Jawapan ringkas: soundbar murah terbaik keseluruhan di Malaysia ialah Sakura Detachable TV speaker Soundbar (80W - 2.1), RM99.00 di Shopee Malaysia (harga disemak 25 September 2026), kerana ia satu-satunya pilihan bawah RM100 dengan subwoofer boleh tanggal. Kalau bajet menghampiri RM500, Sony HT-S100F, RM499.00 memberi kualiti audio jenama yang lebih matang.
Speaker televisyen biasa tidak sama seperti speaker khusus untuk muzik atau wayang. Dengan penambahan soundbar, audio TV atau PC anda jadi lebih mantap tanpa perlu susun atur sistem speaker penuh. Berikut senarai 8 soundbar murah bawah RM500 yang kami senaraikan mengikut harga dan ciri.
Kandungan
- Bagaimana Kami Pilih Soundbar Ini
- Senarai 8 Soundbar Murah Terbaik
- Terbaik untuk Bluetooth Bajet: Redmi 30W Sound bar Wireless Bluetooth 5.0 Home Theater Soundbar Cn Version
- Terbaik untuk Jenama Tempatan: SonicGear BT3500 Soundbar
- Terbaik untuk Bass Kuat: MEGRA Soundbar Subwoofer Bluetooth 5.0 [T800X]
- Terbaik untuk Home Theater Lengkap: Vinnfier Hyperbar 303 M
- Terbaik untuk Terbaik Keseluruhan: Sakura Detachable TV speaker Soundbar (80W - 2.1)
- Terbaik untuk PC & Meja Komputer: Creative Stage Air Compact
- Terbaik untuk Reka Bentuk Minimalis: Xiaomi Mi Soundbar
- Terbaik untuk Terbaik Premium (Bawah RM500): Sony HT-S100F
- Perbezaan Soundbar & Speaker
- Soalan Lazim
- Artikel Berkaitan
Creative Stage Air CompactRM185Lazada
Xiaomi Mi SoundbarRM199Shopee
Sony HT-S100FRM499Shopee
Redmi 30W Sound bar Wireless Bluetooth 5.0 Home Theater Soundbar Cn VersionRM154.90Lazada
SonicGear BT3500 SoundbarRM249Shopee
MEGRA Soundbar Subwoofer Bluetooth 5.0 [T800X]RM279Shopee
Vinnfier Hyperbar 303 MRM399Shopee
Sakura Detachable TV speaker Soundbar (80W - 2.1)RM99Shopee
Bagaimana Kami Pilih Soundbar Ini
Kami semak harga dan ketersediaan setiap soundbar di Shopee Malaysia dan Lazada Malaysia pada 25 September 2026. Semua produk dalam senarai ini berharga bawah RM500, ada penerangan kuasa (watt) atau sambungan (Bluetooth/optical) yang jelas daripada penjual, dan masih dijual secara aktif di sekurang-kurangnya satu peruncit berdaftar. Kami tidak membeli atau menguji fizikal soundbar ini secara langsung.
Senarai 8 Soundbar Murah Terbaik
Terbaik untuk Bluetooth Bajet: Redmi 30W Sound bar Wireless Bluetooth 5.0 Home Theater Soundbar Cn Version
Kuasa 30W dengan Bluetooth 5.0 memberi sambungan wayarles yang stabil pada harga rendah. Versi CN bermaksud kotak dan arahan mungkin dalam bahasa asing, jadi semak butiran pendengaran sebelum beli.
1 lagi
Sebab menjadi pilihan utama:
Dengan harga yang murah, RedMi menawarkan fungsi soundbar yang menepati citarasa anda dan mempunyai reka bentuk yang bergaya dengan warna hitam matte.
Ciri-ciri:
Mempunyai ciri Home Theatre dimana menjadikan soundbar ini memberi impak audio yang sangat mengkagumkan.
Beratnya 1.5kg menjadikan mudah dibawa kemana saja tapi anda juga boleh install soundbar ini dengan dua cara iaitu melekap pada dinding atau letakkan pada meja.
Cara penyambungan, anda boleh guna dua cara juga iaitu wayar kabel AUX atau Bluetooth v5.0 jadi anda boleh sambungkan bersama alat peranti.
Review:
"Malam-malam kalau tengok Netflix memang macam dalam wayang, best sound dia. Murah dan berbaloi."
Terbaik untuk Jenama Tempatan: SonicGear BT3500 Soundbar
Jenama SonicGear sudah lama dikenali di Malaysia dengan khidmat waranti tempatan yang senang dihubungi. Harganya di pertengahan senarai, lebih mahal daripada pilihan bajet tetapi lebih murah daripada model TV-branded.
2 lagi
Soundbar ini tidak seperti soundbar lain kerana mempunyai skrin LED Digital display dan boleh mencari frekuensi radio menggunakan soundbar.
Cara penyambungan terdapat empat cara iaitu; Input Auxillary, RCA, USB dan Bluetooth. Jadi anda boleh sambungkan soundbar ini kepada alat peranti juga.
Kualiti audio soundbar ini HD audio yang menyokong MP3 music playback dan jarak penyambungan Bluetooth hanya 10meter saja.
Untuk pengetahuan anda, berat soundbar 1.7kg dan berat subwoofer, 2.46kg. Alat kawalan jauh juga disediakan untuk setiap pembelian.
Cuma subwoofer untuk Sonic Gear ini diasingkan dengan soundbar jadi memerlukan ruang lebih besar untuk memuatkan set soundbar ini.
Terbaik untuk Bass Kuat: MEGRA Soundbar Subwoofer Bluetooth 5.0 [T800X]
Subwoofer berasingan memberi bass yang lebih kuat berbanding soundbar sebar tanpa unit bass berasingan, sesuai untuk tonton wayang di rumah. Saiz subwoofer memerlukan ruang lantai tambahan.
1 lagi
Dengan saiz 2.25 inci menjadikan speaker ini anda boleh letak di atas meja atau dipasang melekap di dinding.
Malah, speaker ini mempunyai alat kawalan jauh untuk anda mengawal dengan mudah.
penyambungannya mudah saja, anda boleh sambung menggunakan sistem Bluetooth, USB atau AUX input.
Jadi speaker soundbar ini sama seperti jenama lain, anda boleh sambungkan alat peranti menggunakan Bluetooth.
Dengan audio jenis 3D yang menyeluruh dan sokongan subwoofer membuatkan audio yang dihasilkan sangat puas hati.
Cuma, subwoofer jenama ini tidak disekalikan dengan soundbar jadi memakan sedikit ruang untuk meletakkan aksesori ini.
Terbaik untuk Home Theater Lengkap: Vinnfier Hyperbar 303 M
Susunan speaker lebih lengkap memberi pengalaman home theater yang lebih menyeluruh berbanding soundbar tunggal. Harganya menghampiri had RM500 dalam senarai murah ini.
Rekaan Hyperbar 303 M berbentuk ultra-kompak jadi khas untuk ruang terhad untuk diletakkan atas meja, dinding atau atas TV.
Soundbar ini mampu menyampaikan bunyi sinematik untuk semua movie, sukan atau muzik.
Malah dengan setiap pembelian, anda akan mendapat set mikrofon dan subwoofer output power 60w.
Terdapat penyambungan Bluetooth 5.0v untuk anda sambungkan ke alat peranti jadi anda boleh karaoke dengan audio yang hebat.
Terbaik untuk Terbaik Keseluruhan: Sakura Detachable TV speaker Soundbar (80W - 2.1)
Kuasa 80W dengan subwoofer boleh tanggal (detachable) pada harga bawah RM100 menjadikan ini nilai terbaik dalam senarai murah ini. Ciri tambahan seperti optical input mungkin tiada berbanding model lebih mahal.
2 lagi
Harga tidak sampai RM150 menjadikan soundbar sakura ini sangat bagus untuk dipasang pada TV.
Ini kerana mempunyai ciri 3 mod audio yang berbeza untuk movie, berita dan lagu.
Anda juga boleh menyambungkan apa saja dengan alat peranti menggunakan sistem Bluetooth, USB, TF Card atau AUX.
Menariknya lagi, soundbar ini anda boleh letak dalam bentuk menegak atau mengiring mengikut kesesuaian keadaan.
Malah, anda boleh pecahkan soundbar ini kepada dua bahagian. Menarik bukan?
Terbaik untuk PC & Meja Komputer: Creative Stage Air Compact
Reka bentuk kompak sesuai diletak bawah monitor PC tanpa ambil banyak ruang meja, dengan Bluetooth 5.3 untuk sambungan wayarles. Tiada subwoofer berasingan bermakna bass terhad berbanding model dengan sub.
1 lagi
Soundbar komputer ini mempunyai rekaan elegan dan minimalis berbanding soundbar speaker yang lain.
Dengan kawalan fungsi Bluetooth 4.2 Wireless Stereo speaker ini boleh dimainkan sehingga jarak 10 meter.
Malah dengan frekuensi 2402 – 2480MHz sudah cukup untuk anda mendengar lagu walaupun berada jauh dari soundbar.
Saiz bateri 2200mAh mampu menghidupkan soundbar sehingga 6 jam untuk penggunaan berterusan dan anda boleh bawa ke mana saja.
Terbaik untuk Reka Bentuk Minimalis: Xiaomi Mi Soundbar
Reka bentuk ringkas dan minimalis Xiaomi sesuai untuk susun atur TV moden yang mahukan tampilan kemas. Pilihan input terhad berbanding soundbar dengan lebih banyak port sambungan.
Soundbar dari jenama Xiaomi ini dilengkapi dengan 6.5 inci subwoofer.
Subwoofer ini merupakan perincian khas untuk kesan bass atau kesan bunyi lebih tinggi.
Lagipun soundbar yang mempunyai subwoofer sesuai untuk mereka yang ingin kesan bunyi khas didalam filem aksi.
Kesan dari 8 unit bunyi soundbar Xiaomi ini memberikan kualiti bunyi yang stabil, crisp dan tidak berdegung.
Sesuai dengan kadar -0dB dikatakan baik untuk pendengaran manusia.
Soundbar ini menggunakan Bluetooth atau plug AUX untuk disambungkan pada televisyen, komputer dan telefon pintar.
Terbaik untuk Terbaik Premium (Bawah RM500): Sony HT-S100F
Jenama Sony memberi kualiti audio dan kawalan kedap suara yang lebih matang, pilihan terbaik jika bajet menghampiri had RM500 senarai ini. Ini soundbar paling mahal dalam senarai, dan hanya ada satu peruncit berdaftar berbanding model lain.
Model soundbar Sony yang ini tersenarai dalam kategori yang mempunyai ciri bunyi bass yang terbaik.
Malah anda boleh memilih audio mengikut citarasa dengan 6 pilihan cinema, music, auto standard, night dan vocal.
Walaupun saiznya kecil sedikit tapi dentuman audio dan frekuensi bass rendah menjadikan soundbar Sony ini sangat bagus.
Sama seperti model soundbar yang lain, boleh dimainkan menggunakan Bluetooth atau sambungan port USB.
Jadi sangat mudah dipasang dan tidak memakain ruang yang banyak untuk soundbar ini.
Perbezaan Soundbar & Speaker
Soundbar direka khusus untuk dipasang di bawah atau depan TV, dengan bentuk panjang dan rata yang menjimatkan ruang. Speaker biasa lebih fleksibel dari segi kedudukan tetapi biasanya memerlukan lebih ruang dan pendawaian berasingan untuk hasil audio setanding. Sesetengah soundbar seperti MEGRA dan Vinnfier datang dengan subwoofer berasingan untuk bass tambahan, serupa dengan sistem speaker rumah tetapi dalam pek yang lebih ringkas.
Soalan Lazim
Soundbar murah bawah RM500 sesuai untuk tonton wayang di rumah?
Ya, terutamanya model dengan subwoofer berasingan seperti MEGRA T800X atau Vinnfier Hyperbar 303M yang memberi bass lebih kuat. Untuk pengalaman home theater penuh, soundbar dengan sistem speaker lebih lengkap seperti Vinnfier lebih sesuai berbanding soundbar tunggal ringkas.
Perlukah soundbar ada Bluetooth?
Bluetooth memudahkan sambung terus daripada telefon atau laptop tanpa wayar, berguna kalau anda juga mahu main muzik selain tonton TV. Kebanyakan soundbar dalam senarai ini, termasuk Redmi 30W dan Creative Stage Air, sudah ada Bluetooth 5.0 ke atas.
Soundbar untuk PC berbeza dengan soundbar untuk TV?
Soundbar untuk PC seperti Creative Stage Air Compact direka lebih kecil untuk diletak bawah monitor meja, manakala soundbar TV seperti Sakura atau Sony HT-S100F lebih panjang untuk diletak di bawah skrin TV yang lebih besar.
Artikel Berkaitan
Kemaskini 25 September 2026: harga dan ketersediaan setiap soundbar disemak semula, nama produk dimasukkan ke dalam tajuk setiap pilihan, kad Creative Stage Air Compact yang sebelum ini tiada kelebihan/kekurangan ditambah, dan jawapan ringkas dengan harga ditambah di bahagian atas artikel.




