Neutrogena Oil-Free Moisture Combination Skin (118ml)
Price History
Neutrogena
Neutrogena Oil-Free Moisture Combination Skin (118ml)
Pros & Cons
Ringkasan
Masalah anda yang alami kulit kombinasi adalah mempunyai 2 jenis kulit iaitu kering dan berminyak. Pasti buntu hendak mencari produk untuk jenis kulit berbeza ini. Apa kata cuba produk pelembap dari jenama Neutrogena ini?
Pelembap muka yang sesuai untuk kulit kombinasi ini berformula ringan dan dual-action yang berfungsi beri lembapan kepada kulit kering sambil mengawal penghasilan minyak berlebihan. Diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi, pelembap ini tidak akan meninggalkan residu pada kulit wajah selepas anda memakainya.
Microspongesystem yang terdapat dalam pelembap ini pula mempunyai teknik khas untuk menyerap minyak pada kulit anda sambil mengawal kilauan pada kawasan T-Zone. Kulit akan tampil lembut dan licin sepanjang hari dengan kemasan matte. Bersifat non-comedogenic dan hypoallergenic, pelembap ini juga bebas pewangi tiruan.