Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Iron Baju Terbaik di Malaysia 2024 - Seterika Stim & Elektrik

Pasti kerja menggosok lebih mudah dengan ciri steam iron terbaik.

Bagi mereka yang menekankan kedutan pada pakaian pasti ingin memiliki iron baju terbaik untuk memudahkan kerja-kerja gosok baju.

Bukan apa, kalau kedutan baju tebal dan sukar untuk hilangkan, pasti memakan masa yang lama untuk menggosok baju.

Dengan ciri steam iron atau iron wap terbaik dimana selesa dipegang, tidak terlalu berat, mudah menghilangkan kedutan secara tidak langsung memudahkan proses menggosok baju.

Jadi, jom kita lihat senarai jenama seterika terbaik dan harga seterika atau penggosok baju yang anda boleh beli.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 10 Seterika Terbaik

Iron baju terbaik keseluruhan
Philips PerfectCare Steam
Philips PerfectCare Steam
From
RM329.00
Check Philips PerfectCare Steam price below:
add_circle Teknologi OptimalTEMP untuk pelbagai jenis fabrik
add_circle Stim untuk hilangkan kedutan dengan cepat
add_circle Penutupan automatik selepas 2 minit
remove_circle Harga sedikit mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Iron baju Philips PerfectCare Steam ini mempunyai kuasa kecekapan dan inovasi untuk mengubah pengalaman menggosok pakaian anda, dengan kuasa 2500W, seterika ini memastikan pemanasan pantas dan menjadikan sesi menggosok pakaian anda lebih efektif.

Ciri-ciri:

Dengan kehadiran teknologi OptimalTEMP, Philips PerfectCare Steam Iron ini membolehkan anda menggosok pelbagai jenis fabrik, dari sutera halus hingga fabrik denim yang tebal tanpa membuat tetapan suhu.

Teknologi ini juga dapat mengelak risiko fabrik terbakar apabila dengan tidak sengaja anda meninggalkannya di atas pakaian kerana ia akan off secara automatik jika terbiar selama 2 minit, jadi lebih selamat!

Selain itu, pengeluaran stim berterusan sebanyak 45 g/min memastikan prestasi yang kuat dan stabil, dengan mudah menghilangkan kedutan dari pakaian anda. 

Untuk kedut yang degil, ciri tambahan stim sebanyak 180 g mampu menembusi lebih dalam ke dalam fabrik untuk hasil yang pantas dan berkesan dalam menghilangkan kedut.

Tambahan lagi, dengan sistem Drip-Stop, ia mencegah titisan air ke atas fabrik yang boleh menyebabkan kesan pada fabrik yang halus, membolehkan anda menggosok dengan yakin pada suhu rendah.

Review:

"Lebih senang proses buang kedut berbanding steam iron yang lain. Iron pun cepat panas dan senang gosok baju. Setting ECO pun dah cukup untuk gosok baju sekolah anak 3 set. Pembelian yang berbaloi!"

Iron baju tanpa wayar
Panasonic Cordless Dry Iron NI-100DX
Seterika tanpa wayar terbaik
From
RM107.00
Check Panasonic Cordless Dry Iron NI-100DX price below:
add_circle Disediakan wayar
add_circle Mempunyai tapak letak seterika
add_circle Tidak akan merosakkan fabrik
remove_circle Agak berat (1.4kg)

Memang mudah guna seterika tanpa wayar Panasonic kerana anda boleh menggosok baju tanpa had atau terganggu dengan wayar. 

Malah tapak seterika jenis non-stick juga tidak akan menyebabkan berlaku baju hangus atau gosokkan tersekat-sekat. 

Kuasa 1000w pun sudah memadai untuk gosokan minimal pakaian harian anda. 

Jangan risau, walaupun seterika ini tanpa wayar tapi Panasonic tetap sediakan wayar jika anda ingin bertukar citarasa. 

Anda boleh melaras dari 3 suhu pemanasan dan seterika sedia digunakan dengan arahan lampu seterika disisi. 

Iron baju yang bagus
Tefal Express Easy Steam Generator Iron SV6116
Tefal
Tefal Steam Iron Express Easy Steam Generator Iron SV6116M0
From
RM320.00
Check Tefal Express Easy Steam Generator Iron SV6116 price below:
add_circle Kapasiti tangki air besar (1.4L)
add_circle Meluncur dengan lancar di atas semua fabrik
add_circle Boleh hilangkan kedut degil
remove_circle Seterika sedikit berat

Seterika dari jenama Tefal ini merupakan jenis steam generator, mempunyai tekanan pam yang kuat sebanyak 5.3 bar dan kuasa 2200W, bersamaan dengan pengeluaran stim berterusan sebanyak 120 g/min.

Selain itu, ia boleh menghilangkan kedutan degil dengan stim tambahan yang kuat sehingga 270g/min, dengan mudah menjadikan pakaian kelihatan smooth

Dengan tapak soleplate seramik pada seterika ini, ia akan memastikan luncuran yang mudah di atas fabrik, manakala thermostat dengan pelbagai tetapan menjadikannya sesuai untuk semua jenis fabrik

Anda juga akan memiliki kapasiti tangki air yang besar sebanyak 1.4L, membolehkan anda menikmati sesi menggosok berterusan sehingga 1 jam dan 40 minit tanpa perlu mengisi semula dalam mod ekonomi.

Tidak perlu rungsing lagi dengan penyelenggaraan kerana ia lebih mudah daripada sebelumnya dengan teknologi calc clear, yang membuang kotoran dari dalam seterika.

Iron baju untuk travel
Samu Giken Garment Steamer Handheld Model: GSH101WT
Samu Giken Garment Steamer Handheld Model GSH101WT
From
RM79.90
Check Samu Giken Garment Steamer Handheld Model: GSH101WT price below:
add_circle Ringan
add_circle Pemanasan pantas
add_circle Mudah dibawa kemana sahaja
remove_circle Tangki air kecil, 170ml

Seterika wap handheld Samu Giken ini direka ergonomik supaya tidak akan menyebabkan tangan melecur akibat terkena wap panas. 

Muncung hadapan seterika boleh ditekap pada pakaian yang digantung dengan mudah. 

Kuasa 1000w seterika kecil ini amat kuat dan mampu menggosok apa jua jenis pakaian atau barangan kelengkapan rumah yang lain seperti langsir, lapik meja dan sofa.

Jika anda ingin bawa travel pun boleh sebab seterika ini kecil dan ringan, jadi tidak akan mengambil ruang simpanan yang banyak.

Iron baju Panasonic
Panasonic Non-stick Coating Dry Iron NI-415EWT-BT/PC
Panasonic
Panasonic Non-stick Coating Dry Iron NI-415EWT-BTPC
From
RM69.00
Check Panasonic Non-stick Coating Dry Iron NI-415EWT-BT/PC price below:
add_circle Saiz kecil
add_circle Tapak seterika non-stick
add_circle Harga murah
remove_circle Tiada fungsi wap
remove_circle Agak berat, 1.6kg

Kecil dan mudah digunakan, seterika Panasonic ini diyakini tidak merosakkan pakaian kerana memiliki ciri tapak seterika yang non-stick bukan sahaja mengelakkan risiko hangus. 

Malah, merupakan antara tapak seterika yang tahan lasak dan sangat tegap bila menghayun seterika pada permukaan fabrik. 

Suhu panas juga sekata dengan cepat dan anda tidak perlu menunggu lama. 

Selain itu saiz yang kecil, menjadikan mudah dibawa kemana sahaja dan simpan di ruangan yang sempit. 

Kalau anda suka seterika nostalgia yang berat dulu-dulu, seterika ini sangat serupa!

Iron baju senang
Russell Taylors Steam Iron
Russell Taylors Steam Iron
From
RM69.99
Check Russell Taylors Steam Iron price below:
add_circle Warranty 2 tahun
add_circle Sesuai semua jenis fabrik
add_circle 15 saat masa pemanasan
remove_circle Tangki air kecil

Russell Taylors Steam Iron boleh menjadi seterika yang senang digunakan di rumah anda dengan keupayaan stim yang kuat yang mampu menghilangkan kedutan degil.

Seterika ini mempunyai 5 tetapan stim yang direka khas untuk pelbagai fabrik termasuk nilon, sutera, wool, kapas, dan linen, memastikan penjagaan optimum untuk semua pakaian anda.

Dilengkapi dengan tangki air sebesar 275ML, senang untuk pengisian semula dengan sistem yang mesra pengguna, membolehkan sesi menggosok baju tanpa gangguan. 

Selain itu, tapak soleplate tahan lama yang tidak melekat mudah meluncur dengan lancar di atas fabrik anda.

Beroperasi pada voltan 220 - 240V, ia memanas dalam masa hanya 15 saat, bersedia untuk tugasan menggosok pakaian anda dengan cepat.

Jangan risau, produk ini dilengkapi dengan jaminan terhad 2 tahun dari Russell Taylors, jadi boleh gunakan seterika ini tanpa risau.

Iron baju murah
Khind Electric Dry Iron EI303
Khind Electric Dry Iron EI303
From
RM56.10
Check Khind Electric Dry Iron EI303 price below:
add_circle Penutupan automatik thermostat
add_circle Wayar yang panjang (1.6M)
add_circle Berat 2kg sahaja
remove_circle Tiada stim atau wap

Khind Electric Dry Iron mempunyai tapak soleplate yang dilapisi seramik, menawarkan ketahanan dan luncuran yang lancar atas pelbagai jenis fabrik.

Dilengkapi dengan ciri automatik termostat, seterika ini menyediakan ciri keselamatan dengan mengelakkan pemanasan berlebihan dan kerosakan pada pakaian anda.

Kabel yang fleksibel, dengan panjang 1.6 meter pula, menawarkan keselesaan dan kemudahan pergerakan semasa sesi menggosok.

Walaupun binaannya yang kukuh, Khind Electric Dry Iron tetap ringan, dengan berat hanya 2 kilogram, menjadikannya mudah untuk digunakan.

Selain itu, lampu penunjuk pilot memberikan ciri mesra pengguna dengan petunjuk visual untuk status operasi seterika.

Dengan kombinasi bahan berkualiti, ciri keselamatan, dan reka bentuk mesra pengguna, Khind Electric Dry Iron pilihan yang tepat sebagai seterika harian di rumah.

Iron baju steam
Simplus Iron Steam Garment Steamer
Simplus Iron Steam Garment Steamer
From
RM87.00
Check Simplus Iron Steam Garment Steamer price below:
add_circle 11 mod menggosok
add_circle Pemanasan 20 saat
add_circle Mempunyai eco mode
remove_circle Ruang yang besar untuk simpan

Kalau anda mencari seterika jenis moden, anda boleh cuba Simplus Iron Steam Garment Steamer ini, 

Dikuasakan oleh teras dalaman superior 2000W, seterika ini memastikan prestasi yang cepat dan cekap, menjadikan sesi menggosok pakaian menjadi lebih mudah.

Dilengkapi dengan tapak soleplate keluli tahan karat yang tahan lama, Simplus Iron Steam Garment Steamer meluncur dengan lancar di atas fabrik dan memberikan hasil sempurna. 

Dengan 11 mod menggosok, anda boleh menyesuaikannya mengikut jenis fabrik dan keutamaan anda.

Ia juga boleh digunaka secara fleksibel, sama ada secara menegak pada sudut 90° atau secara mendatar pada sudut 180°.

Selain itu, turut dilengkapi dengan 7 nozel stim dan kawasan penggosokan tambahan, seterika ini menembusi jauh ke dalam fabrik dan berkesan menghilangkan kedut serta lipatan degil.

Iron baju tangan
Xiaomi Mijia Steam Iron
Xiaomi Mijia Steam Iron
From
RM62.01
Check Xiaomi Mijia Steam Iron price below:
add_circle Jenis iron tangan
add_circle Boleh bawa travel
add_circle Ringan digunakan
remove_circle Kapasiti tangki air kecil

Xiaomi Mijia Steam Iron mampu menjadi seterika pakaian mudah alih anda dengan menggabungkan reka bentuk menarik dengan fungsi canggih.

Dengan kuasa 2000W yang kuat, Xiaomi Mijia Steam Iron menghasilkan aliran stim sebanyak 18g/min, secara berkesan melembutkan pakaian dan fabrik.

Tangki air kompaknya mempunyai kapasiti 100ml, memberikan stim yang mencukupi untuk keperluan menggosok anda.

Dengan menggunakan pemanasan elektrik, seterika ini menggunakan gabungan tindakan "menarik," "menekan," dan "menyembur" untuk meratakan kedut dan lipatan, meninggalkan pakaian atau fabrik anda kelihatan seperti baru. 

Sama ada anda menggosok pakaian yang halus atau fabrik harian, Xiaomi Mijia Steam Iron sangat sesuai digunakan semasa anda travel di dalam atau luar negara.

Seterika ini direka untuk menyederhanakan rutin menggosok dan menjaga pakaian anda agar sentiasa kelihatan kemas dan rapi.

Iron baju Philips
Philips Steam Generator GC7846/86
Philips
Philips Steam Generator GC7846/86
From
RM599.00
Check Philips Steam Generator GC7846/86 price below:
add_circle Kapasiti tangki air besar (1.5L)
add_circle Penghasilan stim yang kuat (6.5 bar pam)
add_circle Teknologi OptimalTEMP
remove_circle Harga mahal

Seterika Philips Steam Generator ini mempunyai kapasiti tangki air yang besar sebanyak 1.5 liter dan tekanan stim maksimum 6.5 bar pam, memastikan pengeluaran stim berterusan untuk hilangkan kedut pada pakaian.

Dengan teknologi OptimalTEMP, anda tidak perlu lagi menetapkan suhu kerana ia akan menyesuaikan suhu secara automatik mengikut jenis fabrik yang anda sedang gosok.

Selain itu, seterika ini juga mempunyai ciri keselamatan yang memastikan pakaian dilindungi daripada terbakar walaupun ditinggalkan di atas pakaian.

Dalam masa 2 minit, seterika ini sudah sedia digunakan dan membolehkan anda menyelesaikan tugasan menggosok dengan mudah.

Penghasil stim boleh diisi semula dengan air paip pada bila-bila masa, dan dengan peringatan nyahkerak dan ciri antikerak yang berkesan, penyelenggaraan menjadi lebih mudah. 

Seterika ini menyediakan luncuran terbaik dan lancar di atas fabrik, serta selamat digunakan pada semua jenis fabrik termasuk fabrik jenis sutera.


Cara Memilih Seterika

Cara pilih seterika sebenarnya bergantung pada cita rasa dan penggunaan setiap individu. 

Tapi, kebiasaanya seterika dipilih dari:

  • Kuasa watt

Seterika yang mempunyai kuasa watt yang tinggi sering dikaitkan dengan pemanasan yang kuat dan pantas. 

Jadi pilih seterika dengan watt 1000W hingga 2500W keatas untuk menghilangkan kedutan dengan mudah. 

  • Rekaan

Sebaiknya pilih seterika yang selesa dipegang, mempunyai ciri ergonomik, ringan dan mudah dibawa atau disimpan.

  • Perlu fungsi wap atau tidak

Bergantung pada penggunaan anda, mungkin anda lebih selesa menggunakan seterika biasa atau lebih suka dengan seterika mempunyai wap. 

  • Kendalian pemanasan suhu

Terdapat seterika yang mempunyai pemanasan suhu automatik seperti beberapa koleksi Philips. 

Jika tidak, pilih seterika yang mempunyai pilihan suhu supaya anda boleh mengawal kehendak haba yang sesuai untuk fabrik pakaian anda. 

  • Tapak seterika

Pilih tapak seterika dengan label ‘non-stick’. Selamat menggosok baju!


Cara Penjagaan Seterika Agar Tahan Lama

Setiap rumah pasti ada seterika sama ada iron wap, seterika berdiri, seterika tanpa wayar, atau seterika biasa.

Mana tidaknya, iron baju ini memudahkan kita untuk menggosok pakaian supaya kelihatan licin dan kemas.

Walaupun kelihatan mudah, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian untuk memastikan seterika berfungsi dengan baik.

Pertama, pastikan seterika disimpan di tempat yang kering dan elakkan terdedah kepada haba yang melampau kerana ia boleh merosakkan plat pemanas dalam seterika. 

Kedua, sentiasa kosongkan air dari tangki seterika wap selepas digunakan untuk mengelakkan karat.

Selain itu, elakkan menggosok seterika pada permukaan keras atau kasar. 

Gosok seterika hanya pada papan seterika yang lembut atau kain. Jika perlu, sapukan lilin seterika pada plat pemanas untuk melindungi permukaannya.

Akhir sekali, cabut plag iron baju dari suis kuasa apabila selesai menggunakannya.

Ini dapat mengelakkan seterika baju daripada terlebih panas dan memendekkan hayat elemen pemanas.

Jangan lupa, pastikan tangan sentiasa kering semasa mencabut plug untuk mengelakkan renjatan elektrik.


Artikel Berkaitan

End of Article