Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

7 Cadangan Ketuhar Gas Terbaik Untuk Mempamerkan Skil Baking Anda

Sama ada menu ayam panggang, biskut atau kek, semua pasti menjadi!

Product in this article

Ketuhar gas telah digunakan sejak dari zaman mak-mak kita lagi. Tetapi, tahukah anda terdapat beberapa aspek dalam memilih ketuhar gas yang bersesuaian dengan keperluan anda?

Kapasiti dan fungsi ketuhar perlu dititik beratkan untuk mendapatkan hasil pembakaran terbaik. Ketuhar berkapasiti besar sesuai digunakan untuk tujuan komersil manakala kapasiti sederhana dan kecil sesuai untuk kegunaan di rumah. 

Apakah jenis fungsi ketuhar gas?

Ketuhar gas mempunyai pelbagai fungsi yang berbeza seperti pembakaran bahagian atas, pembakaran bahagian bawah atau kedua-duanya sekali. Terdapat juga fungsi rotisserie bagi membolehkan anda memanggang hidangan ayam, daging dan sebagainya.

Masih pening? Jangan risau. Di sini kami senaraikan pilihan ketuhar gas yang mungkin bersesuaian untuk dapur anda.

THE BAKER Commercial Gas Oven YXY-90

RM 8300
The Baker
1. THE BAKER Commercial Gas Oven YXY-90
Ketuhar gas yang sesuai untuk membakar kek lapis
Updated on 9th August 2020

Anda pernah terfikir untuk memulakan perniagaan kek lapis? Jika Ya, pastikan ketuhar gas ini ada dalam ‘wishlist’ anda. Ketuhar keluaran The Baker ini mempunyai kapasiti yang besar- 3 lapisan oven yang boleh dilaraskan suhunya mengikut keperluan anda. Lapisan kek juga akan masak dengan pantas dan sekata.

Dilengkapi dengan ciri keselamatan secara automatik, ia sesuai untuk penggunaan secara komersil yang memerlukan lebih dari satu ketuhar pada masa yang sama.

Okazawa GVL12T Industrial Gas Oven

RM 2042.5
Okazawa
2. Okazawa GVL12T Industrial Gas Oven
Ketuhar gas yang sesuai untuk baking
Updated on 9th August 2020

Ketuhar gas ini boleh memuatkan 2 tray bersaiz 40cm x 60cm dalam satu masa. Kelebihan ketuhar ini adalah pembakaran bahagian atas dan bawah boleh dilaras mengikut suhu yang berbeza meskipun dalam ketuhar yang sama. 

Ia sesuai digunakan untuk membakar pelbagai jenis kuih, kek, biskut dan sebagainya. Ketuhar berkualiti keluaran Okazawa ini mampu menghasilkan produk bakeri yang enak dan menepati citarasa anda. Cubalah hari ini dan rasai kelainannya.

THE BAKER Gas Pizza Oven ESMPO1/1

RM 2480
The Baker
3. THE BAKER Gas Pizza Oven ESMPO1/1
Ketuhar gas yang sesuai untuk membakar pizza
Updated on 9th August 2020

Peminat pizza pasti teruja dengan ketuhar ini. Ketuhar gas ini direka khusus untuk pembakaran pizza secara pantas dan sekata. Berkapasiti kecil, ketuhar ini boleh memuakan satu tray pizza bersaiz 520mm x 298mm x 25mm. 

Tambahan pula, ketuhar ini didatangkan dengan alat pemotong pizza. Membuat pizza kini lebih mudah di rumah dengan ketuhar THE BAKER Gas Pizza Oven ESMPO1/1.

FABER Free Standing Cooker FISSO 8863G/SS Gas Oven with 3 burner (70L)

RM 1755
Faber
4. FABER Free Standing Cooker FISSO 8863G/SS Gas Oven with 3 burner (70L)
Ketuhar gas yang sesuai untuk membakar kek
Updated on 9th August 2020

Ketuhar gas ini dilengkapi dengan dapur gas 3 penunu. Ia mempunyai fungsi pembakaran atas bawah dan grill rotisserie. Bersaiz sederhana, ketuhar ini mempunyai tingkap kaca tempered glass bagi memudahkan anda melihat hidangan yang sedang dibakar. 

Kaki ketuhar ini juga boleh dilaras mengikut kesesuaian anda. Kek dan pastry yang enak bermula di sini.

THE BAKER Single Deck Gas Bakery Oven YXY-12

RM 1649
The Baker
5. THE BAKER Single Deck Gas Bakery Oven YXY-12
Ketuhar gas yang sesuai untuk membakar roti
Updated on 9th August 2020

Ketuhar gas ini menggunakan sinaran infrared untuk pemanasan yang pantas dan sekata. Suhu pemanasan atas dan bawah boleh dikawal di antara julat 20ºC - 200ºC dan suhu akan kekal secara automatik sepanjang tempoh pembakaran. 

Roti yang gebu boleh ‘diintai’ melalui tingkap kaca yang terdapat pada pintu ketuhar. Sesuai untuk kegunaan peribadi dan komersil.

ZANUSSI ZCG930W 3 Burner Freestanding Gas Cooker (62L)

RM 1450
Zanussi
6. ZANUSSI ZCG930W 3 Burner Freestanding Gas Cooker (62L)
Ketuhar gas yang sesuai untuk membakar biskut/ cookies
Updated on 9th August 2020

Rekabentuk estetik berwarna putih dengan ciri premium dari Eropah menjadikan ketuhar ini pilihan yang sesuai untuk dapur anda. Ketuhar ini mempunyai Double-Glazed Tempered Glass Door bagi memastikan haba terperangkap secara efektif untuk pembakaran sekata. 

Ketuhar ini sesuai untuk kegunaaan konvensional dan grill. Pintu ketuhar juga tidak panas jika dipegang dari luar. Ketuhar ini didatangi dengan dapur gas 3 atau 4 penunu yang membolehkan anda memasak hidangan yang lazat.

BUTTERFLY B-2421 Gas Oven (13L)

RM 99
Butterfly
7. BUTTERFLY B-2421 Gas Oven (13L)
Ketuhar gas yang murah
Updated on 9th August 2020

Ketuhar keluaran Butterfly ini mempunyai cara penggunaan sangat ringkas. Hanya letakkan oven ini di atas dapur gas atau dapur kayu api (bagi perkhemahan di hutan). Terdapat termometer pada bahagian hadapan pintu ketuhar ini yang membolehkan anda mengetahui suhu dalam ketuhar. Kawalan suhu adalah secara manual. 

Dengan kapasiti yang kecil, ia sesuai untuk di bawa ke mana sahaja. Warna hitam dan rekabentuk klasik menjadikan oven ini pilihan mereka yang sukakan konsep retro.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article