Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

price-track-background
Dapatkan Makluman Bila Harga Runtuh

Jangan bayar lebih. Kami akan mengesan harga produk inginan anda dan menghantar makluman bila harganya runtuh!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

8 Printer Pilihan Guru untuk Cetak Silibus Dengan Cepat & Mudah

Printer efisien yang berkualiti dan murah!

Product in this article

Apakah jenis yang printer yang sesuai untuk guru?

Kebanyakan guru hanya memerlukan sebuah printer yang mampu mencetak dan mengimbas kertas tanpa sebarang masalah. Untuk kegunaan pihak sekolah secara kesuruhannya, printer yang boleh dikongsi (wireless printer), kelajuan printing dan juga jenis ‘heavy duty’ hendaklah diambil kira. Ayuh lihat beberapa printer yang sesuai untuk kegunaan guru-guru;

8 Printer Terbaik Untuk Guru di Malaysia

HP Deskjet Ink Advantage 2135 All-in-One Printer

RM 199
HP
1. HP Deskjet Ink Advantage 2135 All-in-One Printer
Printer murah dan mampu dimiliki – lakukan kerja lebih pantas
Updated on 12th August 2020
add_circle Sesuai untuk kegunaan di rumah
add_circle Harga ikut bajet
add_circle Pencetak all-in-one; cetak, imbas, salin
remove_circle Katrij mahal
remove_circle Tidak sesuai untuk cetak dokumen yang banyak

Printer mempunyai fungsi mengimbas selain daripada mencetak. Ini merupakan satu fungsi yang penting buat guru yang mahu mengimbas sesuatu untuk diberikan kepada para pelajar. Ini juga mempunyai rekaan menarik dan minimalis. Secara kesuluruhannya, printer ini adalah printer murah yang perlu diambil perhatian jika anda mempunyai bajet yang terhad.

Canon E510 AIO Inkjet Printer

RM 269
Canon
2. Canon E510 AIO Inkjet Printer
Printer Inkjet dengan scanner terbaik
Updated on 12th August 2020

Printer ini adalah antara yang terbaru daripada Canon. Ia menampilkan rekaan moden yang akan menarik mana-mana mata yang memandang. Ia juga mempunyai kebolehan untuk mengimbas kertas dengan pantas dan sempurna!

Canon TS307 Single Function Inkjet Color Printer

RM 179
Canon
3. Canon TS307 Single Function Inkjet Color Printer
Printer dengan Wi-Fi printing untuk dikongsi bersama!
Updated on 11th August 2020

Anda tidak perlu meyambungkan computer kepada printer ini. Apa yang anda perlukan hanyalah sebuah telefon pintar. Ianya amat sesuai bagi guru yang tidak mempunyai komputer ataupun laptop. Harganya juga tidak mahal dan mempunyai rekaan yang amat menarik. Sesuai diletakkan dimana-mana tanpa memerlukan ruang yang besar.

Canon Pixma MG3070S Wireless 3-in-1 Color Inkjet Printer

RM 229
Canon
4. Canon Pixma MG3070S Wireless 3-in-1 Color Inkjet Printer
Printer All-in-One, tidak perlu beli mesin berasingan
Updated on 12th August 2020

Printer All-in-One adalah sejenis yang mempunyai beberapa fungsi seperti mengimbas, mencetak, faks serta menyalin dokumen. Ia juga dipanggil sebagai printer multifungsi. Harga printer jenis ini biasanya agak murah dan sesuai dibeli oleh guru. 

Printer ini juga boleh digunakan untuk mencetak daripada telefon dan komputer secara wireless dengan menggunakan aplikasi muat turun daripada smartphone anda.

Pantum M6506N A4 Mono Multifunction Laser Printer

RM 313
Pantum
5. Pantum M6506N A4 Mono Multifunction Laser Printer
Printer laju jenis laser, sesuai untuk kegunaan di pejabat guru
Updated on 11th August 2020

Jika anda memerlukan printer yang sangat laju untuk memastikan masa menunggu adalah minimal, printer ini adalah jawapannya. Kelajuan mencetaknya adalah sekitar tiga kali ganda kelajuan printer jenis biasa. Hal ini kerana ia menggunakan teknologi laser printing yang tidak perlu menunggu dakwat kering. 

Kelemahan printer ini adalah ia hanya mampu print dalam warna hitam putih sahaja. Namun, untuk kegunaan di sekolah, ianya bukan masalah yang besar.

Canon Pixma E4270

RM 379
Canon
6. Canon Pixma E4270
Printer yang jimat Ink serta mempunyai pelbagai fungsi
Updated on 12th August 2020

Jika anda mahukan printer yang mempunyai semua fungsi, inilah jawapannya. Ia dilengkapi dengan pelbagai fungsi seperti bekas kertas yang besar, penjimatan dakwat, pencetakan tanpa wayar, Wi-Fi, scanner serta pencetakan yang laju. Secara keseluruhannya inilah printer yang terbaik yang patut anda pilih jika masih di dalam kemampuan bajet.

Canon Pixma G2010 Refillable Ink Tank 3-in-1 Printer

RM 333
Canon
7. Canon Pixma G2010 Refillable Ink Tank 3-in-1 Printer
Printer dengan ink yang murah untuk jangka masa panjang
Updated on 12th August 2020

Printer dengan dakwat yang besar merupakan jenis yang sesuai digunakan secara beramai-ramai. Hal ini kerana, harga dakwat isi semula adalah jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga katrij. 

Kelemahan utama printer jenis ini adalah, jika ianya jarang digunakan, dakwat akan mengering dan printer akan mudah rosak. Jadi, ianya amat sesuai digunakan dan dikongsikan oleh guru yang sentiasa perlu mencetak sesuatu.

Epson LQ-310 Dot Matrix Printer

RM 699
Epson
8. Epson LQ-310 Dot Matrix Printer
Printer jenis Dot Matrix yang berpatutan
Updated on 12th August 2020

Printer jenis ini adalah sesuai digunakan untuk mencetak benda yang sama berulang-kali. Namun kualiti yang dihasilkan oleh printer jenis Dot Matrix ini adalah tidak begitu bagus. Printer ini lebih sesuai digunakan untuk kilang-kilang kerana harga dakwatnya yang berpatutan. 

Namun jika anda mahukan printer jenis Dot Matrix, printer oleh Epson ini adalah pilihan yang terbaik kerana harganya yang mapu milik.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article