Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Syampu Dove Ini Terbaik Untuk Melakukan Perawatan Rambut Sendiri Di Rumah

Ini jawapan untuk persoalan yang dicari!

Jenama Dove mula ditubuhkan pada tahun 1957 di Amerika Syarikat, dengan revolusi bar pembersih kecantikan baru. Bermula dengan pembersih ringan dan krim pelembap, iaitu bar kecantikan Dove, ia membilas lebih bersih daripada sabun menjadikan kulit lembut dan licin. Ia adalah jenama yang pertama yang dicadangkan para dermatologi di Amerika Syarikat, Kanada dan Perancis serta disokong kuat oleh ahli dermatologi di seluruh dunia. 

Hari ini Dove menawarkan pelbagai jenis produk iaitu pembersihan badan, losyen tangan dan tubuh, pembersih muka, deodoran, syampu, conditioner serta produk penjagaan rambut. Semuanya penjagaan sebenar untuk kecantikan anda.

Syampu Dove Ini Halal Atau Tak?

Syampu dari jenama Dove ini sememangnya dijamin Halal, kerana tiada bahan kandungan yang mengatakan ia tidak halal. Semua produk syampu adalah selamat untuk digunakan kerana tidak tercatat pada produknya bahawa ia mengandungi stearic asid. Dove percaya bahawa kecantikan dan perasaan setiap individu untuk menjadi cantik sememangnya memerlukan penjagaan yang betul. 

Dove sentiasa ingin menyampaikan produk yang dapat memperbaiki keadaan kulit atau rambut dan memberikan pengalaman penjagaan yang menyenangkan. Ini kerana apabila anda melihat dan merasa cantik, ianya menjadikan anda lebih bahagia. Lebih banyak lagi manfaat dan kepentingan syampu ini bukan hanya untuk membersih sahaja. Itulah sebabnya dengan syampu Dove, rambut mendapat penjagaan berkhasiat yang progresif seperti diperlukan, sambil mencuci dengan kuasa pembersihan yang lembut. 

Di setiap helaian rambut yang cantik mempunyai keunikannya tersendiri. Kita semua tahu betapa hebatnya rambut yang dapat membuat anda merasa yakin apabila ianya kelihatan berkilat dan  sihat. Untuk merasai perasaan itu setiap hari, Dove memastikan bahawa syampu ini dapat membantu dalam menyubur dan memulihkan rambut dari dalam, menjadikan rambut anda lebih sihat dalam jangka masa panjang. Berikut beberapa syampu Dove yang kami syorkan untuk jenis rambut anda.

Syampu Dove khas untuk melawan kelemumur
Dove
Dove Nutritive Solutions Dandruff Care Shampoo
mulai
RM13.10
Semak Dove Nutritive Solutions Dandruff Care Shampoo harga dibawah:
add_circle Lembut rambut bagi penggunaan harian
add_circle Mewangikan rambut
remove_circle Perlu konsisten untuk nampak kesan

Syampu ini berfungsi dengan baiknya untuk membersih serpihan dan melawan masalah kelemumur dari hanya sekali basuhan. Formula yang dirumus dengan zink pyrithione terbukti berjaya menghilangkan kelemumur, kegatalan pada kulit kepala dan membersih sel-sel kulit mati di kepala. Ianya mampu menyuburkan rambut dari akar hingga ke hujung, memberi anda lebih keyakinan sepanjang hari walaupun berpakaian gelap.

Syampu untuk memperbaiki kerosakan teruk pada rambut
mulai
RM10.50
Semak Dove Nutritive Solutions Intense Repair Damaged Hair Shampoo harga dibawah:

Syampu Dove ini membantu memulihkan rambut anda dari kerosakan pada akarnya. Formula keratin di dalam syampu ini menjadikan rambut anda kelihatan lebih lancar, lembut dan kuat serta tidak lagi memiliki rambut hujung bercabang. Ini kerana rambut yang rosak akan mengakibatkan ianya kelihatan kering dan tidak terurus. Dengan syampu ini, rambut tidak lagi terasa kusut ketika disikat atau dibelai.

Syampu Dove untuk menghalang keguguran rambut dengan banyak
Syampu dove untuk rambut gugur
mulai
RM10.27
Semak Dove Nutritive Solutions Hair Fall Rescue Shampoo harga dibawah:

Rambut bersepah di lantai setiap kali menyikatnya, sering kali membuat kita bimbang akan pengurangan rambut. Dove Hair Fall Rescue syampu dirumus khas untuk mengatasi masalah keguguran rambut dan menyuburkan rambut anda dari akar hingga ke hujung. Formula ini terbukti untuk memperkuat setiap helaian rambut, dengan bahan aktif trichazole, membantu untuk meminimum kerosakan, menjadikan rambut kuat dan yakin tiap kali penggunaannya.

Syampu Dove sesuai untuk menguruskan rambut kerinting (curly)
Syampu untuk rambut kerinting
mulai
RM15.39
Semak DOVE Nutritive Solutions Volume Nourishment Shampoo harga dibawah:

Syampu ini sesuai untuk kegunaan harian dan dihasilkan dengan bahan-bahan oxyfusion yang memberi anda rambut secara semulajadi ikal kerinting serta licin dan lembap. Ianya membersih dan melembutkan rambut lantas menjadikan lantunannya tampak lebih kenyal dan asli. Hanya beberapa sentuhan dengan menggunakan tangan, anda dapat menggulungkan rambut dan siap di dandan.

Syampu Dove terbaik untuk meluruskan rambut
Syampu untuk rambut lurus
mulai
RM15.75
Semak Dove Nutritive Solutions Straight & Silky Shampoo harga dibawah:

Dove Straight & Silky syampu menyubur secara mendalam untuk kelihatan lebih sihat dari akar hingga ke hujung. Syampu Dove ini diformulasi untuk melembutkan rambut, memperbaiki kerosakan yang menyebabkan rambut anda menjadi tidak terurus dengan adanya bahan seperti serum lembab mikro. Rambut akan lebih licin dan bersinar hanya sekali cucian. 

Khasiat yang secukupnya diberikan pada rambut anda untuk menjadikan rambut lurus, sihat dan berseri dari hari ke hari.

Syampu Dove terbaik untuk mengekalkan lembapan pada rambut
mulai
RM29.44
Semak DOVE Botanical Selection Glowing Straight Shampoo harga dibawah:

Dengan rumusan teknologi terbaru dari Jepun, Dove telah pun mengeluarkan rangkaian syampu nya yang terdiri daripada bahan-bahan organik dan mampu merawat rambut rosak dengan sempurna. Diperkaya dengan ekstrak bunga Lotus dan minyak Jojoba, ianya mampu memberi lembapan pada rambut anda sepanjang hari. 

Tanpa mengandungi bahan-bahan merbahaya seperti silikon, pewarna dan pewangi tiruan, syampu ini dapat membuatkan rambut anda kelihatan sihat dan bermaya. Tiada lagi masalah rambut kusam dan tidak terurus.

Syampu Dove terbaik untuk mengawal penghasilan minyak
mulai
RM11.88
Semak Dove Nutritive Solutions Nourishing Oil Care Control Shampoo harga dibawah:

Syampu Dove ini mengandungi formula yang tidak melekit dan bahan-bahan organik terbaik untuk kulit kepala serta rambut anda. Diperkaya dengan kelapa asli, almond dan minyak bunga matahari, ianya dapat memberi kelembutan pada rambut anda tanpa menggunakan sebarang bahan kimia perawatan yang lain. Syampu ini juga memberi nutrisi buat rambut anda agar kelihatan licin dan berseri.  

Untuk mendapatkan hasil lebih baik, gunakan Dove Nourishing Oil Care Conditioner atau Daily Treatment Conditioner selepas menggunakan syampu ini.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article