Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Debu 10 Inci! Cuci Karpet dengan 9 Vacuum Cleaner Terbaik Ini

Permaidani bersih kini di hujung jari anda

Product in this article

Kerja membersihkan karpet seringkali memeningkan kepala. Apa tidaknya, kotoran dan debu perlu dibersih dan pada masa yang sama fabrik karpet perlu dipelihara agar tidak rosak. Selain menggunakan khidmat pencuci karpet professional, vacuum cleaner juga menjadi pilihan untuk tujuan ini. 

Bolehkah vacuum cleaner digunakan untuk membersih karpet? 

Vacuum cleaner boleh digunakan untuk membersih karpet. Ianya berfungsi menyedut sampah berbentuk serpihan, kotoran halus, rambut, bulu dan partikel-partikel kecil dari karpet. Tetapi adalah penting untuk memilih vakum yang mempunyai fungsi 2-dalam-1 seperti membersih dan memelihara fabrik karpet agar tidak mudah rosak

Anda tidak perlu buntu lagi mencari model vacuum yang sesuai untuk karpet. Kami telah sediakan pilihan pembersih vakum yang sesuai untuk keperluan anda. 

9 Vacuum Cleaner untuk Karpet Terbaik di Pasaran

Dexma One Cyclone Vacuum Cleaner - 2 in 1

RM 75.5
Dexma
1. Dexma One Cyclone Vacuum Cleaner - 2 in 1
Vacuum cleaner murah – mampu dimiliki oleh semua kediaman
Updated on 17th July 2020

Vacuum Dexma ini boleh di dapati dengan harga mampu milik. Kualitinya juga tidak kurang hebat setanding dengan jenama yang lebih mahal! Ia boleh digunakan pada karpet dan pelbagai permukaan lain termasuklah lantai serta kaca. Turut dilengkapi dengan penapis HEPA yang boleh ditukar secara berkala pada kos yang rendah. 

Usah khuatir - vacuum ini mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Tenaga dan SIRIM. Dijamin dapat ‘bekerja’ sama seperti vacuum cleaner yang terkenal.

PerySmith Wet & Dry Portable HandHeld Vacuum Cleaner PS1200

RM 179
PerySmith
2. PerySmith Wet & Dry Portable HandHeld Vacuum Cleaner PS1200
Vacuum cleaner yang tidak bising, dilengkapi dengan hepa filter
Updated on 6th December 2019

Vacuum dari jenama PerySmith ini menggunakan teknologi pembersihan vortex dan sistem penapisan berganda. Manakala, penapis HEPA yang digunakan pula bersaiz 0.3 micron sahaja. Vacuum ini dikatakan mengeluarkan bunyi sekitar 70dB, agak rendah berbanding vacuum lain di pasaran dan ini disokong pula dengan review pengguna. 

Tidak akan menganggu keluarga anda menonton televisyen sambil anda membersihkan karpet.

JML Blast Vac Pro Vacuum Cleaner

RM 326.8
JML
3. JML Blast Vac Pro Vacuum Cleaner
Vacuum bersaiz portable – ringan dan menjimatkan ruang
Updated on 6th December 2019

Vacuum JML ini merupakan kombinasi vacuum dan blower yang sesuai untuk digunakan di mana-mana - dalam ataupun luar rumah. Reka bentuknya yang kompak dan ringan, dengan tali penyandang membolehkan anda menyangkutkan vaccum ini di bahu dan melakukan kerja pemvakuman.

Granular Cordless Vacuum Cleaner VC101

RM 339
Granular
4. Granular Cordless Vacuum Cleaner VC101
Vacuum cleaner ringan – mudah digunakan oleh semua peringkat umur
Updated on 6th December 2019

Dengan menggunakan vakum seberat hanya 2.5 kg, kerja membersihkan karpet anda pasti lebih mudah. Bagi menggunakan fungsi membersih karpet, anda hanya perlu menekan butang sama ada dengan menggunakan mode normal atau mode kuat. Karpet anda akan menjadi bersih dalam masa hanya beberapa minit sahaja.

Philips Cordless Vacuum Cleaner FC6167

RM 584.99
Philips
5. Philips Cordless Vacuum Cleaner FC6167
Vacuum cleaner jenis cordless – sedutan lebih kuat
Updated on 6th December 2019

Vacuum cordless atau tanpa wayar dari Phillips ini dilengkapi dengan teknologi PowerCyclone untuk kuasa sedutan yang kuat - memudahkan pembersihan yang lebih efektif. Keberkesanan ini ditambahbaik lagi dengan nozzle TrioActive Turbo yang berupaya memerangkap habuk dengan hanya sekali jalan sahaja! 

Uniknya vacuum ini boleh berdiri dengan sendiri (self-standing) jika dibiarkan berdiri semasa kerja-kerja pemvakuman. Posisi yang bersifat ergonomik ini sangat berguna terutamanya bagi anda yang mengalami masalah tulang belakang.

Karcher SE 4001 Carpet & Upholstery Vacuum Cleaner  

RM 1388
Terbaik untuk kegunaan karpet dan karpet masjid
Karcher
6. Karcher SE 4001 Carpet & Upholstery Vacuum Cleaner  
Vacuum cleaner dengan kapasiti air untuk pembersihan lebih sempurna
Updated on 6th December 2019

Jenama K’archer tidak asing lagi dalam industri peralatan vakum. Model SE 4001 adalah khusus untuk membersih karpet secara teliti dan efektif. Dengan teknologi nozzle Karcher yang melakukan pembersihan melalui teknik spray extraction.

Tangki air berkapasiti 4L boleh dikeluarkan untuk mengisi air serta tahan renjatan - selamat untuk digunakan tanpa rasa risau.

MyTools Carpet Industrial Wet & Dry Carpet Vacuum Cleaner

RM 1800
MyTools
7. MyTools Carpet Industrial Wet & Dry Carpet Vacuum Cleaner
Vacuum dengan sistem wet and dry - tahan lasak
Updated on 6th December 2019

Dengan bergred industri, vacuum cleaner ini dikhususkan untuk membersih karpet. Pembersihan dapat dilakukan secara serentak - melibatkan penyemburan, pembersihan dan pengeringan secara total.

Dengan fungsi pembersihan berteknologi tinggi, vacuum ini sesuai digunakan untuk karpet di kawasan yang luas seperti koridor, hotel, dewan dan sebagainya.

Dyson V11 Absolute Cordless Vacuum Cleaner

RM 2899
Dyson
8. Dyson V11 Absolute Cordless Vacuum Cleaner
Vacuum cleaner jenama premium, terkenal di seluruh dunia
Updated on 14th July 2020

Dyson terkenal sebagai jenama premium dan menerima maklumbalas yang memberangsangkan dari pengguna di luar negara. Bagi anda yang inginkan jenama mempunyai reputasi yang hebat, Dyson adalah pilihan terbaik untuk anda. 

Motor digital Dyson V11 berkuasa tinggi digabungkan dengan integrated power management system - menjamin penggunaan yang lama dan cekap tenaga. Berus halus yang diperbuat daripada nylon pula berkesan untuk pembersihan mendalam di atas karpet.

ECOVACS DEEBOT R98 (2-in-1 Hand-held) Robotic Vacuum Cleaner

RM 3329
Ecovacs
9. ECOVACS DEEBOT R98 (2-in-1 Hand-held) Robotic Vacuum Cleaner
Robot vacuum yang dilengkapi sistem teknologi pembersihan terbaik
Updated on 6th December 2019

Hampir semua alat kelengkapan rumah kini dilengkapi dengan sistem pintar - tidak ketinggalan vacuum cleaner. Vacuum cleaner robotik ECOVACS ini beroperasi dengan sistem kawalan SMART NAVI yang membolehkan anda melakukan kerja-kerja pembersihan karpet melalui aplikasi ECOVACS di telefon anda. 

Teknologi vakum ini membolehkan anda menetapkan kawasan yang ingin dibersih secara maya sahaja. Sistem pembersihan 5 peringkat pada vacuum ini boleh menyapu, mengangkat kotoran, memvakum, mengelap dan mengeringkan kawasan yang dipilih pada satu masa secara serentak.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article