Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Rindu Gang Tapi Kena #dudukrumah! Jom Cuba 10 Game Percuma Ini Bersama

Tak perlu face-to-face, segalanya hanya dihujung jari sahaja!

Seperti yang anda sedia maklum, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilanjutkan bagi membasmi virus tersebut dari menular di negara kita. Memandangkan anda akan mempunyai masa lapang, sudah tentu sedang mencari cara untuk menghabiskan masa lapang yang ada

Adakah main game dapat memberi kesan yang buruk?

Ramai orang beranggapan yang game hanya akan memberi kesan buruk jika anda terlalu fokus kepadanya. Namun, terdapat kajian yan menunjukkan orang yang bermain game mempunyai koordinasi mata lebih baik, kemahiran penyelesaian masalah dan otak berfungsi dengan cerdas.

Namun begitu, anda perlulah mengawal tabiat bermain game dengan tidak bermain secara berlebihan bagi mengelakkan anda mengalami ketagihan terhadap game. Anda akan lebih terdedah kepada risiko kerosakan mata dan obesiti jika anda memainkan game secara berlebihan. 

Ini kerana anda tidak langsung menggerakkan otot dan semasa bergaming sudah tentu kita mudah berasa lapar. Nah, inikan penyebabnya anda berisiko tinggi untuk naik berat badan. Ayuh lihat senarai game multiplayer yang bersesuaian;

10 Game Mobile Multiplayer untuk Dimainkan Semasa PKP

Fortnite Mobile

  • Game mobile dengan grafik yang cantik
  • Harga : Percuma - terdapat pembelian dalam aplikasi
  • Muat turun: Android | iOS

Fortnite Mobile adalah game yang diadaptasi daripada game PC dan konsol yang terkenal iaitu Fortnite. Genre game ini ialah battle royale yang bermaksud anda berseorangan atau berkumpulan hendaklah menewaskan pemain lain. Tarikan utama game ini ialah ia mempunyai grafik yang agak baik dan anda hendaklah mempunyai peranti yang cukup berkuasa untuk menjalankan game ini. Ianya boleh dimainkan di kedua-dua platform iaitu Android dan IOS.

Clash Royale

  • War game yang pasti menguji minda untuk rangka strategi
  • Harga : Percuma - terdapat pembelian dalam aplikasi
  • Muat turun: Android | iOS 

Clash Royale dilancarkan pada tahun 2016 oleh Supercell dan mempunyai persamaan dari segi sesetengah karakter diinspirasi daripada Clash of Clans. Cara permainannya juga cukup ringkas, anda perlu menewaskan musuh dengan merosakkan kubu mereka menggunakan tentera-tentera anda. 

Untuk menaik taraf tentera anda, anda perlu mengumpul kad-kad yang boleh didapati daripada chest yang diberi secara percuma. Jika anda mahu tentera menjadi lebih baik dalam masa yang pantas, anda boleh membeli chest.

Playerunknown's Battleground (PUBG) Mobile

  • Game terkenal dengan bilangan multiplayer yang ramai 
  • Harga : Percuma - terdapat pembelian dalam aplikasi
  • Muat turun: Android | iOS

PlayerUnknown’s BattleGround Mobile atau PUBGM adalah versi mudah alih bagi PUBG yang terkenal untuk PC. Game ini dilancarkan pada 2018 dan game ini seringkali menjadi bualan ramai orang. Ianya adalah antara game yang paling terkenal di dunia dengan jumlah pemain keseluruhan melebihi 600 juta orang. 

Game jenis battle royale ini amat sesuai dimainkan bersama rakan-rakan anda untuk memburu kemenangan. Winner, winner…Chicken dinner!

Call Of Duty Mobile

  • Game dengan pemain aktif yang ramai
  • Harga : Percuma - terdapat pembelian dalam aplikasi
  • Muat turun: Android | iOS 

Call of Duty Mobile atau COD adalah game yang baru sahaja dilancarkan pada tahun lepas. Ia adalah antara game daripada francais Call Of Duty khas untuk telefon pintar. Terdapat pelbagai jenis mod yang anda boleh pilih seperti 5 vs 5 dan Battle royale. Kualiti grafik juga tidak mengecewakan. Jika anda suka akan game multiplayer shooting, game ini sememangnya tidak menghampakan.

Plato

  • Game mobile multiplayer dengan variasi mainan di dalamnya
  • Harga : Percuma - terdapat pembelian dalam aplikasi
  • Muat turun: Android | iOS 

Plato adalah game multiplayer yang mempunyai pelbagai game kasual seperti catur, mini golf, bankroll, poker, Big 2, Werewolf dan pelbagai jenis game lagi. Kesemua game ini diadaptasi daripada game multiplayer yang terkenal. Anda juga boleh berbual dan mengenali sahabat baru samada dari dalam negara atau luar negara melalui group yang disertai sambil memilih pelbagai jenis game. 

Crossy Road

  • Game yang sesuai dimainkan bersama pasangan
  • Harga : Percuma - terdapat pembelian dalam aplikasi
  • Muat turun: Android | iOS 

Crossy Road adalah game ringkas dimana pemain hendaklah mengawal watak yang dipilih untuk mengelak daripada sebarang halangan. Game ini juga mempunyai mod untuk 2 orang, membolehkan dua orang bermain pada satu skrin, sesuai dimainkan oleh pasangan ketika kuarantin ini. Rating game ini juga agak baik dengan rating stinggi 4.6/5.0 serta dimainkan oleh lebih 4 juta pemain.

Minecraft : Pocket Edition

  • Game survival dengan komuniti pemain yang ramai
  • Harga : RM 28.12 untuk Android - terdapat pembelian dalam aplikasi
  • Harga : RM 30.55 untuk App Store - terdapat pembelian dalam aplikasi
  • Muat turun: Android | iOS

Minecraft Pocket Edition dilancarkan oleh Mojang pada tahun 2011 dalam versi mobile bagi produk Minecraft. Ia adalah game pengembaraan serta menguji kreativiti anda kerana ianya membolehkan anda membina pelbagai jenis bangunan serta monumen mengikut kreativiti masing-masing

Anda juga boleh mengikuti pelbagai server yang membolehkan anda berjumpa dengan pemain-pemain lain. Jika anda berminat untuk mendapatkan game ini, anda perlu membayar  mengikut kadar yang ditetapkan dalam aplikasi tersebut.

Clash Of Clans

  • Game untuk telefon yang mempunyai RAM 1GB 
  • Harga : Percuma - terdapat pembelian dalam aplikasi
  • Muat turun: Android | iOS 

Clash of Clans adalah game yang dibina oleh syarikat Supercell yang telah dikeluarkan pada tahun 2012 dan merupakan antara game yang paling terkenal. Anda perlu membina kubu terkuat dan mempunyai clan yang terkuat sambil merangka strategi bersama rakan-rakan anda. Anda juga perlu bersaing dengan clan-clan lain dalam peperangan.

Scrabble Go

  • Game untuk telefon yang mempunyai 512MB RAM
  • Harga : Percuma - terdapat pembelian dalam aplikasi
  • Muat turun: Android | iOS 

Anda mungkin pernah mendengar permainan Scrabble. Ia adalah permainan papan yang membabitkan pemain perlu membina perkataan melalui beberapa huruf secara rawak. Anda boleh memainkan game ini dalam aplikasi Scrabble Go. 

Jika hendak memuat turun, anda tidak memerlukan telefon pintar dengan spesifikasi yang tinggi untuk memainkan game ini. Ianya juga mempunyai lebih 5 juta pemain serta mendapat penilaian yang tinggi iaitu 4.5/5.0.

Mario Kart

  • Game Racing dengan saiz yang tidak terlalu besar
  • Harga : Percuma - terdapat pembelian dalam aplikasi
  • Muat turun: Android | iOS 

Anda mungkin pernah mendengar syarikat Nintendo yang menghasilkan Nintendo Switch dan Nintendo 3DS. Syarikat tersebut telah mengeluarkan game yang pada mulanya khas untuk platform Nintendo sahaja iaitu Mario Kart. Apa yang lebih menarik ianya adalah game yang percuma untuk dimainkan. 

Grafik yang berwarna-warni serta comel boleh menarik perhatian semua golongan masyarakat tidak mengira umur. 

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article