Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

PKP Berbulan-Bulan, Baju Selonggok Tak Berbasuh. Euw! Gunakan 10 Servis Laundry Delivery Ini.

Elakkan aktiviti keluar rumah dengan kerap!

Sejak Perintah Kawalan Pegerakan ini dilaksanakan mulai 18 Mac yang lalu, orang ramai terkesan dan menyebabkan aktiviti mingguan seperti membasuh baju di dobi 24 jam, membeli makanan, membeli barangan keperluan untuk rumah dan sebagainya terhad. Aktiviti harian yang biasanya dilakukan menjadi terbatas. Bagi yang tidak mempunyai mesin basuh di rumah ataupun yang alami kerosakan, anda tidak perlu khuatir. 

Kini, terdapat pelbagai aplikasi dan website yang menyediakan perkhidmatan tersebut secara atas talian bagi memudahkan kerja harian anda agar dapat elakkan daripada terkena jangkitan COVID-19 dengan peraturan “Stay at Home”.

Tips keselamatan mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) :

  • Digalakkan untuk membuang face mask atau topeng muka yang telah digunakan ke dalam plastik berasingan dan membuangnya ke dalam tong sampah. Langkah ini dilakukan kerana dikhuatiri topeng muka tersebut mempunyai kuman.
  • Elakkan bersentuhan dengan kanak-kanak atau ahli keluarga di khalayak ramai bagi mengelakkan jangkitan penyakit selepas anda pulang daripada melakukan urusan di luar
  • Sebaik sahaja anda masuk ke dalam rumah, rendam baju yang telah digunakan dan cuci tangan dengan menggunakan sabun di bilik air sebelum menyentuh mana-mana permukaan dalam rumah anda
  • Setelah itu, terus sahaja mandi dan gunakan sabun untuk membersihkan seluruh tubuh dari bakteria, habuk, kuman atau virus yang melekat pada pakaian

Ayuh lihat senarai servis penghantaran laundry yang terus dihantar ke rumah anda;

10 Laundry Delivery Services Yang Terbaik Untuk Anda

FRESHPRESS

  • Kawasan terpilih di Kuala Lumpur dan Putajaya sahaja yang akan diberi servis percuma pick-up dan delivery.
  • Sangat laju, mudah dan berkualiti.

FreshPress adalah perkhidmatan cucian kering dan dobi dalam talian yang berpusat di Kuala Lumpur. Mereka ini menyediakan khidmat terbaik buat pakaian yang ingin dicuci dan dikeringkan. Perkhidmatannya meliputi sebahagian besar Lembah Klang. 

Pakaian anda akan diambil, dicuci dan dihantar semula dalam masa 24 jam. Jika anda menggunakan khidmat Dry Cleaning, proses ini akan memakan masa dalam 48 jam. Servis pick-up dan delivery adalah percuma. 

MAMAJO LAUNDRETTE

  • Sediakan tracking number untuk sentiasa mengetahui progress langganan anda
  • Khidmat pick-up percuma

Mama Jo Launderette adalah kedai dobi yang merevolusikan rangkaian lengkap perkhidmatan penjagaan pakaian secara atas talian. Perkhidmatan yang disediakan oleh mereka meliputi seperti wet cleaning - alternatif lebih selamat dan mesra alam daripada dry cleaning, cucian kering, seterika, melipat baju, membasuh pakaian-pakaian khas dan sebagainya.

Selain daripada itu, servis yang ditawarkan adalah mencuci anak-anak patung (soft toys), pakaian maskot, karpet, langsir dan lain-lain lagi. Anda juga boleh dapatkan dan tebus mata ganjaran untuk kunjungan yang seterusnya. 

GETLAUNDRY

  • Muat turun aplikasinya di AppStore dan Google Play Store
  • Sediakan pelbagai laundry partner

Getlaundry merupakan sebuah website yang menyediakan perkhidmatan pick-up dan penghantaran baju yang telah dibasuh. Bukan itu sahaja, Getlaundry juga menyediakan aplikasi di smartphone yang boleh anda muat turun di AppStore dan Google Play Store. Tetapi, pelanggan juga boleh berhubung dengan Getlaundry di laman sesawangnya. Tempat-tempat utama Getlaundry beroperasi adalah di Ampang, Kelana Jaya dan Gombak.

Gunakan kod baucar “GETLAUNDRY20” bagi potongan diskaun 20% untuk tempahan pertama. Tunggu apa lagi? Jom guna khidmatnya sekarang!

PRESSTO

  • Dapatkan promosi-promosi terkini di laman sesawangnya
  • Menyediakan perkhidmatan derma untuk barang permainan

Nama Pressto tidak lagi asing dalam industri perkhidmatan mencuci baju kerana ianya sudah bertapak sejak 20 tahun yang lalu. Ianya menyediakan perkhidmatan membasuh baju secara atas talian, pelanggan boleh menempah perkhidmatan mereka dengan melayari laman sesawangnya dan klik pada butang “Online Booking”. 

Pressto juga memberi perkhidmatan yang sangat cepat dan berkualiti, tidak ada pakaian fabrik yang mereka tidak boleh basuh dan mampu untuk menanggalkan kesan-kesan kotoran pada baju dengan teknologi basuhan mesra alam akan menjamin pakaian anda dicuci sempurna

WASHHOUSE

  • Perkhidmatan Dry Cleaning mengambil masa 2 hari penghantaran
  • Basuh dan lipat akan dihantar pada keesokkan harinya

Washhouse merupakan perkhidmatan dry cleaning dan membasuh baju secara atas talian yang mampu membuat penghantaran dan pick-up ke rumah pelanggan. Tempahan minimum perkhidmatan bermula RM15 dan termasuk pick-up percuma pakaian di rumah pelanggan. Kawasan operasi meliputi Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Washhouse juga menyediakan perkhidmatan yang cepat dan berkualiti.

Disebabkan oleh COVID-19 sedang melanda Malaysia kini, hanya khidmat bayaran secara online banking atau e-wallet melalui aplikasi Boost dan Touch N’ Go sahaja yang diterima. Washhouse juga menggalakkan social distancing antara krewnya dan pelanggan bagi mengelakkan sebarang sentuhan secara fizikal. 

ONE HOUSE LAUNDRY

  • Mempunyai Laundry Specialists
  • Juga menyediakan promosi terbaik untuk pelanggan
  • Ditutup sehingga 31 March 2020

One House Laundry adalah perkhidmatan membasuh pakaian secara tradisional dengan staf profesional yang berkemahiran. Mereka mempunyai pekerja yang pakar mencuci, seterika, mencuci tangan dan cucian kering. Kawasan operasinya di dalam kawasan SS2. Mereka menyediakan perkhidmatan pick-up dan penghantaran dengan harga yang sangat murah dan berkualiti. 

LAUNDRYZONE

  • Beroperasi di kawasan Negeri Sembilan
  • Sangat mahir dalam perkhidmatan laundry

Laundryzone adalah pembekal perkhidmatan dobi dan cucian kering yang dilesenkan sejak 2009 diuruskan oleh D & A Mega Sdn Bhd. Mereka telah berkhidmat dalam industri dobi selama beberapa tahun yang lalu dan telah matang dengan banyak cara. Perkhidmatan laundry ini juga menjadi sebahagian daripada industri yang semakin berkembang. 

Perkhidmatan di LaundryZone ini bukan sahaja tertakluk kepada commercial wash atau basuhan dalam kuantiti yang kecil malahan ianya juga boleh membasuh dalam kuantiti banyak secara bulk washing. Pelanggan LaundryZone juga terdiri daripada industri-industri besar seperti hotel, restoran, katering dan lodging house.

MR.WHITE

  • Waktu servis bermula pada 8.00a.m – 11.00p.m
  • Menyediakan perkhidmatan pada aplikasi smartphone 

Perkhidmatan cucian Mr.White ini berasaskan aplikasi di smartphone dan dengan kekuatan super teknologi membasuh dan mencuci pakaian. Pelanggan perlu muat turun aplikasi pada peranti mudah alih dan letakkan permintaan dobi dengan lokasi anda. Mereka menggunakan detergen yang diproses secara mesra alam, Mr.White akan memastikan pakaian-pakaian anda dihantar ke pintu rumah pelanggan dalam keadaan segar dan bersih dalam masa 48 jam.

WASHVILLE

  • Bayaran secara Cash on Delivery (COD) atau online banking
  • Kawasan operasi di Damansara, Petaling Jaya.

Syarikat Washville ini menyediakan perkhidmatan cucian pakaian rasmi untuk syarikat-syarikat besar seperti NTV7 dan 8TV. Ianya bukan sahaja boleh membasuh pakaian biasa tetapi juga menyediakan perkhidmatan mencuci karpet, langsir, beg tangan dan kasut. Mereka beroperasi dari pukul 8:30a.m sehingga 10:00p.m. Lakukan tempahan secara atas talian di laman sesawang dan penghantaran akan dilakukan dengan segera selepas cucian pakaian anda siap.

DROP & WASH

  • Top 10 Global Best Practice Award 2016 untuk Professional Textile Care Brand
  • Menggunakan kaedah cucian wet cleaning mengikut Syariah untuk pelanggan Muslim 

Dengan menawarkan cara alternatif mesra alam untuk cucian kering tradisional, Drop & Wash adalah sebuah syarikat perintis dengan cawangan yang berpangkalan di Lembah Klang dan UK. Ianya menggunakan sistem Wet Cleaning ® Woolmark yang inovatif dan direvolusi oleh Electrolux iaitu teknologi pembersihan basah ekologi berasaskan air yang tidak menggunakan bahan pencuci keras atau bahan kimia bertoksik.

Pakaian anda dijamin selamat terutamanya buat pelanggan Muslim. Anda tidak perlu lagi risau kerana ianya mengikut aturan yang ditetapkan oleh Syariah.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article