Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

12 Mesin Kopi Terbaik di Malaysia 2024 (Manual/ Automatik)

Sekarang dekat rumah pun boleh jadi barista!

Peminat kopi tentunya merasakan perlu untuk ada mesin kopi untuk buat kopi yang enak di rumah.

Kalau beli di kedai, tentu memakan belanja bulanan yang tinggi, jadinya lebih jimat untuk ada mesin coffee sendiri.

Tidak kira mesin kopi seperti yang digunakan barista, atau mesin kopi nescafe yang biasa, setiap mesin ada kelebihan tersendiri.

Seperti mesin kopi espresso yang boleh menghasilkan kopi latte atau cappuccino yang enak, atau mesin kopi yang menggunakan kapsul kopi Starbucks.

Kebiasaannya untuk yang mahu buat kopi dengan pantas dan tidak terlalu teknikal, boleh beli mesin coffee maker yang biasa.

Untuk yang mahukan lebih rasa kopi dan suka eksperimen dalam penghasilan kopi, boleh dapatkan mesin coffee barista.

Tidak kira apa kecenderungan anda, mesin buat kopi semestinya berbaloi untuk dimiliki jika anda merupakan seorang peminum kopi tegar.

Jom lihat senarai mesin bancuh kopi dengan harga mesin kopi mengikut cita rasa dan keperluan anda.


Penyunting

Tentang Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Pakar
Founder Blek Coffee Company

Azzam Yusoff chevron_right

Merupakan seorang peguam ketika beliau menceburi bidang perkopian pada empat tahun yang lepas. Selepas mendapati bahawa bidang kop ...

Jenis Kopi di Malaysia Dan Mana Yang Terbaik?

Terdapat pelbagai spesies biji kopi di dunia dan sering menjadi pilihan pengusaha kedai kopi, antaranya kopi jenis Arabika, Robusta, Liberica dan Excelsa.

Seperti yang umum tahu, biji kopi yang terbaik adalah jenis Arabika kerana ia ditanam di kawasan altitude tinggi dan juga tanahnya yang subur dapat menghasilkan kopi yang lebih baik.

Jom lihat apa kata Expert kami mengenai jenis kopi yang terbaik untuk anda minum atau bagi peminat kopi.

Founder Blek Coffee Company

Azzam Yusoff

Jenis kopi yang biasa digunakan di seluruh dunia adalah Arabika kerana kopinya yang berkualiti dan mampu menghasilkan nota rasa yang pelbagai.

Contohnya, di Amerika Tengah biji kopi jenis ini akan menghasilkan rasa yang ke arah chocolatey, manakala di Afrika ia menghasilkan rasa yang ke arah floral fruity.

Di Asia pula, kebanyakkan rasa akan ke aras earthy atau seperti rasa tanah yang sedikit kuat.

Sama juga macam jenis kopi Robusta yang menghasilkan rasa yang kuat atau harsh.

Di Malaysia juga terdapat tanaman kopi Arabica yang ditanam di Sabah dan juga di Janda Baik, dan kopi yang dari Sabah dikenali juga dengan nama Sabarica.

Sementara itu, kopi jenis Robusta adalah yang paling banyak ditanam di Malaysia, seperti yang kita tahu biji kopi yang banyak menghasilkan kopi kampung.

Biasanya kopi kampung guna biji kopi jenis Robusta dan ia terkenal dengan rasa pahit atau harsh.

Sebab itu untuk kopi kampung biasanya biji kopi itu dibakar, panggang dan akan campur dengan majerin dan juga gula sebelum minum. 

Terbaru sekarang ini yang semakin naik adalah kopi jenis Liberica yang kini banyak ditanam di Peserai dan Batu Pahat (Johor), dan juga di Sik (Kedah).

Jadi kesimpulannya, kopi terbaik di Malaysia semestinya Arabica kerana seperti yang dinyatakan tadi kualitinya yang sangat baik, dapat menghasilkan nota-nota rasa yang pelbagai dan mempunyai kafein yang rendah berbanding dengan jenis Robusta.

Begitulah pendapat dari Expert kami mengenai kopi terbaik di Malaysia atau di dunia, dan walaupun Robusta lebih banyak di tanam di Malaysia, kopi jenis Arabika tetaplah yang terbaik.


Apa Beza Kopi Manual Dan Automatik?

Sebelum membuat pembelian mesin kopi, tentu anda nak tahu apa beza kopi manual dan juga automatik, dan adakah ia beri kesan kepada rasa kopi yang kita hasilkan.

Founder Blek Coffee Company

Azzam Yusoff

Kopi manual lebih kepada penggunaan tools seperti V60, Aeropress, French Press, dan lain-lain tools pembuatan kopi yang tidak menggunakan mesin. 

Mesin automatik atau kebiasaannya dikenali sebagai mesin espresso terbahagi kepada banyak jenis.

Pertama adalah mesin manual yang tidak mempunyai butang dan basically On dan Off sendiri.

Kemudian kita ada jenis semi auto di nama ia merupakan mesin yang ada banyak butang yang kita boleh set seperti set suhu air, set masa, set PID, dan mesin ini banyak digunakan di cafe-cafe.

Kita juga ada mesin automatik sepenuhnya di mana ia datang bersama dengan grinder, jadi cuma perlu tekan sahaja dan ia akan hasilkan jenis kopi yang kita nak.

Kopi yang dihasilkan guna alatan manual akan menghasilkan rasa yang lebih clean, clarity dan beraroma, di mana kita tidak letakkan tekanan kepada kisaran kopi tersebut.

Untuk mesin automatik, rasanya akan lebih kuat kerana mesin automatik biasanya akan letakkan tekanan yang tinggi dan menghasilkan pati kopi yang kuat dan juga mempunyai creamer.

Jadi rasanya memang agak kuat dan kita boleh menghasilkan kopi yang bersusu seperti Latte dan tidak bersusu seperti Americano.

Untuk kopi yang dihasilkan secara manual, biasanya ia diminum tanpa susu kerana kopi ini akan menghasilkan rasa-rasa yang clean, clarity dan aroma, jadi jika ditambah susu ia akan menghilangkan rasa-rasa tersebut.

Dari segi acidity, kopi filter atau manual sememangnya menghasilkan kopi dengan acidity yang tinggi kerana profile roasting kopi ini tidak sama dengan kopi mesin espresso.

Roasting kopi manual biasanya menggunakan light roast, light to medium, dan medium roast.

Manakala kopi mesin espresso biasa menggunakan medium roast, medium to dark, dan dark.

Kesimpulannya, kalau nak rasa yang lebih clean dan clarity, atau nak main dengan aroma dan pelbagai rasa yang kita boleh dapat, boleh hasilkan kopi cara manual atau handbrew.

Dan jika mahukan kopi yang mempunyai rasa kuat dan untuk dijadikan kopi latte, cappucino dan sebagainya, boleh pilih mesin kopi automatik.

Jelas sekali kedua-duanya mempunyai perbezaan yang sangat ketara dari segi alatan dan cara pembuatan, dan juga sehingga ia menghasilkan rasa yang berbeza walaupun menggunakan biji kopi yang sama.


Tips Pilih Mesin Kopi

Untuk anda yang minum kopi setiap hari, pastikan mesin bancuh kopi yang dipilih mempunyai kapasiti yang besar dan mudah digunakan, serta mudah dicuci.

Kalau anda masih ragu-ragu nak pilih mesin kopi yang mana, lihat dulu apa pandangan Expert kami mengenai ini.

Founder Blek Coffee Company

Azzam Yusoff

Bagi saya kena tengok kepada tujuan dan penggunaan. Ada dua kategori, yang pertama adalah kategori homebrew dan kedua adalah komersial untuk berniaga.

Untuk kegunaan di rumah perlu lihat juga samada kita nak yang easy to use dan mudah untuk jaga atau kita mahukan yang setaraf dengan mesin komersial di kedai kopi.

Kalau kita sekadar dan mudah untuk kita maintain mesin tu, mudah untuk brew kopi, boleh je pilih mesin fully auto.

Kini, dengan teknologi yang ada pada mesin kopi automatik sepenuhnya, ia sudah mampu menghasilkan kopi yang bagus.

Mungkin ia tidak sebagus kopi komersial punya standard, tapi ia mudah untuk dijaga, dicuci dan mudah untuk menghasilkan kopi.

Tapi kalau anda mahukan kopi bertaraf komersial untuk dihasilkan secara homebrew, boleh pilih mesin separa manual yang tidak datang bersama dengan grinder.

Harganya sedikit mahal, tapi sangat berbaloi buat penggemar kopi yang nak kopi mereka bertaraf komersial.

Anda boleh pilih mesin yang mampu menghasilkan 9 bar pressure, boleh menghasilkan minimum steam 1 ke 1.5 bar pressure, dan mempunyai komersial spek portafilter 58mm.

Tidak ada adjustable PID pun tak mengapa sebab suhu standard oleh kilang adalah 92 darjah celcius.

Ciri-ciri ini pun dah boleh menghasilkan kopi yang setara dengan kopi-kopi komersial atau specialty

Bagaimanapun, mesin jenis ini agak renyah sebab anda perlu cuci grinder, dan nak cuci mesin pun bukan mudah, jadi penjagaan long term dia pun agak susah sikit.

Jika anda mahu beli mesin komersial, saya tak cadangkan untuk beli yang fully auto dan siap sekali dengan grinder. Lebih baik beli grinder secara berasingan.

Cumanya perlu cari brand yang baik, tak kisah jenama dari Italy atau China.

Kalau bajet rendah, boleh mula dengan komersial China sebab ia masih mempunyai kualitinya yang baik cuma jangka hayatnya tidak tahan lama.

Dan kalau ada bajet yang banyak, boleh beli mesin komersial Italy ataupun eropah yang lain sebab jangka hayat yang lebih lama seperti jenama Lambrusco, Chimney Italy, La Cimbali dan lain-lain.


Senarai 12 Mesin Kopi Terbaik

*PERHATIAN: Jenama mesin kopi yang disenaraikan di bawah bukan dari cadangan Azzam Yusoff.*

Mesin kopi terbaik keseluruhan
PerySmith 20BAR Espresso Coffee Machine Retro Series RT2000
PerySmith 20BAR Espresso Coffee Machine Retro Series RT2000
From
RM279.00
Check PerySmith 20BAR Espresso Coffee Machine Retro Series RT2000 price below:
add_circle Boleh buat 2 cawan kopi sekaligus
add_circle Panaskan air dalam masa 60 saat
add_circle Kapasiti tangki air 1.5L
add_circle Harga mampu milik
remove_circle Tempoh waranti hanya 12 bulan

Sebab menjadi pilihan utama:

Mesin kopi espresso PerySmith ini membolehkan anda membancuh kopi dengan dua cara, iaitu kapsul espresso dan kopi menggunakan biji kopi yang telah dikisar. 

Ciri-ciri:

Direka dengan pam elektromagnetik 20 bar yang membolehkan kopi anda diekstrak dengan baik, jadi kopi yang dihasilkan mengeluarkan aroma kafein yang harum serta rasa kopi pekat dan kaw. 

Hanya 9 saat diperlukan untuk buat kopi dengan mesin espresso PerySmith ini, bagus bukan? 

Tangki airnya pula boleh ditanggalkan agar mudah untuk dibersihkan. 

Nak buat latte art pun boleh dengan mesin kopi ini kerana anda boleh steam susu seperti mesin espresso mahal lain. 

Tak perlu risau tentang kerosakan kerana telah mendapat pengesahan SIRIM. 

Review:

“Sesuai untuk peminat kopi, boleh buat kopi sendiri di rumah dengan harga murah, tak perlu lagi beli kopi di kafe. Siap ada foam maker. Sesuai untuk yang baru nak belajar latte art.”

Mesin kopi untuk rumah
Khind CM1215 CLassic Stainless Steel Coffee Maker
Khind
Khind CM1215 CLassic Stainless Steel Coffee Maker
From
RM97.90
Check Khind CM1215 CLassic Stainless Steel Coffee Maker price below:
add_circle Kapasiti yang sangat besar (1.5L)
add_circle Harga yang amat murah
add_circle Boleh buat 12 cawan kopi sekaligus
add_circle Bakul penapis boleh dibasuh & ditanggal
add_circle Anti titisan
remove_circle Tiada fungsi pemanasan
remove_circle Jaminan hanya 1 tahun
remove_circle Tidak boleh guna kopi kapsul

Mesin coffee maker Khind ini antara mesin yang paling mudah digunakan dan paling murah di Malaysia. 

Hanya perlu isi air di bekas disediakan, letak serbuk kopi dalam penapis dan tekan sahaja butang untuk buat kopi. 

Dilengkapi dengan paparan digital, fungsi masa dan keep warm yang membolehkan anda programkan sendiri. 

Paling selamat diletakkan di dapur rumah anda kerana ia mempunyai ciri keselamatan di mana mesin bancuh kopi ini akan auto off jika tidak digunakan selepas 40 minit. 

Fungsi timer pula membolehkan anda pilih masa kopi siap dibancuh, contohnya kopi anda akan dibancuh secara automatik pada pukul 6.45 pagi sebelum bertolak ke pejabat.

Mesin kopi manual
ROK Presso GC PRO Espresso Maker Manual Espresso Coffee Machine
ROK Presso GC PRO Espresso Maker Manual Espresso Coffee Machine
From
RM999.90
Check ROK Presso GC PRO Espresso Maker Manual Espresso Coffee Machine price below:
add_circle Diperbuat dari aluminium kalis karat
add_circle Tidak perlu menggunakan elektrik
add_circle Sesuai dibawa berkhemah
remove_circle Harga sangat mahal

Mahu nikmati secangkir kopi espresso enak ketika berkhemah atau berkelah di dalam hutan?

Mesin kopi manual dari ROK Presso ini memang untuk anda kerana ia mudah dibawa ke mana-mana. 

Cara nak buat kopi dengan mesin ini mudah, hanya perlu tekan guna tangan di bahagian lengan berkembarnya. 

Nak tekan guna sebelah tangan pun boleh namun tekan guna kedua-dua belah tangan lebih stabil. 

Memang mudah digunakan namun jika anda baru nak belajar guna mesin kopi tangan ini, perlu ingat bahawa rasa kopi yang dihasilkan mungkin tidak menjadi seperti yang diinginkan. 

Ini kerana mesin ini memerlukan anda memiliki kemahiran buat kopi yang bagus.

Mesin bancuh kopi ini turut hadir dengan portafilter, sudu kopi atau tamper, O-Ring dan splitter.

Mesin kopi untuk office
Nespresso Lattissima Touch Coffee Machine Black F521-ME-BK-NE
Nespresso Lattissima Touch Coffee Machine Black F521-ME-BK-NE
From
RM1,450.00
Check Nespresso Lattissima Touch Coffee Machine Black F521-ME-BK-NE price below:
add_circle Jag susu boleh ditanggalkan & dibasuh
add_circle Kapsul kopi boleh dikitar semula
add_circle Mudah digunakan
add_circle Saiz kompak
remove_circle Harga terlalu mahal
remove_circle Kapasiti tangki air hanya 0.9L

Tak perlu bazirkan masa bereksperimen untuk dapatkan kopi sedap kerana mesin kopi kapsul dengan berat hanya 4.5kg ini membolehkan anda membuat kopi sepantas 25 saat sahaja.

Sesuai digunakan di pejabat kerana ia boleh buat 6 jenis kopi iaitu espresso, lungo, capuccino, latte berkrim, latte machiato dan buih susu hangat dengan 1 butang sahaja. 

Ia direka dengan tekanan 19 bar di mana kuasanya lebih dari cukup untuk menembusi kapsul dan memberikan aroma kopi yang cukup harum meskipun mesin jenis automatik. 

Selamat digunakan kerana dilengkapi ciri auto power off apabila tidak digunakan.

Pelbagai jenis kapsul original Nespresso boleh digunakan dengan mesin kopi Nescafe ini.

Ekstra: Pengisar Terbaik untuk Pembuatan Susu Kocak dan Minuman Sejuk

Mesin kopi compact
Smeg - ECF01 Espresso Coffee Machine/Coffee Maker
Smeg - ECF01 Espresso Coffee MachineCoffee Maker
From
RM3,025.00
Check Smeg - ECF01 Espresso Coffee Machine/Coffee Maker price below:
add_circle Boleh steam susu
add_circle Pam tekanan 15 bar
add_circle Tempoh jaminan 24 bulan
add_circle Tangki air berkapasiti 1L boleh ditanggalkan
add_circle Sesuai dengan ground coffee & paper pods
remove_circle Harga terlalu mahal

Meskipun mahal, namun mesin espresso dari Itali ini terbaik untuk buat kopi latte, cappuccino dan flat white yang berkrim dan pekat. 

Dilengkapi dengan ciri single coffee dan double coffee jika anda mahu buat dua cawan kopi serentak. 

Ia menggunakan sistem pemanasan thermoblock dan suhu kopi sama ada rendah, sederhana atau tinggi juga boleh dipilih mengikut selera anda.  

Sesuai untuk anda yang mahukan mesin kopi espresso yang bersaiz kompak, jadi ia tidak akan memakan ruang yang banyak apabila diletakkan di atas kabinet dapur. 

Rekaannya yang retro dan estetik juga membolehkan anda menjadikan mesin ini sebagai hiasan walaupun ketika tidak digunakan.

Mesin kopi untuk perniagaan
Gemilai CRM3200 Espresso Machine
Gemilai CRM3200 Espresso Machine
From
RM2,760.00
Check Gemilai CRM3200 Espresso Machine price below:
add_circle Untuk kegunaan bisnes & kopi rumah
add_circle Mesin kopi semi automatik
add_circle Boleh steam susu
add_circle Boleh buat latte
remove_circle Harga agak mahal

Untuk anda yang baru nak mulakan perniagaan kopi kecil-kecilan, kami syorkan untuk dapatkan mesin espresso Gemilai ini kerana harga mesin kopi barista ini tidak semahal mesin komersial bersaiz besar lain. 

Bahagian hadapan mesin ini terdapat butang dan paparan yang mudah difahami, jadi ia mudah digunakan untuk semua walaupun anda baru sahaja jadi barista. 

Bukan sahaja boleh mengekstrak kopi, malah mesin kopi ini turut mempunyai fungsi pembuih susu dengan paip pengukus komersial 4 lubang untuk mudahkan anda buat latte art pada kopi pelanggan. 

Mesin ini mudah dibersihkan kerana tangki air dan dulang sisa airnya boleh ditanggalkan.

Bahagian atas mesin kopi pula boleh digunakan untuk letak cawan.

Mesin kopi automatik
De'Longhi Magnifica S Fully Automatic Coffee Machine - ECAM22.110.SB
De'Longhi Magnifica S Fully Automatic Coffee Machine - ECAM22.110.SB
From
RM2,499.00
Check De'Longhi Magnifica S Fully Automatic Coffee Machine - ECAM22.110.SB price below:
add_circle Boleh buat 2 cawan espresso serentak
add_circle Boleh pilih saiz kisaran biji kopi
add_circle Dilengkapi grinder biji kopi
add_circle Kapasiti bekas air 1.8L
add_circle Pam tekanan 15 bar
remove_circle Harga mahal

Tak perlu membazir beli kopi di kafe, bancuh saja kopi setiap pagi di rumah atau pejabat dengan mesin kopi automatik penuh ini. 

Mesin kopi De’Longhi mempunyai milk frother (pembuih susu), jadi kopi susu seperti latte, cappuccino dan flat white dapat dibuat tanpa masalah. 

Paling menarik, ia lengkap dengan fungsi kuantiti kopi dan anda boleh pilih aroma kopi yang ingin dihasilkan. 

Turut dilengkapi dengan 4 resepi kopi seperti Espresso, Espresso Lungo, air panas dan steam.

Mesin kopi untuk cafe
Breville BES870 Barista Express Espresso Machine
Breville BES870 Barista Express Espresso Machine
From
RM3,199.00
Check Breville BES870 Barista Express Espresso Machine price below:
add_circle Rekaan mesin kukuh
add_circle Kapasiti tangki air 2L
add_circle Boleh buat latte art
add_circle Mempunyai coffee grinder & portafilter 54mm
remove_circle Harga terlalu mahal

Teringin nak tuang susu ke dalam cawan espresso macam yang sering dibuat oleh barista di kafe-kafe? Kopi machine Breville ini patut jadi pilihan anda. 

Ini kerana mesin coffee barista ini mempunyai muncung pembuih susu (milk frother) yang sesuai untuk latte art

Ia juga membolehkan anda kisar sendiri biji kopi mengikut dos dan saiz kisaran yang diinginkan sesuai selera. 

Selain itu, mesin kopi barista Breville ini mempunyai bean hopper 250g  untuk simpan biji kopi sebelum ia dikisar, sekali gus kesegaran biji kopi dapat dikekalkan dan tidak mudah lemau. 

Mesin ini boleh juga digunakan untuk perniagaan kafe kecil-kecilan anda.

Mesin kopi untuk beginner
Russell Taylors 19 Bar Espresso Coffee Machine Retro Style Coffee Maker EM-20
Russell Taylors 19 Bar Espresso Coffee Machine Retro Style Coffee Maker EM-20
From
RM349.99
Check Russell Taylors 19 Bar Espresso Coffee Machine Retro Style Coffee Maker EM-20 price below:
add_circle Saiz kompak
add_circle Rekaan retro & unik
add_circle Kapasiti tangki air 1.8L
add_circle Mempunyai built in thermometer
add_circle Portafilter mudah dibersihkan
remove_circle Tidak boleh digunakan dengan kopi kapsul

Mahukan mesin buat kopi yang mempunyai steam yang kuat untuk kegunaan home cafe anda? 

Dengan mesin coffee Russel Taylors ini, cappuccino dan mocha dapat dibuat dengan mudah di rumah. 

Menggunakan pam 19 bar bertekanan tinggi yang mampu menghasilkan espresso pekat dengan lapisan krim yang tebal. 

Batang steam susunya yang diperbuat daripada stainless steel boleh dilaraskan, sesuai untuk pemula yang baru belajar buat latte art.

Ia akan mengeluarkan wap yang cukup kuat untuk menghasilkan buih susu yang berkrim dan tebal untuk cappuccino atau macchiato yang menepati citarasa anda. 

Tangki air dan drip tray mesin ini boleh ditanggalkan dan dibersihkan dengan mudah.

Mesin kopi profesional
Petrus PE3833 Commercial Semi-automatic Espresso Machine
Petrus PE3833 Commercial Semi-automatic Espresso Machine
From
RM632.00
Check Petrus PE3833 Commercial Semi-automatic Espresso Machine price below:
add_circle Steam yang lebih kuat
add_circle Batang steam tebal 10mm
add_circle Kawalan suhu pintar 2 dalam 1
add_circle Tekanan dilepaskan secara automatik
add_circle Mesin diperbuat dari stainless steel, lebih stabil
remove_circle Mahal

Mesin kopi semi automatik untuk kegunaan komersial dan rumah ini memiliki tekanan 15 bar iaitu tekanan ideal untuk mengekstrak biji kopi sehingga mengeluarkan aroma espresso yang kuat.

Turut mempunyai portafilter bersaiz 58mm agar dapat menghasilkan ekstrak espresso seperti barista profesional di kafe. 

Kapasiti tangki airnya pula cukup besar, 1.8L sesuai untuk anda yang mahu mesin kopi seperti yang digunakan di kafe-kafe. 

Anda juga akan mendapat aksesori seperti single/double basket dan tamper plastik. 

Mesin kopi Nespresso
Nespresso Vertuo Pop [Mango Yellow]
Nespresso
Nespresso Vertuo Pop Coffee Machine
From
RM899.00
Check Nespresso Vertuo Pop [Mango Yellow] price below:
add_circle Mudah digunakan
add_circle Menggunakan teknologi Centrifusion
add_circle Ada fungsi penjimatan tenaga
add_circle Saiz kecil dan ringan
remove_circle Tangki air kecil (560 ml)

Mesin kopi Nespresso Vertuo Pop ini mempunyai dimensi sebesar 136 X 426 X 250 mm dengan berat sebanyak 3.5 kg.

Ia hadir bersama dengan tangki air yang boleh menampung air sebanyak 560 ml, dan juga ruang pembuangan kapsul yang boleh memuatkan 8 kapsul espresso atau 5 kapsul espresso mug.

Mesin kopi ini boleh hasilkan empat saiz cawan yang berbeza:-

  • Mug: 230 ml, satu mug kopi boleh dipadankan dengan susu segar.
  • Gran Lungo: 150 ml, sesuai untuk kopi long black.
  • Double Espresso: 80 ml, double-shot-espresso yang pantas.
  • Espresso: 40 ml, secawan espresso klasik.

Disebabkan saiznya yang kecil dan juga ringan untuk diangkat, ia mudah untuk diletakkan di mana-mana ruang, sama ada di rumah atau pejabat.

Apa yang menarik tentang mesin kopi ini adalah dengan menekan satu butang sahaja anda akan dapat hasilkan rasa kopi yang konsisten setiap pagi.

Untuk tahu lebih lagi mengenai mesin kopi Nespresso Vertuo Pop ini, anda boleh baca review jujur kami di sini.


Kebaikan dan Keburukan Minum Kopi 

Kopi memang banyak khasiatnya untuk kesihatan. Antaranya, kopi boleh meningkatkan tahap fokus anda ketika bekerja atau belajar. 

Selain itu, pengambilan kafein juga  boleh meningkatkan tenaga anda terutamanya jika pekerjaan anda memerlukan banyak pergerakan fizikal. 

Ia juga boleh menghilangkan rasa mengantuk dan minum kopi memang membantu untuk lebih fokus dan tidak lesu ketika pemanduan jauh. 

Namun, kafein dari kopi juga boleh menyebabkan kesan yang negatif kepada badan anda. 

Ini kerana ia boleh menyebabkan anda rasa gelisah, berdebar dan insomnia atau sukar tidur.

Lebih teruk lagi, kafein boleh menyebabkan jantung anda berdegup dengan lebih kencang daripada biasa.

Manakala untuk ibu mengandung pula, pengambilan kopi yang berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan ketika hamil. 

Jadi, amalkan pengambilan kopi secara bersederhana.

End of Article