Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Kamera Digital Murah di Malaysia 2024 (Dibawah RM1000)

Sekarang anda boleh layan minat fotografi dengan bajet yang rendah!

Kamera digital boleh menyimpan gambar atau video di dalam bentuk digital dengan hasil yang berkualiti. 

Video atau gambar kamera digital boleh dipindahkan ke dalam laptop, telefon pintar dan anda juga boleh cuci gambar tersebut!

Terdapat pelbagai jenis kamera digital di pasaran yang anda boleh pilih dengan tawaran harga kamera digital yang berpatutan.

Jom lihat senarai jenama kamera digital terbaik yang anda boleh dapatkan. Jangan risau, kamera murah pun ada! 


Senarai 10 Kamera Digital Bawah RM1000 Terbaik

Kamera Digital Untuk Travel
AKASO EK7000 Pro
mulai
RM328.00
Semak AKASO EK7000 Pro harga dibawah:
add_circle Kalis Air
add_circle Boleh hasilkan video 4K
add_circle Boleh kawal guna remote
remove_circle Tidak boleh zoom

AKASO EK7000 Pro merupakan sebuah kamera digital yang popular dikalangan pecinta aktiviti outdoor.

Kamera digital mampu merakam video dan foto berdefinisi tinggi membuatkannya sesuai untuk mereka rakam moments lakukan aktiviti lasak. 

Paling penting, harga kamera ini juga tidak terlalu mahal dan tahan lasak!

Kamera ini dilengkapi dengan resolusi video 4K Ultra HD, foto dengan 16MP, stabilisation gambar elektronik, WiFi built-in, dan case tahan air.

Jadi anda boleh menggunakannya dalam air hingga kedalaman 40 meter.

Kamera ini juga dilengkapi dengan berbagai aksesori tambahan seperti alat kawalan jauh dan dua bateri yang boleh dicas semula.

Terdapat beberapa jenis mount dan klip diberikan yang memudahkan anda untuk melekatkan kamera di topi keledar, motor atau peralatan aktiviti yang lain.

Kamera Digital Murah
FUJIFILM A100
mulai
RM799.00
Semak FUJIFILM A100 harga dibawah:
add_circle Harga yang murah
add_circle Saiz kompak dan mudah disimpan
add_circle Ada image stabilisation
remove_circle Kualiti gambar kurang baik pada waktu malam

Fujifilm A100 merupakan sebuah kamera digital yang simple, mampu milik dan mudah digunakan oleh kebanyakan orang. 

Kamera digital ini sesuai untuk anda yang mahukan kamera compact dan sesuai untuk digunakan secara harian.

Selain itu, mempunyai sensor 16.1 megapixel, kanta zoom 5x dan rakaman video HD.

Turut dilengkapi dengan tetapan kamera automatik, pengesan senyuman (smile detection) serta filter kreatif.

Bagaimanapun, antara kekurangan kamera digital ini adalah sensornya lebih kecil daripada kamera digital jenama lain dan kawalan manual terhad.

Kamera Digital Untuk Vlogging
SONY
SONY DCS-KW11
mulai
RM1,199.00
Semak SONY DCS-KW11 harga dibawah:
add_circle Ada rakaman full HD
add_circle Dilengkapi WiFi dan NFC
add_circle Lens kamera boleh pusing 180 darjah
remove_circle Kawalan manual terhad

Sony merupakan jenama kamera digital yang terkenal dan Sony DSC-KW11 ini merupakan kamera digital unik yang direka untuk peminat swafoto. 

Kamera digital ini mempunyai bentuk segi empat sama dan lensa yang boleh pusing 180 darjah untuk ambil gambar swafoto anda dengan mudah. 

Jadi anda tidak perlu lagi memusingkan kamera ke belakang dan hanya perlu pusingkan lensa sahaja. 

Kamera ini mempunyai sensor 19.2 megapiksel, rakaman video HD penuh, sambungan Wi-Fi dan NFC, lensa sudut lebar 21mm dengan zoom optik 5x dan paparan skrin sentuh. 

Bagaimanapun, reka bentuk dan ciri unik kamera digital ini mungkin kurang diminati oleh sesetengah orang.

Kamera Digital Poket
TOSHIBA
TOSHIBA CAMILEO BW10
mulai
RM299.00
Semak TOSHIBA CAMILEO BW10 harga dibawah:
add_circle Kalis air
add_circle Rakaman video full HD 1080p
remove_circle Kualiti gambar kurang memuaskan
remove_circle Bateri tidak tahan lama

Toshiba Camileo BW10 merupakan sebuah kamera digital kalis air yang direka untuk kegunaan luar dan dalam air. 

Kamera digital ini boleh merakam video HD penuh 1080p, dengan sensor 5 megapixel dan zoom secara digital 10x!

Walaupun ciri kamera digital ini terhad, reka bentuknya yang lasak serta mudah digunakan menjadikannya salah satu pilihan yang bagus untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

Cara ini dapat memupuk minat fotografi anak-anak dengan merakam journey atau kenangan mereka di dalam air atau di luar rumah.

Kamera ini tahan lama dan mudah dikendalikan menjadikannya kamera permulaan yang bagus untuk jurugambar dan juruvideo muda.

Kamera digital untuk pelajar
Nikon
Nikon Coolpix S560
mulai
RM788.00
Semak Nikon Coolpix S560 harga dibawah:
add_circle Harga berpatutan
add_circle Penstabilan gambar VR optikal
add_circle Pelbagai mod pemandangan
add_circle Saiz compact
remove_circle Kemampuan zoom terhad

Kamera Digital Nikon Coolpix S560 hadir dengan reka bentuk kamera yang compact dan bergaya. 

Dengan resolusi 10 megapiksel dan lensa Zoom-NIKKOR 5x yang canggih, kamera ini menghasilkan gambar digital yang menakjubkan dengan ketajaman yang luar biasa. 

Selain itu, turut dilengkapi dengan Penstabilan Gambar Optikal (VR) untuk mengurangkan gegaran.

Ciri ini juga akan memastikan gambar yang tajam dan stabil walaupun dalam keadaan cahaya rendah atau ketika mengambil subjek yang sedang bergerak.

ISO 3200 pada kamera ini meningkatkan lagi kualiti gambar dengan mengurangkan noise dan menghasilkan warna yang hidup.

Sementara itu, sistem pemprosesan gambar EXPEED yang inovatif dari Nikon mampu mengurangkan noise dan nisbah S/N untuk kualiti gambar yang optimal. 

Kamera ini juga menggabungkan inovasi Nikon dalam kamera yang mesra pengguna seperti In-Camera Red-Eye Fix, D-Lighting, dan Face Priority AFn. 

Lebih menarik, dengan 15 mod pemandangan, dengan mudah anda dapat memilih tetapan yang sempurna untuk pelbagai situasi bergambar. 

Harga yang tidak begitu mahal dengan ciri-ciri yang hebat, kamera Digital Nikon Coolpix S560 memang sesuai untuk golongan pelajar.

Kamera digital untuk fotografi
48MP 1080P CAMERA DIGITAL
mulai
RM599.00
Semak 48MP 1080P CAMERA DIGITAL harga dibawah:
add_circle Kualiti gambar resolusi 48MP
add_circle Ada ciri pengesanan wajah
add_circle Menyokong kad mikro SD hingga 128GB
remove_circle Tiada sambungan Wi-Fi

48MP 1080P Digital Camera merupakan sebuah kamera compact yang sangat berkuasa. 

Turut menawarkan pengalaman fotografi dengan resolusi tinggi dan kemampuan merakam video yang cantik.

Dengan sensor 48 megapiksel, saiz filem 1080P, dilengkapi autofocus, aperture F/3.2, dan zoom 16X, kamera ini menjamin kualiti gambar dan ketajaman gambar yang luar biasa.

Skrin paparan IPS 2.4-inci pula cukup besar untuk anda melihat kembali gambar yang diambil.

Dilengkapi dengan ciri-ciri pengesanan pintar, termasuk face and smile detection, kamera ini secara pintar mengesan wajah.

Paling menarik, kamera ini akan mengambil gambar ketika subjek sedang senyum. 

Sementara itu, mod beauty pula dapat membuat anda kelihatan lebih cantik atau kacak.

Walaupun memiliki ciri-ciri yang hebat, kamera ini tetap ringan dengan hanya seberat 102g sahaja. 

Kamera digital terbaik secara keseluruhan
Sony Cybershot DSC-W530 Original digital camera
mulai
RM749.00
Semak Sony Cybershot DSC-W530 Original digital camera harga dibawah:
add_circle Kamera saiz compact
add_circle Reka bentuk praktikal dan ringan
add_circle Kamera dengan ISO tinggi
add_circle Dilengkapi mod Sweep Panorama
remove_circle Tiada kemampuan sambungan Wi-Fi kongsi gambar

Kamera Digital Sony Cybershot DSC-W530 hadir dengan resolusi 14.1MP yang boleh menghasilkan gambar yang menakjubkan dengan butiran yang jelas. 

Lensa zoom optik wide-angle Carl Zeiss 4x, setara dengan 26-105mm dalam format 35mm.

Ini akan membolehkan anda mengambil pelbagai subjek, dari gambar sudut pemandangan hingga ke sudut potret dengan mudah.

Dengan saiz kecil hanya  9.2 x 5.2 x 1.9 cm dan berat hanya 97g, anda boleh membawanya ke mana-mana dengan mudah.

Skrin LCD 2.7-inci memudahkan anda untuk melihat serta menyusun gambar anda dan kepekaan kamera boleh disesuaikan sehingga 3200 ISO.

Selain itu, kamera ini juga menyokong rakaman video VGA 640 x 480, membolehkan anda merakam kenangan sepanjang perjalanan. 

Mod Sweep Panorama pula membolehkan anda mengambil foto panorama ultra wide-angle yang menakjubkan tanpa menggunakan tripod

Paling menarik, kamera digital ini ada ciri SteadyShot yang boleh memastikan gambar tajam dan tidak bergegar walaupun dalam keadaan cahaya rendah. 

Sony Cybershot DSC-W530 adalah pilihan yang bijak kerana juga merupakan sebuah kamera murah dengan kualiti terbaik.

Kamera digital untuk pemula
FOTO DC402 CCD Digital Camera
mulai
RM449.00
Semak FOTO DC402 CCD Digital Camera harga dibawah:
add_circle Resolusi video ultra HD 2.7K
add_circle Resolusi gambar 48.0 megapiksel
add_circle Autofokus dan 16X zoom digital
add_circle Mudah digunakan
add_circle Sesuai untuk pemula dalam fotografi
remove_circle Skrin LCD terhad - saiz 2.8 inci
remove_circle Pilihan tetapan time-lapse terhad

FOTO DC402 CCD adalah sebuah kamera digital yang berkualiti yang membolehkan anda merakam detik-detik menarik dalam kualiti gambar dan video yang memukau. 

Ia mudah digunakan dan paling sesuai untuk anda yang baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia fotografi menggunakan kamera digital.

Dengan resolusi video ultra HD 2.7K dan resolusi gambar sebesar 48.0 megapiksel, kamera ini mampu menghasilkan gambar yang jelas dan tidak bergegar. 

Jika pencahayaan cukup, gambar anda pasti dalam kualiti terbaik.

Skrin LCD 2.8 inci membolehkan anda merakam detik-detik gembira bersama rakan, ahli keluarga dan anak-anak dengan mudah. 

Paling penting, kamera digital ini ringan dan mudah digunakan, menjadikannya hadiah yang sempurna untuk pemula dalam fotografi.

Kamera digital ergonomik
Nikon
Nikon COOLPIX A10 Digital Camera
mulai
RM999.00
Semak Nikon COOLPIX A10 Digital Camera harga dibawah:
add_circle Resolusi tinggi
add_circle Kebolehan zoom jauh
remove_circle Tiada viewfinder

Nikon CoolPix A10 menggunakan 16.1 megapixel image sensor menjadikan pengambilan gambar yang mempunyai resolusi yang tinggi. 

Kamera ini juga menggunakan lensa NIKKOR 5x optikal zoom sehingga mampu zoom dengan sangat jauh tanpa merisaukan gambaran yang kabur atau pecah.

Bentuknya yang ergonomik iaitu kecil dan mudah dipegang menjadikan pengambilan gambar menggunakan kamera digital ini lebih selesa.

Jangan risau, dengan harga yang mampu milik ini anda tetap dapat menghasilkan kualiti gambar terbaik.

Kamera Digital Untuk Kanak-Kanak.
X2 HD 800W 2.0 Inch IPS 1080P Mini Digital Camera
mulai
RM3.99
Semak X2 HD 800W 2.0 Inch IPS 1080P Mini Digital Camera harga dibawah:
add_circle Harga sangat murah
add_circle Saiz kompak dengan resolusi terbaik
add_circle Menyokong sehingga 32GB storan mikro SD
remove_circle Kebolehan zoom yang terhad
remove_circle Tiada feature canggih

Kamera X2 HD 800W adalah sebuah kamera digital bersaiz kompak yang sangat sesuai untuk kanak-kanak. 

Kamera ini hadir dengan skrin warna IPS 2.0-inci, membolehkan anda untuk akses ke fungsi dan tetapan kamera dengan mudah. 

Kamera ini hadir dalam dua pilihan warna menarik, iaitu biru dan merah jambu.

Selain itu, turut dilengkapi dengan lensa 800W, X2 HD menghasilkan gambar yang jelas dan terperinci dengan resolusi gambar 3264x2448 piksel. 

Anda juga boleh merakam video dengan resolusi 1920x1080 piksel. 

Dengan sokongan kad memori microSD hingga 32GB, anda mempunyai ruang simpanan yang mencukupi untuk menyimpan gambar dan video anda.


Apakah Perbezaan Kamera Digital Dan Kamera Analog?

Kamera digital dan kamera analog memiliki perbezaan dalam cara rakaman, penyimpanan dan pemrosesan gambar.

Cara merakam gambar:

Kamera analog merakam gambar pada filem, sementara kamera digital merakam gambar pada sensor elektronik.

Cara menyimpan gambar:

Kamera analog menyimpan gambar pada filem, kemudian perlu ditukar menjadi format digital supaya dapat diproses secara digital. 

Manakala, kamera digital pula menyimpan gambar secara digital pada memori internal atau kad memori SD. 

Seterusnya, gambar anda boleh terus dibuka dan diproses secara digital.

Cara memproses gambar:

Cara proses gambar untuk kamera analog sedikit unik di mana memerlukan tindak balas kimia untuk menghasilkan gambar daripada filem.

Bagaimanapun, untuk kamera digital pula boleh memproses gambar secara langsung melalui software pemprosesan gambar.

Antara kelebihan kamera digital jika dibandingkan dengan kamera analog adalah kemampuan untuk melihat hasil gambar secara langsung selepas anda ambil gambar. 

Selain itu, kemudahan untuk memuat naik atau berkongsi gambar melalui WiFi/NFC/Bluetooth juga merupakan kelebihan kamera digital. 

Bagaimanapun, terpulang kepada minat individu tersebut kerana masih ada lagi golongan yang gemar akan ciri-ciri kamera analog yang khas, 

Ini kerana meraka mahukan hasil warna dan ketajaman pada hasil gambar nampak klasik dan lain daripada yang lain. 


Artikel Berkaitan

End of Article