Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

10 Ketuhar Terbaik Untuk Bantu Anda Memasak, Membakar Dan Memanggang Hidangan Kegemaran

Makanan yang lazat datang dari ketuhar terbaik

Product in this article

Setiap kediaman pasti akan memiliki sekurang-kurangnya satu ketuhar sebagai alatan memasak yang asas. Ianya merupakan alat elektronik yang multifungsi kegunaannya untuk memasak, membakar, memanggang, memanas dan pelbagai lagi. Tanpa menggunakan gas, ketuhar atau lebih dikenali sebagai microwave/oven menggunakan pancaran radiasi gelombang mikro untuk melakukan fungsinya.

Apakah kelebihan memiliki microwave/oven dan perbezaannya?

Kelebihan memiliki microwave/oven di kediaman anda adalah untuk memudahkan anda menyediakan hidangan tanpa perlu memasaknya di atas dapur. Terdapat beberapa jenis ketuhar yang berbeza perlu anda ketauhi sebelum membelinya. Tetapi semasa ingin membeli, anda haruslah perhatikan terlebih dahulu kualiti dan fungsi. Tidak semestinya jenama murah itu tidak setanding yang mahal. Ketuhar juga mempunyai jenis-jenis yang berbeza seperti microwave, oven atau microwave oven. 

Antara ketuhar yang boleh didapati di pasaran seperti;

  • Ketuhar bina dalam (built-in oven)
  • Ketuhar dengan kipas (oven-fan)
  • Ketuhar gelombang mikro (microwave oven)

Perbezaan utama antara microwave dan oven adalah;

  • Microwave – bertujuan untuk memanaskan makanan
  • Oven – ruang lindungan termal yang digunakan untuk memanas dan membakar makanan

10 Ketuhar Terbaik Untuk Kediaman Anda

Midea 10L Oven Toasting / Broiling Function (MEO-10BDW)

RM 68.9
Midea
1. Midea 10L Oven Toasting / Broiling Function (MEO-10BDW)
Oven dengan harga mesra poket dan berkualiti tinggi

Ketuhar yang berharga murah dan berkualiti tinggi ini sesuai untuk kegunaan anda yang masih bujang atau tinggal berseorangan. Menjimatkan tenaga dan juga ruang untuk meletakkannya, tambahan pula buat ruang dapur yang agak terhad. Berfungsi untuk toast dan broil, kapasiti oven ini boleh memuatkan sehingga 10L.

Butterfly B-2421 gas oven

RM 98
Butterfly
2. Butterfly B-2421 gas oven
Ketuhar yang menggunakan gas dengan reka bentuk klasik

Salah satu ketuhar yang menggunakan gas sepenuhnya dan sangat mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Reka bentuk yang klasik dan sangat kukuh dan sesuai dibawa ketika travel seperti camping kerana ianya tidak memerlukan plug untuk memasangnya. 

Juga terdapat penunjuk suhu pada cerminnya bertujuan untuk pengguna memantau suhu yang optimum. Sesuai diletakkan pada ruang dapur moden anda.

Elba 1380W Electric Oven (EEO-G1919)

RM 115
Elba
3. Elba 1380W Electric Oven (EEO-G1919)
Ketuhar elektrik dengan sistem pemanasan atas dan bawah

Ketuhar daripada Elba ini antara yang terbaik di pasaran dan di datangi dengan jaminan selama 1 tahun jika berlaku sebarang kerosakan. Berkapasiti sehingga 19L, ketuhar ini boleh memuatkan makanan anda tidak kira samada untuk memasak, memanggang, menggril atau membakar.

Material ketuhar ini pula diperbuat daripada Stainless Steel dengan jaminan tahan karat. Kini, anda boleh memasak dengan lebih mudah tanpa perlu menggunakan dapur. Mulakan pelan ‘eat clean’ dengan ketuhar ini.

Khind 28L Electric Oven (OT2800)

RM 199
Khind
4. Khind 28L Electric Oven (OT2800)
Ketuhar yang menjimatkan penggunaan elektrik / tenaga

Ketuhar ini mempunyai kapasiti sebesar 28L dengan harga mampu milik. Ianya boleh ‘roast’ seekor ayam tanpa perlu memotongnya kepada bahagian kecil terlebih dahulu. Untuk yang gemar baking kuih, kek atau biskut, ketuhar ini juga dilengkapi dengan sistem pemanasan atas dan bawah untuk memudahkan makanan anda dimasak lebih sempurna.   

Milux 35L 1500W Electric Oven with Rotisserie Grill (MOT-35)

RM 244
Milux
5. Milux 35L 1500W Electric Oven with Rotisserie Grill (MOT-35)
Ketuhar dengan watt yang tinggi dengan kapasiti besar

Jenama Milux sangat terkenal dengan rangkaian dapur dan juga barangan elektriknya kerana diperbuat daripada material yang tahan lasak untuk jangka masa panjang. Dilengkapi dengan 1500W, ketuhar ini juga boleh memuatkan kapasiti sehingga 35L. 

Sesuai untuk kegunaan ahli keluarga sederhana, anda boleh masak dengan mudah dan ringkas dalam masa hanya beberapa minit sahaja. 

Russell Taylors 60L Oven Toaster (OT-60)

RM 269.99
Russell Taylors
6. Russell Taylors 60L Oven Toaster (OT-60)
Ketuhar berkapasiti besar dibawah RM300

Ketuhar ini sangat mudah untuk dikendali dan dilengkapi dengan 3 butang yang berfungsi sebagai sistem pemanasan atas dan bawah. Semasa hidangan anda sedang dimasak, jika ingin masakan tersebut menjadi enak, ubahkan sahaja laras suhu tanpa perlu mematikan suis ketuhar ini terlebih dahulu.

Pensonic Electric Oven 46L (PEO-4605)

RM 279
Pensonic
7. Pensonic Electric Oven 46L (PEO-4605)
Ketuhar dengan sistem ‘shut-off’ secara automatik

Bagi sesetengah ketuhar konvensional lain, anda perlu peka jika timer sudah berbunyi menandakan makanan yang dimasak sudah siap. Jadi, anda perlu menutupnya secara manual agar makanan di dalam ketuhar tersebut tidak hangit. Tetapi tidak dengan ketuhar dari jenama Pensonic ini. 

Ianya dilengkapi dengan sistem ‘auto shut-off’ yang akan shutdown dengan sendirinya selepas makanan siap dimasak. Tetapi jangan tinggal makanan terlalu lama dalam ketuhar. Nanti hilang pula khasiat dan zat protein yang terdapat dalam hidangan tersebut.

The Baker 50L Electric Oven (ESM-50L)

RM 299
The Baker
8. The Baker 50L Electric Oven (ESM-50L)
Masakan lebih enak dengan ketuhar ini

Dilengkapi dengan termostat boleh ubah dari suhu 100 – 250 darjah celcius, anda boleh memasak semua jenis makanan termasuk roast chicken, steak dan pelbagai lagi masakan enak. Material badannya daripada stainless steel menjadikan ketuhar ini tahan lasak dan tidak mudah berkarat. 

Fungsi timer ketuhar ini selama 60 minit membolehkan anda memasak sambil melakukan kerja lain tanpa pengawasan.

Trio New Extra Large Electric Oven TEO-1202 (120L)

RM 599
Oven industri terbaik
Trio
9. Trio New Extra Large Electric Oven TEO-1202 (120L)
Ketuhar sesuai untuk produksi perniagaan kek/biskut

Kapasiti oven ini yang boleh memuatkan sehingga 120L makanan sesuai untuk mereka yang berniaga kerana ianya mampu memasak sejumlah besar makanan. Diperbuat daripada besi anti-karat menjadikannya sifar risiko tahan karat dan pembersihan dalam oven ini juga memudahkan anda.

Suhu boleh diubah dan ditetapkan sama ada 100 darjah celcius sehingga 250 darjah celcius maksimum mengikut kaedah masakan masing-masing.

Meck 120L Electric Oven Individual Temperature (MOV-121)

RM 527
Meck
10. Meck 120L Electric Oven Individual Temperature (MOV-121)
Ketuhar dengan 4 butang laras suhu berbeza

Jika anda mempunyai bajet lebih, eloklah jika anda menggunakan oven elektrik daripada jenama Meck ini. Ianya sangat terkenal sebagai salah satu produk terlama yang berada di pasaran Malaysia. Anda boleh memasak 2 masakan berbeza dalam satu masa yang sama dengan penggunaan suhu berbeza. 

Masih mengekalkan penggunaan fungsi yang sama, anda boleh membakar, memanggang dan merebus hidangan kegemaran anda tanpa masalah.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article