Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

price-track-background
Dapatkan Makluman Bila Harga Runtuh

Jangan bayar lebih. Kami akan mengesan harga produk inginan anda dan menghantar makluman bila harganya runtuh!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

10 Perfume Untuk Wanita, Lambang Keperibadian Yang Anggun

Wangian paling onzzz buat semua tertarik!

Product in this article

Menyembur minyak wangi biasanya merupakan langkah terakhir dalam rutin seseorang wanita atau lelaki sebelum keluar rumah dan pasti anda berasa tidak lengkap jika tidak memakai minyak wangi bukan? Mengenakan minyak wangi yang tepat juga dapat ‘set’ kan mood seseorang. 

Pembelian perfume juga bergantung kepada anda samada gemari bauan seperti citrus, woody, musk, segar, spicy, flora, fruityatau sweet.

Wangian jenis yang manakah yang tahan lama?

Minyak wangi mempunyai 5 jenis wangian yang menentukan tahap kepekatannya. Kepekatan wangian pula merujuk kepada kekuatan aroma wangian tersebut. Minyak wangi dengan kepekatan yang tinggi mengandungi lebih banyak pati dan kurang alkohol. Jenis kepekatan aroma dipecah menjadi kategori termasuklah Parfum, Eau De Parfum, Eau De Toilette, Eau De Cologne dan Eau De Fraiche. 

Parfum mengandungi pati wangian 15% hingga 40% dan tahan sehingga 8 jam. Ayuh lihat rekomendasi perfume untuk anda;

10 Perfume Wanita Terbaik

Revera Halal Perfume (3ml)

RM 15
Revera Perfume
1. Revera Halal Perfume (3ml)
Perfume wanita tanpa alkohol – sesuai untuk alami kulit sensitif
Updated on 12th August 2020

Tahukah anda, perfume bebas alkohol bukan sahaja boleh dipakai ketika solat tetapi juga wujud untuk sesiapa yang mempunyai masalah kulit sensitif seperti ekzema, rosacea, proriasis dan jerawat. Penyakit-penyakit ini akan menyebabkan kulit anda menjadi pedih jika terkena wangian beralkohol. 

Nah, perfume ini lah yang sesuai untuk anda. Dengan not wangian bungaan fruity, jika anda sukakan sesuatu yang girly dan manis, ini untuk anda!

Wardah Scentsation Body Mist

RM 11
Wardah
2. Wardah Scentsation Body Mist
Terbaik untuk dibawa solat – kekal segar ketika beribadah
Updated on 12th August 2020

Body mist dari Wardah ini dijamin Halal dan boleh digunakan ketika anda ingin beribadah kerana bebas daripada alkohol. Terdapat 4 variasi aroma yang terdiri daripada ekstrak coklat, buah-buahan dan bungaan, menjadikannya sesuai untuk penggemar bau-bauan ini.

Emper Everyday EDP (100ml)

RM 57.85
Emper
3. Emper Everyday EDP (100ml)
Perfume terbaik drugstore – berpatutan dan berkualiti tinggi
Updated on 12th August 2020

Eau De Parfum dan kurang dari RM100? Siapa yang tak mahu! Wangian dari jenama Emper ini berbau kuat dan tahan lama. Dengan not segar dan fruity,ekstrak buah oren mandarin serta plumakan ‘setting mood’ anda setiap pagi.

The Body Shop British Rose Eau De Toilette (100ml)

RM 99
The Body Shop
4. The Body Shop British Rose Eau De Toilette (100ml)
Perfume berbau lembut – aroma british rose yang segar
Updated on 12th August 2020

Jika anda seseorang yang sukar untuk memilih perfume dan bauan yang kuat akan menyebabkan anda pening kepala, perfume ini untuk anda! Baunya amat lembut tetapi tidak seperti bauan rose yang biasa. British Rose ini mempunyai not bauan yang lebih kearah segar daripada bunga-bungaan manis. 

Perfume ini mempunyai not clean and fresh. Ketahanan perfume ini amat tinggi walaupun bersifat EDT.

Elizabeth Arden Perfume Green Tea Lavender EDT (100ml)

RM 255
Elizabeth Arden
5. Elizabeth Arden Perfume Green Tea Lavender EDT (100ml)
Perfume wanita muslimah – lembut dan berjiwa tenang
Updated on 12th August 2020

Jika anda seseorang yang lembut, ayu dan bersopan santun dalam mengenakan perfume namun masih mahukan sesuatu yang wangi dan tidak menusuk hidung, pilihlah perfume Elizabeth Arden ini.Terkenal dengan wangiannya yang lembut dan segar, sesuai untuk wanita yang berjiwa tenang. 

Lebih-lebih lagi not clean and fresh daripada bunga lavender dan daun teh hijau yang akan sentiasa menyegarkan bauan pakaian anda.

Gucci Flora Gorgeous Gardenia EDT (50ml)

RM 297
Gucci
6. Gucci Flora Gorgeous Gardenia EDT (50ml)
Perfume wanita viral - pilihan ramai sejak dari dulu lagi
Updated on 12th August 2020

Apa lagi kalau bukan perfume Flora by Gucci. Walaupun namanya menunjukkan perfume ini bernot bungaan, namun baunya lebih bersandarkan spicy tetapi masih feminin dan lembut. Perfume ini amat menggoda dan juga addictive bagi si pemakai yang akan memberi perasaan segar dan bersemangat.

Fresh Sugar Lychee Eau De Parfum (100ml)

RM 415
Fresh
7. Fresh Sugar Lychee Eau De Parfum (100ml)
Perfume wanita yang berbau manisuntuk penggemar fruity scent
Updated on 12th August 2020

Dari namanya saja pasti anda sudah terbayang bauannya yang fruity dan sweet. Jika anda sukakan bauan buah eksotik, ini pasti sesuai dengan anda. Baunya juga citrusy seakan lemon, memberi wangian ini personalitinya tersendiri. Sekejap anda manis seperti buah laici, selepas itu anda berbau segar seperti lemon!

Salvatore Ferragamo Signorina In Fiore EDP (100ml)

RM 198
Salvatore Ferragamo
8. Salvatore Ferragamo Signorina In Fiore EDP (100ml)
Perfume wanita paling popular – Holy Grail bagi wanita verstail
Updated on 12th August 2020

Signorina ini boleh dikatakan label wanita yang sophisticated dan mempunyai stailtersendiri. Dengan not bungaan Jasmine, Peony dan Rose, ianya memberi anda penampilan feminin. Manakala not musky dan woody pula sesuai untuk berjiwa berani, bold serta‘sassy’.

BVLGARI Splendida Rose Rose EDP (100ml)

RM 369.00
BVLGARI
9. BVLGARI Splendida Rose Rose EDP (100ml)
Perfume wanita mahal dan yang paling digemari ramai
Updated on 17th July 2020

Wangian dari Bvlgari ini tahan sangat lama dengan mengandungi kadar alkohol yang rendah dan not wangian bunga ros, pasti akan membawa anda ke alam fantasi romantik di Itali! Bau bunga rosnya yang menggoda, sangat sesuai untuk wanita anggun dan elegan.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article