Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

12 Android Box TV Terbaik di Malaysia 2024 - Review & Harga

Ada Android box & internet memang enjoy nak tengok cerita apa pun!

Android Box terbaik merupakan inovasi terkini untuk menikmati tayangan drama dan filem tanpa had dengan pembayaran yang murah.

Anda boleh menonton siaran daripada internet terus kepada televisyen tanpa perlu menggunakan gajet seperti laptop atau smartphone.

Bagi mereka yang sering menonton televisyen, pasti inginkan jenama Android TV terbaik dengan harga Android TV box berpatutan supaya puas untuk back to back menonton televisyen.

Jadi kami review Android TV box terbaik dan smart TV box sesuai untuk digunakan dalam kediaman anda.


Senarai 12 Android Box TV Terbaik di Malaysia 2024

Android TV box terbaik secara keseluruhan
Xiaomi
mi s box malaysia
mulai
RM228.88
Semak Xiaomi Mi Box S harga dibawah:
add_circle Jenama yang dipercayai
add_circle Ada waranti
add_circle Kawalan menggunakan suara
remove_circle Memori kecil
  • CPU: Cortex-A53 Quad-core 64 bit
  • GPU:Mali-450
  • OS: Android 8.1
  • SDRAM: 2GB
  • Flash Memory: 8GB
  • Frequency: LAN Ethernet
  • WiFi: 2.4 / 5GHz 

Sebab menjadi pilihan utama: 

Android box terbaik Xiaomi adalah salah satu jenama elektronik yang dipercayai mempunyai fungsi kawalan menggunakan suara Google Assistant yang lain daripada yang lain dan ada sokongan resolusi 4K. 

Ciri-ciri: 

Xiaomi Mi Box S tidak ketinggalan menawarkan pelbagai siaran dan kemudahan tontonan hiburan kepada pengguna. 

Bercirikan sistem operasi terbaru Android bersama naik taraf Bluetooth dan Chromecast Ultra. 

Jadi apa jua siaran atau pelantar penstriman video, kualiti streaming lebih lancar sehingga boleh menikmati filem, drama, video dan apa sahaja dengan resolusi jelas 4K! 

Rekaan yang ringkas dan kecil tidak akan mengganggu susun atur sudut televisyen anda di rumah.

Tawaran harga juga sangat berpatutan dengan sistem canggih yang terbaik. 

Model ini sesuai untuk mereka yang tidak savvy dengan teknologi, dengan kemudahan langkah tetapan yang ringkas.

Review:

“Apa yang ada pada Xiaomi Mi Box S yang tiada pada Android box lain ialah Google Assistant. Tak payah susah-susah tekan remote nak cari video. Guna suara je!”

Android box paling popular
mulai
RM88.80
Semak TX6 H6 4K Android TV Box harga dibawah:
add_circle Menyokong output video 8K
add_circle Mempunyai fungsi dual-WiFi
add_circle Pelbagai pilihan storan (8GB, 16GB, 32GB, 64GB)
remove_circle Jenama tidak popular
  • CPU: Allwinner H6 quad-core Cortex A53 chip
  • GPU: Mali-T720
  • OS: Android 9
  • SDRAM: 2 / 4GB
  • Flash Memory: 16 / 32 / 64GB
  • Frequency: LAN Ethernet
  • WiFi: 2.4 GHz 

Peranti canggih untuk kemudahan tontonan mereka yang gemar menghabiskan masa menonton televisyen.

Model hebat ini dilengkapi dengan sistem operasi Android 9 yang membekalkan anda dengan pelbagai aplikasi terkini dari Android.

Selain itu, Android box ini dilengkapi dengan unit pemprosesan berkuasa tinggi untuk persembahan yang hebat. 

Jangan risau, menyokong sambungan WiFi dan Ethernet untuk kegunaan seisi rumah tanpa alami masalah lagging atau buffering dalam satu masa yang sama.

Android Box dengan harga berpatutan
h10 max box
mulai
RM165.00
Semak H10 Max Android Box harga dibawah:
add_circle Harga yang murah
add_circle Ada SD/USB card slot
add_circle Berkapasiti besar
remove_circle Tiada ‘built-in’ app Astro
  • CPU: Allwinner H616 Quad Core ARM Cortex A53
  • GPU:Mali-G31
  • OS: Android 10
  • SDRAM: 4GB
  • Flash Memory: 32GB / 64GB
  • Frequency: LAN Ethernet
  • WiFi: 2.4GHz 

Model Android box dari H10 Max ini memberi akses bebas pada semua aplikasi, siaran televisyen dan live streaming.

Lengkap dengan sistem operasi Android 10 dan RAM 4GB pasti memberi pengalaman tontonan tanpa gangguan seperti buffering

Malah, lengkap dengan aplikasi sosial media yang boleh dipancar terus pada televisyen anda seperti YouTube, Twitter, Facebook dan Spotify. 

Dengan sokongan USB port anda boleh menghidupkan keyboard dan tetikus pada Android box ini, jadi televisyen boleh terus bertukar seakan-akan komputer!

Android box paling portable
Xiaomi
Xiaomi Mi TV Stick
mulai
RM139.00
Semak Xiaomi Mi TV Stick harga dibawah:
add_circle Mudah dibawa ke mana-mana (portable)
add_circle Dilengkapi dengan aplikasi seperti Google Play
add_circle Menyokong output 4K
remove_circle Storan rendah (8GB)
  • RAM : 1GB
  • Storage : 8GB eMMC
  • CPU : Quad-core Cortex-A53
  • GPU : ARM Mali-450
  • Ports : HDMI x1 / Micro USB x1
  • Wi-Fi : 2.4GHz/5GHz
  • Bluetooth : 4.2 Version

Android box dalam bentuk stick berjenama Xiaomi ini mempunyai rekaan yang sleek dan ringkas.

Malah dengan saiz kecil yang boleh dibawa bersama-sama ketika melancong, outstation dan sebagainya.

Mi Stick ini juga mudah dipasangkan pada semua device yang mempunyai sambungan HDMI.

Selalunya digunakan untuk menonton filem dan rancangan TV menerusi pelantar OTT seperti Netflix, Youtube, Disney+ Hotstar dan Amazon Prime Video. 

Paparannya juga memuaskan hati kerana menyokong output video 4K.

Alat kawalan jauhnya juga menyokong fungsi suara melalui Google Assistant, supaya anda boleh membuat carian menggunakan suara sahaja, tanpa perlu menaip!

Realme 4K Smart Google TV Android Stick
mulai
RM195.00
Semak Realme 4K Smart Google TV Android Stick harga dibawah:
add_circle Sokongan kawalan suara Google Assistant
add_circle Menyokong sambungan 5G
add_circle Resolusi 4K
remove_circle Storan tidak besar
  • CPU: Quad-core Cortex-A35
  • GPU: Dual-Core
  • OS: Android TV
  • SDRAM: 2GB
  • Frequency: LAN Ethernet
  • WiFi: 5 GHz 

Ini adalah Android TV berbentuk stick terbaru yang dikuasakan dengan CPU Quad-core.

CPU ini dapat memberi kawalan lancar kepada Android TV di mana anda boleh memainkan pelbagai video dalam definisi tinggi melalui pelbagai Mbps.

Di samping itu turut mempunyai sambungan WiFi pantas di mana memudahkan anda untuk memuat turun pelbagai aplikasi di dalam Google dengan percuma. 

Realme 4K Smart Google TV juga menyokong output video sehingga 4K (2160P). 

Erti kata lain, kualiti sama seperti di panggung wayang!

Android Box untuk main game (PUBG)
NVIDIA SHIELD
NVIDIA SHEILD TV PRO
mulai
RM1,009.00
Semak NVIDIA SHIELD Android TV PRO harga dibawah:
add_circle Terbaik untuk main game
add_circle Berkapasiti besar
add_circle Audio dan paparan berkualiti tinggi
remove_circle Harga mahal
  • CPU: NVIDIA® Tegra® X1
  • GPU: 256-core GPU
  • OS: Android 11.0 powered by Android TV™ with Chromecast 4K built-in
  • SDRAM: 3GB
  • Flash Memory: 16GB
  • Frequency: Gigabit Ethernet
  • WiFi: 2.4 and 5 GHz 

NVIDIA SHIELD Android TV Pro menyokong resolusi 4K UHD yang menakjubkan dengan HDR10.

Tambahan pula, dengan teknologi Dolby Vision dapat memberi anda pengalaman menonton yang luar biasa.

SHIELD Android TV Pro ini mempunyai 3GB RAM dengan penyimpanan 16GB dan boleh besarkan melalui port Micro-USB atau slot kad MicroSD, memastikan prestasi yang lancar dan ruang yang mencukupi untuk hiburan anda.

Sambungan mudah dengan pilihan WiFi 5 Dual-band dan Ethernet, membolehkan anda menonton siaran TV dengan lebih lancar.

Bukan itu saja, anda juga boleh bermain game tanpa gangguan connectivity

SHIELD Android TV dilengkapi dengan mikrofon yang boleh dikawal dari jauh bagi membolehkan anda mengawal sistem hanya menggunakan voice command melalui Google Assistant dan Alexa. 

Turut mempunyai pelbagai aplikasi streaming popular telah di install di dalamnya dan anda boleh akses kepada rancangan dan filem kegemaran anda selepas memasangnya ke TV.

Walaupun harga Android Box terbaik ini sedikit mahal berbanding yang lain tapi ini merupakan satu pilihan terbaik untuk kaki gamers sebab anda boleh main game dengan lancar.

Android box harga mampu milik
EVPAD
EVPAD 10P
mulai
RM688.00
Semak EVPAD 10P 8K Smart TV B0X harga dibawah:
add_circle Telah dipasang dengan pelbagai aplikasi
add_circle Menyokong WiFi 6 and Bluetooth 5.2
add_circle Mempunyai Sistem Suara EVAI
remove_circle Jenama Android Box lama
  • CPU: Quad-core A53 64 bit
  • GPU: G31
  • OS: Android 10.0
  • SDRAM: 4GB
  • Flash Memory: 64GB
  • Frequency: 100M Standard RJ45
  • WiFi: WiFi 6

Evpad 10P dilengkapi dengan chipset berkuasa tinggi dan mampu memuat turun pelbagai aplikasi untuk gaming atau aplikasi online streaming untuk menonton rancangan kegemaran anda.

Selain itu, model ini juga merupakan model flagship yang hadir dengan 4GB RAM dan 64GB storan dalaman. 

Apa yang menarik, Android box ini juga turut mempunyai ciri EVCHAT AI Languange untuk memudahkan penggunaan Android box ini. 

Turut menyokong WiFi 6 dan Bluetooth 5.2 untuk connection yang lebih laju dan tanpa halangan. 

Jika anda tidak mahu menggunakan alat kawalan jauh, anda boleh menggunakan voice command untuk mengawal Android box ini.

Android TV box untuk smart tv
Q+
Q+ Android Box
mulai
RM99.99
Semak Q+ Android Box harga dibawah:
add_circle Ada SD card dan USB slot
add_circle Paparan jelas 6K Ultra-HD
add_circle Plug and play
remove_circle Hanya memiliki 2.4GHz
  • CPU: Quad core ARM Cortex-A53
  • GPU:Mali-T720
  • OS: Android 9.0
  • SDRAM: 2 / 4GB 
  • Flash Memory: 16 / 32 / 64GB 
  • Frequency: LAN Ethernet
  • WiFi: 2.4GHz

Tonton drama terkini pada smart TV tanpa sebarang lagging dengan Q+ Android Box.

Mungkin sistem Android 9.0 bukanlah yang terkini, tetapi ia masih memberikan prestasi yang pantas untuk keperluan hiburan harian anda. 

Selain itu, CPU Quad core ARM Cortex-A53 yang canggih memberikan kawalan lancar untuk menggunakan aplikasi yang memerlukan daya pemprosesan tinggi. 

Kualiti tontonan bertambah hebat dengan visual sejelas 6K Ultra-HD. 

Jika anda memerlukan storan tambahan untuk melancarkan lagi sesi tontonan, pilih sahaja model dengan flash memory lebih tinggi iaitu 32GB atau 64GB.

Atau anda boleh juga masukkan SD card setinggi 64GB pada slot yang disediakan.

Android TV box mudah digunakan
Full Setup Android TV Box
mulai
RM159.00
Semak Full Setup Android TV Box harga dibawah:
add_circle Sokongan kawalan suara Google Assistant
add_circle Dilancarkan oleh dual-band WiFi
add_circle Memiliki Pure Android UI Interface
add_circle Plug and play
remove_circle Storan kecil dan tidak boleh ditingkatkan
  • CPU: Quad-core ARM Cortex-A53
  • GPU:Mali-T720
  • OS: Android Q (10.0)
  • SDRAM: 2 GB
  • Flash Memory: 8 GB
  • Frequency: LAN Ethernet
  • WiFi: 2.4 / 5GHz 

Bagi sesiapa yang ingin sebuah android TV box yang memenuhi cita rasa tontonan yang pelbagai, pilih je android TV box dengan lebih tiga ratus saluran ini.

Setiap satu saluran yang anda pilih dilancarkan dengan sistem operasi Android 10 dan dimudahkan penggunaannya melalui Pure Android UI interface yang datang bersamanya. 

Untuk menonton video dalam resolusi tinggi seperti 6K, anda memerlukan jalur lebar yang luas.

Wi-Fi dual-band memastikan sambungan yang mencukupi dan putaran video yang lancar serta berkualiti tinggi tanpa sebarang gangguan atau buffering.

Selain beroperasi dengan bantuan Google Assistant yang serba boleh, ia juga memiliki ciri-ciri plug and play yang memudahkan sesi pemasangan. 

Tidak perlu berkerut dahi membaca manual ketika hendak memasangnya. Dengan hanya beberapa klik, anda terus boleh menyambungkan android TV box ini dengan televisyen dan rangkaian WiFi anda.

Android TV box untuk Netflix
Mecool
Mecool KM2 Plus
mulai
RM257.92
Semak Mecool KM2 Plus harga dibawah:
add_circle Prestasi grafik tinggi
add_circle Dilengkapi sistem operasi Android 11
add_circle Menyokong sambungan 5G
add_circle Boleh dihubungkan melalui Bluetooth
remove_circle RAM bersaiz kecil
  • CPU: S905X4-B Quad-Core A55
  • GPU: G31, OpenGL3.2, Vulkan 1.0, OpenGL2.0
  • OS: Android 11
  • SDRAM: 2 GB
  • Flash Memory: 16 GB
  • Frequency: Lan Ethernet
  • WiFi: 2.4GHz & 5GHz

Kekuatan android TV box daripada jenama Mecool ini adalah pada kelancaran penggunaannya dan kejelasan paparan video yang dimainkan.

Kelancaran penggunaannya yang baik terletak pada sistem operasi Android 11 yang efisen dan CPU S905X4-B Quad-Core A55 yang berkuasa.

Dari segi paparan video, anda akan memperoleh kualiti gambar yang tajam dan warna yang jelas dengan fungsi sokongan output video setinggi 8K.

Keberadaan beberapa GPU seperti G31, OpenGL3.2, Vulkan 1.0, OpenGL2.0 membolehkan model ini menangani tugas grafik yang kompleks dengan lebih baik.

Ini termasuk memainkan filem atau drama terkini di platform seperti Netflix yang melibatkan grafik tinggi tanpa mengalami lag atau jerking.

Suatu kepuasan menonton yang dicari-cari untuk sebuah android box.

Android tv box untuk TV digital
V88
V88 mini Android TV Box 1
mulai
RM57.80
Semak V88 mini Android TV Box harga dibawah:
add_circle Menyokong Android 12
add_circle Paparan jelas 8K HD
add_circle Penghasilan bunyi berkualiti tinggi
remove_circle Hanya memiliki 2.4GHz
  • CPU: 4 Core A7
  • GPU: Multicore Mali 400
  • OS: Android 12
  • SDRAM: 2 GB
  • Flash Memory: 16 GB
  • Frequency: Lan Ethernet
  • WiFi: 2.4GHz

Bagi mendapatkan android TV box yang sesuai untuk TV digital anda, ada beberapa ciri-ciri yang perlu dipertimbangkan dan V88 mini ini melengkapi hampir semuanya.

Menyokong resolusi tinggi sehingga 8k, paparan video akan menjadi lebih hidup dan jelas, menampilkan setiap butiran dengan ketajaman yang memukau.

Android TV box biasanya disambungkan dengan TV digital melalui port HDMI dan jangan risau, kerana model ini memiliki port dan juga wayarnya.

Untuk memuat turun dan memasang aplikasi seperti Netflix dan YouTube sistem operasi Android 12 memberikan akses yang lancar ke Google Play Store. 

Dalam banyak-banyak kelebihan model ini, yang paling menarik adalah tahap Hi-Fi (High Fidelity) yang dihasilkan oleh output audio stereo model ini. 

Ini bermakna, ia boleh menghasilkan kualiti bunyi stereo yang sangat jernih dan setia kepada sumber asalnya tanpa memerlukan bantuan peranti audio tambahan. 

Android tv box untuk grafik 3D
2023 Latest Android TV Box
mulai
RM50.00
Semak 2023 Latest Android TV Box harga dibawah:
add_circle Storan berkapasiti tinggi
add_circle Dibina dengan pelbagai port
add_circle Menyokong Bluetooth
remove_circle Hanya memiliki 2.4GHz
  • CPU: Quad core 64-bit
  • GPU: Mali G31
  • OS: Android 10s
  • SDRAM: 8 GB
  • Flash Memory: 128 GB
  • Frequency: Lan Ethernet
  • WiFi: 2.4GHz & 5GHz

Jika anda jenis yang menghargai prestasi pantas, tidak perlu fikir lama-lama dan terus dapatkan android TV box dengan kelancaran berganda seperti model ini.

Kenapa berganda? Kerana ia memiliki jalur lebar yang luas dan storan yang boleh ditingkatkan sehingga 256GB.

Ditambah pula dengan 3D graphics processing unit, anda akan dapat ketajaman visual setiap adegan penting semasa menonton drama. 

Sebagai bonus, anda boleh memanfaatkan ciri-ciri PPPOE dan Miracast yang membolehkan anda mendapatkan pengalaman menonton yang serba boleh.

PPPOE (Point-to-Point Protocol over Ethernet) membenarkan sambungan android TV box anda kepada internet melalui sambungan broadband yang selamat dan stabil.

Manakala Miracast membolehkan anda berkongsi paparan skrin peranti mudah alih anda pada skrin TV, membawa sesi tontonan dari mana-mana sahaja.


Apa Itu Android Box?

Android merupakan sistem operasi yang digunakan oleh kebanyakan telefon pintar.

Sama seperti android didalam telefon pintar, boleh digunakan untuk televisyen, tablet dan komputer. 

Android box juga merupakan satu alat dimana boleh disambung pada televisyen untuk menukarkan konsep dari televisyen biasa kepada televisyen yang mempunyai pelbagai saluran pilihan, gaming dan aplikasi yang menarik. 

Kebanyakan Android box menawarkan pelbagai servis hiburan seperti aplikasi sosial media, pelbagai jenis video permainan, radio global dan rangkaian saluran sukan dan filem. 

Jadi anda tidak perlu lagi melanggan saluran televisyen berbayar yang mungkin mencekik kos bulanan anda.

Hanya perlu internet dan Android box, dunia hiburan anda bersama televisyen memang tiada had! 

Anda boleh tontot video di bawah untuk dengar penjelasan lebih teliti tentang Android box.


Kelebihan & Kekurangan Android Box

  • Kelebihan

Kalau kena dengan bajet, Android box jauh lagi murah dari saluran berbayar yang kita terikat dengan kontrak dan peraturan.

Cuma bergantung kepada penggunaan seperti Netflix, HBO, Hulu atau Disney memang kena tambah duit untuk langganan. 

Bercakap tentang saluran televisyen pula memang sangat banyak dan boleh diubah suai mengikut citarasa anda.

Ada yang menyediakan ribuan filem, siri drama dan dokumentari dari dalam dan luar negara. 

Ada sesetengah Android box lengkap port USB serta sambungan Bluetooth, jadi anda boleh pasangkan keyboard serta tetikus pada televisyen.

Sekaligus memudahkan penggunaan tanpa remote atau tukarkan televisyen seperti komputer atau telefon pintar. 

Tidak perlu lagi fikir nak upgrade Smart TV bila dah ada Android box, ternyata anda boleh jimat duit dari beli Smart TV yang beribu! 

  • Kekurangan

Jangan cukup teruja dengan pilihan saluran yang banyak, ada sebilangan dari jenama Android box memerlukan kos naik taraf untuk mengakses saluran yang lain. 

Tidak lupa juga Android box ini bergantung pada internet atau WiFi, jadi kalau anda bawa Android box bersama pastikan tempat pemasangan mempunyai internet yang baik. 

Tidak semua aplikasi telefon pintar boleh dimuat turun pada Android box


Artikel Berkaitan

End of Article