Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

10 Kamera DSLR Untuk Beginner Yang Ingin Uji Skil Fotografi

Mulakan langkah didalam dunia fotografi dengan kamera yang sepadan

Product in this article

Memilih kamera DSLR untuk pemula ataupun beginner ini memang payah untuk yang tak biasa dan sejujurnya, memang memilih kamera ini sedikit rumit. Anda perlu tahu apa ‘bidang’ yang anda mahu ceburi dahulu samada fotografi atau videografi dan sebagainya. Semua ini memainkan peranan penting untuk memilih kamera pertama anda. Untuk memudahkan kerja anda, kami dah sediakan satu list. Jom!

Nikon atau Canon? Mana yang lebih mesra-beginner?

Kamera Nikon lebih sesuai untuk yang tidak mempunyai asas dan kemahiran fotografi. Ini kerana Nikon mempunyai pilihan lensa permulaan yang lebih mesra dengan orang yang baru belajar dimana lensa wide dan zoomnya lebih berkualiti untuk anda eksperimentasi. Kalau anda lebih berani berbelanja, Canon mempunyai kelebihan dari segi pilihan lensa keseluruhan dimana anda boleh cari segala jenis lensa mengikut segala jenis keperluan. 

Canon juga mempunyai teknologi video yang lebih baik. Semuanya bergantung kepada preference anda. Jom lihat senarai kamera DSLR terbaik di pasaran untuk yang baru menjinakkan diri dalam dunia fotografi / videografi;

10 Kamera DSLR Bagi yang Baru Belajar

Nikon D3100 Digital Camera DSLR (18 – 55mm)

RM 1099
Nikon
1. Nikon D3100 Digital Camera DSLR (18 – 55mm)
Kamera DSLR yang murah dibawah RM 1,500.00
Updated on 8th August 2020

Sensor : DX CMOS  |  Megapixels : 14.2MP  |  Lens mount : Nikon F-mount  |  Screen : 3-inch, 230,000 dots  |  Continuous shooting speed : 3fps  |  Max video resolution : 1080p

Untuk anda yang mementingkan kos murah, mulakan dengan Nikon D3100. Fungsi asas kamera ini juga sesuai dengan beginner, sensor DX CMOS dengan 14.2MP di dalamnya sudah cukup untuk menjanjikan gambar yang berkualiti. Ia juga mampu menghasilkan kualti video HD sehingga 1080p. 

Untuk ‘pelaburan’ jangka masa panjang, kamera ini mungkin tidak berapa sesuai dan pengeluarannya sudah dihentikan tetapi produk ini masih banyak di pasaran. Lensannya pula sentiasa boleh di’upgrade’.

Canon EOS 4000D Wi-Fi 18MP DSLR Camera

RM 1250
Canon
2. Canon EOS 4000D Wi-Fi 18MP DSLR Camera
Kamera DSLR dengan sambungan Wi-Fi
Updated on 8th August 2020

Sensor : APS-C CMOS  |  Megapixels : 18MP  |  Lens mount : Canon EF mount  |  Screen : 2.7-inch, 230,000 dots  |  Continuous shooting speed : 3fps  |  Max video resolution : 1080p

Dengan harga murah, Canon EOS 4000D mempunyai segala ciri asas penting untuk sesebuah kamera DSLR. Ia juga dilengkapi dengan kemudahan Wi-Fi bagi tujuan pemindahan gambar tetapi tidak mempunyai fungsi bluetooth

Dengan kualiti gambar dan video yang mampu dihasilkan, ia sangat sesuai untuk anda yang baru hendak berjinak-jinak dengan kamera.

Nikon D3400 18 – 55mm f/3.5-5.6 Kit DSLR Camera

RM 1599.00
Kamera DSLR outdoor terbaik dan buat pemula (beginners)
Nikon
3. Nikon D3400 18 – 55mm f/3.5-5.6 Kit DSLR Camera
DSLR dengan fungsi bluetooth – mudah pindahkan data
Updated on 8th August 2020

Sensor : APS-C CMOS  |  Megapixels : 24MP  |  Lens mount : Nikon F mount  |  Screen : 3-inch, 921,000 dots  |  Continuous shooting speed : 5fps  |  Max video resolution : 1080p

Bagi yang mementingkan kemudahan untuk transfer gambar, terutama sekali bagi yang selalu travel, Nikon D3400 mempunyai fungsi bluetooth untuk menghantar gambar ke telefon bimbit dan sebagainya. Kamera ini sesuai untuk fungsi transfer ketika di luar kerana teknologi Wi-Fi memerlukan resepsi yang bagus. 

Kekurangan kamera ini hanyalah ia mempunyai fungsi wireless transfer secara bluetooth sahaja. Ia juga mempunyai pilihan lensa unik dari siri Nikon F mount.

Nikon D3500 VR AFP Original (18 -55mm)

RM 1619
Nikon
4. Nikon D3500 VR AFP Original (18 -55mm)
Kamera DSLR yang sesuai untuk travel
Updated on 8th August 2020

Sensor : DX CMOS  |  Megapixels : 24.1MP  |  Lens mount : Nikon F-mount  |  Screen : 3-inch, 921,000 dots  |  Continuous shooting speed : 5fps  |  Max video resolution : 1080p

Travelling memerlukan kamera yang bersesuaian supaya anda boleh bergerak dengan bebas sambil mengabadikan kenangan sepanjang perjalanan. Nikon D3500 membolehkan anda travel dengan bebas kerana keberatan kamera ini adalah 365g (tanpa lensa) dan jangka hayat baterinya membolehkan anda menangkap sehingga 800 lebih gambar.  

Ia mempunyai fungsi Wi-Fi, bluetooth dan NFC bagi memudahkan anda untuk pindahkan dan edit gambar secara on-the-go.

Nikon D5600 DSLR Camera with 18 – 55mm Lens

RM 2488
Nikon
5. Nikon D5600 DSLR Camera with 18 – 55mm Lens
Kamera DSLR sesuai untuk kegunaan pelajar fotografi
Updated on 8th August 2020

Sensor : DX CMOS  |  Megapixels : 24.2MP  |  Lens mount : Nikon F-mount  |  Screen : 3.2-inch, 1,040,000 dots  |  Continuous shooting speed : 5fps  |  Max video resolution : 1080p

Bagi seorang pelajar, kebiasaannya keperluan terhadap kamera berubah-ubah diantara menangkap gambar kenangan atau membuat tugasan berbentuk video. Nikon D5600 mempunyai sensor DX CMOS yang sesuai dan balanced untuk fotografi dan videografi dengan variasi lensa yang unik. 

Kalau anda lebih cenderung ke arah fotografi, full frame sensor lebih sesuai dan kalau anda lebih minat videografi, sensor 4/3 lebih sesuai dengan anda.

Canon EOS 250D DSLR Camera with 18 – 55mm Lens

RM 2150
Canon
6. Canon EOS 250D DSLR Camera with 18 – 55mm Lens
Kamera DSLR untuk rakaman video dan vlog
Updated on 8th August 2020

Sensor : APS-C CMOS  |  Megapixels : 24.1MP  |  Lens mount : Canon EF/EF-S  |  Screen : 3-inch, 1,040,000 dots  |  Continuous shooting speed : 5fps  |  Max video resolution : 4K

Untuk anda yang lebih cenderung ke industri videografi dan vlogging, Canon EOS 250D ataupun Rebel SL3 ini sesuai dengan keperluan anda. Ia mempunyai battery life yang bertahan lama dengan rekabentuk ergonomik yang sangat membantu handling kamera anda ketika merakam. 

Anda juga boleh explore dengan variasi lensa yang sangat bagus dan sesuai untuk keperluan videografi.

Nikon D7200 DSLR Digital Camera (Body Only)

RM 2799
Nikon
7. Nikon D7200 DSLR Digital Camera (Body Only)
Kamera DSLR terbaik untuk shoot majlis perkahwinan
Updated on 8th August 2020

Sensor : APS-C CMOS  |  Megapixels : 24.2MP  |  Lens mount : Nikon F-mount  |  Screen : 3.2-inch, 1,229,000 dots  |  Continuous shooting speed : 6fps  |  Max video resolution : 1080p

Majlis perkahwinan sememangnya memerlukan skill dan kelengkapan yang tersendiri. Model Nikon D7200 mampu memenuhi keperluan teknikal anda dimana ia mempunyai kemampuan ISO yang flexible dengan frame rate yang bagus menjadikannya sebagai kamera yang sesuai bagi mengabadikan keindahan sesebuah perkahwinan.

Ditemani suasana, emosi dan ekspresi yang memerlukan kepantasan dan kecekapan, kamera ini sangat sesuai dengan jurugambar beginner dan sederhana.

Canon EOS Rebel SL2 (with starter kit and lens)

RM 3894.06
Canon
8. Canon EOS Rebel SL2 (with starter kit and lens)
DSLR terbaik untuk merakam suasana outdoor
Updated on 16th July 2020

Sensor : APS-C CMOS  |  Megapixels : 24.2MP  |  Lens mount : Canon EF mount  |  Screen : 3-inch, 1,040,000 dots  |  Continuous shooting speed : 5fps  |  Max video resolution : 1080p

Untuk anda yang berjiwa bebas dan dahagakan pengembaraan outdoor, Canon Eos Rebel SL2 ini sepadan dengan jiwa anda. Ianya ringan dengan berat tanpa lensa sebanyak 405g dengan bentuk yang mudah dipegang. Namun begitu, kamera ini tidak mempunyai weather seal untuk melindungi kamera anda dari cuaca yang berbeza. 

Satu fungsi unik kamera ini ialah skrin yang boleh di-flip bagi mengambil gambar dengan angle yang mencabar.

Nikon D750 DSLR Camera

RM 4999
Nikon
9. Nikon D750 DSLR Camera
Kamera DSLR terbaik untuk fotografi dengan visual lebih jelas
Updated on 8th August 2020

Sensor : Full Frame CMOS  |  Megapixels : 24MP  |  Lens mount : Nikon F-Mount  |  Screen : 3.2-inch, 1,229,000 dots  |  Continuous shooting speed : 6.5fps  |  Max video resolution : 1080p

Bagi anda yang lebih cenderung ke arah fotografi, Nikon D750 ini merupakan kamera yang sesuai. Terima kasih kepada full frame sensor yang dimilikinya, anda boleh menangkap gambar lebih luas dengan kualiti terbaik. Gambar anda akan sentiasa tampil sharp dan cantik. 

Kamera ini sedikit berat berbanding yang lain tetapi fungsi asasnya lengkap dan juga koleksi lensa F-Mount untuk dipilih menjadikan pembelian yang berbaloi untuk kamera full frame.

Canon EOS 90D DSLR Camera (Body Only)

RM 4475
Canon
10. Canon EOS 90D DSLR Camera (Body Only)
Kamera DSLR untuk live streaming
Updated on 8th August 2020

Sensor : APS-C CMOS  |  Megapixels : 32.5MP  |  Lens mount : Canon EF/EF-S  |  Screen : 3-inch, 1,040,000 dots  |  Continuous shooting speed : 11fps  |  Max video resolution : 4K

Secara umumnya, kamera DSLR tidak berapa sesuai untuk kegunaan berterusan kerana ia akan cepat panas. Kamera ini mampu menghasilkan video dengan kualiti 4K dan kalau anda tetapkan video anda pada kualiti 1080p, anda mampu capai fps yang tinggi. 

Ia juga mempunyai kualiti gambar yang baik dengan penelitian kepada highlight dan shadow, menjadikan peneman stream anda yang ideal.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article