Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

price-track-background
Dapatkan Makluman Bila Harga Runtuh

Jangan bayar lebih. Kami akan mengesan harga produk inginan anda dan menghantar makluman bila harganya runtuh!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Tontoni Filem Kegemaranmu dengan 7 Android Box Terbaik di Malaysia

Tak perlu lagi bayar mahal untuk Astro, anda boleh tonton pelbagai rancangan secara percuma

Product in this article

TV Android adalah merupakan inovasi terkini dalam cara untuk orang ramai menikmati tayangan cerita dan filem di rumah mahupun sendirian ataupun bersama rakan-rakan. Cara menonton televisyen yang baru ini memberikan pelbagai bentuk kemudahan kepada seisi rumah yang menginginkan pelbagai pilihan berbanding menggunakan TV tradisional.

Apakah perbezaan antara android box TV dan siaran kabel berbayar?

Tidak banyak perbezaan pun di antara android box dan siaran kabel kerana terdapat pelbagai rancangan yang ada di siaran kabel boleh ditonton melalui android box ini. Tetapi android box diberi pilihan samada hendak melanggani pakej yang disediakan atau pun tidak. Manakala, siaran kabel berbayar seperti Astro, anda harus membayar langganan yang ditetapkan setiap bulan. 

Untuk kotak TV Android, anda boleh menonton siaran daripada internet terus kepada televisyen tanpa perlu menggunakan gajet seperti laptop atau smartphone. Pening hendak memilih TV Android box terbaik? Berikut adalah senarai pilihan kotak TV Android yang sesuai dan terbaik digunakan untuk setiap kediaman di Malaysia. 

8 TV Android Box Terbaik di Malaysia

MXQ 4K Ultra HD Android TV Box

RM 85
MXQ
1. MXQ 4K Ultra HD Android TV Box
Updated on 12th August 2020

CPU : Amlogic S905W Quad Core ARM Cortex-A53  | GPU : Mali-450 5-core  | OS : Android 7.1  | SDRAM : 2GB  | Flash Memory : 16GB  | Frequency : LAN Ethernet  | WiFi : 2.4 GHz 

Ini adalah Android TV Box terbaru yang dikuasakan dengan CPU Quad-core memberi kawalan lancar kepada Android 7.1 di mana anda boleh memainkan pelbagai video dalam definisi tinggi melalui pelbagai Mbps. Di samping itu ia turut mempunyai sambungan WiFi pantas di mana memudahkan anda untuk memuat turun pelbagai aplikasi di dalam Google dengan percuma. 

Dengan kemudahan senarai siaran IPTV anda boleh menonton pelbagai siaran menarik dengan cukup mudah.

TX3 Mini Android Amlogic S905W

RM 89
2. TX3 Mini Android Amlogic S905W
Updated on 11th August 2020

CPU : Amlogic quad-core ARM Cortex A53  | GPU : Five-core Mali-450MP  | OS : Android 7.1.2  | SDRAM : 2GB  | Flash Memory : 16GB  | Frequency : LAN Ethernet  | WiFi : 2.4 GHz 

Chipset terbaru berkuasa tinggi dibawakan oleh android box ini mampu memuat turun pelbagai aplikasi untuk bergaming dan juga rancangan yang ingin ditonton. Ianya boleh diletakkan dimana-mana sahaja samada di kediaman atau ruangan pejabat untuk kegunaan hiburan dan mesyuarat penting. Bersaiz mini dan kompak, android box ini tidak memerlukan ruangan yang besar.

TX6 H6 4K Android TV Box

RM 195
3. TX6 H6 4K Android TV Box
Updated on 11th August 2020

CPU : Allwinner H6 quad-core Cortex A53 chip  | GPU : Mali-T720  | OS : Android 9  | SDRAM : 2 / 4GB  | Flash Memory : 16 / 32 / 64GB  | Frequency : LAN Ethernet  | WiFi : 2.4 GHz 

Peranti canggih untuk kemudahan tontonan mereka yang gemar menghabiskan masa menonton televisyen. Peranti hebat ini dilengkapi dengan sistem operasi Android 9 yang membekalkan anda dengan pelbagai aplikasi terkini dari Android. Selain itu, android box ini dilengkapi dengan unit pemprosesan berkuasa tinggi untuk persembahan yang hebat. 

Ia juga menyokong sambungan WiFi dan Ethernet untuk kegunaan seisi rumah tanpa alami masalah lagging atau buffering dalam satu masa yang sama.

T95Q Fully Loaded AMLOGIC S905X2

RM 214
4. T95Q Fully Loaded AMLOGIC S905X2
Updated on 20th January 2020

CPU : S905X2 Quad Core Cortex-A53  |  GPU : Davlin MP2  | OS : Android 8.1  | SDRAM : 4GB  | Flash Memory : 64GB  | Frequency : 2G  | WiFi : 2.4 & 5.8GHz  

Kepada yang menginginkan kotak TV Android, set ini mampu memberikan anda persembahan yang terbaik dengan kapasiti ram sebanyak 4GB. Selain itu ia juga secara automatik akan mengemaskini drama dan filem terbaru dan disesuaikan untuk kegunaan pengguna dari Malaysia. 

Dengan rekabentuk yang menarik serta tiada caj bulanan dikenakan kepada anda, ianya juga menjimatkan ruangan untuk meletakkannya. Mudah untuk digunakan melalui kaedah ‘plug dan play’.

X92 Amlogic S912

RM 567.88
Kotak TV Android terbaik dengan sokongan perbualan secara dalam talian
5. X92 Amlogic S912
Updated on 11th August 2020

CPU : Amlogic S912 Octa core ARM Cortex-A53 CPU  | GPU : ARM Mali-T820MP3 GPU up to 750MHz (DVFS)  | OS : Android 7.1  | SDRAM : 3GB  | Flash Memory : 32GB  | Frequency : Ethernet  | WiFi : 2.4 & 5.8 GHz

Sebuah kotak tv Android yang cukup menarik untuk didapati oleh semua dengan sokongan perbualan dalam talian samada melalui Skype, Facebook and Twitter. Malah ia juga dilengkapi dengan aplikasi yang boleh dimuat turun percuma di pasaran aplikasi serta menyokong fungsi melayari email dan suit Office. 

Selain  itu ia juga menyokong penggunaan papan kunci dan tetikus tanpa wayar selain membenarkan melayan video secara online dengan sokongan untuk Netflix, Hulu, YouTube dan sebagainya.

H96 Max Android TV LED

RM 199
6. H96 Max Android TV LED
Updated on 11th August 2020

CPU : RK3328 Quad-Core 64bit Cortex-A53   | GPU : Dual-Core Mali-450  | OS : Android 7.1  | SDRAM : 4GB  | Flash Memory : 64GB  | Frequency : LAN Ethernet  | WiFi : 2.4 & 5.8 GHz  

Untuk kegunaan persendirian mahupun seisi keluarga yang menginginkan hiburan tanpa batasan, peranti ini didatangkan aplikasi yang telah diselaraskan untuk kegunaan Malaysia. Disertakan sekali kemaskini untuk drama dan filem terbaru serta servis pasca jualan yang bermutu tinggi.  

Dengan kemudahan plug dan play untuk pemasangan yang mudah dan tanpa caj bulanan dikenakan untuk anda dan waranti tempatan dengan polisi 1 kepada 1 gantian jika ada apa-apa masalah.

MECOOL M8S Max Fully Loaded AMLOGIC S912

RM 286

CPU : Amlogic S912 64 bit Octa core ARM Cortex-A53 CPU up to 1.5 GHz  | GPU : ARM Mali-T820MP3 GPU up to 750MHz (DVFS)  | OS : Android 7.1  | SDRAM : 3GB  | Flash Memory : 32GB  | Frequency : LAN Ethernet  | WiFi : 2.4 & 5 GHz  

M8S PRO Android 7.1 TV Box ini berupaya untuk merubah skrin TV anda kepada pusat multimedia melalui sambungan kepada internet dengan WiFi bertindak seolah-olah tablet PC gergasi. Ia boleh menggabungkan fungsi internet dan televisyen tradisional untuk membina sistem hiburan terbaru yang membenarkan anda untuk menikmati video, audio, foto dan sebagainya. 

Tidak kira samada untuk kegunaan anda seorang mahupun untuk seisi keluarga, kotak ini boleh bertindak sebagai peranti untuk berhibur pada bila-bila masa sahaja.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article