Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Printer 3D Terbaik Untuk Hidupkan Visual Jadi Realiti 2024

Serlahkan kreativiti anda!

Apakah maksud pencetakan 3D?

Pencetakan 3D atau Addictive Manufacturing (AM) adalah terma yang berleluasa di mana teknologi semakin berkembang pesat pada hari ini. Ianya merupakan suatu proses dimana objek 3D dicetak melalui fail digital menggunakan mesin khas. 3D merupakan proses mencipta objek berbentuk 3 dimensi, sesuatu bahan itu diacu lapisan demi lapisan di bawah kawalan komputer khas untuk membentuk sesebuah objek Mesin ini dikenali sebagai 3D printer atau pencetak 3D. Terdahulu 3D printer adalah suatu mesin yang mahal dan hanya digunapakai oleh kilang-kilang komersial. Rata-rata kita selalu lihat mesin pencetak biasa sahaja yang digunakan samada di pejabat atau rumah.

Pencetakan objek 3D selalunya digunakan oleh pereka grafik untuk meng’hidup’kan visual yang ingin dipapar. Kali ini kami bawakan beberapa jenis 3D printer untuk memudahkan anda membuat pembelian kelak.

Printer jenis mudah-alih, boleh dibawa kemana sahaja
mulai
RM942.92
Semak ANET A8 Plus 3D Printer harga dibawah:

3D printer ini diperbuat daripada aluminium alloy dan bersaiz 300 x 300 x 350mm, membuatkan ia struktur yang stabil. Ianya mempunyai ketepatan pencetakan yang baik. Dilengkapi dengan automatic feeding untuk memudahkan anda refill filament jika sudah kehabisan. Ianya menyokong pencetakan material ABS, HIPS, PETG, PLA dan kayu.

Sesuai untuk beginner – mudah dikendalikan
mulai
RM2,800.00
Semak TIERTIME Up Mini 2 3D Printer harga dibawah:

Printer 3D ini yang bersaiz mini, disertai pula dengan performance yang tiptop. 3D printer dari jenama Tiertime ini, amat mudah untuk dikendali dan sesuai buat yang masih baru (beginner). Dilengkapi dengan alat kawalan mudah menggunakan skrin sentuh (touch screen) dan WiFi, anda boleh melakukan pencetakan dalam masa yang lebih singkat tanpa memerlukan komputer.

Menariknya, printer ini mempunyai built-in HEPA air filter yang dapat memberi jaminan bahawa persekitaran anda menjadi lebih selamat.

Untuk mencetak objek dengan menggunakan material karbon fibre
PRUSA
mulai
RM4,350.00
Semak PRUSA i3 MK3S Kit 3D Printer harga dibawah:

Buat anda yang mahu mencetak objek 3D menggunakan material karbon fibre bolehlah membeli printer ini. 3D printer ini mempunyai Trinamic2130 drivers dan kipas Noctua untuk memastikan pencetakan yang kebih laju dan kurang bunyi. Ciri lain yang terdapat pada printer ini adalah sensor filament dan PINDA 2 Probe.

Gunakan mesin ini untuk cetak objek pada material kayu
mulai
RM3,500.00
Semak MAGBOT SE-10 Simplify 3D Printer harga dibawah:

Printer ini boleh mencapai kelajuan mencetak sehingga 180mm sesaat. Ianya juga mesra alam dan mempunyai fungsi auto-off setelah habis mencetak. Reka bentuk printer ini sangat mudah untuk dikendali kerana ianya mempunyai pemegang dan LED built-in.

LED ini memudahkan anda untuk melihat perkembangan pencetakan. Selain kayu, printer ini juga boleh mencetak material daripada ABS, Nylon dan banyak lagi.

Printer pen jenis portable, murah dan berkualiti tinggi
mulai
RM12.50
Semak 3D Printer Arts Pen harga dibawah:

Dengan 3D pen ini, anda boleh menunjukkan bakat anda dimana dan pada bila-bila masa sahaja. Ianya mudah untuk digunakan malahan boleh digunapakai oleh anak anda yang masih kecil. Mempunyai paparan skrin LED, ianya akan memudahkan anda untuk mengatur tetapan pada 3D pen ini. Cari inspirasi dan mulakan pencetakan anda!

Sesuai untuk digunakan di rumah, menjimatkan ruang
mulai
RM594.00
Semak EASYTHREED Nano Mini 3D Printer harga dibawah:

Dengan hanya menggunakan satu butang untuk mencetak, printer ini amat sesuai untuk kegunaan dirumah. Anda boleh lakukan cetakan dengan printer ini dalam masa yang lebih pantas. Hanya seberat 1.5kg, printer ini tidak memakan ruang yang besar dan boleh diletakkan di mana-mana sahaja ruangan yang muat.

Selain itu, printer ini juga mempunyai teknologi Noise Reduction agar semasa operasi, ianya lebih senyap.

3D printer yang besar – sesuai untuk cetakan buat projek mega
mulai
RM4,500.00
Semak CREALITY CR10-S5 3D Printer harga dibawah:

Jika anda mahu mencetak model yang lebih besar, printer Creality ini adalah pilihan terbaik. Ianya boleh mencetak objek sehingga saiz 500 x 500 x 500mm. Disokong dengan pencetakan dari material PLA, ABS, TPU, timah, kayu dan karbon fibre.

Printer ini boleh dikendali melalui software Windows XP, Visa, MAC OS X dan Linux. Sesuai digunakan di pejabat atau bengkel pembelajaran.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

End of Article