Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Tiada Lagi Bateri 'Kong', 10 Power Bank Terbaik Jenama Pineng

Murah dan Berkualiti

Product in this article

Power bank adalah antara keperluan utama yang digunakan untuk mengecas pelbagai peranti elektronik yang kita gunakan. Ketiadaan power bank pastinya akan memberi masalah ketika kecemasan. Di pasaran, terdapat satu power bank yang terkenal kerana menawarkan harga yang amat rendah dan berkualiti iaitu jenama Pineng.

Bagaimanakah power bank berfungsi?

Power bank mendapatkan bekalan tenaga apabila dicas daripada port USB-C, Micro USB atau USB-A. Tenaga yang diperolehi ini akan disimpan dalam bahan kimia yang terdapat dalam power bank tersebut. Terdapat dua bahan kimia yang digunakan untuk menyimpan cas oleh power bank iaitu Lithium-ion dan Lithium polymer.

Walaupun cara power bank berfungsi adalah agak simple, ianya melibatkan pelbagai teknologi yang canggih untuk berfungsi dengan sempurna. Untuk memastikan tidak berlaku litar pintas atau caj berlebihan pada peranti anda, terdapat litar khas yang mengawal arus dan voltan yang bersesuaian dibekalkan kepada peranti anda. Jom lihat senarai power bank dibawah;

10 Power Bank Pineng Sesuai Untuk Gajet Anda

Pineng Slim Small Fast Charge Power Bank (PN951)

RM 19.99
Pineng
1. Pineng Slim Small Fast Charge Power Bank (PN951)
Power bank murah dan berkualiti setanding jenama mahal
Updated on 16th January 2020

Jika anda mahukan power bank murah yang tidak rosak selepas seminngu menggunakannya, inilah jawapannya. Power bank ini sememangnya mempunyai harga yang amat rendah dan amat berbaloi untuk dimiliki. Ia juga mempunyai kabel USB terbina, tidak perlu lagi membawa kabel berasingan.

Pineng PN952 5000mAh Super Light Powerbank 

RM 24.9
Terbaik untuk mereka yang sentiasa sibuk dengan kerja
Pineng
2. Pineng PN952 5000mAh Super Light Powerbank 
Power bank yang diperbuat daripada Lythium polymer dan tahan lama
Updated on 16th January 2020

Power bank ini dilengkapi dengan kapasiti besar sehingga 5,000mAh yang akan membantu membekalkan tenaga kepada peranti anda sehingga 2-3 kali pengecasan. Ia juga menyokong pengecasan pantas jenis Qualcomm Quickcharge. 

Jika anda mempunyai telefon yang menyokong pengecasan pantas jenis tersebut, disarankan untuk anda membeli peranti ini kerana harganya murah.

Pineng 3-Type Built-In Cable Power Bank (PN-956)

RM 34.9
Pineng
3. Pineng 3-Type Built-In Cable Power Bank (PN-956)
Power bank dengan pelbagai jenis kabel terbina
Updated on 16th January 2020

Keistimewaan power bank ini adalah ia mempunyai tiga port pada dua kabel terbina. Ini menjadikan power bank ini amat versatil. Ia juga mempunyai satu port USB-A membolehkan anda untuk menyambung satu lagi kabel pilihan anda.

Pineng PN-963 10000mAh Dual USB Power Bank

RM 34
Terbaik untuk di atas 10000mah dan pada harga yang rendah
4. Pineng PN-963 10000mAh Dual USB Power Bank
Power bank 10,000mAh Pineng – cas peranti ke tahap maksima
Updated on 16th January 2020

Jika anda mencari power bank yang mempunyai kualiti dan tidak mahal inilah pilihannya. Ia turut mempunyai LED yang memaparkan peratusan bateri. Anda boleh mengecas power bank ini sebelum kehabisan bateri. 

Peranti anda juga dapat dicas ke tahap maksima dan boleh digunakan sebanyak 3-4 kali sehari. Ia juga mempunyai rekaan menarik dan disertakan dengan dua pilihan warna iaitu putih dan hitam.

Pineng 20,000mAh 3 Input & Output Power Bank (PN-917)

RM 29
Pineng
5. Pineng 20,000mAh 3 Input & Output Power Bank (PN-917)
Power bank yang boleh digunakan di dalam pesawat
Updated on 16th January 2020

Power bank ini mempunyai kapasiti sebesar 20,000mAh, menjadikannya sesuai untuk dibawa semasa anda travelling. Ia juga boleh dibawa ke atas pesawat kerana mempunyai kapasiti yang kurang daripada 100Wh. Selain itu, ia juga mempunyai tiga port output dan juga amat nipis dalam kelasnya tersendiri.

Pineng Portable Mini Power Bank Fast Charge (PN-986)

RM 37.5
Pineng
6. Pineng Portable Mini Power Bank Fast Charge (PN-986)
Power bank bersaiz kompak sesuai untuk iPhone
Updated on 16th January 2020

Power bank kecil ini sangat sesuai untuk dibawa kemana-mana. Saiznya adalah antara paling kecil jika dibandingkan dengan Power bank lain. Ia juga mempunyai sokongan pengecasan pantas jenis Power Delivery yang digunakan oleh iPhone 8 sehingga iPhone yang terkini. 

Biasanya, power bank yang menyokong pengecasan pantas jenis ini berharga hampir RM100 ataupun lebih. Dengan harga mesra poket, power bank ini sememangnya amat berbaloi untuk dimiliki.

Pineng Micro Type-C Fast Charging Power Bank (PN-939)

RM 39.5
Pineng
7. Pineng Micro Type-C Fast Charging Power Bank (PN-939)
Power bank berkualiti tinggi terbaik daripada Shopee
Updated on 16th January 2020

Power bank ini adalah antara power bank paling tinggi jualan di Shopee iaitu sehingga 11.9 ribu jualan. Ia sememangnya menjadi pilihan utama ramai orang dengan harga masih mampu untuk dimiliki

Hal ini kerana, ia mempunyai kapasiti besar iaitu 20,000mAh dan juga rekaan moden yang menarik. Ianya direka agar tahan lasak menjadikan power bank ini dapat bertahan untuk jangka masa yang panjang.

Pineng 20,000mAh Quick Charge Power Bank (PN962)

RM 37.8
Pineng
8. Pineng 20,000mAh Quick Charge Power Bank (PN962)
Power bank 20,000mAh dengan sokongan fast charging
Updated on 16th January 2020

Power bank ini mempunyai kapasiti besar yang membolehkan anda mengecas telefon berulang-kali tanpa perlu risau kehabisan bateri. Ianya amat sesuai jika anda perlu berkongsi power bank dengan rakan-rakan atau ahli keluarga apabila keluar berlibur dan travelling

Ia juga dilengkapi dengan pengecasan pantas Qualcomm Quickcharge 3.0. Qualcomm Quickcharge(QC) 3.0 turut menyokong peranti dengan QC 2.0 dan QC 1.0.

Pineng Quick Charging 3.0 Ultra Slim (PN961)

RM 43.9
Pineng
9. Pineng Quick Charging 3.0 Ultra Slim (PN961)
Power bank dengan Overcharging Protection untuk smartphone
Updated on 16th January 2020

Dilengkapi dengan LED display, anda akan dapat melihat peratusan bateri power bank anda secara terus, berlainan dengan kebanyakan power bank lain iaitu hanya memaparkan 4 LED untuk menunjukkan 4 paras bateri. Selain itu, ia juga mempunyai 3 port USB, membolehkan anda mengecas 3 peranti sekaligus dalam satu masa.

Pineng Dual Output Wireless Charging (PN886)

RM 39.9
Pineng
10. Pineng Dual Output Wireless Charging (PN886)
Power bank wireless dengan sokongan pengecasan pantas (fast-charging)
Updated on 16th January 2020

Pineng terkenal dengan mengeluarkan power bank yang berharga murah. Walaupun power bank ini menyokong pengecasan wireless, ia tetap mengekalkan harga yang berpatutan dan kualiti agak bagus. Sesuai untuk anda yang sering terlupa membawa kabel, rekomendasi terbaik buat anda gunakan power bank jenis wireless ini.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article