dari hari kehari dan jika kulit tidak mendapat perlindungan yang baik, boleh menyebabkan kulit menjadi pudar. 

Jadi dalam pelembap jenama Wardah, mengandungi kandungan SPF yang tinggi supaya dapat memelihara kulit dari kusam dan pudar. 

Malah dengan ada fungsi sunscreen agen, pelembap ini sebagai salah satu bahan utama memastikan kulit sentiasa terlindung dari sinar UV.

Ekstrak dari akar kayu manis bertindak sebagai agent superstar, kerana manfaatnya sebagai agen pencerah.

Safi Moisturizer With Aloe Vera & Habbatus Sauda
Moisturizer untuk kulit kering dan berjerawat 9 daripada 20
Safi Moisturizer With Aloe Vera & Habbatus Sauda
Safi
Dari RM11.20
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Melindungi kulit dengan nutrien
Melembap dan menyegarkan kulit
Perlu konsisten untuk dapat hasil
2 lagi
Melembutkan dan menghaluskan kulit
Menggunakan bahan antibakteria semula jadi

Pokok lidah buaya mudah diperoleh dan banyak kelebihan pada kulit jadi, tidak hairanlah jika kebanyakan moisturizer menggunakan bahan ini dalam produk mereka.

Malah kajian mengesahkan aloe vera merupakan pelembap yang hebat dan mempunyai beberapa kebaikkan.

Antaranya:

  • Anti-radang 
  • Polisakarida
  • Magnesium laktat
  • Mengandungi salisilat
  • C-glucosyl chromone.

Lagipun aloe vera merupakan pelembap muka yang lembut dan dapat beri seri pada wajah.

Selain itu dapat melembapkan, melicinkan dan melindungi kulit seterusnya meresap ke dalam lapisan luar kulit.

Nurish Organiq Teen Anti Acne Day & Night Moisturizer
Krim malam untuk kulit kering 10 daripada 20
Nurish Organiq Teen Anti Acne Day & Night Moisturizer
Dari RM10.50
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Melawan pertumbuhan jerawat
Mengawal minyak berlebihan
Sesuai untuk remaja
1 lagi
Mengecilkan liang pori

Penting untuk remaja menggunakan produk berasaskan bahan semula jadi bagi mengelakkan kulit menerima kejutan.

Jadi dengan bahan salicylic acid and glycerin merupakan bahan ‘superstar’ bertindak sebagai anti-jerawat, exfoliant, dan soothing

Dengan adanya kandungan penting ini dapat merawat kulit bermasalah, agen anti-radang dan berkesan untuk merawat bintik hitam.

Selain itu, pelembap ini dapat memastikan sel kulit dalam keadaan sihat (kristal cecair) dan melindungi daripada kerengsaan.

Ini menjadikan pelembap sangat bagus untuk merawat kulit kering yang teruk

Aiken Vita-C Bright Moisturizer
Moisturizer untuk kulit kering dan mencerahkan 11 daripada 20
Aiken Vita-C Bright Moisturizer
Aiken
Dari RM13.52
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Terbukti mencerahkan tona kulit
Memastikan kulit sihat
Tidak mengandungi spf
1 lagi
Bebas jerawat

Dirumus dengan bahan Vitamin C dan Minyak Pokok Teh dari Australia.

Ini menjadikan rangkaian AIKEN Vita-C Bright terbukti dapat mencerahkan warna kulit 

Dalam masa yang sama dapat membantu mengekalkan kulit yang sihat dan bebas jerawat.

Fungsi Vitamin C pula mencerahkan tona kulit untuk kulit bercahaya dan berseri.

Dalam masa yang sama dapat mengurangkan jeragat dan bekas jerawat serta menjadikan kulit kelihatan sihat.

Minyak Pokok Teh Dari Australia pula mampu membunuh bakteria penyebab jerawat secara semula jadi dan berkesan untuk menggalakkan kulit yang sihat.

Jadi dengan pemakaian pelembap ini, kulit bebas jerawat serta menghalang pembentukan jerawat baru.

YOU The AcnePlus Series Skin Defense Moisturizer for Acne Care
Moisturizer remaja untuk kulit kering 12 daripada 20
YOU The AcnePlus Series Skin Defense Moisturizer for Acne Care
Dari RM23.11
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Melembutkan kulit
Mengembalikan tona kulit tidak sekata
Tidak mempunyai logo halal
1 lagi
Dapat mengurangkan kemerahan dan jeragat

Produk pelembap Y.O.U AcnePlus Skin Defence Moisturizer ini dapat memberi kulit lembap dan menghalang jerawat timbul.

Produk ini dirumus dengan bahan utama Centella Asiatica dan Herbal Fusion Actives.

Kedua-duanya bekerjasama untuk melembutkan kulit, menyamarkan kemerahan, dan memudarkan cela pada wajah. 

Selain itu, dapat menyokong penampilan kulit yang jauh lebih cerah dan sihat kerana kelembapan kulit sentiasa terjaga.

HADA LABO PREMIUM WHITENING WATER CREAM  GEL
Pelembap untuk kulit kering dan gatal 13 daripada 20
Hada Labo Premium Whitening Water Cream / Gel
Hada Labo
Dari RM58.66
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mencerahkan kulit
Menghidratkan kulit
Harga sedikit mahal

Pelembap jenis ‘water-based’ mempunyai peminatnya sendiri. 

Ini kerana tekstur yang sangat ringan, menyerap dengan pantas pada kulit dan tidak melekit walaupun berpeluh akibat cuaca panas.

Cuma, antara fokus utama produk ini adalah mengurangkan kulit kusam, bintik hitam dan memperbaiki tona kulit tidak sekata.

Neutrogena Hydro Boost Hyaluronic Acid Water Gel
Moisturizer gel untuk kulit kering 14 daripada 20
Neutrogena Hydro Boost Hyaluronic Acid Water Gel
Neutrogena
Dari RM58.72
Lihat harga di Lazada Malaysia
Menguatkan lapisan perlindungan kulit
Cepat meresap ke dalam kulit
Harga mahal
1 lagi
5x lebih penghidratan

Produk ini telah terbukti secara klinikal dimana dapat mengekalkan kelembapan kulit wajah sehingga 78 jam. 

Ini kerana pelembap ini mengandungi asid hyaluronik, asid amino dan elektrolit yang membantu menghidratkan kulit anda.

Tambahan pula kandungan pelembap ini bebas pewangi, mudah menyerap ke dalam kulit dengan cepat dan mempunyai tekstur yang lembut.

Memang pelembap ini bagus untuk kulit kering dan mereka yang mempunyai kulit berminyak, berjerawat atau sensitif anda disyorkan untuk gunakannya.

AIKEN Prebiotic Hydra Moisturiser
Moisturizer untuk kulit kering dan anti aging 15 daripada 20
AIKEN Prebiotic Hydra Moisturiser
AIKEN
Dari RM28.53
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Bebas minyak pati dan pewangi
Berasaskan air
Isipadu kecil

Pelembap Prebiotik Hydra Plus Aiken ini adalah pelembap yang berasaskan air dan cepat menyerap ke dalam kulit. 

Selain itu, kandungan air beras dalam produk ini membantu mengimbangi tahap penghidratan sepanjang hari dan menenangkan kulit gatal atau sensitif.

Mengandungi bahan seperti niacinamide yang boleh mencerahkan kulit dan prebiotik yang boleh meningkatkan kehalusan kulit serta memberikan kekuatan kepada dinding kulit.

Jadi kulit anda lebih lembut, sihat dan kekal lembap sehingga 24 jam. Tiada lagi masalah tompok kering dan garis halus di wajah.

SKINTIFIC Glowing Moisturizer Day & Night Cream Moisture Gel with MSH Niacinamide
Pelembap gel untuk malam 16 daripada 20
SKINTIFIC MSH Niacinamide Brightening Moisture Gel Glowing Moisturizer Fades Dark Spot Cream
Dari RM13
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
Boleh dipakai waktu siang & malam
Melegakan kemerahan kulit
Kuantiti sedikit
3 lagi
Formula bebas minyak
Cepat meresap
Tidak melekit

SKINTIFIC Glowing Moisturizer yang diperkaya dengan Alpha Arbutin ini mampu menyelesaikan masalah kulit kusam.

Ini kerana moisturizer gel ini akan bantu anda mencerahkan tona kulit dalam masa 14 hari sahaja!

Turut mengandungi MSH Niacinamide yang telah terbukti secara klinikal adalah 10 kali lebih berkesan dari Niacinamide biasa.

Bahan kandungan ini sangat bagus untuk mengurangkan masalah hiperpigmentasi dan jeragat.

Paling penting, produk ini tidak akan menyebabkan kerengsaan pada kulit. 

Turut kaya dengan Glycerin yang membantu mengekalkan kelembapan kulit supaya kulit nampak sihat dan lebih anjal. 

Sesuai dengan semua jenis kulit termasuk kulit sensitif dan combination skin kerana pelembap bertekstur gel ini bebas dari alkohol, Paraben dan pewarna tiruan.

Dr.Althea Power Brightening Glutathione Cream
Pelembap untuk kulit kering usia 50 tahun 17 daripada 20
Dr.Althea Power Brightening Glutathione Cream
Dr.Althea
Dari RM116.62
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
Sesuai semua jenis kulit
Boleh melawan kesan penuaan
Harga agak mahal
1 lagi
Beri kelembapan mendalam

Krim Dr. Althea Power Brightening Glutathione adalah penyelesaian terbaik untuk mencerahkan dan melembapkan kulit secara semula jadi. 

Krim ini bukan sahaja memberikan kesan pencerahan segera tetapi juga berfungsi dari dalam untuk memperbaiki tona kulit dan keanjalan. 

Sesuai untuk kulit jenis kombinasi, sensitif, dan kering, ia menangani masalah seperti tona kulit tidak sekata, kusam, dan penuaan sambil memberikan kelembapan mendalam. 

Bahan utamanya adalah Glutathione yang berfungsi sebagai antioksidan kuat yang mengurangkan melanin coklat, mencegah pigmentasi dan meningkatkan regenerasi sel. 

Formulasi pelembap ini cukup lembut untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif dan mudah berjerawat, serta selamat untuk wanita hamil. 

Cara penggunaan, bersihkan wajah anda, sapukan toner, dan kemudian urutkan krim dalam jumlah yang sesuai ke dalam kulit anda sehingga diserap sepenuhnya.

INNISFREE Green Tea Seed Hyaluronic Cream
Pelembap Innisfree untuk kulit kering 18 daripada 20
INNISFREE Green Tea Seed Hyaluronic Cream
Innisfree
Dari RM95
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Menguatkan lapisan kulit
Mengandungi panthenol untuk menenangkan kulit
Stok terhad
1 lagi
Mengekalkan kelembapan kulit wajah

Krim pelembap INNISFREE Green Tea Seed Hyaluronic ini diperkaya dengan Beauty Green Tea dan lima jenis asid hyaluronik, direka untuk menenangkan dan melembapkan kulit anda secara mendalam.

Selain itu, pelembap muka untuk kulit kering ini juga memberikan anda kulit yang sihat dan berseri, barulah nampak glowing secara semula jadi.

Ia berkesan menguatkan penghalang kelembapan kulit yang lemah akibat kehilangan kelembapan dari dalam, memastikan kelembapan kulit wajah anda tahan lama. 

Formula ini turut diperkaya dengan panthenol untuk menenangkan dan melegakan kulit, sementara ceramide dan squalene membentuk lapisan pelindung berganda, mengunci kelembapan dan mencegah dehidrasi.

The Originote Hyalucera Moisturizer Ceramide Hyaluronic Moisturizer Gel Day Night Face Cream
Pelembap The Originote untuk kulit kering 19 daripada 20
The Originote Hyalucera Moisturizer Ceramide Hyaluronic Moisturizer Gel
The Originate
Dari RM19.20
Lihat harga di Lazada Malaysia
Melegakan breakouts
Mengekalkan keanjalan kulit
Keberkesanan bergantung pada individu
2 lagi
Bertindak sebagai antioksidan
Mengawal minyak

The Originote Hyalucera Moisturizer merupakan krim wajah serba boleh yang direka untuk meningkatkan dan melindungi kulit wajah anda. 

Moisturizer untuk kulit kering ini diformulasikan dengan 2D Hyaluronic Acid dan Ceramide, memastikan hidrasi optimum, mengekalkan kelembapan, dan mengukuhkan penghalang untuk mencegah kekeringan kulit wajah. 

Selain itu, gabungan chlorella dan spirulina memberikan sifat antioksidan, mengekalkan keanjalan kulit, dan mengawal pengeluaran minyak sepanjang hari. 

Pelembap bertekstur gel ini sesuai untuk semua jenis kulit dan membantu melicinkan kulit, mengurangkan kemerahan, dan memastikan kulit anda sihat dan seimbang. 

Sesuai untuk kegunaan siang dan malam, ia mudah disesuaikan dengan rutin penjagaan kulit anda.

Mon Cherie Hydrating Mist Moisturizer Hydrating Facial Mist
Moisturizer spray untuk kulit kering 20 daripada 20
Mon Cherie Hydrating Mist Moisturizer Hydrating Facial Mist
Mon Cherie
Dari RM16.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Jenis spray pada wajah
Sesuai untuk semua jenis kulit
Cepat habis
1 lagi
Mengandungi prebiotik

Mon Cherie Hydrating Mist Moisturizer merupakan produk penjagaan kulit serba guna yang menggabungkan manfaat toner, esen, dan pelembap dalam satu botol.

Diperkaya dengan bahan utama seperti Derma Clera, Black Oat Extract, dan Prebiotik, pelembap mist ini memberikan hidrasi yang tahan lama, meningkatkan keanjalan kulit, dan menyokong mikrobiom kulit yang sihat. 

Derma Clera menyuburkan dan menyembuhkan kulit secara mendalam, memberikan penampilan yang muda dan sihat, sementara Black Oat Extract meningkatkan hidrasi kulit wajah anda.

Kandungan Prebiotik pula mempromosikan keseimbangan mikrobiom kulit, menghasilkan penghalang kulit yang lebih baik dan kesihatan kulit keseluruhannya.

Produk 3-dalam-1 ini bukan sahaja memudahkan rutin penjagaan kulit anda tetapi juga menyediakan manfaat antioksidan dan anti-radang, melindungi kulit wajah anda daripada kerosakan dan melegakan rasa iritasi.

Sesuai untuk semua jenis kulit, terutamanya mereka yang mempunyai kulit sensitif.


Apakah Bahan Terbaik Untuk Kulit Muka Kering?

Kulit muka yang kering menandakan kulit kita tidak sihat jadi memerlukan kelembapan supaya kelihatan sentiasa sihat. 

Apabila kulit tidak sihat, secara tidak langsung tona kulit wajah menjadi tidak menarik.

Jadi dengan penggunaan pelembap yang diformulasi secara khusus berdasarkan kepelbagaian jenis kulit, dapat menyelesaikan masalah anda.

Cuma kandungan skincare untuk kulit kering yang pertama adalah glycerin kerana bahan ini serba sedikit membantu memberi hidrasi pada kulit.

Kandungan skincare untuk kulit kering yang kedua adalah glycolic acid. 

Boleh didapati secara semulajadi dalam tebu dan buah-buahan, asid glikolik adalah kandungan bahan untuk kulit kering yang popular.

Ini kerana efektif tidak hanya pada kulit kering tapi pada semua jenis kulit. Jadi sebaiknya baca senarai bahan kandungan sebelum membeli.

Jangan lupa, banyakan minum air masak secukupnya kerana dapat membantu dalam menghidrasi kulit dengan lebih efisien.

Anda boleh tonton video di bawah untuk mengetahui tip penting tentang penjagaan kulit kering.


Apakah Fungsi Pelembap Muka Atau Moisturizer?

Terdapat pelbagai produk kecantikan di pasaran untuk mendapatkan kulit yang cantik, daripada pencuci muka sehinggalah pengambilan supplemen. 

Salah satunya adalah produk pelembap yang memainkan peranan penting untuk menghidrat dan mengembalikan kelembapan pada kulit muka terutama untuk anda yang mengalami masalah kulit kering. 

Pilihlah produk bersesuaian dengan jenis kulit muka dan yang paling penting bahan kandungan pelembap tersebut. 

Elakkan memilih produk yang mempunyai bahan kimia seperti alkohol, paraben, pewarna dan pewangi tiruan, yang akan menyebabkan kulit bertambah iritasi serta kemerahan.


Cara Hilangkan Kulit Kering Di Muka

Keadaan kulit wajah yang kering sebenarnya boleh mengganggu hari anda kerana ia membuatkan kulit rasa tak selesa, dan untuk kes serious boleh menyebabkan iritasi.

Individu yang ada kulit wajah kering juga akan kurang confident untuk jumpa orang lain kerana wajah tidak kelihatan berseri atau kelihatan seperti sakit.

Menghilangkan kulit kering di muka memerlukan rutin penjagaan kulit yang betul dan penggunaan produk yang sesuai. 

Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda ikut untuk hilangkan kulit kering pada wajah:

1. Pilih Pembersih yang Lembut

Gunakan pembersih muka yang bebas sabun dan mempunyai pH seimbang. Elakkan pembersih muka yang mengandungi alkohol atau bahan kimia keras yang boleh mengeringkan kulit wajah.

2. Hidrasi dengan Toner

Gunakan toner yang mengandungi bahan-bahan seperti hyaluronic acid atau glycerin untuk mengekalkan kelembapan kulit. Pastikan toner bebas daripada alkohol.

3. Gunakan Serum dan Esen yang Melembapkan

Pilih serum atau essence yang mengandungi bahan-bahan seperti hyaluronic acid, niacinamide, atau ceramide untuk meningkatkan kelembapan kulit.

4. Pakai Pelembap yang Kaya

Gunakan pelembap yang kaya dengan bahan pelembap seperti shea butter, squalane, atau minyak semula jadi. Pelembap yang lebih berat biasanya lebih sesuai untuk kulit kering.

5. Elakkan Pengelupasan Berlebihan

Lakukan pengelupasan kulit hanya sekali atau dua kali seminggu dengan scrub yang lembut atau exfoliant kimia seperti AHA/BHA. Pengelupasan yang berlebihan boleh mengeringkan kulit.

6. Gunakan Pelindung Matahari

Sentiasa gunakan pelindung matahari dengan SPF 30 atau lebih tinggi untuk melindungi kulit daripada sinar UV yang boleh menyebabkan kekeringan dan penuaan pramatang.

7. Tambah Kelembapan Udara

Gunakan humidifier di dalam bilik tidur atau ruang kerja anda untuk menambah kelembapan dalam udara, terutama di tempat yang mempunyai cuaca kering atau berangin.

8. Minum Air Secukupnya

Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari untuk menjaga hidrasi tubuh dari dalam.

9. Gunakan Masker Muka Melembapkan

Gunakan masker muka yang melembapkan sekurang-kurangnya sekali seminggu. Masker yang mengandungi bahan seperti aloe vera, madu, atau hyaluronic acid sangat baik untuk kulit kering.

10. Periksa Kandungan Produk

Elakkan produk yang mengandungi alkohol, wangian tiruan, dan bahan kimia keras. Cari produk yang dibuat khusus untuk kulit sensitif atau kering.

Dengan mengikuti langkah-langkah ini secara konsisten, anda akan dapat mengurangkan masalah kulit kering dan meningkatkan kejelitaan wajah anda secara semula jadi.


Soalan Lazim

Krim apa yang sesuai untuk kulit kering?

Krim yang mengandungi ceramide, hyaluronic acid atau gliserin paling sesuai untuk kulit kering kerana bahan ini mengunci kelembapan dan membaik pulih lapisan pelindung kulit. Cetaphil Moisturizing Cream adalah pilihan popular yang mudah didapati di Malaysia.

Apakah pelembap muka yang sesuai untuk kulit kering di Watson?

Watsons Malaysia menjual jenama seperti Cetaphil, Neutrogena Hydro Boost dan Hada Labo, semuanya turut disenaraikan dalam panduan ini. Semak rak penjagaan kulit atau kaunter farmasi Watsons untuk pilihan-pilihan ini.

Apakah pelembap terbaik untuk kulit berminyak dan berjerawat?

Untuk kulit berminyak dan berjerawat, pilih formula bebas minyak (oil-free) seperti COSRX Oil-Free Ultra Moisturizing Lotion atau YOU The AcnePlus Series Skin Defense Moisturizer, kedua-duanya turut ada dalam senarai di atas.

Apakah produk muka terbaik di Watson?

Ia bergantung pada jenis kulit anda: Cetaphil untuk kulit kering dan sensitif, COSRX atau produk bebas minyak untuk kulit berjerawat, dan Neutrogena Hydro Boost untuk hidrasi ringan sepanjang hari. Semua jenama ini turut dijual di Watsons Malaysia.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation